Salam semua..
Siapa ada layan drama Tamil, tajuknya Idli Kadai di netflix?
best kan ceritanya, sarat dengan kisah kekeluargaan
kisah masyarakat, pengorbanan
tak sangka perkataan 'kedai' dalam bahasa melayu
sama maksudnya dengan 'kadai' dalam bahasa tamil
bunyinya pun sama
siapa tiru siapa ni hah!
cepat ngaku...hihi..
Baru kenal hero Tamil nih, nama glamer dia Danush
dulu kenal Vijay dgn hero citer Sivaji The Boss je
sekarang Vijay dah jadi YB, dah tak berlakon lagi
sian...ada yang kena sidai dengan Vijay..haha..
kisah pengorbanan seorang anak bagi meneruskan legasi
ayahnya menjual sejenis kuih tradisional India iaitu idli
kuih yang warna putih macam apam
appanya ada bistro jual idli, bangun pukul 3 pagi
giling beras selama 2 jam nak buat idli
giling cili,buat gulai, dah lama tak nampak batu giling
anak dia siap bagi mesin kisar beras
tak sama, kata apaknya
anaknya pun masuk industri makanan juga
tapi kerja di bidang perhotelan di luar negara
bertunang dengan anak orang kaya, anak boss
bila appa nya meninggal dunia, dia balik kampung
dua-tiga hari lepas tu, amma dia pulak meninggal
dia dalam dilema, asyik teringat kata-kata amma appa
terus dia menetap di kampung, tak jadi kahwin dengan tunangnya
duduk kampung, meneruskan perniagaan apaknya
bermula dari mula, trial and error buat idli
tapi tak sama macam appa buat, kata veteran dah yang jadi pelanggan tetap
oklah, takdelah heavy sangat plotnya..
--------------------------------------
di Restoran Ali Maju, Wangsa Maju
tak banyak kedai mamak yang jual idli, teringin lah pulakkk..hehe..

















































