Monday 10 June 2024

TGIF, Chili's & Garret

Assalamualaikum..cerita tahun lepas, nak juga abadikan di blog ni untuk kenangan..hihi..

Pada tanggal 2.7.2023, kawan zaman belajar turun dari Penang, hantar anak dia ke KLIA. So, kami pun plan nak jumpa. Lama sungguh tak jumpa minah sorang ni. Mula² tu nak jumpa di KL Sentral tapi kawan A cadang jumpa di KLCC sebab senang, centralised location...ok semua setuju. Yang boleh datang cuma 3 orang je yang duduk Klang Valley..campur kawan dari Penang tu + husband dia..so, 5 orang semuanya..husband dia pun dulu satu batch, cuma course lain,  so memang kenal lah..

Makan di TGIF. Teman ni baru pertama kali makan di TGIF..hehe..sedap² makanannya..air tehnya free flow..share² makan, sebab semua dah lunch..

french fries ni sodappp
 
Lepas makan di TGIF, sambung di food court pula. Kawan A belanja popcorn T20..popcorn Garret..tq, tq..
 
bersembang sambil kunyah popcorn
 
banyak juga topik yang disembangkan tapi yang paling menarik topik pentingnya beli insurance dan juga topik hibah..hibah harta pada anak-anak..
 
 -------------------------------------------------
 
Pada 9.12.23, ex-officemate datang kenduri dekat area KLCC. Dia ajak jumpa sebab dia jarang turun KL. Duduk di Jalan Kebun. Kali ni lepak di Chili's KLCC yang baru buka..sebenarnya cari cafe lain tapi semua penuh...
 
Pertama kali jejak kaki di outlet Chili's
 
Kami cuma minum je sebab masing² dah kenyang
 
order butter chocolate milk tea
not bad, sedap juga
 
 
Dua kali ber-reunion, hopefully ukhwah berpanjangan..

12 comments:

  1. Paling senang nak lepak2 memang kedai dalam mall, tapi itulah kadang kena time peak memang susah nak dapat seat. Order pun akan lambat. Semoga ukhwah kalian berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pilihan kedai2 dlm mall...betul, time weekend ramai betul customer..nak berlama-lama rasa x best..kena sambung bersembang kt food court...amiin2 utk doanya..

      Delete
  2. Memang panjang cerita bila jumpa kawan lama wpun sebenarnya dah borak kat whatsapp Group, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bertemu face-to-face, mcm2 topik keluar...hehe...life story..

      Delete
  3. SA dah banyak kali nak buat reunion kawan2 masa sekolah menengah dulu...susah nak kumpul sebenarnya...last2 asyik cancel

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..masing2 ada aktiviti keluarga, sanak saudara, kejiranan, kerja...nak reunion kena tangguh byk kali..

      Delete
  4. mmg betul, ssh sikit nak kumpul tambah2 bila masing2 dah kawen hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, masing2 ada commitment - kerja, anak2, keluarga..

      Delete
  5. menarik nmpk fries TGIF tu....ada air baru kt chilis....unik nmpknya...menu fav kt chilis lamb sholder & desseer molten chocolate...garret tu time awal2 viral dlu kala pjg beratur....suka bli yg mixed (cheese corn + caramel crips)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap fries tu..rasa nak repeat TGIF...hehe...kat outlet KLCC ni beratur jg..ramai customer time weekend..

      Delete
  6. Assalamualaikum sis, best gathering dengan kawan² zaman study, banyak nak catch up, sedap tea dan fries tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...betul, byk topik sembang..drpd personal, kerjaya, keluarga...fries TGIF tu sedapp..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!