Saturday, 1 June 2024

Yogyakarta : Hutan Pinus & Kebun Buah Mangunan

Salam semua..

Dari Borobudur, destinasi seterusnya ialah Hutan Pinus Mangunan..rupanya ada 2 hutan pinus, di Mangunan dan di Pengger. Mangunan ni depa cakap dekat je, tapi jauh juga...siap singgah kedai buah di tepi jalan, beli buah oren. Singgah masjid sebab bapak driver mau solat Jumaat..

 

Masjid Assalam di Desa Jumoyo

Selepas muslimin bersolat Jumaat, kami pula masuk untuk solat Zohor

Senarai AJK masjid
 
Dah solat, meneruskan lagi perjalanan, akhirnya tiba juga..
 
hutan pokok pine
 
kaunter tiket
 
ada group buat persembahan
 
Hutan pinus ni cantik, ada board walk untuk jalan-jalan dalam hutan
 
healing2, hirup udara segar

buah pines
 
menjulang ke langit
 
Tak berlama-lama di sini, sebab malas nak berjalan jauh ke bawah, meneruskan perjalanan ke tempat satu lagi, Kebun Buah Mangunan.
 
Entrance fee lbh kurang Rp7,000
 
 
view yang mendamaikan. tempat ni gi waktu pagi baru best
dipenuhi awan-gemawan
 

Takde aktiviti dibuat disini, nak gi kebun buah pun macam takde musim buah, so kita minum petang saja..ada beberapa gerai di sini..
 
air kelapa & pisang goreng

Masa untuk bergerak pulang...menuju ke destinasi seterusnya..

8 comments:

  1. Tinggi-tinggi semua pokok pines ini....nampak sangat menakjubkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..tinggi2 pokoknya....suasana nyaman..

      Delete
  2. Mudah nak jalan-jalan menikmati suasana bila siap ada platform gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok berjalan-jalan atas platform tu...hehe..

      Delete
  3. Cantiknya pokok2 di Hutan Pinus. Best dapat jalan2 di dalam nya.

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaaa pokok-pokok di hutan pinus!

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!