Showing posts with label Indonesia - Bandung. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Bandung. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Di Bandung - where Nature & Culture in Harmony

Di sinilah tempatnya, where nature & culture in harmony..Saung Angklung Udjo. Saung dalam bahasa Sunda bermakna 'rumah' dan Udjo ialah nama pengasas rumah angklung ini. Tempatnya tidaklah seglamor macam Istana Budaya di Malaysia..terselit di celah rumah-rumah yang dibina rapat-rapat, dengan jalan (atau lorong) yang sempit.
Tempatnya
Bila masuk ke kawasan ini, tersusun bas-bas pelancongan yang datang dari daerah-daerah lain di Indonesia. Kebanyakan penontonnya ialah orang Indonesia sendiri. Semasa kami sampai dalam pukul 2.15 petang, persembahan sesi tengahari masih lagi belum habis. Untuk sesi petang, ianya akan bermula pukul 3.30 petang. Lama juga nak menunggu, sebenarnya tak buat research betul-betul tentang timing persembahan. Cuma cari dalam Tripadvisor, buka websitenya cuma ala-kadar sahaja.

Bila beritahu pak supir, nak pergi sini, dia cakap persembahan start pukul 2.30 petang. Terpaksalah menunggu. Nak jalan-jalan di kawasan sekitar, tak berapa menarik. Nak menghilangkan bosan, snap2 gambar sekeliling..

Dapurnya..

Dibawah rumpun bambu
General knowledge
Bayaran masuk untuk warga asing - Rp110,000 (RM30).  Tiada tiket, cuma diberi tag bersama mini angklung dan pamphlet mengenai pertunjukan serta air mineral atau aiskrim.

Gamelan boys
 Persembahan dimulakan dengan muzik gamelan di atas.  Kemudian persembahan wayang golek atau di Malaysia, dipanggil wayang kulit.

Wayang golek
Arumba - Alunan Rumpun Bambu antara persembahan yang paling diminati ramai..more modern and upbeat.

Arumba
Mini angklung menampilkan persembahan kanak-kanak bermain angklung kecil.  Sememangnya tempat ini mendidik anak-anak dari kecil bermain angklung.
Mini Angklung
Slot yang diminati ramai - slot penonton bermain angklungAnak dan cucu Bapak Udjo yang mengacara slot ini sangat menghiburkan. Setiap penonton diberi sebuah angklung yang telah ditandai dengan nama-nama pulau di Indonesia - Pulau Bali, Kalimantan, Sumatera, Sulawesi, Jawa, Nusa Tenggara dan Papua. Setiap pulau diberi tanda isyarat tangan yang berbeza oleh cucu Bapak Udjo dan penonton akan menggoyangkan angklung mengikut isyarat tangan tersebut.  Ada tiga lagu yang dimainkan dan yang pertama ialah lagi kumpulan 'the Beatles'.  Inilah first time, saya bermain angklung, what an experience..

My angklung - Bali
penonton membentuk orkestra angklung
Pertunjukan yang terakhir ialah persembahan angklung dari the profesisonal yang bermain sepuluh angklung. Konduktor di bawah ialah anak Bapak Udjo.

Pemain angklung tahap professional
Persembahan berakhir pada pukul 5.30 petang dan kami bergerak ke factory outlets di Jalan Riau untuk last shopping.  Kemudian makan malam di gerai makanan Sunda di tepi Jalan Kebon Klawung. Selesai makan, beli pula tauhu goreng (cannot resist tauhu di sini..enak-enak) untuk makan-makan di hotel, tengok minyak gorengnya, alamak, berwarna hitam..redho je lah..

Keesokan harinya, sarapan di hantar ke bilik (sebab cafe tutup) dan kami check-out at 8.00 pagi untuk terbang pulang dengan flight pukul 12.30 tengahari. Semoga ketemu lagi, Kota Kembang..

Thursday, 14 February 2013

Di Bandung - Part 3

Hari ketiga di Bandung, Alhamdulillah, cuaca cerah, tiada tanda-tanda mau hujan. Selesai sarapan, dalam pukul 7.30 pagi, terus memulakan city tour hari Sabtu.  Sebelum ke Pasar Baru, jalan-jalan dulu  di Jalan Asia-Afrika dan Jalan Braga sambil snap-snap gambar bangunan lama.

Gedung Merdeka
Bangunan Dutch colonial
Kemudian terus ke Pasar Baru, ketika itu kedai-kedai baru dibuka. Terlupa nak snap gambar di sini. Tak berlama-lama di sini, menurut supir sebelum pukul 12.00 tengahari, kena keluar disebabkan trafik akan menjadi macet. Lantas kami ke bangunan Kartika Sari cawangan Jalan Kebon Jukut untuk membeli kerepek-kerepek, kek kukus Amanda dan barangan Kartika Sari.

