Showing posts with label Thailand - Hat Yai. Show all posts
Showing posts with label Thailand - Hat Yai. Show all posts

Saturday, 30 November 2019

Hat Yai : Finale - Khlonghae Halal Steamboat & Terbang Pulang

Trip ke Hat Yai, dah sampai ke penghujungnya.

Daripada pasar borong, terus ke Khlonghae, kali ni nak ke Khlonghae Halal Seafood Buffet. Steamboat halal yang femes di Hat Yai.

Melalui jalan besar ke pasar terapung, nampak banyak gerai-gerai di sepanjang jalan besar. Hari ni rupanya ada perayaan Loy Krathong, perayaan memuja dewa sungai.
 
Krathong is a Thai term which refers to a piece of banana trunk decorated with flowers, banana leaves, candle and incense sticks. The word Loy means to float in the Thai language. When put together,  those two terms simply mean floating banana trunk festival.

Gerai-gerai tu semua jual krathong. Maklumlah kawasan ni ada sungai kan.
 
gerai menjual krathong

Dah sampai di destinasi

the venue

photoshoot di sini dulu sebelum hari gelap 


Hari ni hari Isnin, masih tak ramai pengunjung, banyak meja kosong. Kalau pergi hari minggu, memang kena booking awal. Harga buffet untuk orang dewasa ialah THB 289 (RM40) manakala kanak-kanak dan warga emas THB 179 (RM25). Mahal ke murah? berbaloi dengan makanan yang disediakan..

bekas untuk merebus dan membakar

 kita bakor

Biasalah kan, steamboat. Ada pelbagai jenis seafood - udang, ketam, ikan, sotong, lala, semua ada. Untuk ikan, ada pekerja yang akan tolong bakarkan.

Ada lauk-pauk untuk nasi campur. Ada laksa siam, mee goreng, sate ayam dan juga pelbagai pencuci mulut. Free flow of minuman. Pertama kali makan laksa siam kuah lemak.


dua jenis udang, lala dan ikan


perap-perapan
bebola, nugget

Pencuci mulut

agar-agar dan buah-buahan jeruk & segar

pencuci mulut
 
Dah kekenyangan, dah tak larat nak masuk.jomlah balik. Dari siang hingga ke malam, masa untuk berehat sebentar. Masuk dalam van, wahh..ceria semua dengan lampu warna-warni.

kanak-kanak suka bebeno 

Sampai di hotel, tanya Zul dimana sungai yang terdekat, teringin nak tengok pesta Loy Krathong. Zul cakap tak yah gi lah, bahaya. 

Berehat saja di hotel sambil packing beg. Pukul 8.00 malam, keluar untuk masad, masad. Datang negara Thailand, mestilah mencuba urutan Thai. 
  
urut di outlet ni, otw ke Lee Gardens Plaza, THB 200 untuk sejam
ok jugalah, decent one, takyah salin-salin baju pakai baju lain..

kendian ke 7-eleven, mencari kopi arabus ni

Tamatlah aktiviti di hari ke-3
-------------------------------------

Keesokan harinya, kami bersarapan di restoran ni, depan stesen keretapi HatYai. Dalam peta, dia tulis Dapor Muslim. Good review.


ada dua restoran halal, pergi yang sebelah kiri

dah ada lauk-pauk nasi campur

Yang dewasa, semua makan nasi campur. Sarapan merangkap lunch sekali. Ok rasanya, sedap macam di Malaysia.

ambik hati lembu goreng je

Stesen keretapi HatYai
train yang comel

Pukul 9.00 pagi, turun ke lobi untuk check-out


Pagi tu juga cari grab van untuk ke airport. Semuanya busy, yang ada cuma kereta je. Diskus2, ahli jemaah setuju naik tuk-tuk je.

tuk-tuk dah sedia depan hotel, naik tuk-tuk ni je

Hat Yai airport
budak kecik nampak pentas seronok melompat
 
menunggu untuk berlepas pulang

Sekian, travelogue jalan-jalan ke Hat Yai, Thailand. Khap khun khaa..
Thank you for reading

Thursday, 28 November 2019

Hat Yai : Chang Puak Camp | 3 Jenis Pasar

Kembali ke Hat Yai. Terus ke Chang Puak Camp.  Dalam kem ni bukan saja ada gajah, tapi ada binatang lain juga.


Masuk adalah percuma, tapi nak naik gajah, nak bergambar up-close dengan gajah, nak tengok singa, kena bayar. Kami cuma duduk berehat di cafe. Hari dah pukul 12.15 tengahari, masa tidur untuk haiwan.

anak gajah

pisang untuk gajah

kambing biri-biri

stesen untuk naik gajah

singa putih terbongkang tidur

Selepas habis makan aiskrim, berjalan keluar, menuju ke van. Zul cadang solat dulu, makan ringan-ringan di shopping complex terbesar di HatYai, lepas tu ke dua tempat shopping. Kitaorang ok je. Bermulalah episod meneroka tiga jenis pasar di Hat Yai.

1. Central Festival Hat Yai

Kompleks membeli-belah yang moden dan terbesar di Hat Yai. Tujuan utama ke sini adalah untuk menunaikan solat dan membeli makanan ringan buat lapik perut sebelum ke seafood buffet.

Menarik shopping complex ni, lebih kurang macam Pavillion KL. Surau di tingkat 2. Suraunya besar dan selesa, telekung ada disediakan. Tempat ambik wuduk ada dalam surau.
 
 


Dah lama tak masuk shopping complex di Thailand. Last masuk masa di Bangkok, lupa yang beg kena check. Ada security yang check handbag, backpack semua. Masuk je di tingkat bawah, perghh..penuh dengan gerai-gerai menjual makanan halal.



Menarik makanan Thai ni, meriah, warna-warni
 

nasi ayam - menarik tengok ayam yang digantung


 ruang makan

bukan saja pulut mangga, pulut nangka & pulut durian pun ada dijual

ruang untuk photoshoot

2. Kaysorn Souvenir Shop

Pasar khas untuk para pelancong, one-stop centre. Semua ada, daripada pakaian, handbag, kasut hinggalah ke makanan. Sebab dah tau lepas ni nak pergi pasar borong, takdelah beli banyak di sini. Cuma beli snek kacang dalam tin saja di sini, buat syarat.



 
3. Pasar tradisional di tepi menara jam
 
Yang ni tak tau nama apa pasar ni. Zul cakap pasar borong. Landmark senang nak ingat - dekat menara jam ni.


 Hat Yai clock tower

 tulisan siam je

Tujuan ke sini nak beli kacang gajus. Bila dikira-kira masih tak cukup souvenir untuk saudara mara. Jom meredah pasar tradisional Hat Yai. Walaupun dah petang, masih ramai lagi yang membeli-belah.

 pit stop beli kacang gajus


pelbagai jenis ready made green curry, paprik paste
green curry paste sekilo THB60 (RM8.00)


belacan thai

 Kat kedai akak ni lah, beli pulut putih dan pulut hitam. Dahlah akak yang jual tu tak reti cakap melayu & omputih, teruk gak lah nak membeli..haha..
 

di kedai runcit ni yang banyak memborong
sabun beras, megi siam, snek kacang dalam tin

Mudah beli kat pasar je, murah pun murah berbanding dengan tempat lain.

Tamatlah sudah sesi beli-membeli, kita pergi makan pulak, lunch + dinner. Memang simpan perut untuk makan di sini. Jom steamboating!