Wednesday 30 November 2016

China : Xi'an - Bell Tower


Dari Drum Tower bergerak ke Bell Tower @ Zhong Lou (sebutan Junglau)

  Menara kayu Bell Tower Xi'an ni yang terbesar di negara China. Dibina pada tahun 1384 oleh Emperor Zhu Yuanzhang zaman Dinasti Tang.

skuter Alang ada di sini

 Drum Tower dan Wenyuan Hotel

Bell Tower - roundabout utama di Xi'an city

Lokasi sebenar Bell Tower ialah disebelah Drum Tower, tapi dah dialihkan ke lokasi sekarang pada tahun 1582. Memang sangat prominent Bell Tower ni, berada di tengah-tengah Xi'an city..

Nak ke Bell Tower, takyah pening-pening memikior camner nak lintas jalan, ikut je lintasan bawah tanah melalui stesen metro Zhonglou 


Kena scan beg juga di sini sebelum naik tangga..SOP, SOP..

Giant bell

Malas nak menapak naik tangga ke atas, lagipun ada kerja-kerja baikpulih sedang berjalan, cuma snap city view je dari sini..

Xi'an city yang lapang, jalanraya yang lebar

sisi moden kota Xi'an

Sekejap saja sesi lawatan di Bell Tower, bergerak semula ke Muslim Quarter,  nak pi Masjid Besar Xi'an @ Great Mosque, nak kejar waktu Asar, nak dengar laungan azan di sini..

dataran tempat lepak

laluan dari Zhonglou metro station

ke Drum Tower & Muslim Quarter

sempat ke idok dengar azan di Great Mosque..banyak gangguan di jalanan..hihi..

Tuesday 29 November 2016

China : Xi'an - Drum Tower

Assalamualaikum..

Landmark yang femes di hujung Muslim Quarter - Drum Tower @ Gu Lou.


Drum Tower dibina pada tahun 1380 semasa pemerintahan Emperor Hongwu of Ming Dynasty dan diubahsuai dua kali pada tahun 1699 dan 1740 pada zaman Dinasti Qing. Senibina bangunan campuran Dinasti Tang dan Dinasti Qing.


Jom beli tiket masuk..50 yuan untuk dua tower - Drum Tower dan Bell Tower. 

Kedua-dua tower ni ialah mercu tanda bandar Xi'an. Pada  zaman dahulu kala, gendang dipalu menandakan hari sudah senja, manakala loceng dibunyikan menjelang sianghari. Begitulah fungsi kedua-dua 'sister towers' ni.

Sebelum naik ke atas, kena scan beg dan body..

gendang beso
 
12 biji gendang berderet

muzium gendang

gendang antik

Naik ke tingkat 2 - ada pameran perabut zaman Dinasti Qing, dinasti terakhir kerajaan beraja China

dapat sebijik, letak kat rumah..huhh..karen banget

perabut2 macam ni boleh tengok dlm drama cina 'Bu Bu Jing Xin'
kisah time travel ke Dinasti Qing semasa pemerintahan Emperor Kangxi 
drama yang diadaptasi oleh kdrama 'Moonlovers: Scarlet Heart - Ryeo'

verandah

jubin lantai

corak siling
 
Turun balik ke tingkat 1, untuk tengok persembahan pukul 2.00 petang

best juga performance ni

Dah habis lawatan dalaman, kita ronda-ronda di verandah di luar, tengok aerial view kota Xi'an..

 bangunan hotel

taman depan Wenyuan Hotel

Bell Tower di kejauhan

Jom turun, bergerak ke Bell Tower..jingle bell, jingle bell..jingle all the way..

Monday 28 November 2016

China : Xi'an - Beiyuan Men

Assalamualaikum...sambung travelogue di Xi'an. 

Masih lagi di hari kedua...selepas check-in di MYFO Wan Shun Yuan Inn, selesai solat, sambung jalan-jalan..nak pergi Drum Tower. Ikut Beiyuanmen, arah ke selatan.

Keluar hotel, terus masuk Beiyuanmen. Dari jauh ternampak segerombolan lelaki Muslim berkopiah putih sedang berjalan ke arah utara. Ramai, lepas satu gerombolan, ada lagi satu lagi gerombolan di belakangnya.


Rupanya ada kematian, dua jenazah. 

 mereka sedang mengusung jenazah

Orang-orang yang lalu di tepi mengucap Innalillahiwainnailahirojiuun. Insaf sekejap...mati itu pasti.

 pintu gerbang ke Xiyang Shi dari Beiyuanmen

Beiyuanmen yang penuh sesak dengan pelancong
ramai yang pegang handphone, snap2 gambar

 restoran - grand entrance dengan senibina Cina

 design yang menarik

Bangunan-bangunan kedai di Beiyuanmen memang menarik design nya, elaborated decoration dengan senibina cina...a feast to the eyes..
 
 beratur beli roti daging @ raojimo

berdua lebih baik, pembuat kuih bepang

 kedai kuih bepang

pelbagai jenis kuih bepang

gula tarik

beratur beli 'lamb bubble', depan tu 'osmanthus rice cake'
kuih pulut dengan sos buah delima..sedap juga..


dah sampai di selatan jalan Beiyuanmen

 watak monyet dalam drama cina 'Journey to the West'
dah nampak Drum Tower di belakang


Beiyuanmen dari arah selatan, ni baru pukul 1 tengahari
waktu petang, malam, weekend, lagi sesak
ada je orang tarik beg...😅

Yang sempat disambar untuk kunyah2 ialah...

Tauhu berempah..sedap...2x beli ni
harga 10 yuan..hmm, takyahlah convert ke RM..hihi..

dan untuk makan malam, I love the kambings..
 sate kambing yang sangat marvellous
depa guna kayu apa tah, harga  10yuan

  kaki kambing...erkk..yang ni tak leh nak gi, kembang tekak
ada lendir-lendir..sib baik beli satu je, nak coba.. 

Adehh, berpinar biji mata tengok pelbagai jenis makanan, jom lah ke Drum Tower @ Gu Lou