Thursday 27 June 2019

Kdrama : Doctor Prisoner

Move on from kisah hari raya, jamuan raya, kuih raya, kita review drama korea pula. Medical kdrama with a twist..

Tugas hakiki doktor ialah menyembuhkan penyakit tapi doktor yang ni suruh orang jadi begitu sakit sampai nak mati. Doktor apakah itu? Kenapa buat begitu? kenapa pesakit pun sanggup siksa diri sendiri?


Semuanya terjawab bila anda menonton drama ni. Sangat best drama ni. Lakonan mantap 4 aktor yang memegang watak utama - Nam Goong Min, Kim Byung-chul, Park Eun Seuk dan Choi Won Young.

Cerita mengenai doktor Na Yi Je (Nam Goong Min) yang baik hati tetapi telah dianiaya oleh doktor senior sehingga terpaksa meringkuk dalam penjara selama 3 tahun. Selepas keluar dari penjara, Dr Yi Je mohon jawatan 'medical director' di penjara yang sama. Bermulalah episod 'aku kenakan hang, hang kenakan aku' di antara Dr Yi Je dan Dr Min Sik, medical director penjara yang akan berhenti. Ditambah dengan Jae Joon, anak chaebol yang 'pyscho'.

Kenapa Dr Yi Je nak sangat jawatan medical director tu sampai sanggup caras calon Dr Min Sik? apakah misteri dalam penjara yang ingin diselesaikannya?

Satu drama yang tightly written. Plot twist yang mencengkam jiwa dan minda. Romance almost zero. Menonton cerita ni bikin stress, rasa nak tumbuk-tumbuk je anak chaebol tu.

Amalan kedoktoran dalam drama ni memang sangat menyalahi undang-undang. Cara-cara untuk jatuh sakit sampai nak mati. Memang gila lah. AMARAN KERAS: JANGAN DICONTOHI. Tapi banyak dapat dipelajari dari drama ni. Pertama kali dengar penyakit Fenconi Anaemia, Huntington dan Wilson's diseases.

Peminat drama thriller, recommended tengok drama ni. Semuanya 32 episod, satu episod cuma setengah jam dan terus sambung, so total 16 episod. Daebak!!

Tuesday 25 June 2019

Jamuan Raya Unofficial

Cerita raya belum habis lagi...

Jamuan raya di pejabat..unofficial, versi tong-tong dan potluck. Juadah hari raya 'homecooked', dimasak dengan kasih sayang. Hari ni dua department buat jamuan raya...valuation dan account..

 ni jamuan di account department
siap ada lampu lip-lap lagi

di department kami, sempoi je
tempat pun takde, guna je cubicle-cubicle yang kosong

 teman bawa ni, lemang 4 batang
pendek-pendek lemangnya, RM13 sebtg

dapatlah banyak ni, Alhamdulillah

roti jala, kari ayam, rendang ayam, lemang, kuah lodeh

 dalam bekas merah tu kuah kacang
nasi impit & mihun goreng

mihun sup

nasi minyak, ayam palembang dan kuah sup & kuah mi kari

mi kari Kak Rozi yang 'to die for'
dulu kuahnya dibuat guna anak ikan kekek kering
sekarang guna 'fish & soy'
tak heavy sangat kuahnya, just nice, daebak!

Dah makan macam-macam, dapat undangan ke account department, tak larat dah nak bertandang ke sana..Alhamdulillah. 

Jamuan raya official pada hari Jumaat ni, In shaa Allah, company yang buat. Seperti biasa, caterer yang sediakan jamuan. Makan lagi. Sejak dari minggu lepas sambung ke minggu ni, jamuan raya jemputan dari klien tak henti-henti, Alhamdulillah, rezeki dari Ilahi.

Tuesday 18 June 2019

Kad & Deko Raya 2019

Assalamualaikum...
 
Hai, tak abis lagi cerita raya..huhu..kali ni koleksi kad raya pulak..buat kenangan di sini. Terima kasihlah pada mereka yang sudi kirimkan kad raya. Dapatlah 3 ketui kad raya..

 1. dari ejen insuran

 2. dari klien GLC

3. dari klien Korporat
walaupun dah tak berurusan, mereka masih mengingati
bukan kad saja, beri hadiah coklat juga

 Klien bangsa cina, masa Tahun Baru Cina, takde pun hantar kad kat depa
tahun depan kenalah membalas, In shaa Allah, kalau masih lagi bekerja
orang berbudi kita berbahasa

Tahun ni juga, bos bagi duit raya, pertama kali nih, dapat duit raya dari bos. Bos-bos dulu tak celebrate (sebab bos celebrate CNY), kali ni dapat bos M, baru merasa dapat duit raya Thank you, bossku.

 Alhamdulillah

Kita ke deko-deko pula. 

 deko bangunan


deko ofis

Deko ofis ni sama je setiap tahun, guna apa yang ada, setahun sekali, usah membazir..

Sekian, cerita raya kali ni, tadaa..

Thursday 13 June 2019

Cerita Menjelang Raya & sepanjang Hari Raya

Assalamualaikum.. Salam Syawal.

Selamat berpuasa enam bagi yang berpuasa.. Dah seminggu lamanya kita beraya, suasana masih meriah terasa. Di rumah, di pejabat, kuih-kuih raya tersedia  di dalam balang. 


Cuti hari minggu ni, akan bermula lah acara tradisi, rumah terbuka di sana-sini. Gantung periuk, kuali semua, jom terjah rumah terbuka. Sambil menjamu selera, kita bersilaturahim.

