Thursday 30 April 2020

Drama tontonan sepanjang PKP

Salam Ramadan hari ke-7. Semoga semuanya sihat walafiat.

Dalam tempoh PKP yang dah masuk satu bulan 14 hari dan akan ke 2 bulan ni, teman sempatlah juga menonton beberapa drama. Ada yang habis ditonton, ada yang masih lagi menonton, ada yang tengah cari mood untuk sambung menonton. Kebanyakan action genre, cerita askar-askar, polis-polis..kali ni banyak layan drama dari negara seberang tambak, drama Singapore.

Jom tengok review drama yang sempat ditonton.

1. Fauda - Season 1 (2015)

The human stories on both sides of the Israel-Palestine conflict

Terminat nak tengok drama ni sebab dekat netflix, depa letak gambar masjid. Drama terbitan negara Israel, rupanya. Fauda dalam bahasa Arab maksudnya 'chaos' atau suasana kelam kabut, ribut-ribut. Cerita mengenai Doron, seorang special force Israel yang dah bersara, kembali semula memburu seorang pemimpin Hamas yang bernama Abu Ahmad yang dia ingat dah mati. Doron menyamar jadi caterer di majlis kenduri adik Abu Ahmad tetapi tertangkap dan menyebabkan suasana 'chaos' yang berterusan. 

Interesting juga plot cerita ni. Full of action and suspense. Tengok perisik Israel yang asyik aim je target mereka. In term of revenge, macam balance juga, ada scene yang Palestin letupkan pub di Tel Aviv. Dalam drama ni dapatlah lihat suasana penempatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, suasana kehidupan orang-orang Palestin yang sentiasa dicengkam dengan tentera/perisik Israel. Sesuka hati je tembak mereka yang tak bersalah, tembak orang awam..geram je tengok..

Drama ni ada 3 season. Belum habis tengok Season 1, masih di Episod 5, entah malas pulak nak sambung. Netflix siap hantar emel - 'don't forget to finish Fauda'. Suka hati teman lah nak sambung tengok ke tak..hehe..

Ada banyak review tentang drama ni. So, nak baca review dulu sebelum sambung tengok. Ada yang cakap yang drama ni tak menggambarkan keadaan sebenar di Palestin. Infrastruktur dan kemudahan asas di Palestin sebenarnya lagi teruk..entahlah..

Season 1 ada 12 episod.
 
2. Beijing to Moscow (2019)



Drama Singapore. Mengisahkan pengembaraan sepasang suami isteri dan seorang kawan mereka dari Beijing ke Moscow untuk mengembalikan ingatan si suami yang amnesia kerana kemalangan. Dalam pengembaraan, instead of mengembalikan ingatan kepada si isteri, si suami lebih ingat kepada kisah dia dengan ex-girlfriend.

Suami isteri ni bertemu di Ulan Bataar, Mongolia, lima tahun lepas. Masa tu si suami baru lepas putus dengan girlfriend dia dan mereka berdua pergi ke Moscow untuk mencari girlfriend tu.

Walaupun drama ni agak slow pace dan banyak 'flashback', tapi plot cerita sangat menarik ditambah dengan cinematografi yang cantik - old town Beijing, grassland di Mongolia, trans-Siberian train, Russian town Irkutsk, Red Square Moscow..suasana di Moscow.
 
Recommended? yes!! ada 13 episod.
 
3. Zero Calling Season 1 (2014)



Drama Singapore juga, mengenai seorang 'psycho' yang dipanggil Zero yang menelefon hero untuk membunuh mereka yang membuat jenayah. Zero mengugut akan cederakan keluarga hero sekiranya tidak ikut arahan dia. Ditambah dengan ex-girlfriend hero yang 'psycho' yang ugut hero suruh bunuh ex-boyfriend dia yang pernah rogol dia.

Zero Calling is the story of an ordinary man, David, who is coerced by a mysterious caller, Zero, to do his bidding by 'righting wrongs' in Singaporean society. David quickly realizes what he is doing is no more than gutter vigilantism - taking the law into his own hands. However, David cannot escape from Zero because this mysterious master has made him a slave: Zero knows where he is, what he does and even who he talks to. It seems like Zero also has the power to harm those he holds dear - his wife, Julie, and his teenager step-daughter Maddy, and will not hesitate to do it in the course of playing this twisted game.

Recommended - oklah, so-so. 12 episod.

4. When Duty Calls (2017)




Drama Singapore juga. Drama to commemorate 50 years National Service di Singapura. Best drama ni, suka tengok latihan tentera darat, laut dan udara, quite detailed and entertaining. Disamping tu ada kisah keluarga, kisah suami-isteri, kisah persahabatan, kisah percintaan. 
 
