Friday, 14 June 2024

Yogyakarta : Keraton Istana

Sambung kembali kisah travel di hari ketiga...

Dari muzium kereta kuda, menyeberang jalan besar, berjalan menuju ke Istana Keraton, tempat tinggal Sri Sultan HBX dan keluarga. Setelah beli tiket, kami pun masuk ke kawasan istana. 

Tempat pertama yang ditemui sebelum entrance ke istana dinamakan 'Plataran Srimanganti' yang ada 2 bangunan seperti wakaf yang dipanggil 'bangsal'.

Bangsal Srimanganti
tempat untuk pementasan kesenian budaya Keraton Yogyakarta 
 
Malangnya semasa kami pergi, persembahan kesenian dihentikan kerana peralatan-peralatan sedang diperbaiki.

 
pekerja sedang membaiki peralatan gamelan
 
Bangsal Trajumas
tempat menyimpan benda pusaka milik Keraton Yogyakarata
 

 alat-alat muzik gamelan yang disimpan di bangsal ni

Selesai lawatan bahagian ni, bergerak masuk ke kawasan Plataran Kedhaton melalui entrance ni

masuk melalui pintu ni
 
Plataran Kedhaton merupakan kawasan utama di Keraton Yogyakarta. Di kawasan ini terdapat dua bangunan paling sakral iaitu Gedhong Prabayeksa dan Bangsal Kencana. Bangsal Kencana merupakan bangunan yang digunakan untuk menyelenggarakan upacara-upacara penting, manakala Gedhong Prabayeksa digunakan untuk menyimpan pusaka-pusaka utama Keraton Yogyakarta.
 
cantikk

Tak semua kawasan Kedhaton ni boleh dilawati, cuma 2 bangunan yang menempatkan muzium sahaja dibuka untuk pengunjung
 
salah satu bangunan muzium di Kedhaton

acara jamuan diraja
 
bergerak pula ke bangunan kedua

pekerja kedhaton dipanggil 'abdi dalem'
 
 "Ciri khas Abdi Dalem Keraton Yogyakarta terletak pada pakaian. Pakaian atau busana khas Abdi Dalem disebut peranakan. Peranakan berasal dari kata ‘diper-anak-kan’. Artinya menjadi Abdi Dalem akan dianggap seolah-olah satu saudara yang dilahirkan dari seorang ibu. Semua Abdi Dalem pakaiannya sama dan menjalankan tugas tanpa mengenakan alas kaki. Selain itu, Abdi Dalem wanita tidak boleh memakai perhiasan. Semua ini bertujuan untuk meniadakan perbedaan antara si miskin dan si kaya, sehingga semua Abdi Dalem setara kedudukannya. Di samping itu, di dalam keraton, Abdi Dalem dipanggil dengan sebutan “kanca” yang berarti teman atau saudara"
 
seorang 'abdi dalem' berpakaian lengkap
mereka memang tidak memakai alas kaki (kasut)
sudah adatnya sebegitu
 
makmal konservasi
 
bergerak ke bangunan muzium yang memaparkan pakaian dan adat istiadat diraja dan budaya Yogyakarta

bangunan muzium

 
Jogja sebagai 'kota batik'
 
Adat istiadat perkahwinan diraja

replica pasangan pengantin diraja
 
tatacara pernikahan dalam bahasa Jawa

proses tantingan
bapa meminta persetujuan anak perempuan untuk 
dinikahkan dengan pria yang meminang
 
Selesai lawatan bangunan ni, dah takde tempat nak gi
kembali ke kawasan lapang Plataran Kedhaton

Bangsal Kencana
 
Gedhong Prabayeksa
 
Selesai muter-muter, berfoto-foto di Plataran Kedhaton, kami pun bergerak keluar dari kawasan Keraton. Bercadang meneruskan aktiviti dengan melawat Tamansari pula. Disebabkan Tamansari terletak agak jauh juga, kita naik beca motor..

Best juga naik beca motor, berangin je..sebelum ke Tamansari, bapak beca bawa melawat butik batik dan pusat kaos (t-shirt)..

Bersambung...Butik Batik Pramugari..

12 comments:

  1. okay, I officially rindu nak travel!

    ReplyDelete
  2. Golongan keratton dahulu sepert golongan bangsawan yang ada di negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, golongan bangsawan / diraja..

      Delete
  3. Seronok dan teruja menjelajah budaya sesuatu bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tempat yg penuh sejarah & budaya..membuka mata & minda..

      Delete
  4. Oh adatnya tak berkasut ya. Seronok baca cerita adat dan budaya di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu pelik jg, tapi bila dah baca dlm website, baru faham..itu adat turun-temurun..

      Delete
  5. SA pernah tengok grup gamelan ni dalam video..best muziknya dan SA suka...kat sana ada banyak adat dan pantnag larang kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca dlm website, ada byk adat & pantang-larang yg masih digunapakai...ohh nak tengok jg dlm youtube..itulah kan, kalau dpt tengok live lg best rasanya..

      Delete
  6. Bestnya.. Teringin nak ke sana, tengok budaya orang

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!