Saturday 28 March 2020

Gongju Roll

Gongju??

Terjumpa outlet ni semasa jalan kaki dari tempat parking kereta ke Bank Islam di Taman Melawati...di Malaysia, bukan di Korea Selatan, ya chingu. Kisah di bulan Februari 2020.

Konon-konon nak exercise le, nak ikut piramid aktiviti tu, parking kereta jauh-jauh. Sekali amek kau..jauh bebenor, dengan panas lit-lit lagi...sabor jelah..

Outlet Gongju Roll di Lorong Pulau Pinang, Taman Melawati
*update: dah tiada kedai ni, ganti dengan kedai vape

kimbap, sushi memang feveret, so singgahlah, survey apa yang ada dijual.

buku menu, ada service foodpanda & grabfood
 
 pilih yang ni - royal platter
harga RM14.50 rasanya, dah lupa



kimbap in the making

bawa balik, untuk dinner, makan di pejabat

begini rupanya

The verdict: Sedap, I like..pelbagai perisa, makan dengan kicap. Recommended!
 
#time PKP ni, selongkar stock photo untuk update blog 

#stay@home
#workfromhome
#day11
#staystrongfightboredom

Friday 27 March 2020

Gajah Mada by the Majapahit

Hari ni kita kembali ke sejarah Nusantara, sejarah negara seberang...kerajaan majapahit, gajahmada..does it ring a bell?..huhu...dok ingat..matapelajaran Sejarah ni memang kurang minat sebab banyak nak kena hafal...segala tarikh, nama, peristiwa.....memang fail..

Tapi Gajahmada yang ni memang best..sebab dia adalah restoran..hihi..di Mytown Shopping Centre..my town ya, not your town..hehe...

Gajah Mada by the Majapahit  
 
Frankly speaking, bila tengok nama restoran ni, terus tertarik nak masuk. Ni mesti masakan Indonesia, gitu fikirnya. Sebenarnya, restoran ni menyediakan masakan seantero nusantara - Indonesia, Thai, Malaysia dan Vietnam..

cantik kemasan dia, daripada kayu


ada table locator
 
Jom tengok menu. Harga memang sedikit up, pilih yang bawah-bawah je
 
order set nasi goreng nenas thai
 
sangkar ayam ke tudung saji   
  
Masa ni dah melepasi pukul 2 petang, masa puncak sudah berlalu. Pekerja sibuk mengemas meja. Pelanggan tak ramai, tapi nampak pekerja macam kalut je, rupanya nak buat surprise, ada birthday boy rupanya...keluarkan kek pavlova..lagu happy birthday berkumandang..


birthday boy dengan pavlova


nasi goreng nenas, ada keropok belinjau fusion thai + indonesia
 
nasi goreng nenas & teh ais

Dah makan, bayar di kaunter. Ada lakaran muka Gajah Mada kat dinding beserta kisahnya


Gajah Mada ni rupanya Mahapatih (lebih kurang Perdana Menteri)
Kerajaan Majapahit. Terkenal sebab yang berjaya menakluk kawasan nusantara


pandangan keluar
 
Ada juga outside dining, yang ni dinner baru sesuai, siang hari, panas berdenting. Kawasan mengadap fountain.

the fountain

tagline restoran ni - Deliciously Authentic, Delightfully Affordable. Bagi saya, ok makanannya, cuma harga on the high side. Sekali-sekala, bolehlah..

Tuesday 24 March 2020

Ribu-Ribu

Apa yang Ribu-Ribu
 
Duit ribu-ribu...beribu-ribu lemon. Kisah pergi Kompleks Kraf KL haritu. Rehat, sejukkan badan lepas kerja, sambil-sambil tu tengok-tengok barangan yang dijual. Nampak bakul cantik..anyaman Ribu Ribu..sib baik bukan harga ribu-ribu.

Ribu-Ribu ialah teknik menganyam oleh kaum etnik Rungus di Kudat, Sabah.


cantik anyaman Ribu Ribu nih..memang terpikatlah, rapat-rapat anyamannya..

coaster

bakul besar bertutup
teringat ular tedung keluar 

 model menggayakan handbag anyaman Ribu Ribu

Menariklah.. jom sokong produk kraftangan Malaysia.

Saturday 21 March 2020

Police Entry One Two Jaga...

Salam semua, semoga sihat walafiat..

Dua tiga hari yang lepas, polis entry. Dengar khabar askar pun akan keluar juga..ok, jom istiqamah duduk di rumah..sambil-sambil tu layan drama..

Drama review untuk bulan Februari/Mac. 

Selepas habis citer Romantic Doctor Teacher Kim 2, saya cuma tengok dua drama genre penyiasatan, citer polis-polis. Drama Korea dan Jepun, pick at random di website Viu..tapi sungguh tidak mengecewakan..best giler dua drama ni (bagi sayalah)..


