Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts

Tuesday, 28 March 2023

Taman Tebu Aidil

Assalamualaikum semua...salam Ramadan ke-6..

Sambung cerita Pangkor...hehe..on the way balik, singgah di tempat viral di Sungai Besar...Taman Tebu Aidil & Aidil Orked..lokasinya di Parit 3, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar..

Tempatnya di kawasan sawah padi. Di tepi parit ditanam pokok-pokok tebu hitam, berbaris-baris..cantiklah untuk OOTD...

sawah padi terbentang luas

Pergi hari Sabtu, ramai pengunjung, parking di tepi jalan..
 
tanam tebu ditepi bibir sawah 

ada buskers kat pintu masuk

Luas kawasannya..riki-riki gerai yang ada, pelbagai jenis makanan - ada sushi, otak-otak, mi kari, soto, lontong, kepak ayam madu, nasi lemak, pisang goreng..buah-buahan..
 
 gerai mi kari, laksa, soto
mur-mur RM5.00 semangkuk
 
 
Punten - masakan orang Jawa 
nasi bersantan dikepal, makan dengan sambal bilis

centralised cashier

Beli mi kari, otak-otak dan air tebu...kakak beli soto dan pisang goreng..
 
meja/kerusi dicelah-celah pokok tebu
di tepi parit
 
menjamu selera - otak-otak, mi kari, air tebu
dlm beg plastik tu bahulu gulung
 
suasana di kawasan utama
 
santai-santai di kebun tebu

 tak berlama-lama disini sebab dah nak malam, sambung perjalanan balik KL.


Overall, oklah Taman Tebu Aidil...
santai-santai di tepi sawah & pokok tebu

Wednesday, 13 May 2015

Weekend Getaway: Kuala Selangor

Assalamualaikum..

Sambung entry weekend di Kuala Selangor, baru nak story kisah jalan-jalan. Hari Jumaat lepas, pukul 8.00 pagi dah bergerak dari KL. Sebab takut kalau sampai lambat, tempat2 menarik di sana tutup, masa untuk solat Jumaat. Trafik smooth je, lalu jalan ke Rawang untuk masuk ke LATAR (KL-Kuala Selangor Expressway). Ada tiga tol, jumlah semua RM6.00. "Dimana ada highway, di situ ada tol". Peribahasa moden.

Alhamdulillah, pukul 9.30 dah berada di bandar Kuala Selangor.

 Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Bergerak ke Bukit Malawati, bukit bersejarah di negeri Selangor. Disebabkan bukan hari cuti, boleh bawa kereta sampai ke atas, takyah bayar RM3.00 untuk naik tram. Tram pun tak nampak bayang.

Tak singgahlah Perigi Beracun, Batu Hampar, sebab malas nak berenti. Parking terus di tepi Baitul Hilal, depan meriam-meriam ni.

Baitul Hilal dan meriam

Baitul Hilal ni tempat melihat anak bulan,bila nak puasa bulan Ramadan dan Hari Raya Eidul Fitri. Baitul bermakna 'rumah' dan hilal ialah 'anak bulan'.

rumah api Kuala Selangor

Ingatkan boleh bermesra-mesra dengan long-tailed macaques (lotong berekor panjang) di sini, tapi seekor lotong pun tak kelihatan. Masih tidur lagi kot, baru pukul 10.00 pagi. Wrong timing. Dah dekat, jom kita ke Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor, kecik je muziumnya, tapi sarat dengan informasi.


Paling best tengok salasilah diraja negeri Selangor yang berasal dari putera Bugis lima bersaudara - Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi. History revisited.

Kemudian bergerak turun, menuju ke Pasir Penambang. Melawat perkampungan nelayan Cina yang berusia lebih 100 tahun, di tepi Sungai Selangor menghala ke Selat Melaka.


Ingatkan nak naik bot, untuk 'eagle feeding' dari sini, rupanya start pukul 3.30 petang (kes malas buat research dalam internet). Package sekali dengan melihat kelip-kelip yg start pukul 7.30 malam dan lawatan kampung nelayan. Tak jadi, terus ke jeti kompleks LKIM di Jalan Bagan Pasir Penambang.


jeti kompleks LKIM

Di kompleks ni ada pelbagai kemudahan, ada restoran ikan bakar D'Coral, surau dan tandas. Di sini juga ada pejabat Kuala Selangor River Cruise, ada jual tiket untuk 'eagle feeding' dan kelip-kelip. RM25 untuk 'eagle feeding' dan RM18 untuk melihat kelip-kelip. 

