Let's talk about 'clutch'.
Bukan 'clutch' kereta manual, yang kena tekan, kalau tak, enjin terus berenti tu. Itu pun dipanggil 'clutch' juga, tapi ni nak story tentang women clutch. Tas tangan genggam.
Women clutch. Sejenis beg tangan juga. Beg tangan wanita kan banyak jenis - tote, hobo, satchel, cross-body, shoulder bag, casual dan lain-lain. Wanita dan beg tangan berpisah tiada.
Digemari dan disenangi oleh wanita pelbagai peringkat usia, women clutch direka untuk pelbagai aktiviti, majlis dan keraian. Praktikal dan pelengkap gaya - dua kosa kata untuk woman clutch masa kini.
Women clutch pada asalnya berbentuk segi empat, besar sedikit daripada dompet, nipis dan hanya digenggam dengan tangan. Tetapi sekarang ada yang berbentuk bulat, boxy dan juga ada yang
dilekatkan dengan tali kecil untuk tujuan keselamatan, yang ni dipanggil
'wristlet clutch'.
Ada dua jenis women clutch iaitu 'day clutch' dan 'evening clutch'. Menurut ebay.com, kedua-dua jenis 'clutch' ni berbeza dari segi material dan perhiasan.
Ada dua jenis women clutch iaitu 'day clutch' dan 'evening clutch'. Menurut ebay.com, kedua-dua jenis 'clutch' ni berbeza dari segi material dan perhiasan.
Material untuk 'day clutch' kebanyakan daripada jenis kulit, microfiber, kain kapas, kanvas, kain linen, anyaman etnik, sesuai untuk kegunaan harian, digayakan ke pejabat dan aktiviti santai di hujung minggu.
sesuai untuk digayakan ke pejabat
'Wristlet clutch' gaya ranggi oleh ZALORA |
'Day clutch' bagi wanita macam mak saya, adalah untuk melengkapkan gaya
santai ke pasar. Bila nak pergi pasar, mulalah mencari 'clutch'. Nak
bawa beg tangan, nampak macam 'over'. So, bawa 'clutch', letak duit
kertas dan kunci rumah. Masa berjalan, genggam dengan tangan, bila nak
pilih-pilih barang, kepit bawah ketiak. Hassle-free...huhu..
my clutch untuk ke pasar atau santai2 gi kedai runcit
atau gi isi minyak kereta
Saya rasa semua wanita begitu, termasuklah saya. Bila keluar makan tengahari, ramai yang bertukar ke 'clutch' samada bertali atau tidak. Mudah dan praktikal, untuk sekadar letak dompet dan telefon bimbit, mungkin juga gincu bibir atau bedak compak, untuk keluar lunch bersama rakan-rakan sepejabat.
'women clutch' tanpa tali - Something Borrowed |
Umum
mengetahui, 'evening clutch' sangat sinonim dengan majlis-majlis 'glitz
and glamour' di sebelah malam/petang seperti majlis makan malam, majlis
anugerah award filem, kenduri kahwin dan lain-lain majlis high-class.
Material untuk 'evening clutch' berasaskan satin, lace, kulit yang dipaten, sutera, songket/broked, ditambah dengan perincian sekuin, batu hiasan, paku logam (stud), untuk tampak elegan dan mewah. Yang bling-bling, bersinar-sinar..
Material untuk 'evening clutch' berasaskan satin, lace, kulit yang dipaten, sutera, songket/broked, ditambah dengan perincian sekuin, batu hiasan, paku logam (stud), untuk tampak elegan dan mewah. Yang bling-bling, bersinar-sinar..
Jacquard Framed Clutch by ZALORA |
Ramai socialites, fashionista dan keluarga diraja di dunia yang sangat bergaya dengan 'clutch'. Siapakah yang kelihatan sangat sopan, elegan dan feminin ketika menggayakan 'clutch'?
Sudah tentulah 'the most photographed women in the world' - the late Princess Diana dan Duchess of Cambridge - Kate Middleton.
gaya Kate
Bagaimana menggayakan women clutch supaya nampak manis dan elegan.
Walau bagaimana cara women clutch digayakan, aura anggun, menawan serta feminin tetap terserlah..
Happy clutching, gorgeous!!