Perjalanan diteruskan ke Institut Teknologi Bandung (ITB), saja melawat pusat pengajian tinggi tertua di Indonesia.  Sebenarnya, nak ambik gambar bangunan Dutch colonial ni, terjumpa dalam internet.

Bangunan Aula Barat
Ceremonial Hall
On the way to factory outlets di Jalan Riau, singgah mengambil gambar Gedung Sate.  Famous building di Bandung, pejabat kerajaan untuk Gabenor Jawa Barat.

Gedung Sate

Selesai shopping ala-kadar di Jalan Riau, singgah di Baso Malang Karapitan (BMK) untuk lunch. Mengelak dari makan berat, try something soupy pulak.  Order baso malang super komplit, memang complete, ada mee, ada mihun, bakso, tahu, kerepek..rasanya OK.

BMK - paling populer di Bandung gitu
Baso Malang Super Komplit
Selesai lunch, bergerak ke shopping complex yang trendy di Bandung - Paris Van Java. Hari Sabtu memang ramai yang keluar bershopping di sini, parking penuh.  Memang trendy dengan international boutiques, cafes, stores.


Paris Van Java

The open concept
Tidak berlama-lama di sini kerana ingin ke satu tempat yang lebih menarik yang menampilkan pertunjukan kebudayaan Sunda - where nature & culture in harmony..

Thursday, 7 February 2013

Di Bandung : Part 2


Selepas singgah di Lembang, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Tangkuban Parahu.  Hari masih hujan lagi. Walaupun hujan, pelancong ramai juga. Cuma snap-snap gambar mana yang dapat, sebagai tanda pernah sampai disini.
 
Kawah Ratu
Been there
Perjalanan diteruskan ke Kolam Air Panas Sari Ater. On the way turun dari Tangkuban Parahu, terdapat banyak pokok-pokok jati dan di sepanjang jalan ke Ciater, kebun-kebun teh seluas mata memandang.  Tapi tak boleh berhenti sebab hujan..isk..isk

Sari Ater Hotspring
Sari Ater Hot Spring ni kira OKlah, ada Masjid Jamek lagi, rumah penginapan dan kem bina semangat.  Cuma jalan-jalan dan snap-snap gambar, kemudian terus ke Kampung Daun Culture Gallery & Cafe.  On the way, singgah di Kavalin Strawberri, untuk memetik strawberi.  Tapi sungguh mengecewakan, kebunnya tidaklah segah Cameron Highland. Bayaran masuk Rp22,000 untuk 100 gram strawberi (lebih kurang 5-6 biji sahaja) dan jus strawberi yang pure (nasib baik yang ni sedap)..


memetik strawberri
Terus ke Kampung Daun Culture Gallery & Cafe untuk lunch. Walk-in sahaja, ambil pondok di tepi sungai..makan sambil mendengar deruan air sungai..bersatu dengan alam.

Entrance
Jalan ke pondok-pondok
Pondok untuk bersantap



Di sini kami order sup buntut (sup ekor), ayam kampung goreng, ikan gurame goreng sambal kecap dan sayur kailan goreng dengan daging sapi.  Supir order air susu soda (susu + ais krim soda..entah apa rasanya), saya order bandrek (air halia + gula merah..sebab nak try) dan sister order air cincau (cincaunya sebesar penumbuk).  Sebagai pencuci mulut, kami order surabi pisang keju sebab ramai blogger kata yang ni sedap.


Bandrek - irisan-irisan jahe (halia)
Gurame goreng sambal kecap
The verdict:  Makanan semua sedap, habis licin.  Air bandrek tak habis, manis sangat.  Surabi pisang keju - kurang gemar, makan satu, supir makan satu.

The price: A bit pricey - ialah tourist spot, lagipun theme cafe macam ni memang mahal, kat Malaysia pun sama.

Selepas makan, kami ke Rumah Mode. Di sini ramai Indonesian Chinese bershopping untuk Chinese New Year. Di sini, ada disediakan musolla untuk kemudahan solat.
Rumah Mode sempena CNY

Gerai tahu di depan Rumah Mode
Di depan Rumah Mode, ada gerai tahu ini.  Pelbagai jenis tahu.  Kami membeli tahu gejrot, katanya sedap.  OKlah, pedas sebab bubuh cili padi.

Kemudian ke Jalan Cihampelas.  Singgah di Cihampelas Walk (Ciwalk) untuk survey shopping complex ini.  Suka dengan konsep Ciwalk ni..ada taman dalam shopping complex - green and open concept - not too enclose retail mall.

Cihampelas Walk
Tour of the day ended di sini - Jalan Dago. Menjelajah factory outlets di sepanjang jalan ini. Dari Grande to Blossom. Banyak window shopping.  Lastly tapau Batagor untuk dinner di dalam bilik hotel sahaja.