Memandangkan kami check-in di Jeram/Pantai Remis, rasa malas pulok nak naik semula ke sini, untuk dua aktiviti popular di Kuala Selangor ni. Been there, done that..not applicable here. Menyeberang sungai, untuk ke Taman Alam.

 
Taman Alam ni sebelah Bukit Malawati je, tapi masa turun tadi, berpusing-pusing kawasan kedai, jumpa jalan besar, terus ke Pasir Penambang.


 Taman Ikan Air Tawar

Di sebelah Taman Alam, ada Taman Ikan Air Tawar. Masa kami sampai, dua-dua taman ni sunyi je, takde pelawat. Rasa tak best pulak, suasana tak meriah.


Jom ke Taman Alam. Bayaran masuk RM4.00 dan diberi satu pamphlet yang ada peta trekking. Taman Alam ni luasnya 800 ekar dan yang menarik di sini ialah walkway di hutan paya bakau dan pelbagai species flora dan fauna. 

Tapi yang tak bestnya, kami berdua je yang akan masuk ke hutan. Takde pelawat lain. Gerun juga di hati, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, menuju ke pukul 12.00 tengahari. Tengahari rembang masuk hutan..tawakkal, tawakkal..jom trekking..


Jumpa sekawan 'long-tailed monkeys' di atas pokok..risau juga, sebab diberitahu yang monyet-monyet di sini jenis liar, tak macam di Bukit Malawati. Ni baru dekat entrance, belum masuk hutan lagi.

Mula bergerak ke dalam hutan, banyak species pokok-pokok ditanda di sepanjang trail. Nyamuk memang banyak, sambil berjalan, sambil pukul nyamuk. Pukulan maut. Tak tahan, sampai je di jambatan, decided untuk u-turn, bila tengok dalam peta, nak ke paya bakau, kena jalan jauh lagi. Rengsa dengan nyamuk yang sangat banyak. Siapa yang bercadang nak ke sini, sila bawa spray nyamuk..nyamuk di sini, ya ampun, bikin panas hati..ikut sampai dalam kereta..

Baru pukul 12.00 tengahari. Check-in time pukul 3.00 petang. Ada tiga jam lagi. Dari Taman Alam terus ke Jeram, bercadang untuk lepak-lepak di tepi pantai dekat the Kabin.

Pantai Remis

Air surut. Pantai tak berapa cantik jadinya, tapi angin sungguh kuat dan nyaman. Layan baca buku yang tertunggak, memang best. Tak sedar masa berlalu. Perut dah mula berkeroncong. Gerai-gerai di tepi pantai ni semuanya tutup pula. Pukul 2.00 petang, bergerak untuk cari makan.

Mengikut informasi yang diterima, ada gerai asam pedas yang sedap di sekitar sini. Arah panduannya "dekat tangki air, ada line TNB" macam tu lebih kurang. Berselirat line TNB di sini, camna nak cari. Tawakal je lah..akhirnya jumpa juga. Di tepi Sungai Sembilang. Rupanya bukan tangki air, tapi kunci air.
 Bot-bot nelayan di Sungai Sembilang - masa ni air cetek

Ada dua gerai yang buka, satu gerai dekat kolam pancing Seri Kemuning dan satu lagi gerai tepi kunci air.

 kolam pancing Seri Kemuning dan Pantai Seaview Resort

Kami pilih gerai tepi kunci air - nama gerai ni Sungai Sembilang Klasik Enterprise. Order set asam pedas ikan kembung.

rempeyek kacang tanah yang sedap

asam pedas - sedap
--------------------------------------------------------------------------
Malamnya pula, selepas solat Maghrib..bergerak ikut Jalan Jati, jalan kampung yang takde lampu jalan, menuju ke Aroma Ikan Bakar. Seafood lagi..

