Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Thursday, 13 June 2024

50 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China

Assalamualaikum..jom citer sejarah..

Tanggal 29 Mei 2024, genaplah 50 tahun hubungan diplomatik diantara negara Malaysia dengan negara China. Sebelum tu, Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan China disebabkan China sokong Parti Komunis Malaya..

Bila Tun Razak jadi Perdana Menteri pada tahun 1970, beliau perkenalkan konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (Zofpan) dan mengambil langkah neutral untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua negara (kecuali Israel lah kan).

Melewati lounge di pejabat, ternampak buku table yang dwi warna ni..menarik...oo..rupanya sisipan akhbar The Edge khas untuk memperingati 50 tahun hubungan diplomatik dengan negara China.

Sisipan akhbar The Edge
 
cantik kulit buku ni
 

Bila diselak-selak, menarik buku ni..menceritakan kronologi dan milestone untuk mewujudkan hubungan dengan negara China. Penceritaan setiap 1 dekad (10 tahun) pencapaian dalam pelbagai bidang..government, corporate, industri, financial, sports, e-commerce..

titik permulaan..jabat tangan yang bersejarah..
Tun Razak dan Mao Zedong 
 
top gun di era 2000-2020
China ada 2 leader - Paramount Leader and Premier Leader
 

 Suka tengok our mantan perdana menteri terutama Tun M, muda nya..hensem..

hensem our PM (Jun 1993)

terkini
 
Milestone terkini diantara Malaysia-China ialah visa-free travel ke China for Malaysian citizens dilanjutkan sehingga akhir tahun 2025..yeayy..
 
jom pi China..

Thursday, 30 June 2016

Peristiwa2 Bersejarah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...salam Ramadhan ke 25..

In shaa Allah, lagi lima hari lagi untuk merebut 'offer' peringkat tertinggi, tawaran istimewa di bulan mulia...pecutan terakhir sebelum 'count down' to Syawwal...

Dalam sejarah Islam, ada berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa bukanlah halangan untuk berjihad. Dah dekat nak last2 ni baru nak up entry ni, takpelah kan..terjumpa pamphlet ni masa kemas bilik...semoga bermanfaat..

Peristiwa agung di bulan Ramadhan, peristiwa Nuzul Quran yang berlangsung pada 17 Ramadhan tiga belas tahun sebelum peristiwa hijrah Rasulullah saw ke Madinah. Al-Quran diturunkan sebagai satu mukjizat dan petunjuk hidup manusia ke arah yang diredhaiNya.

Pada 17 Ramadhan tahun 2-Hijrah, pagi hari Jumaat, telah berlaku peperangan Badar Al-Kubra. Ia merupakan perang besar terbuka yang pertama kali berlaku di antara kaum muslimin dan kaum musyrikin.  Dalam peperangan tersebut, jumlah kaum muslimin adalah lebih kurang 314 orang menentang kaum kafir berjumlah sekitar 1000 orang. Dalam pertempuran ini, kemenangan telah berpihak kepada kaum muslimin dengan gemilangnya.

Peristiwa Perang Badar al-Kubra ni banyak dikisahkan dalam Surah Al-Anfal (juz 9 & 10). Perang ni sangat penting kerana ianya menentukan jalan sejarah perkembangan Islam, menentukan akidah perjuangan kaum muslimin, lambang ketaatan tertinggi pada Allah dan Rasul.

Kedua, perlawanan di antara haq dan batil. Ketiga, turunnya pertolongon Allah dalam bentuk malaikat2 yang turut sama berperang dan terbitnya rasa takut di hati orang2 musyrikin Mekah.

“Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut " (Al-Anfal: 9)

Perang Badar juga menyaksikan pengorbanan perasaan peringkat tertinggi kerana yang ditentangi oleh kaum muslimin ialah kaum-kerabat, saudara-mara, sahabat handai, yang mereka tinggalkan di Mekah semasa mengikuti Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah saw bersama 12000 umat Islam telah keluar dari Madinah ke Mekah bagi membebaskan kota Mekah. Peristiwa ini dikenali sebgai Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah). 

Peristiwa ini menandakan berakhirnya peristiwa hitam dalam hidup kaum muslimin yang sebelum ini selalu disiksa atau ditindas bahkan dikepung berminggu-minggu di Madinah oleh pasukan Ahzab (sekutu).

Pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah, kaum muslimin di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad telah melakukan Pembukaan Andalus (Sepanyol). Para mujahidnya yang berjumlah 5000 orang telah mengalahkan tentera Andalus yang berjumlah 120ribu orang dibawah pimpinan Roderick, dengan itu Andalus jatuh ke tangan kaum muslimin. Di Andalus, umat Islam mencipta tamadun ilmu yang sangat gilang-gemilang.

Pada 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah telah berlaku Ma'rakah 'Ainn Jaalut (Perang 'Ain Jalut).  Peperangan ini berlaku setelah jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Perang 'Ain Jalut ini menamatkan kekuasaan empayar Mongol yang kejam lagi zalim.

 sumber: wikipedia

Futuh Bilad al-Ghaal (dibukanya daerah "Ghaal" atau dalam bahasa Perancis, Pays des Gualles). Daerah Ghaal ini sekarang letaknya di Perancis juga jatuh pada bulan Ramadhan, di mana peristiwa ini terjadi di zaman kerajaan Islam Andalusia. Penaklukan beberapa bandar di Perancis boleh baca di sini - Umayyad Invasion of Gaul.

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan puasa tidak menjadikan umat yang lesu. Namun puasa sebenarnya menguatkan kerohanian di tahap tertinggi. Sebab itulah meskipun menghadapi peperangan dengan fizikal yang lemah, namun umat Islam terdahulu telah membuktikan mereka mempunyai kekuatan mental dan kerohanian yang tinggi.

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
[OST - Saladin : the Animated Movie]

Moga bertambah semangat untuk terus bermujahadah di hari-hari terakhir Ramadhan 1437 Hijrah...wallahua'lam.

Thursday, 27 June 2013

Lebuhraya Purbakala

Assalamualaikum..take a break from cerita jalan-jalan ke Korea, sikit lagi nak wrap-up. Copy paste artikel ni dari Berita Harian hari ini. Untukmu, Palestin..

Lebuh raya  1,800 tahun ditemuiBaitulmaqdis: Pakar arkeologi berjaya menemui satu lebuh raya purba, dipercayai dibina pada era pemerintahan Rom di Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa.

Agensi Antikuiti Israel (IAA) berkata lebuh raya berkenaan dipercayai berusia 1,800 tahun ditemui di kejiranan Palestin di Beit Hanina di utara Baitulmaqdis, lapor media tempatan. 

Ini adalah kali pertama kami menemui sebahagian jalan purba di Baitulmaqdis yang dijaga dengan baik, kata pengarah kerja arkeologi berkenaan David Yeger. Beliau berkata, lebuh raya yang baru ditemui itu adalah salah satu rangkaian jalan yang dibina kerajaan Rom, menuju ke Baitulmaqdis dari arah pantai. 

 Guna batu leper

Lebuh raya itu mempunyai keluasan lapan meter dibina menggunakan batu leper yang besar dan dilekatkan antara satu sama lain, untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang berjalan kaki. Sebahagian daripada batu itu sudah rosak teruk dan ia memberi isyarat bahawa ia digunakan dengan kerap selama bertahun-tahun dan turut mengalami beberapa kerja baik pulih, katanya.
 
Kerajaan Rom memerintah wilayah Mediterranean dan sebahagian daripada Eropah pada abad pertama sebelum Masehi hingga kejatuhannya pada tahun 476. 

Bergerak pantas, selesa

Pentadbiran Rom di Baitulmaqdis membina banyak jalan raya bertujuan memenuhi keperluan kerajaan, tentera, ekonomi dan orang awam yang mahu pergerakan pantas dan selesa. 

Pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya ini dilakukan oleh unit tentera, tetapi orang awam turut mengambil bahagian, dalam kerja yang diwajibkan kepada mereka oleh pihak pemerintah, katanya. 
AGENSI

Friday, 19 February 2010

Menunggu Yang Ketiga




Sudah habis membaca novel Cinta Granada, buku kedua dalam trilogy "Tsulatsiyah Gharnathat' karya Radwa Ashour. Buku pertama, Rindu Andalusia, banyak memaparkan budaya orang Arab di Andalusia dan menceritakan saat-saat Granada jatuh ke tangan King Ferdinand and Queen Isabella.


Granada yang indah - source: Google Earth

Buku kedua ini melakarkan zaman perit umat Islam di bawah pemerintahan kuku besi bangsa Kristus. Sangat sadis jalan ceritanya. Menyaksikan runtuhnya tamadun Islam yang gilang-gemilang, hancur berantakan. Umat Islam ditekan, ditindas, diusir, dibaptis, dihapuskan dengan sewenang-wenangnya.

"Apa gunanya kitab-kitab sekarang? Tidak ada seorang pun yang mengerti bahasa Arab?" 

