Friday 31 January 2020

Ulangkaji tanda-tanda dalam telefon bimbit untuk Whatsapp

Salam semua, 

Dah malam baru nak buka kelas ulangkaji..hihi...

Hujan lebat di luar sana..teringat teman kat peniaga-peniaga pasar malam, hari ni ada pasar malam di kawasan rumah...apa khabar mereka di hari hujan sebegini..

oklah, mari kita ulangkaji simbol-simbol yang ada di telefon bimbit kita untuk memeriahkan lagi karangan whatsapp kita. Formatting katanya. Ramai yang dah tahu, tapi takpe, letak kat sini untuk rujukan...yang ni pun ambik dari whatsapp juga..

   
Selamat mencuba ✌. Sekian, happy weekend

Doa Rasulullah SAW : Empat Permohonan

Salam Jumaat..Sayyidul Ayyam..


 4 permohonan itu ialah:

1. Jiwa yang tenang
2. Percaya akan pertemuan dengan Allah swt
3. Redha dengan ketetapan Allah swt 
4. Qana'ah (merasa cukup) dengan pemberian Allah swt 

hasil usaha:
Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah
Mudir - Ustaz Hj Subri bin Hj Md Arshad 
BIMB : 07-016-02-034277-3

Jumpa kad ni di masjid semasa nak solat Hari Raya Idul Fitr tahun 2019

Wednesday 29 January 2020

Banyaknya Jajan dari Siam

Masih lagi berkisar, berlegar-legar dalam kedai 7-eleven..hehe..

Semenjak kedai borong dekat office dah tutup, 7-E jelah yang dekat untuk beli jajan..comfort food..stress reliever..

Teman tengok dah semakin banyak snek dari negara siam, cantik packaging nya..daripada tak nak beli, terus sambar satu sebab suka tengok design dan warna yang menarik...

 why so cute?

lemon bercili
yang tepi kiri, asam masin (gambar lelaki tu) 
dah lama ada dlm pasaran, takyah fancy2, letak gambar muka 
orang tak hensem pun masih boleh bertahan dalam pasaran..hahaha..

Sebab cute, belilah satu, yang ni..hehe..

nenas bercili

cop halal dari Thailand

katanya spicy, nan hado - manis meleceh

beli juga yang ni..Siam mari juga

Banyak lagi snek dari siam...dah macam promoter 7-E pulak..hehe.
harga memang up sikit, maklumlah barang import


yang ni..potatoes chips berperisa nasi ayam, laksa & roti prata..yang ni bukan dari Siam..

ada juga perisa macam ni ya, tak tahu nak cuba ke idok
lain macam je

Beli keropok kentang yang ni..mencabar diri utk melihat tahap mana kepedasan cili Ghost Pepper nih
 
 pedas juga, but not so hot

Sekarang ni dah tak yah pergi Siam, nak minum benda ni, dah ada di Malaysia
 
Arabus Coffee

Lastly, the limited edition sempena CNY

nescafe mocha orange
 
oklah, rasanya setakat ni je kot promosi 7-E, pesanan penaja..junk food is not good for your health..

Tuesday 28 January 2020

Bubur Nasi Berlauk - Jim's Porridge

Salam semua, dah dinner? makan apa? nasi?

Sesekali makan bubur nasi pun best, apatah lagi bubur nasi berlauk. Dah lama nampak tapi baru kali ni nak try..Jim's Porridge..di Medan MARA..

 kiosk Jim's Porridge di Medan MARA

tengok gambar ni pun dah terliuq

 harga basic = RM5.00, cute je logo, siap pakai kopiah 

lobak-lobak - ini wajib ambik, sedapppp
 
 pilihan lauk yang lain

sedap..berbaloi dengan harganya

Overall, memang sedap bubur nasi berlauk ni..saya cuma tambah 2 jenis lauk..

recommended, silalah singgah dan beli kalau ke Medan MARA..

Friday 24 January 2020

Tanam Lalang

Ada ke orang nak tanam lalang? Apatah lagi di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur nih..

Ada, kome..jangan tak tahu..lalang boleh dijadikan landskap lembut. Contohnya di sini...

 Hotel The Chow Kit

Hotel The Chow Kit dulunya Tune Hotel. Lokasinya di simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail, dekat beno dengan ofis teman


Hotel ni adalah gaya-gaya vintage sikit, mungkin sebab tu kot depa buat landskap macam ni..semua tumbuhan dulu-dulu...

 ni kat bahagian tempat letak kereta

subur menghijau


ada benda ni kat tengah-tengah rumpun

ni di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman
tak taulah macamana DBKL boleh lulus landskap macam ni 

yang ni depan hotel, ntahlah..macam semak je
ke artistik, ke unik

tanaman dulu-dulu dalam pasu
 
Rasanya kalau takde landskap lalang ni, rasa kemas sikit kawasan ni. Apa-apa pun, enjoy the view, the greens..walaupun semak mata memandang..