Masa kami sampai, masih tak ramai lagi pelanggan. Order siakap tiga rasa, sotong goreng tepung dan udang bercili.  Alhamdulillah, makanan dapat cepat.
 -------------------------------------------------------------------------------------------
Esok pagi sewa basikal the Kabin. RM8.00. Dah lama tak naik basikal. Tergagap-gagap juga mulanya. Nak recall balik the skill.
 air pasang - pemandangan yg cantik

Breakfast di gerai Seri Kemuning. Snap photo bot-bot nelayan, kali ni air penuh di Sungai Sembilang. Nice view.

Bergerak pulang ke the Kabin

Sekian saja, kisah percutian di Kuala Selangor.

Monday, 11 May 2015

Weekend Getaway: The Kabin

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas, sengaja ambil cuti tahun, semata-mata nak check-in, nak tidur dalam kontena. Kontena yg mcm kat pelabuhan tu..hehe. Dah lama riki tempat ni, disebabkan untuk weekend, dah fully-booked sampai berbulan-bulan lamanya, untuk 2-pax (cuma ada satu kontena saja), terpaksalah check-in hari Jumaat..

 The Kabin
Alamat : Lot 2984, Jalan Jati, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor

Mungkin ramai dah tahu tentang the Kabin ni. Lokasinya di Kampung Sungai Sembilang, di Jeram, berhampiran dengan Pantai Remis, Selangor. Well, seperti dalam gambar, jalan masuk masih lagi belum diturap, di sekelilingnya belum ada development lagi, masih hijau, masih dipenuhi dengan pokok paku-pakis dan pokok renik.

Ada satu lot khas untuk guest parking. Dah parking kereta, jom kita gi check-in. Tak sabor..jalan tanah merah...sambil tu nyanyi lagu 'guantanamera, the only guantanamera'..

 Limited parking depan pintu masuk

Yeayy..dah sampai...
cafe-cum-reception

Urusan check-in, easy and breezy, sebab dah booking online, separuh bayaran (deposit) dah dibayar, cuma bayar yang separuh lagi. Dah dapat kunci kontena, jom kita pergi port. Nama port kami - Durban. Durban ni kat mana? Di South Africa. 

Semua kontena/kabin di sini mengambil nama-nama pelabuhan terkemuka dunia seperti Rotterdam, Antwerp, Hamburg, Long Beach, Shanghai, Busan, Colombo, termasuklah port Kelang. Durban ni je yang 2-pax, yang lain-lain semua 4-pax dan 6-pax.

 the poolview Durban

 Rotterdam dan Durban
The 50ft swimming pool + wading pool..soo inviting..

Meh, tengok the interior of 2-pax kabin


One queen bed, tuala ada, tea/coffee-making facilities, TV flat screen, sejadah dan toilet - shower, bath gel & shampoo. Not very roomy, but bolehlah, not that stuffy also for two persons.

verandah

Dah tengok kabin, jom kita explore kawasan pulak, tak berapa luas sangat but nicely landscaped and properly maintained.

 Long Beach - poolview also

bahagian belakang

Kabin yang tinggi tu dipanggil Treehouse. Kosong, cuma ada tikar saja. Nak main pondok-pondok, bolehlah. Nak bersantai sambil mendengar kicauan burung dan menyapa angin pantai, memang sesuai di sini.

 Tree House

Jom ke bahagian depan pula, dekat cafe-cum-reception tadi.

4-pax kabin

basikal untuk disewa

 sudut bacaan

 sungguh lena kucing ni tidur

hello! sungguh cute this creature
serangga hijau di kerusi malas pool terrace

Suasana di waktu malam..

 
tenang dan damai

Bolehlah check-in di sini, kalau ke Kuala Selangor. Harga semalam masih lagi  berpatutan tapi sarapan tidak disediakan: 

off-peak, normal season (excluding 6% GST)
2-pax : RM190
4-pax : RM240 - RM290
6-pax : RM390 - RM440

Kalau peak seasons (weekend & public/school holiday): tambah RM50 lagi

We all kena bayar : RM254.40 inclusive of GST...huhu..consider mahal jugalah kan, kalau kat KL dah dapat bilik + breakfast.

The verdict: OKlah, untuk bersantai-santai, merasa kelainan. Nak repeat, rasanya taklah kot, bukan tak best cuma tak tahu nak buat aktiviti apa di Kuala Selangor ni. Kalau buat family day, bolehlah join, the more the merrier.