Kenangan tahun 80'an
Dulu² masa kecik², masa sekolah rendah
keluarga teman ada buat bisnes laksa kuale
kuale ni merujuk kepada kampung teman
Kuala Kangsar Perak
kami buat laksanya saja, kuah tak buat
laksa kuale guna tepung gandum ya,
bukan tepung beras macam laksa utara
setiap tahun apabila bulan puasa, time nak raya aidil fitri, raya haji...
ramailah customer hantar tepung gandum
ada yang 1 kilo, 2 kilo
bagi sekali dengan bekas untuk isi laksa
Selalunya depa bagi bakul plastik
orang perak panggil raga plastik
Mak sayalah yang uli tepung secara manual
Kendian masuk dalam acuan tembaga ni
Teman tak tahu dari mana asal-usul acuan ni
katanya dari negara Thai
Tapi menurut mak teman dari family belah arwah ayah
Family heirloom...hihi..
arwah ayah buat sendiri tempat letak acuan ni
tebuk kayu tebal ikut bentuk acuan
kendian buat pangsa untuk letak kayu yang dah ditebuk
untuk proses buat laksa, buat dapur bawah pangsa
ada kuali berisi air, masak air hingga mendidih
kena pusing alat yg bentuk skru dkt acuan guna batang besi
pusing secara manual..teman adik-beradik le kena pusing
mengelilingi kuali..panas hoiii..
laksa akan keluar ikut acuan berlubang dan masuk dlm kuali
boleh tengok dlm tiktok destinasitv ni
proses buat laksa tepung gandum
nostalgia sungguh
Pernah sekali kami berniaga laksa di majlis sambutan Keputeraan Sultan Perak
dulu² setiap kali birthday Sultan Perak, zaman Al-Marhum Sultan Idris
ada acara keramaian di taman kanak-kanak
di tepi Sungai Kangsar dan Sungai Perak
ada sukan rakyat, sukan tradisional, pakaian beragam..meriahh..
tapi yang paling ditunggu ialah pertandingan berkayak
diantara Kolej Melayu dan Sekolah Clifford, dua² boy school di kuale
ala-ala pertandingan berkayak Uni Cambridge and Oxford
Teman pun tak ingat bila bisnes keluarga ni berakhir
rasanya bila kami semua dah bersekolah menengah
slowly die peacefully...
sekarang ni dah mudah, setiap kali balik kampung
nak makan laksa, beli je kat pasar
balik rumah, masak kuahnya
Acuan tembaga tu baru jumpa kembali
adik balik kampung, usahakan bagi berkilat semula
nak buat apa? ntahlah..simpan untuk kenangan..
Sedapnya laksa kuale. Dulu masa arwah opah suami masih ada selalu balik sana wajib pekena laksa & bungkus bawak balik Lipis. Sekarang lama dah tak balik kuale.
ReplyDeleteoo..pernah mkn laksa kuale..kami pun selalu beli laksa shj bawa blk KL, buat kuah sendiri..
DeleteSaya suka dengar orang kuale bercakap, rasa tenang :)
ReplyDeleteTq..loghat kuale ni susah jg nk faham bg org luar..
DeleteNostalgia. Rasa macam nak cuba makan laksa kuale ni.
ReplyDeletenak mkn laksa kuale, kena datang kuale, baru authentic...hehe..
DeletePernah tengok acuan ni masa kecik2 dulu kat rumah arwah tok. Skrg semuanya dah takde 😁😁
ReplyDeleteoo...kena cari tu, susah nak dapat acuan tembaga antik mcm tu..
DeleteAssalamualaikum sis, unik acuan laksa, oh laksa kuale dari tepung gandum. Ada sukan kayak di situ Teringat pula sekolah arwah bapa kolej melayu mckk, Al-fatihah buat arwah.
ReplyDeleteWaalaikumussalam BY...ya betul, laksa kuale ori guna tepung gandum..sekrg ni ada yg guna laksa tepung beras...oo..arwah bapa sekolah di mckk...sekolah budak pandai ..
DeleteTu la, sy selalu fikir setiap kali ke Kuala Kangsar, selalu nampak orang jual laksa sahaja tanpa kuah, tapi nak beli tu nanti nak makan dengan apa pulak, nak bawa balik Johor nanti mahu basi pulak. Kalau laksa siap kuah yang jual kat medan selera tu guna tepung gandum jugak ke?
ReplyDeleteya betul, mmg ramai yg jual laksa sahaja - di tepi jalan di Talang, di pasar..tak pasti pula yg di medan selera tu jual laksa tepung gandum sekali kuah..tapi kalau di lori2 yg jual laksa tu mmg depa jual bungkus laksa tepung gandum sekali dgn kuah..
Deletemakanan tradisi dh jadi nostalgia fmili nohas
ReplyDeleteya betul Kak PI...dari kecik dah makan laksa & kena pula tolong mak pak buat laksa...hehe..
DeleteMenariknya!
ReplyDeleteNamun kini banyak yang hanya tinggal dalam kenangan.
itulah baru jumpa acuan laksa ni...dah tinggal kenangan..
DeleteAadik ipar SA kalau buat laksa perlis, dia akan buat sendiri mee laksa tu...ok la not bad...tapi SA prefer laksa kering...
ReplyDeleteoo..bagusnya homemade laksa...laksa kering ni rasanya lain sikit kan..kenyal2..
Delete