Assalamualaikum,.cerita hari kedua di Sabah..
Pukul 7.00 pagi, kami check-out dari apartment. Malam ni, mengikut itinerary, menginap di Kundasang pulak. Mel sudah menunggu dengan Toyota Rushnya. Langsung ke Warisan Plaza untuk menunggu bos dan budak-budak Sabah office. Selesai breakfast, bergerak ke Kundasang, yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
On the way to Kundasang, kita akan melalui kawasan Tamparuli. Yang popular dengan lagu Jambatan Tamparuli, lagu rakyat negeri Sabah. Singgah di sini dulu..Rumah Terbalik..kena adjust minda..terbalikkan semula di dalam otak..
Nak masuk ke dalam rumah ni, bayarannya RM10.00, tapi tidak dibenarkan ambil gambar, nanti didenda RM1,000/-. Untuk berjalan-jalan di halaman rumah, bayarannya cuma RM5.00.
|
tour guide |
Ketuk gong sebelum masuk, tanda ketibaan ahli rombongan..pelan rumah ni simple saja, cuma ada ruang tamu bersambung dengan ruang dapur, satu balcony, satu master bedroom dan satu bilik tidur. Semua perabot, perkakas terbalik, kecuali tiga benda. Cuba teka benda apa? teka-teki..benda2 tu ialah air-cond, kipas dan CCTV..untuk kegunaan harian..
|
bahagian belakang |
|
tandas |
|
garden |
|
car porch |
|
pandangan sisi |
Selepas bertandang ke Rumah Terbalik, kami singgah di Pekan Tamparuli. Kena menyeberangi jambatan konkrit ni..di sebelah kiri atas, itulah Jambatan Tamparuli, jambatan gantung..
|
seriau..takde dinding jambatan ni.. |
|
di permulaan Jambatan Tamparuli |
|
Jambatan Tamparuli |
Pekan Tamparuli ni kecik saja, pekan koboi. Mengikut kata Jeff yang berasal dari Kundasang, Tamparuli mendapat nama dari perkataan 'tempat lori'...dulu banyak lori balak kot kat sini..Dan menurutnya lagi, sistem barter (sistem tukar barang) masih lagi diamalkan oleh segelintir penduduk di sini..
|
pasar Tamparuli |
|
pekan lama |
|
Pekan lama |
|
stesen bas mini |
|
bas mini |
Kehidupan di sini nampak tenang, tiada trafik jam..slow pace. Selepas membeli barang-barang untuk dibawa ke Kundasang, kami pun bergerak meninggalkan pekan Tamparuli..