Masih lagi di hari kedua di Yogyakarta.
Selepas melawat Kebun Buah Mangunan, masuk kereta, tak tahu nak gi mana. Hari pun dah menjelang petang, nak gi tempat-tempat yang viral di TikTok seperti Pantai Timang, pantai² yang lain, cafe² hipster..semua jauh² lokasinya.
Akhirnya, cakap sama Bapak, kita gi Kotagede semula..kali ni nak pi masuk rumah joglo dan jalan-jalan di gang sempit di Jagalan dan juga mau dinner di restoran keraton. Kerja di bidang hartanah, memang seronok tengok rumah² tradisional...haha..cultural trip kaedahnya..
Jalan macet sebab time orang balik kerja & anak-anak balik sekolah...sib baik google map suruh ikut jalan 'short-cut', sempatlah masuk ke Omah UGM, sebuah rumah adat joglo dibawah kelolaan Universiti Gadjah Mada.
Payah juga cari rumah ni sebab datang dari arah belakang, signboardnya cuma boleh nampak kalau datang dari arah depan (main road)..Alhamdulillah, bertanya pada pakcik di surau, langsung dibawain ke Omah UGM..
gang yang sempit, cuma muat motosikal dan speda
penerangan tentang Omah UGM
Entrance fee = Rp30,000
Jom explore rumah cagar budaya, rumah adat joglo
rumah setingkat beratap tradisional
ruang solat yang dipanggil 'langgar dhuwur'
Ada gambar pasangan diraja Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat
Sri Sultan Hamengkubawono X dan Queen
Bergerak ke bahagian dapur pula
klasik
ruang teres - tempat mencanting batik
Di bahagian luar pula, ada pendopo (wakaf)
Selesai melawat Omah UGM, keluar ke gang (lorong) utama
nak cari rumah yang ada Langgar Dhuwur (family mosque)
rumah tradisional joglo Langgar Dhuwur berbentuk loteng
maklumat mengenai Langgar Dhuwur
penerangan mengenai Langgar Dhuwur
Disebelah rumah yang ada Langgar Dhuwur ini, ada pagar yang dicat warna hijau
begitu menyerlah sekali, memang tak kan miss
ini ialah bangunan Rumah Pesik @ Pesik Art & Heritage Hotel
menarik pulak warnanya
Rumah Pesik ni cantik dan mewah, jom tengok gambar di website www.rumahpesik.com
bilik hotel
Menarik kan..hampir saja mau booking di sini tapi bila dipikirin suasana dan jalan yang sempit, langsung cancel..
Alhamdulillah, misi selesai. Jom gi dinner
Bersambung to next entry - dinner di Restoran Sekar Kedhaton
cantik rumah adat Joglo tradisi dipelihara
ReplyDeletebagus usaha memulihara rumah tradisional utk tatapi generasi akan datang..
DeleteWow! Tempat yang mesti untuk peminat seni bina!
ReplyDeletemereka yg minat senibina mmg harus ke sini...
Deletejauh pemandangan luas pengalaman
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur atas rezeki Allah bagi..
DeleteAssalamualaikum sis, bestnya jalan2 Yogyakarta, suka klassik dekor. Mewah bilik hotelnya.
ReplyDeleteWaalaikumussalam BY..kota yang klasik..suka2..
Delete