Semuanya 20 episod, belum habis menonton. Recommended!! 
 
5. CLIF - Courage, Loyal, Integrity, Faith (Season 1 - 2011)



Drama Singapore juga. Cerita polis-polis. Ala-ala gerak-gerak khas. Semuanya sampai Season 5. Baru tengok Episod 1 of Season 1. Best juga, tapi tak tau bila nak sambung menonton.

6. Crash Landing On You (2019-2020)

Tidak ketinggalan drama Korea, drama popular, yang meletup-letup di pasaran. Make me wanted to go to North Korea Switzerland..hehe. Lakonan Hyun Bin oppa.


Kisah seorang ahli perniagaan wanita Korea Selatan yang tersesat landing di Korea Utara semasa naik paragliding. Diselamatkan oleh seorang kapten askar Korea Utara dan kemudian tinggal di perkampungan tentera di Korea Utara. Kelakar dan suspense drama ni. Flashback beberapa scenes di Switzerland memang awesome.

Huda, kena tengok drama ni, Donggu is alive and kicking! hahaha...Kim Soo-Hyun buat cameo dalam episod 10.

 Donggu - ejen Korea Utara dalam movie 'Secretly, Greatly'

ingatkan dah mati masa ending movie ni, rupanya hidup lagi..hahaha..

Yang kelakarnya, masa kesemua lima orang Korea Utara tu kena tangkap di Korea Selatan, depa ingat depa akan kena torture. Sarjan Pyo Chi-Su teringat kat Donggu. Dia ingat Donggu kena torture dgn electric shock sebab tu perangai dia macam tu, terlompat-lompat macam orang sakit mental...hahaha..kelakar scene ni..


Ada juga menonton legal drama dari tiga negara..yang tu kita cerita di lain entry ya. Sekarang ni dah start kerja di pejabat semula, MITI dah approved, so less time spent at home. Tambahan pula bulan puasa, nak kurang-kurangkan aktiviti menonton drama. 

Jom melayan Ramadan, bulan penuh barokah..

Sunday 26 April 2020

Ramadan hari ke3 : Juadah berbuka

Salam Ramadan..


Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga kita berpuasa dalam suasana berkurung di dalam rumah. Life goes on, aktiviti memasak sentiasa onzz. Walaupun PaRam (Pasar Ramadan) online bertalu-talu masuk whatsapp, gambar-gambar makanan yang bikin ngences, belum lagi tersangkut. Mungkin nanti..

Hari ni nak up entri juadah berbuka sebab ada juadah all time favourite seisi keluarga - popiah basah. Not the goreng one..

Tapi inti tak cukup bahan, my family resipi selalunya ada timun, taugeh, udang disangrai tanpa minyak, tauhu goreng kemudian diricik halus. Yang ni cuma ada lobak merah, timun, tambah kobis rebus. Kiranya popiah sayur lah. jadilah kan, menu last minit, Alhamdulillah.

 popiah in the making
kulit popiah DIY - mak yang buat

setambung popiah basah
ada yang tersengih, redho jelah, untuk makan sendiri je
bila nak makan, bubuh kuah cili atasnya..perghh..

sup sayur + cendawan enoki

siakap bakar

and the air asam terlebih kuah

Menu tambahan - ayam masak kicap semalam punya. Menu berbuka mesti ada nasi putih, sebab mak mesti nak makan nasi. Dua hari berbuka makan mi rebus, nasi tetap ada. Selalunya sahur makan nasi..

Sekian, #raikanRamadan #stayhealthy

Saturday 25 April 2020

Bacaan Tasbih dan Selawat Solat Tarawih

Salam Ramadan, sahabat semua..

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-2 kita berpuasa. Menjalani ibadah puasa dalam tempoh PKP ni, terasa lebih tenang. Tiada kalut-kalut nak bersiap pergi pejabat, mengharungi traffic jam semua. Tapi yang tak best nya, tak dapat solat sunat tarawih berjemaah di surau dan masjid. Rindu nak dengar alunan ayat suci dari imam-imam hafiz dan alunan selawat berjemaah menggegar keheningan malam...mengaminkan doa beramai-ramai..

Bila kena solat tarawih di rumah, buat ringkas-ringkas, sayalah tu. Selalunya buat 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. Belum ada daya upaya nak buat 20 rakaat..huhu..

Kali ni nak share bacaan-bacaan tasbih dan selawat yang selalu dibaca diantara dua rakaat solat tarawih. Sahabat semua mungkin sudah hafal, anggaplah ini sebagai ulangkaji. Tasbih dan selawat sebagai penguat iman, supaya kita lebih bersemangat untuk bersolat tarawih dan secara tak langsung, memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat..

