Assalamualaikum..
Kesibukan melanda sejak dua tiga minggu ni. Dari bulan Januari hingga Mac setiap tahun memang sangat sibuk menguruskan dua tiga mesyuarat agung. Bergelut dengan kerja pejabat lagi.
Untuk mesyuarat agung yang ketiga, dilantik jadi urusetia pendaftaran dan cenderahati. Cenderahati yang dicadang ialah 'hand towel' dan hamper buah. Hamper buah dah outsource kat kawan. Bahagian saya, kena sediakan 'hand towel' untuk 50 orang. Jom kita mulakan misi menyiapkan cenderahati 'hand towel'.
Mula-mula, kita cari kedai borong yang jual tuala. Budget untuk satu tuala = RM6.00. Alhamdulillah, kedai borong dekat je dengan pejabat. Masa lunch time, bergerak ke Lorong Haji Taib 2. Ada dua kedai borong yang jual tuala.
banyak kedai borong dekat lorong ni
pergi kedai ni - Star Fabrics Sdn Bhd
ni bahagian jual tuala, kedai sebelah jual cadar, sejadah
dah beli - kaler hijau & pink, dapat harga RM4.00
jenis lembut, imported dari Pakistan
yang dalam plastik beg merah tu buah mangga
ada banyak kedai borong jual buah dekat sini
tengah survey tuala 'good morning' kawan kirim
tuala good morning dah semakin nipis
yang ni tuala 'morning star' tebal sikit
Tak beli pun, whatsapp ke kawan, dia tak jawab. Jom balik, kita fikir camner nak buat dengan tuala-tuala ni. Kawan cadang buat bunga ros. Teman ni keras tangan, nak gubah-gubah buat bunga-bunga ni, tak reti. Lagipun majlis rasmi, macam tak sesuai pulak nak buat bunga.
Berlayar dalam internet, cari idea. Alhamdulillah, dapat idea dari napkin holder ni.
Nak pi cari lilitan kerawang macam gambar diatas, malaslah pulak. Ada kot jual kat kedai kraftangan persiapan pengantin. Cari design dalam internet. Tertarik dengan Victorian ornate design. Suka vintage design.
try yang ni dulu, buat border
dah try, dua design, nampak ok juga
Tapi rasa tak puas hati, nampak macam kusam. Nak bagi nampak berseri sikit. Godek-godek dalam kotak, ada gulungan satin warna kuning lembut.
Tetiba dapat idea. Guna satin ni untuk tutup getah bulat yang ikat gulungan tuala. Diatasnya, letak renda jarang bercorak warna gold.
Kombinasi gulungan satin warna kuning lembut dan renda jarang bercorak warna gold. Beli juga renda kilat warna gold untuk ikat buku-buku hadiah iringan untuk perasmi.
Renda jarang dah habis, guna renda kilat warna gold untuk ikat tuala warna kuning. Kekalkan juga gulungan kertas bercorak Victoria untuk beberapa tuala warna hijau.
Alhamdulillah, walaupun yang last-last tu, pakai cincai je, ikat reben, selesai juga tugasan yang diberikan. Abadikan di sini untuk rujukan masa depan.