Merhaba...Gunaydin (selamat pagi) Istanbul.
Isnin, 16 Oktober 2023...hari baru menjelma. Termasuk hari ni, ada 3 hari lagi di Istanbul..
Jom tengok sarapan apa di Hotel Sultanahmet...breakfast di roof top, tingkat 4..
Masjid Sultanahmet di kejauhan
yang dekat ialah Masjid Firuz Aga
suasana pagi di Sultanahmet, sedikit hujan pagi ni
Breakfast spread very humble
so roti takde
Yang tak best masa breakfast, budak pompuan yang jaga tu asyik pandang je kitaorang ambik apa. Tak selesa sungguh...
Salad kentang tu je yang sedap, yang lain rasa bland je. Kami pun ambiklah salad tu je, dahlah tinggal sikit dalam mangkuk, terasa macam bersalah pulak sebab dia tengok macam nak telan je, dengan muka serius, ke memang muka dia macam tu...hahaha. Roti pun tak sampai lagi, mungkin sebab hujan, budak lelaki yang pi beli tak sampai-sampai lagi...makan telur rebus je..
tea & coffee
Dah breakfast, jomlah turun untuk mulakan aktiviti pertama hari ni - jemputan ke the Residence of the Sultans - Topkapi Sarayi @ Istana Topkapi. Walaupun dijemput tapi entrance fee kena bayar..
Untuk ke Istana Topkapi, lalu di Sultanahmet Meydani, park diantara Masjid Sultanahmet dan Masjid Hagia Sophia.
Masjid Sultanahmet
lemak manis ala amboi-amboi
Cuaca sedikit sejuk, baru terasa macam musim luruh. Jom berjalan ke Topkapi.
Bergerak ke Imperial Gate (Bab-i Humayun)
Istana Topkapi dibina oleh Sultan Mehmet Al-Fateh selepas menawan Kota Konstatinople (Istanbul) pada tahun 1453 dan menjadi tempat tinggal dan pusat pemerintahan Empayar Uthmaniyah sehingga tahun 1860.
ramai pelancong local & foreigner
ni dah masuk First Courtyard, tempat beli tiket
beli tiket di mesin tiket saja, guna debit card
disini tiada pilihan, kena beli tiket combo 3,
untuk masuk ke topkapi, aya irini & harem
harga tiket 950TL (RM180)
Tudia notis meraikan kedatangan pelancong semua 'you're invited to the residence of the sultans'
Saat yang dinanti sudah tiber..melangkah ke istana Ottoman..
landmark Istana Topkapi
tugra (signature/cop mohor) Sultan Mehmet Al-Fateh
Dah masuk ke Second Courtyard. Disebabkan kawasan istana ni sangat luas dan banyak bangunan, so kita pilih sajalah a few bangunan yang ni pi melawat.
First and foremost, jom melawat 'Harem' dulu. Tempat tinggal queen, bonda sultan, gundik-gundik sultan dan black eunuch (yang menjaga kawasan Harem)
Masuk Harem ni mata dijamu dengan pelbagai design wall tiles, kebanyakan warna biru putih - tiles dari Iznik, tempat yg femes industri pembuatan jubin di Turkiye...penuh dengan tiles sampai ke siling..
(courtyard of the favourites)
Sultan-sultan Empayar Uthmaniyah ada yang ok, ada yang krik, krik, teruk giler perangai...sampaikan dalam website muzium Topkapi, depa tulis "libidinous sultans, ambitious courtiers, beautiful concubines and scheming eunuchs'..
Dah selesai melawat Harem, beratur di bangunan sebelah, The Chamber of the Blessed Mantle..koleksi holy relics..
sambil-sambil tu snap gambar bangunan di Third Courtyard
Masjid Agalar
Banyak lagi koleksi-koleksi yang ada sebab dulu Mekah & Madinah termasuk dalam Empayar Uthmaniyah..
Kemudian bergerak ke bangunan sebelah..Calligraphy Collection..disini banyak koleksi tugra (cop mohor) sultan-sultan Ottoman.
ok, bersambung ke Part 2
Luas kan Istana Topkapi ni sehari memang tak cukup.
ReplyDeleteluasss..kalau nak masuk semua bangunan, mmg x sempat satu hari..nak pula kena q kat Treasury Building..panjang barisannya..
Deletebanyak pengetahuan dapat ni...kawasan Harem ni erk..SA terpana tengok ukiran tu..cantik2..lepas tu teringat citer Turki yang viral tu..lupa plak tajuk
ReplyDeletecantik2 design wall tiles..serba mewah di Harem...citer Turki yg viral, yg citer sultan2 depa ialah drama Magnificient Century...citer sultan2 Ottoman yg femes..
DeleteKalau tak sampai Tokapi tu macam tak sampai turki kan...?
ReplyDeletebetul...byk historical building di Istanbul yg termasuk tempat yang mesti dilawati..semuanya icon kota Istanbul..
Deletesejarah islam.. adoii bab bab sejarah ni mmg FAIL gila rasa nya.. hehe...
ReplyDeletetakpe, sejarah Turki ni baca sikit2 je..hihi..
DeletePernah buat simit di dapur sendiri. Sedap makan waktu masih panas.
ReplyDeletesimit sedap mkn ketika panas2..kalau dah sejuk, liat sikit..
Delete