Monday, 30 April 2018

Aroi Mak-Mak : Restoran Thai

Sawadee ka..

Edisi clearing stock gambar-gambar dalam galeri...

Cerita bulan Februari dan Mac tahun 2017. Menjamu selera di dua restoran Thai. Satu dijamu sebab klien belanja, satu lagi menjamu diri sendiri.

Yang klien belanja di Celadon Royal Thai Cuisine di Pavillion KL. Klien yang pilih restoran ni, kami menurut perintah je..Alhamdulillah..



Takde gambar makanan sebab segan pulak nak ambik gambar depan klien dan boss. Thai foods biasa je..tapi sedap, lagi sedap sebab orang belanja..hihi..

 
 menu yang ada

Dekorasi menarik juga. Yang ni snap sementara tunggu klien datang..

 dari luar

 


Sekian saja, ingat nak mengulang makan di sini, untuk lengkapkan entry tapi tak berkesempatan..khrậng h̄n̂ā (next time).

------------------------------------------

Yang kedua di Absolute Thai di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ada kerja dekat kawasan Wangsa Walk, terus makan tengahari di sini.


suasana suram

the menu

 order yang ni - nasi goreng belacan

jus serai lime - sedap 

 nasi goreng belacan dan juga stir-fried bean curd

Overall, masakan & minuman di dua-dua restoran ni...aroi mak-mak (sangat-sangat sedap)..

"kâe-née kâ" - ini saja yang saya nak cerita. Khap khun kha..

Thursday, 26 April 2018

Jalan Alor @ Bukit Bintang

Assalamualaikum..
  
Sambung berjalan dari Jalan Tong Shin ke Jalan Alor.


Jalan Alor ni  femes dengan 'hawker centre' tapi non-halal lah. Beroperasi di waktu malam, tumpuan pelancong dan warga tempatan. Sepanjang Jalan Alor, penuh dengan gerai dan restoran.

Kita jalan-jalan di lorong belakang, diantara Jalan Alor dan Tengkat Tong Shin. Ada Alor Backspace.

 papan tanda di Tengkat Tong Shin


kedai-kedai di Alor Backspace

kedai durian

sudah buka - city durian specialist

Di sebelah kiri kedai durian ni, ada disediakan kawasan hijau, rasanya photo booth. Sungguh tak disangka, ada ditanam juga dua batang pokok durian. Pokok durian di kawasan segitiga emas KL..huhu..

  kawasan photo booth

 dua batang pokok durian - bolehlah nak posing, nak selfie..hihi..macam ni nak bersila makan durian pun ok, feeling-feeling kat dusun

 khas untuk pelancong kot yang tak pernah tengok pokok durian

Photo booth ni dekat dengan tempat letak kereta, ada surau juga

 Surau Al-Hafij

 banyak betul suis

Ok, berpatah balik ke arah timur, ronda-ronda kawasan sana pula. Masih lagi di lorong belakang Jalan Alor. Kawasan ni banyak guesthouse..

 Havana..oh la la..

Havana..tapi hiasan terracotta warriors..sungguh mismatch..

 teringat Xi'an

Macam-macam style guesthouse and budget hotel

Babylon Guesthouse

  cute - gambar kucing

Bergerak lagi..ke lorong tak bernama, yang ni dari Tengkat Tong Shin dah nampak

 so kuning...so eye-catching..

cute - salah satu cara utk menceriakan lorong

Di lorong ni, ada satu hotel - The Yard Boutique Hotel


menarik hotel ni..walaupun lokasi tak berapa menggiurkan

sumber: the yard boutique hotel

Sekian, kisah jalan-jalan di Jalan Alor, Tengkat Tong Shin dan Jalan Tong Shin. Kalau saja-saja nak pi, mungkin tidak. Tapi banyak juga yang menarik di sini.

Monday, 23 April 2018

Jalan-Jalan di Tong Shin

Assalamualaikum semua...

Kisah jalan-jalan cari pasal di kawasan Tong Shin.  

Jalan Tong Shin dan Tengkat Tong Shin.

Bukan di negara China tapi di kawasan Bukit Bintang. Dekat Jalan Pudu juga.

Datang sini pun sebab ada kerja, kalau tak, rasanya memang tak masuk, takde mende nak cari. Kawasan ni majoriti kaum Cina dan juga pelancong asing. Tahun 2011 pernah datang sini, pun sebab kerja juga, di tempat yang sama. 

Salah satu skop kerja ialah melawat kawasan. Disebabkan bos baru ni dia begitu detail, semua nak kena tulis dalam laporan, so jom kita ronda habis-habisan.    

 Rumah pangsa di Jalan Sahabat, disebelah Tengkat Tong Shin

Bila tengok bangunan flat ni macam menarik pulak. Old school. Rasanya design 70'an. Tanya kat orang-orang kat situ, apa nama bangunan ni? sapa pun tak tau...takpelah, kita ronda-ronda bangunan klasik ni..

 tingkap kaca yang vintage

tempat jemuran

 legend betul gril pintu ni

 loceng pintu

Bergerak lagi, dari Jalan Sahabat, menyusuri Tengkat Tong Shin menuju ke Jalan Tong Shin.

 banyak restoran dan budget hotel/rumah tumpangan
 
Spa reflexology

 kedai runcit

French restaurant

Number 8ight guesthouse

 Restoran Muar - kat papan tanda ada tulis 'carlsberg'
tengok ramai yang bertudung makan di bahagian dalam restoran

Dah sampai di Jalan Tong Shin. Berdiri di persimpangan dua jalan, nampak bangunan usang ini..



 cantik juga tingkap dan gril

masih kukuh

di tingkat satu 

Sayangnya bangunan ni tiada berpenghuni, nampak comot, tak terurus. Kalau tidak, mesti elok terjaga.

Berjalan ke arah utara, terjumpa tangga ni, depan Blue Boy Mansion..laluan ke Hospital Tong Shin kot.

  tangga misteri

Dipermulaan Jalan Tong Shin 

 Bangunan Persatuan Thoy Shan Selangor

 pandangan sisi

Bergerak ke Jalan Alor pula...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...