Thursday 30 March 2017

China : Beijing - Qianmen and Dashilan Street

Sambung kisah di hari ketiga.

Dari hentian bas Tian'anmen, naik bas 82 ke hentian bas Qianmen. Qianmen ni lokasinya di selatan Mausoleum Chairman Mao (di selatan Forbidden City).

 tourist bus di hentian bas Qianmen

 berjalan ke Qianmen Street. disebelah kiri ialah Qianmen Gate

Qianmen Gate, dulunya Zhengyangmen (Gate of Straight Positivity)
sebahagian dari Beijing city wall

Qianmen Street

 mission accomplised!! view yang menjadi idamanku

Qianmen Street ialah tinggalan terakhir pusat perniagaan di Old Beijing, dah wujud sejak Dinasti Ming dan Qing. Ada kedai-kedai di sini telah ada sejak zaman Dinasti Qing, dilabel sebagai 'time honored shops'.

Senibina bangunan di sini memang menarik, cantik dan berseni..terasa macam kembali ke zaman dahulu kala..yang best, sepanjang jalan ialah pedestrian street, memang boleh 'mingle to the heart's content'..jom snap-snap..

 boleh naik tram - tambang CNY 30

'time honored' restoran halal Yueshengzhai

Rentang Pharmacy - time honored shop

Madam Tussaud's Beijing

Qian Men Emperor's Avenue

Wahh..bestnya suasana di sini, sangat nyaman..memang seronok lepak-lepak sambil cuci mata tengok senibina bangunan...

 the tram, the tram..is coming

 'time honored' restoran halal Yi Tiao Long (the Dragon)
mula-mula namanya Nan Heng Shun, ada sejarah kenapa namanya bertukar

plak di dinding menceritakan sejarah restoran ni
 
Bertukar nama sebab Maharaja Guangxu pernah makan di sini. Orang China & Korea gelar maharaja depa sebagai 'naga'. Makanan yang emperor makan 'hot pot' diklasifikasikan 'Intangible Cultural Heritage of Beijing'...sampai camtu sekali..


 bangunan cantik berwarna-warni ialah 'time honored' Quanjude Duck Restaurant

clock tower

cute je patung2 ni..depan Wuyutai tea shop
founded in 1887, di zaman Emperor Guangxu Dinasti Qing

Dah habis jalan-jalan, bersantai-santai, di Qianmen Street, jom corner kanan, ke Dashilan Street pula, juga merupakan business centre zaman Dinasti Qing.  Pertama kali dengar nama Dashilan ni dalam drama cina yang femes Bu Bu Jing Xi, masa heroin dan dayang pergi jalan-jalan di sini dan terserempak dengan Putera ke-4.

Dashilan Street di sebelah kanan Qianmen Street, akan nampak pintu gerbang macam ni

jalan masuk ke Dashilan Street

pintu gerbang ke Dashilan Street


Ada banyak juga 'ancient shops' di sini. Berjalan sampai ke Meishi Street. Ada satu misi di sini, nak menjejaki Masjid Qianmen yang lokasinya di hutong di sekitar sini. Mengikut maklumat, ada 50 courtyard dan hutong di Qianmen yang diklasifikasikan 'state-level heritage sites'.

Berpandukan peta yang di print dari wikimapia, misi mencari Masjid Qianmen bermula dari Meishi Street.

Bersambung.

Tuesday 28 March 2017

China : Beijing - Forbidden City (Part 2)

Sambung lawatan istana di Forbidden City. Kali ni kita ronda di sebelah barat dan timur pula.

 Gate of Amiability - view dari Inner Golden Bridges

 Me in the Forbidden City

  
tempat ritual

 layout di sebelah barat Forbidden City

Jom bergerak ke sebelah timur pula. Di bahagian ni ada dua tempat yang kena bayar kalau nak masuk - Treasure Gallery dan Clock & Watch Gallery.

 layout di sebelah timur

Gate ke quarters gundik-gundik diraja

 ukiran motif bunga

 pot keluli untuk isi air, guna masa kebakaran

 
yang ni dah akhir bahagian timur, nak menuju ke taman

 menuju keluar melalui Donghuamen (Gate of East Prosperity)

This concludes the visit

Habis sudah tour Forbidden City. Hampir tiga jam berjalan-jalan dalam tu.