Drama Korea - Tell Me What You Saw


Cerita penyiasatan mengenai berapa siri pembunuhan yang menggunakan taktik yang sama - tinggalkan peppermint candy dalam mulut mayat. Cerita bermula dengan satu pembunuhan di kampung heroin. Heroin ialah seorang polis desa tapi mempunyai kelebihan dapat mengingati dengan tepat apa yang dilihatnya (tajuk drama ni). 
 
Disebabkan kes ni, dia dapat join polis elit di bandar, team RIU - Regional Investigation Unit. Dia bekerjasama dengan seorang criminal profiler yang hebat tapi terpaksa bersembunyi selepas tunang dia mati dalam letupan kemalangan jalanraya 5 tahun yang lepas. 
 
Team RIU memburu penjenayah yang digelar 'the Guy' yang terlibat dalam kes kematian tunang profiler. Biasalah ada polis jahat, ada yang buat strategi sendiri. Semua pelakon utama drama ni ada kaitan dengan 'the Guy' ni. Masing-masing nak cari 'the Guy' untuk selesaikan kisah lampau mereka.

Best citer ni. Suasana kampung di Korea Selatan. Tapi cara pembunuhan tu macam gross sikit, horror giler...kepala dipotong dengan pemotong ais, dalam airbatu ada kepala orang. Kepala ditarik naik dengan tali pancing yang halus, tiba-tiba darah merecik atas lantai... 

Pelakon utama - Jang Hyuk, Sooyoung dan Jin Seo Yeon. Tayangan hari Sabtu dan Ahad, minggu ni habis.


2. Drama Jepun - Zettai Reido 4 (Absolute Zero 4)


Best drama ni. First time tengok drama polis Jepun. Suasana kotaraya metropolitan Tokyo.

Drama ni ada season 1 & 2, yang tu orang lain yang berlakon. Season 3 & 4 orang yang sama, cuma 2, 3 pelakon baru. Kalau nak lebih faham, kena tengok season 3 dulu. Dekat Viu takde season 3, saya tengok di falldrama.

Kalau cerita polis biasa, selepas ada crime scene, baru depa menyiasat tapi citer ni sebelum crime terjadi, depa dah siasat dan try to stop the crime. Mereka guna sistem Artificial Intelligence (AI) untuk kenalpasti potential criminal (person of interest)..selalunya sapa2 yang beli pistol illegally, beli chemical buat bom, akan dikategori sebagai potential criminal.

Penyiasat yang terlibat semuanya dari Document Department, tempat dumping polis-polis yang bermasalah. Disebabkan unit ni belum sah di sisi undanga-undang, mereka terpaksa menyiasat dengan cara menyamar, monitor cctv/camera, hacking macam-macam benda - computer, bank akaun, wire-tapping telefon, semua secara illegal.

Semua penyiasat ni ada kisah silam yang sedih - ketuanya Norito Izawa, isteri dan anak kena bunuh..dia pun pernah jadi potential criminal. Suka tengok Ikki Sawamura yang berlakon jadi Norito Izawa ni, ada lesung pipit di dua-dua belah pipi..
 


Opening episod 1 season 4 ni, tunjuk suasana pasar Tsukiji di Tokyo, yang ada acara lelong ikan tuna. Pasar yang saya pergi dulu tapi tak dapat tengok acara lelong tuna tu. Markaz mereka di pasar ni, canggih giler sistem komputer. Memang best drama ni, banyak plot twist, ada serius, ada kelakar...
 
Season 4 ni baru habis, ada 11 episod. Season 3 ada 10 episod.


Memang recommended dua-dua drama ni, buat saya terfikir terer betul penulis skrip, kena berfikir seperti criminal untuk tulis skrip genre macam ni..

Arigato gonzaimas for reading.. 

Monday 16 March 2020

Kompleks Kraf KL : Revisited

Bulan Disember tahun lepas ada datang sini, tahun ni datang lagi..semuanya sebab ada kerja di Jalan Conlay. 
 
Apa cerita kali ni? 
 
Ronda-ronda bahagian jualan dan cafe pula. Masa ni baru je habis Hari Kraf Kebangsaan 2020 yang berlangsung dari 28 Februari hingga 9 March 2020.

entrance dihias cantik, berwarna-warni
 
Jalan-jalan tengok barang. Banyak yang menarik untuk dibuat souvenirs dan juga perhiasan rumah dan kegunaan peribadi. Tapi biasalah tempat pelancong, harga tu adalah sedikit up.
 
 labu sayong dari kuale

Saya cuma beli name card holder ni. Jenis songket.


oklah, harga RM32
 
Dah pukul 12, masa untuk makan tengahari. Ada cafe di tingkat bawah. On the way, singgah sebentar di Muzium Kraf. Ada pameran hadiah dan tribute. Belum siap sepenuh...

 bunga emas tribute to Siam kingdom

 barangan perak

Kompleks Kraf ni ada cafe yang ok, besar, selesa dan cantik juga. Harga makanan yang reasonable untuk food court di kawasan Segitiga Emas.