Blossom Factory Outlets
Di sekitar factory outlet ini, kelihatan ramai penjual-penjual - ada yang jual keychain, fridge magnet, kacang rebus, lukisan, dllAda seorang budak perempuan berbaju seragam sekolah approach kami untuk menjual koran (suratkhabar)...merayu-rayu, kesian pulak, bagi Rp5,000..apalah sangat RM1.60..tapi koran tak ambik, nak baca pun tak berapa faham, lagipun dah nak malam..

itulah kehidupan di sini, sedih juga melihat air muka mereka ini..tapi apakan daya..

Tuesday, 5 February 2013

Di Bandung - Part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki di kota Bandung, Jawa Barat pada 17 Januari 2013. Flight pukul 3.25 petang dari LCCT, mendarat di Bandung pada pukul 4.20 petang, waktu Jawa Barat.

Airport Bandung - kecik je


Sebaik tiba di airport, ambil teksi biru, Bluebird ke hotel penginapan, tambangnya cuma Rp40,000. Kami menetap di Hotel Kenangan di Jalan Kebon Sirih.  Booking via Agoda, murah sahaja, RM75 semalam.

Beginilah hotelnya, simple sahaja, no frills 
Dengan bayaran sebegitu, sarapannya cuma ada dua pilihan sahaja: nasi goreng dengan telur dadar atau roti bakar. Minuman : kopi atau teh..
 
Tiga hari bersarapan nasi goreng yang sama rasanya..tapi Alhamdulillah, mengenangkan di luar sana, ramai yang bergelandangan, berjualan macam2 untuk mencari sesuap nasi..begitulah suasana di Bandung..


 Jalan Kebon Klawung

Selepas selesai urusan check-in hotel, kami keluar ke Jalan Kebon Klawung untuk dinner.  Jalan Kebon Klawung ini adalah salah satu jalan utama di kota Bandung. Stasiun keretapi Bandung dan HQ bakery Kartika Sari terletak di jalan ini. 

Dinner malam itu di Rumah Makan Ampera yang menyediakan makanan Sunda..nasi timbel, ayam kampung goreng, tahu goreng, pais ikan, tempe goreng tepung dan jus alpukat..

Kediaman rasmi Gabenor Jawa Barat

Pagi esoknya, Jumaat, hujan renyai-renyai. Morning walk sekitar hotel sambil snap gambar.
Lambang Provinsi Jawa Barat

Motto Jawa Barat dalam Bahasa Sunda : Gemah Ripah Repeh Rapih
Google-google dapatlah tahu maknanya: Gemah Ripah - subur makmur, Repeh Rapih - aman sentosa

Siapakah Gabenor yang mendiami kediaman diatas? Ya, ini dia, Bapak Ahmad Heryawan.  Masa ini adalah masa kempen pemilihan gabenor yang baru (Pegujabar - pemilihan gubernor jawa barat). Di sekitar Bandung terdapat banyak poster-poster, sepanduk-sepanduk kempen calon.



Kenalkah anda dengan calon wakil gabenor ini? Ya, pelakon veteran Indonesia, Deddy Mizwar. Bertanding untuk wakil gabenor.  Wakil gabenor ni kiranya macam timbalan gabenor.  Suka tengok dia berlakon dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1. Vote for Deddy Mizwar, semoga menjadi pemimpin yang adil dan bersih dari korupsi (jika terpilih)..
 
Walaupun hari hujan, tour diteruskan juga. Kami booking supir merangkap tour guide dengan harga Rp450,000 selama 8 jam.  Kami memilih ke utara Bandung iaitu ke Gunung Tangkuban Parahu dan sekitarnya 

On the way, singgah di Universitas Pendidikan Indonesia untuk bergambar di Villa Isola, bangunan Dutch colonial, sekarang dijadikan pejabat pentadbiran universiti ini.  Bangunan ini terletak di atas bukit dan boleh melihat pemandangan kota Bandung.

Villa Isola
Kami juga singgah di Pusat Orang Makan Tahu ketika sampai di Lembang. Specialty disini ialah tahu susu. Tahu ini macam tahu yang buat mee kari tapi lebih lembut dan enak.

Pusat Orang Makan Tahu
 Di pusat ini, ada pelbagai gerai menjual tahu susu dan juga makanan lain serta kerepek-kerepek dari tahu dan jajan lain. Seperti biasa, harganya lebih mahal.

Pelbagai jenis tauhu dijual
Kilang tauhu susu
Kilang memproses tahu susu berada di sebelah kawasan gerai.  OKlah, bersih juga. Mungkin bila dah melihat kilangnya, keinginan nak makan tahu susu itu semakin berkurang atau langsung tiada..hehe..tapi bila dah makan tahu susu, lupa pada kilang ini..lebih baik jangan menjenguk kilangnya. 

Di sini kami cuma beli tahu susu goreng..10 ketul = Rp10,000, lebih kurang 30 sen seketul. Sempat menjenguk minyak gorengnya, kira OKlah, takdelah warna hitam macam diluar sana (di gerai makan tepi jalan)..nanti kita cerita..hihi..