Monday, September 22, 2008

Hang 2

Pada pagi Sabtu lepas, saya dijemput menghadiri satu majlis penyerahan sijil penyertaan kursus pengurusan jenazah di sebuah surau di Sentul. Diakhir majlis, pengerusi menyeru peserta-peserta kursus terutama golongan muda supaya ikut serta secara amali jika ada kematian agar ilmu yang dipelajari dapat diamalkan.

Terdengar soksek-soksek dikalangan peserta, “Eeii takut le”, “seram sejuk kaki tangan”, "tak berani tengok mayat", “aku lemah semangat”, “takut kena badi mayat”. Ada seorang peserta memberitahu dia ada 5 sijil pengurusan jenazah tapi sekalipun belum pernah menguruskan jenazah. Jadi assistant pun tidak, takut katanya.

Kenapa bila berkaitan dengan jenazah, ada satu macam perasaan yang timbul? Yang berani jadi takut. Yang kuat, jadi lemah semangat. Ada seorang ustaz bercerita, seorang anak terketar-ketar cuci kuku kaki jenazah bapanya dengan cotton bud, itu baru cuci kuku, belum lagi kena mandikan jenazah..

Mungkin sejak dahulu lagi, orang mati, kubur dan yang sewaktu dengannya selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang menyeramkan iaitu..HANTU. Setiap bangsa ada trademark hantu. Hantu loncat le, hantu terbang le, hantu pakai kot le… Orang putih dengan drakula n vampire, orang cina dengan hantu tangan tegaknya. Tapi yang paling banyak variasi/spesies ialah hantu orang Melayu. Hantu pocong, polong, hantu raya, pontianak, hantu kum kum, hantu langsuir, hantu zaman jepun, mat lampir le…

Buatlah filem hantu, ada yang boleh dapat box-office. Filem hantu yang seram lagi menyeramkan ke, cerita komedi seram ke…Tengok filem hantu ni macam makan sambal belacan, walaupun takut nak tengok juga.. Tak kiralah filem Melayu ke, Thailand ke, Indonesia ke, Korea ke, Mat Salleh ke, kebanyakannya orang mati menjelma jadi hantu dan kawasan kubur tu digambarkan secara menyeramkan. Hantu ni mesti watak jahat, takde hantu baik…sebab tu bila nak takutkan budak kecik, ada yang cakap “Ha! pergi le, ada momok kat situ”…momok tu hantu spesies apa pun tak tau.

Tapi ada juga orang nangis tengok cerita hantu, filem Ghost lakonan Demi Moore and Patrick Swayze. Cerita cinta tak kesampaian, cerita sesat lagi menyesatkan akidah..begitu juga cerita the Ghost Whisperer..ada ke roh orang mati, boleh masuk dlm badan orang hidup. Yang pelik golongan ni celebrate hari hantu sedunia – Halloween. Kesian, buah labu yang tak berdosa, menjadi mangsa..

Filem-filem yang mengaitkan orang mati/mayat/jenazah dengan hantu dan lain-lain kisah yang menyeramkan patutlah dipantau oleh pihak berkuasa kerana ada yang boleh merosakkan akidah, berunsur tahyul pun ada. Walaupun ada sesetengah mengatakan ianya hanyalah satu hiburan, ianya secara tidak langsung memberi konotasi yang tidak betul tentang orang mati dan boleh menimbulkan rasa takut, seram, dll. The eyes see, the mind evaluates and the worst scenario, it stays and become a mindset from generation to generation.

Bak kata pepatah orang putih: “Fear is like sitting on a rocking chair: it gives you something to do, but it doesn’t bring you to anywhere”.

Semoga ada generasi pelapis yang berani menyahut cabaran menguruskan jenazah dari memandikan hinggalah mengapankan. Tuan punya diri? pun sama juga..Mungkin ada kes-kes terpencil yang tidak sampai ke pengetahuanku..Kita semua akan menjadi mayat…Wallahu’alam.


Ilmu tanpa amal, membazir
Amal tanpa ilmu, menyesatkan

4 comments:

  1. 2 la pasal....orang kita terlalu banyak di 'momok' kan dengan cerita hantu...tapi sejak arwah adik saya meninggal, kalau lalu kubur tu macam biasa ajer - bukan riak ek...

    Tapi disebabkan sekarang banyak filem2 or drama2 yg boleh mengterkezutkan diri ini, dengan bunyi muzik dan sound efek pelbagai...tu yg kadang2 ada rasa seram2 kuku sket....Alah bisa tegal biasa

    ReplyDelete
  2. Hantu & kehidupan nampaknya, rasanya, tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan, tawarlah kehidupan. Ciss, berfalsafahlah pulok..Kat diri kita pun ada hantu, jari hantu. Nak buek camno, dah legasi nenek moyang..

    ReplyDelete
  3. hantu versi melayu tu sebenarnya jelmaan syaitan ... itu yg selalu saya katakan pd anak buah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, budak2 jangan bagi mereka takut pd hantu...reverse psikologi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...