Thursday, 9 November 2023

Turkiye 2023 : Meriah!! Industri Seramik di Avanos

Merhaba....aktiviti kami di Cappadocia ialah melawat pekan kecil Avanos. Pekan yang terkenal dengan pembuatan pasu seramik (testi/pottery). Menurut sejarah, industri seramik di sini bermula sejak zaman Hittite lagi. Hittite tu zaman 2nd millineum BC..lama nya..

Bas awam yang kami naiki dari Goreme berhenti betul-betul dekat landmark pekan Avanos ni..drebar bas cakap apa ntah dalam bahasa Turki, kami pun turun disini..

 
 landmark gambar orang buat pasu
 
landmark ni depan kedai pasu seramik Chez Ferhat dan Sirkupu
 

Owner kedai Sirkupu tegur kami dan explain tentang Avanos. Dia beritahu yang popular di Avanos ialah industri pasu dan carpet. Dia bawa kami masuk melihat kedai dia..wahh, tertarik tengok pasu-pasu berwarna-warni..
 
owner kedai Sirkupu
 
Dia beritahu anak dia jaga kedai/bengkel lokasi tak jauh dari sini, kedai lagi besar, lagi banyak pasu-pasu yang menarik..dia ajak kami ke kedai anak dia..
 
kedai Sirkupu yang ditepi jalan besar
 
satu lagi kedai Sirkupu, yang ni dijaga oleh anak dia
tak jauh dari kedai yang ditepi jalan
 
Baik anak dia ni, bagi minum teh Turki. Teh tu sangat panas, dia kata takpe, bawa je sambil tengok-tengok koleksi pasu..sambil tu dia bagi penerangan..
 
Dia bawa kami melawat hampir semua bahagian dalam kedai dia. Tunjuk koleksi pasu-pasu yang exclusive, yang mahal giler..walaupun dia tahu yang kami takkan beli punya..terbaik servis macam ni..
 
pasu berfungsi sebagai speaker
 
Jom tengok pasu-pasu yang ada kat kedai Sirkupu
 
ni yang mula-mula, biasa-biasa aja
 
rambang mata wehh...colourful...
 
ada koleksi glow in the dark
 
koleksi eksklusif

 kami beli yang mur-mur je, mug Kapadokya 200TL dan mangkuk bercorak 100TL
 
Last but not least, pertunjukan buat pasu oleh pakar guna kaedah tradisional
 
pusing alat guna kaki
 
menonton secara live
 
 cubaan oleh seorang amatur dari Malaysia, nak buat pasu di Avanos
 
guna mesin auto
   
wah..berjaya..hehe..
walaupun banyak dibantu oleh pakar

 Sekian, lawatan ke kedai pasu Sirkupu. Disekeliling ada banyak kedai-kedai pasu seramik yang lain...tak larat nak masuk semua...
 
Hair Museum Chez Galip
femes muzium ni..tapi kami tak masuk..
 
kedai-kedai pasu seramik yang lain
 
berjalan menyusuri jalan besar menuju ke pintu gerbang old town
 
pintu gerbang ke old town
 
Ronda-ronda sekejap old town...sama juga ada kedai-kedai seramik..
 
lihat-lihat sahaja
 
Jalan ke utara pula, ke arah Sungai Kizilirmak (Red River), sungai yang menghasil tanah liat berwarna merah yang digunakan untuk buat pasu di Avanos
Ada dua jambatan merentasi sungai ni
 
view dari jambatan kedua, kelihatan jambatan pertama di hujung sana
jambatan kedua ni cuma untuk pejalan kaki sahaja
 
tenang-tenang itik berenang
tapi nampak kaki ligat dalam air

 
Berjalan lagi ke arah town centre
 
menara jam di town centre
 
lagi kedai pasu seramik
 
berjalan melintasi jambatan pertama pula 
jambatan ni untuk kenderaan dan juga pejalan kaki
 
view dari jambatan pertama
 
jauh juga kami berjalan, ronda-ronda pekan Avanos...
tunggu bas depan sekolah rendah yang entah belah mana

Sekian, kisah kami di Cappadocia. 
Esok dah nak fly ke Sabiha Gokcen Airport enroute to Bursa..

12 comments:

  1. Cantik- cantik seramiknya..confirm mahal kan..kadang pi urmah boses, diorang ada je seramik dari Cappadocia ni...cantik sangat...nasib kita x kaya..kalau kalau confirm terjebak beli gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang mahal, ada yg oklah, still mampu milik..tapi seramik Cappadocia ni mmg cantik...geram tengok..

      Delete
  2. cantik betul. Tak tahu pula ada yang jenis glow in the dark :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali tengok pasu jenis glow in the dark..kita jamu mata jelah..beli mug & mangkuk kecik je..buat kenangan..

      Delete
  3. Wah best gi Turkiye DIY.. boleh pilih tempat yg kita suka saja.. ikut pakej terpaksa hadap semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih relax kalau DIY...betul, boleh pilih tempat yg nak gi...

      Delete
  4. Cantik-cantik hasilnya.
    Saya mampu tengok saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg mampu milik...mangkuk2 bercorak harga 100TL..

      Delete
  5. view jembatan dengan bebek bebek berenang..oh indahnya...sungai tampak jernih....dan pasu pasu bercorak itu cantik luar biasa..trip yang menyenangkan pastinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungainya jernih..nampak kaki bebek dalam air...trip yg relax melihat-lihat pasu yang cantik...

      Delete
  6. Betul juga ye. Kalau beli pasu besar, camana nak bawa balik. Takut pecah, masa dalam kargo. Tapi cantik, ye, especially yang banyak warna tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga ribu-ribu, x terbeli teman...hehe...betul, susah nak bawa, melainkan courier terus ke M'sia...cantik2 esp yg koleksi ekslusif tu...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!