Entry kali ni nak reverse ke detik-detik menjelang hari raya. Abadikan di sini, daripada kena delete dok dalam galeri. Teman balik kampung hari Ahad pagi, Alhamdulillah, highway tak jem langsung. Singgah RTC Gopeng, shopping raya di Mydin Mall. 

Ramai sungguh orang bershopping, orang Perak cakap mumbun semua troli dengan barang-barang. Tauke Mydin mesti tersenyum lebar $$$. Memang idea yang sangat bagus buat shopping complex level rakyat marhaen di tepi highway, mudah untuk shopping beli barang sebelum balik kampung. Kawasan luas, tempat parkir pun banyak..

 Ayam golek percik utara

Kes mengidam di bulan puasa..haha. Baca entry ayam golek dalam blog Khairuddin Kaki Travel, teringin pulak nak makan ayam golek..hehe..budak ofis pun ada juga cerita2, komplain ayam golek dah mahal, dah RM29 sekor...dalam hati teringin lak ayam golek. Cari kat bazar ramadan, takde orang jual. Rezeki kat kampung, nampak yg ni terus beli.

rasa ok, harga RM22


Sekarang ni tengok ayam, daging dah macam tak lalu, cari ikan-ikan, sayur-sayur pulak. Cemuih dah makan ayam/daging, buat sementara waktu je...hehe..

Juadah hari raya kami ialah rendang ayam, lemang (beli) dan nasi impit. Alhamdulillah, lemang ok, lembut..

 yang ni abang ipar tengah masak lemang di klang utk dijual
kakak sekeluarga tak balik sbb anak saudara nak exam minggu depannya

 ----------------------------------------------

Satu hari di hari raya, ku lihat cahaya bersinar indah..Langit cemerlang tak terkira..

 Solat raya di Masjid Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

bersalaman sambil berselawat

------------------------------------------------
kembali ke rumah, cucu-cucu jiran mula berkunjung


tetamu-tetamu cilik yang datang beraya


lepak-lepak, susun strategi

Jiran-jiran ada datang beraya. Sempat beraya di dua rumah jiran tetangga, bertanya khabar, bersua muka, makan koi raya. Kemudian ke rumah sepupu mak di kampung di belakang Istana Bukit Chandan. Makan laksa penang. Laksa memang juadah feveret di hari raya di kuale kangsar nih.

Hari raya kedua: pergi pasar, top up ikan dan bahan-bahan lain nak buat laksa. Makanan wajib ni, hari raya mesti buat. Laksa kuala pulak habis di pasar. Beli laksa tepung beras. Laksa kuale nih lain sikit, dibuat dari tepung gandum..orang kuale mesti tau..

Hari raya ketiga: tak ke mana, aktiviti masak-masak, mak, kakak & adik lelaki gi tebas-menebas di kebun, dapat 4 biji nangka muda.

Hari raya keempat (Sabtu) : aktiviti mengosongkan peti sejuk, semua diangkut dibawa ke KL.segala mak nenek, ikan, santan, sayur-mayur..

Sebelum bergerak ke highway, singgah pasar dulu, beli laksa kuale, adik ipar kirim dan juga untuk stok kat rumah. off to KL tapi otw nak gi rumah sepupu belah arwah ayah.

rumah sepupu di sini, Felda Gunung Besout 1


Keluar ikut toll Sungkai, ikut waze, pi bawa ikut jalan jauh, memang jauh sungguh, kiri kanan pokok kelapa sawit. Adik sekeluarga dah sampai dulu di pintu gerbang ni. Anak sepupu datang ambik tunjuk jalan. 

Pertama kali datang rumah sepupu nih, tengok-tengok abang & adik pun ada di sini. Alhamdulillah, bertemu di sini. Sepupu-sepupu belah arwah ayah kurang rapat sikit dan jarang jumpa, tapi adanya grup whatsapp, dapatlah kenal-kenal tengok gambar, bertanya khabar, update berita & cerita. Adik-beradik arwah ayah semuanya sudah tiada, yang terakhir meninggal pada bulan Mac baru ni, tinggallah isteri2 (termasuk mak saya)  & suami mak saudara serta anak-anak menyambung tali persaudaraan.

Tuan rumah sediakan makan tengahari, ada nangka masak lemak,ikan goreng dan yang special, sup daging rusa. Rusa ni depa bela sendiri, kandang sebelah rumah je. 

 sup rusa + lontong asli
 
Sedap sungguh daging rusa, lembut je dagingnya. kena pulak dengan lontong asli, lepas tu hujan turun dengan lebatnya, memang terbaik..

dua keluarga

Sebelum balik, dibawa melawat kandang rusa....berkejaran rusa keluar tengok kami datang...hehe..rupa-rupanya depa nampak plastik roti...rusa makan roti, kome...makan begitu saja..

gemuk-gemuk rusanya

ada lapan ekor semuanya, 2 baby


rusa-rusa berkerumun dekat anak sepupu sebab nampak plastik roti

up close & feeding kangkung

Kanak-kanak suka bebeno, yang dewasa pun teruja, tengok rusa jinak, demok macam ni. Hujan renyai-renyai pun dah tak kisah, free kome..

Sambung perjalanan semula, dari felda ikut jalan dalam, lengang, kenderaan kurang, menuju ke tol Slim River. Kembali ke kotaraya. 

Sekian kisah hari raya kami. Sederhana tapi penuh makna.

Wednesday 5 June 2019

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019

Salam Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggers, readers..


Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin.

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dlm keadaan suci) dan termasuk dikalangan mereka yang mendapat kemenangan.

        " كل عام وانتم بخير "

EID MUBARAK 2019/1440H | MAAF ZAHIR DAN BATIN.