Hotel ni walaupun nama dia Chow Kit, tapi harga foods dia tahap hotel 5-star. Teman tak pernah pergi, cuma tengok kat website je..katanya chef dari restoran di the Troika yang dekat KLCC nun..

Thursday 23 January 2020

Song Gam - simbolik ''bagi emas''

Gong Xi Fa Chai..
 
Sempena Tahun Baru Cina, KitKat keluarkan coklat limited edition yang berperisa mandarin orange. 

Nampak dalam entry Siti Yang Menaip, teringin nak rasa. Mengimbau kenangan coklat oren halabong di Jeju Island. Beli di 7-E,  prosperity pack, ada 8 keping,  harga RM10.00..

sedap. pembalut warna gold..

Warna-warna emas, merah, oren, sudah sinonim dengan Tahun Baru Cina, bagi masyarakat cina, warna ni lambang kekayaan, bawa banyak 'ong'. 

The tradition of giving mandarin oranges during Chinese New Year is known as "Song Gam" which means giving gold. It is a popular symbol conferring prosperity and well wishes to the recipient. 

Company ada juga bagi hamper sempena Tahun Baru Cina. Warna merah..

 

 hamper untuk klien terpilih

Walaupun banyak company dah buat 'no gift' policy, tapi bagi hamper sempena hari perayaan sudah jadi amalan office saya untuk kesekian lamanya...klien happy, kita pun happy...menghargai klien yang sentiasa memberi sokongan kepada company..

Tuesday 21 January 2020

Dari Tingkat 80 Bangunan Tak Siap

Apa perasaan bila kena naik lif pekerja ke tingkat 80 bangunan yang belum siap?

Perghh..hati kecik langsung jadi kecut....takut weii..nampak je tenang, dalam hati tak keruan...zikir segala ayat kursi, ayat penggerak...Alhamdulillah, tak kena naik sampai tingkat 100..yang ni pun dah ketaq lutut...

menunggu lif bersama abam2 Bangla
 
mencari rezeki di perantauan
 
menuju puncak
 
 Alhamdulillah, selamat sampai di tkt 80


Dah sampai di tingkat 80, memang heaven lah tengok aerial view kotaraya KL
kereta, LRT dah macam set mainan..kecik je..



bandaraya Kuala Lumpur

Jalan Tun Razak
 
KL Sentral, Midvalley & Bangsar
 
full gear pakaian naik ke atas bangunan
untuk keselamatan

bangunan pejabat/hotel

Tak lama lagi nak siap, nanti ada glass floor, sky deck, bolehlah test samada fear is a factor di bangunan kedua tertinggi di dunia ni

Monday 20 January 2020

Iklan dah di block

Harap-harap tak keluar lagi..


Boleh block iklan Adsense di sini..


Ada 600++ iklan, kena cari satu-satu...semoga berjaya..

Sunday 19 January 2020

Penangan Drama Turki - Kiralik Ask

Merhaba....selam alaykum..

Ada satu masa dan ketika di tahun lepas, layan drama Turki yang tajuknya Kiralik Ask (Cinta untuk disewa)..sapa ada tengok citer nih? Teman jadi culture shock tengok budaya orang Turki dalam drama nih. Moden giler, budaya mat saleh yang sangat tebal, walaupun mereka tu semua orang Islam..I just cannot brain...

yang nampak Islamik sikit cuma masa mak heroin masak bubur asyura dan bubuh dalam bekas, nak bagi jiran-jiran. Satu lagi masa hero pergi ke kubur mak pak dia, kubur tu ada dua batu nisan, kat batu nisan ada tulis Al-fatiha. Dua tu je kot..yang lain-lain tu, kalah drama korea..dah macam drama omputih layaknya..

tapi ada sesuatu dalam drama ni yang buat saya terpengaruh iaitu..KUACI..haha..biar betik..dalam drama ni, heroin, abang dia dan dua orang lagi kawan baik dia..suka beno makan kuaci..tengok macam sedap je..

Sekali ternampak kuaci ni di 7-eleven, ada empat perisa. Saya bukan jenis suka makan kuaci. Tetiba teringin pulak...

perisa rempah, karamel & walnut

Beli yang ni, nak coba..

produk dari China, ada logo halal dari Shandong

Beli satu ni je. Sedap gak. Tapi makan kuaci ni, tak jadi kerja, kena concentrate makan dia je, nak buat kerja lain dah tak boleh..cukuplah sekali..