 Craft Delight namanya


pelbagai pilihan makanan - gerai jual air sampai 3 outlet

Gerai-gerai dihias cantik dan interior design berbeza antara satu sama lain.

 banyak betul barang-barang hiasan


nama pun bangunan kraf, harus ada display sebegini

 #seriusapatu

Berjalan di luar bangunan, nampak banyak khemah-khemah putih sempena HKK2020 belum lagi dirobohkan. 

teratak kayu, nampak macam best je
hari panas, malas nak duduk berehat di sini

teratak warisan Hajah Kundur rupanya

Bergerak ke tempat yang lebih sejuk, penuh kehijauan, 


kehijauan di tengah kotaraya, suasana redup
 
ada fountain & ikan-ikan berenang
 
 banyak ikannya..tenang fikiran tengok ikan-ikan berenang
 
Ok, masa untuk pulang ke pejabat. Pergi ambik kereta parking di bahagian depan bangunan..nampak dua batang ni..
 
 
Keliring namanya. 
Tiang kayu Merbau berukir dengan motif etnik negeri Sarawak 
diatasnya ada replika burung kenyalang.

Sekian, aktiviti ronda-ronda Kompleks Kraf KL, salah satu tempat menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur.

Saturday 14 March 2020

Restoran Dimsum Yang Sedap & Halal di Kuala Lumpur

Ni hao..
 
Sekali-sekala bertukar selera ke makanan cina yang halal dan sedap. Dim Sum. Selalunya kalau nak makan dim sum, saya akan pergi ke tiga restoran ni.
 
1.Meishan Szechuan Restaurant di Summit Hotel (dulunya Quality Hotel), Jalan Raja Laut


Banyak kali juga makan di sini. Buffet-style. Banyak juga pilihan dimsum, ada juga nasi goreng, mee goreng, kuih muih, pencuci mulut


yang ni makan di tahun 2018..haha..lama dah. 

Masa ni selepas pilihanraya ke-14, perdana menteri ke -7 (mantan) bagi cuti 2 hari, tak tau nak buat apa, pergi makan dimsum. Masih ingat lagi, mereka yang datang makan, asyik la bercakap tentang pertukaran kerajaan, sekarang ni kerajaan tu pun dah runtuh..crash, boom, bang...

Dengar khabar, restoran ni dah tutup akhir April 2019.

2. Mix Max @ PNB Perdana Commercial Centre

Dua kali makan di sini, pertama sempena my birthday tahun bila ntah, tak ingat. Kali kedua gathering classmates tahun lepas. 


Yang ni jenis order asing-asing, ikut menu. Gambar diatas tu masa gathering classmates. Ada one classmate & wife nak gi US, depa ada interview di US Embassy di Jalan Tun Razak, so we organise this gathering.

Banyak juga we all order - sotong goreng tepung, nasi goreng cina, dimsum jenis kukus, kuih keladi, kaki ayam. Semuanya peminat kaki ayam rupanya. 

Kawan cakap dim sum kaki ayam di Thailand, takde tulang-tulang semua. Baru-baru ni dapat info yang orang Thai keluarkan tulang kaki ayam tu guna mulut..erkk..gelinya..sib baik kat Malaysia masih ada tulang...hehe..

Total damage - tak tahu, classmate yang nak gi US tu yang belanja. Alhamdulillah..

3. Dolly Dim Sum @ Sunway Putra Mall & NU Sentral, KL Sentral

Dua kali pergi outlet di Sunway Putra Mall dan sekali di NU Sentral. 


Dolly dimsum di Sunway Putramall, kali kedua pergi, boss belanja. Balik dari meeting, boss nak makan bubur nasi, sedap katanya.

buku menu

Selain bubur nasi, order juga a few dimsum - kuih radish, kuih keladi, kaki ayam, ayam goreng  Boss tak makan kaki ayam...saya yang kena perabihkan..takpe, banyak kolagen..haha..

bubur nasi yang sedap

Masa pergi site inspection di KL Sentral, singgah lunch di NU Sentral. Jalan-jalan tengok ada Dolly DimSum, laju je melangkah masuk dan order bubur nasi dan kaki ayam.

Dolly dimsum NU Sentral

 bubur nasi lagi

kaki ayam - feveret ni - beauty eat 

4. Newly found place - Restoran Mohd Chan @ Mytown Shopping Centre

Masa pergi site inspection di Mytown Shopping Centre, nampak restoran dim sum Mohd Chan ni, tapi tak singgah sebab dah makan kat tempat lain.

boleh try dim sum di sini

Dulu ada restoran dimsum Maju Palace di Maju Junction, depan office je, boss selalu belanja makan dim sum kat situ.  Tapi sekarang ni dah takde, dah pindah kat mana pun tak tahu. Maju Junction pun dah tutup.

Yang belum try lagi, dim sum kat China Treasures di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Maybe one fine day..

hmmm..telan air liur masa taip ni...hahaha..happy weekend semua, .