Semua ini saya snap dari majalah Manhaj, kualiti kurang memuaskan..

Tasbih dan Selawat sebelum memulakan solat 

 
Iqamah Tarawih

 
Bacaan selepas rakaat ke 2 dan ke 6.

  
Selalunya Bilal akan baca 'Albadrul muniru Muhammad' dan makmum baca 'Sollu a'laiih'

 Bacaan selepas rakaat ke 4 dan ke 8.


 Makmum membaca:


Dan baca doa ini

Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepadaMu keredhaanMu dan syurga..dan kami meminta perlindungan dariMu daripada kemurkaanMu dan api neraka..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami, ibubapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat dengan RahmatMu wahai Zat yang Maha Pengasih. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Sekian, semoga bermanfaat, semoga Allah menerima ibadah solat, puasa, sedekah dan ibadah kita yang lain..amiin, amiin..ya Robbal a'lamin..

Thursday 23 April 2020

Salam Ramadan 1441H

Marhaban Ya Ramadan Al-Mubarak
Alhamdulillah, syukur dipertemukan lagi dengan bulan suci penuh keberkatan..


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

(Surah Al-Baqarah : 183)

🍀Selamat menunaikan ibadah puasa 🍀
⚘Maaf zahir & batin⚘

Monday 20 April 2020

Bikin ngences..

Hari Selasa, sehari sebelum PKP, saya ada urusan kerja di JUPEM, Plaza Masalam, Shah Alam. Dah habis kerja, haruslah ronda-ronda di shopping complex nya. Lunch time. Singgah di MBG Fruits. yaa..bikin ngences (kecur air liur) tengok buah-buahan..fresh sungguh..

 buah anggur species jarang jumpa - yang hijau (Autumn Crisp), yg jenis kecik-kecik (Champagne) dan yang panjang-panjang (Sweet Sapphire). Yang belakang tu, anggur biasa

 semua harga RM4.99 utk 100gram, dekat nak RM50 satu kilo
belilah semua jenis anggur ni, nak rasa, kena dekat RM30++

Diantara tiga-tiga jenis tu, yang paling sedap Autumn Crisp, anggur yang crunchy dan padat isinya. Anggur Champagne kena makan banyak baru puas, sebab kecik sangat buahnya. Subhanallah, Maha Suci Allah, yang menjadikan anggur pelbagai jenis. Buah anggur adalah diantara buah-buahan yang ada disebut di dalam Al-Quranul Karim. Alhamdulillah..

buah tamar segar dan kurma Medjoul 
sahabat2 semua dah beli kurma? bulan Ramadan mula hari Jumaat ni 

buah naga kuning

ini betul-betul bikin leleh ailio

ngences! ngences!

Sedapnya buah-buahan. #stayhealthy

Saturday 18 April 2020

Tim's Teapot Terrace Cafe

Salam hujung minggu..

Nak up kisah makan-makan..hehe..cafe yang bikin ngiler..Tim's Teapot Terrace Cafe di Taman Melawati. Sama hari dengan entry Gongju Roll. Lunch di Tim's, dinner tapau Gongju Roll.


Tak plan nak ke sini. Lepas parking kereta, pandang depan, ternampak restoran ni. Yeahh, teapot lagi, menarik nih..terus lintas jalan and masuk ikut pintu ni. Kedai ni dual frontage, ni pintu belakang.

 tutup hari Isnin

 ni bahagian depan - Lorong Perak


Jom tengok menu, kita order dulu

pilih Spaghetti Straganoff & teh limau ais

Seriously, semuanya motif teko..yelahh nama pun teapot. Saya giler tengok teko-teko yang comel, banyaknya..cuteness overloaded!! sungguh-sungguh wow..rasa nak snap gambar semuanya..jom tengok koleksi teko-teko comel di restoran ni..

 table mat pun motif teko


Rasanya semua teko-teko ni baru pertama kali say tengok, pelbagai bentuk, comel sungguh

 
dekorasi tema English country - macam serabut sikit

 More teapot collection..


Memang tepat nama cafe ni, memang ralit tengok koleksi teko yang ada disini..ok, koleksi teko dah, jom tengok cake yang bikin leleh ailio..

 
  weii.. tak tahan dah, order scone ni..RM6.50 sebijik

the kitchen


 mini pavlova & more cakes

macaroni, meatloaf & pie

 
 Ok, kita tengok makanan yang dipesan..yummy..

sedapnya scone ni 

Spaghetti Straganoff
pertama kali makan, oklah

Harga semua RM30++, memang harga on the high side, sekali-sekala belanja diri sendiri..recommended..

Till then, #dudukrumah