Sampai di luar gate, bercadang nak pergi Tian'anmen Square. Nak pi ambik gambar Mao Zedong. Rasa tak lengkap datang Beijing kalau tak ambik gambar MZD ni..hehe..landmark popular di Beijing. Ramai yang share foto di facebook, posing di sini, menandakan dah jejak kaki di Beijing.

Fikir-fikir cara nak ke sana. Walaupun dekat, nak jalan kaki dah tak larat. Cadang nak ikut Duanmen Gate (south gate), gate dekat tempat kaunter tiket. Rasa macam tak boleh je keluar ikut situ, tapi nak try juga. Naik buggy lagi pergi ke Quezuo Gate.

Duanmen Gate - keluar dari gate ni, dah sampai Tian'anmen Square
tapi kena halau dengan guard..hihi..tak bagi keluar ikut situ..huhu..

kawasan untuk pengawal istana

the marching guards  

Berpatah balik ke East Gate, kali ni berjalan kaki, menyusuri eastern moat. Layan view cantik di sini..

corner watch tower


Dah sampai di stesen buggy, nampak ada kenderaan roda tiga yang berdinding plastik. Tanya kat driver, tambang ke Tian'anmen Square, dia nak CNY20..huh, mahal giler..tawar-menawar jugalah, tak berganjak, nak tak nak, naik jugalah..

Bila naik, nampak dua batang tongkat ketiak yang orang cacat kaki selalu guna. ooo..OKU driver ni, tiba-tiba rasa oklah tambang CNY20 tu..sambil menderma. Tak sampai 5 minit pun, dah sampai di Chang'an Avenue, jalan besar depan Tian'anmen Square.

Berjalan ke arah gate yang ada gambar Mao Zedong, tiba-tiba kena tahan dengan polis, dia tak bagi jalan ke depan, suruh pi beratur kat tepi tembok.

lorong utk beratur ikut signage warna biru

Adehh..ingatkan macam Dataran Merdeka, sukahati je boleh pergi lepak, ada pulak 'security check'. Masa ni pukul 12 lebih..orang yang beratur punyalah ramai, panjang barisannya. Siksa..sejam lebih beratur, berdiri dalam barisan yang penuh sesak. Pukul 2 lebih, baru lepas security.. huhu..body, bag scan segala, check passport.

Ramai betul polis meronda di kawasan ni, ada yang mundar-mandir bawa anjing rotweiler. Mungkin sebab insiden demonstrasi pro-demokrasi pada tahun 1989 menyebabkan kawalan keselamatan sangat ketat disini.

Rumusannya: 
1) Siapa yang nak masuk Forbidden City je, lebih baik masuk ikut Quezuo Gate, takde security check di gate ni.
2) Yang nak masuk Forbidden City ikut Tiananmen Gate, lebih baik datang awal, kalau datang waktu petang, kalau kena beratur berjam-jam, nanti tak sempat nak melawat keseluruhan Forbidden City, sebab time tutup pukul 4.30 petang (bln Nov - March) dan 5.00 petang (bln April - Oct).

Tiananmen Gate (Gate of Heavenly Peace)
demi nak ambik gambar ni je..hihi..

Sapa yang masuk ke Forbidden City dari Tian'anmen, kena ikut gate ni. Selari dengan gate ni, nun di bahagian selatan, terbaring mayat MZD di Mausoleum (Memory Hall of Chairman Mao)..diawet dan diletakkan di dalam keranda kristal..kesian kan. Boleh pi melawat, free of charge..Mao Zedong meninggal September 9, 1976, maknanya dah 41 tahun, terbaring kat situ..

National Museum of China

Saujana mata memandang, luas benor kawasan ni dengan bangunan-bangunan yang besar-besar..ala-ala Putrajaya..nak compare juga..hihi..

orang ramai masih lagi beratur untuk security check

Tak berlama-lama di sini, malas nak masuk Tiananmen Tower, malas juga nak menyeberang jalan ikut laluan bawah tanah untuk ke bahagian selatan. Terus bergerak ke hentian bas depan stesen metro Tiananmen East, nak pergi ke Qianmen. Naik bas no. 82 di sini, terus ke hentian bas Qianmen.

Bersambung..