"Allah menurunkan Al-Quran dengan bahasa Arab dan Dia akan menjaganya sebab ia adalah bahasa kitabNya. Ini memang hari-hari yang sulit.."

Ya, Allah SWT sebaik-baik penjaga. Manusia ini lemah seperti kata-kata bonda Sultan Muhammed XII (Sultan Boabdil) ketika baginda menyerahkan kunci kota Al-Hambra.

"Don't cry like a woman for the country you failed to defend like a man"

Sedang menunggu buku ketiga..

Friday, 29 May 2009

Ini ada satu cerita (3)

Orang Barat memang banyak muslihat untuk menghina orang Islam dan kebanyakan kita selalu alpa dan tidak mempunyai maklumat mengenai muslihat yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian/perkataan/penciptaan. Pertama kali mengetahui perkara ini apabila membaca tulisan Faisal Tehrani di dalam Majalah Eh!. Cerita di sebalik satu pastri ini yang diberi nama: croissant. Croissant merupakan French pastri yang terkenal, dijual di bakeri dan side-walk café seperti Delifrance. Melihat kepada bentuk croissant, ia seakan-akan bulan sabit.
Menurut wikipedia, ada pelbagai versi asal-usul pastri croissant tetapi ada dua versi yang mengaitkan penciptaan croissant dengan orang Islam:
1) Dicipta untuk meraikan kekalahan tentera Islam Khalifah Ummayah didalam peperangan, Battle of Tours (atau Battle of Poitiers) oleh puak Franks (satu kumpulan etnik Jerman Barat) pada tahun 732 dan mereka mencipta croissant yang berbentuk bulan sabit melambangkan agama Islam; Battle of Tours (October 10, 732), juga dipanggil Battle of Poitiers atau dalam Bahasa Arab, معركة بلاط الشهداء‎ (ma‘arakat Balâṭ ash-Shuhadâ’) Battle of Court of The Martyrs, adalah pertempuran di antara tentera pimpinan Austrasian Mayor of the Palace Charles Martel dan Abdul Rahman Al Ghafiqi, gabenor Al-Andalus, dimana Abdul Rahman Al Ghafiqi telah terbunuh.
2) Dipercayai dicipta di Vienna pada tahun 1683 bagi meraikan kekalahan tentera Empayar Ottoman daripada menakluki bandar tersebut dan bentuk croissant merujuk kepada bulan sabit yang terdapat pada bendera Turki. Versi ini diperkuatkan lagi melalui fakta bahawa di dalam Bahasa Perancis, croissant dirujuk sebagai Viennoiserie dan croissant dipercayai diperkenalkan di Perancis oleh Marie Attoinette, seorang puteri diraja Vienna yang berkahwin dengan putera diraja Perancis.
 
Alangkah kasihannya umat Islam, dihina berabad-abad lamanya..

Monday, 18 May 2009

Mongol. Mongolia

Entri ini terilham apabila membaca ulasan filem Mongol yang sedang ditayangkan di pawagam kala ini. Mungkin akan menontonnya, tidak di pawagam, menonton CD atau DVD sahaja…mungkin tidak juga…mungkin lama lagi…segalanya mungkin.

Harian Metro: Mongol (2007) Mongol sebuah filem epik daripada pengarah terkenal Rusia, Sergei Bodrov yang menerokai perjalanan hidup pahlawan Mongol, Genghis Khan. Filem bajet tinggi yang diterbitkan kolaborasi syarikat perfileman Kazakhstan, Jerman serta Mongolia ini membariskan bintang antarabangsa, termasuk aktor Jepun, Tadanobu Asano sebagai pelakon utama memegang watak Temudgin (Genghis Khan). Filem ini memaparkan aspek positif yang wujud pada pahlawan ini sebagai pemerintah berani dan bervisi berbanding kisah negatif yang mengaitkan Genghis Khan sebagai kejam, ganas dan jahat.

Menyatukan elemen aksi dan emosi di atas bumi Mongolia, Bodrov berjaya menggarap sebuah epik mengujakan yang menyentuh aspek kehidupan, perjuangan dan percintaan agung. Babak dan aksi tempur yang diselitkan dilihat sungguh halus dan teliti. Malah, pengucapan melalui skrip epik ini juga menjadi faktor keberkesanan jalan ceritanya. Satu pencapaian samar namun perlu diberi penekanan melalui filem yang berdurasi 120 minit ini adalah usaha pihak produksi untuk memaparkan kisah zaman silam di Mongolia ini begitu solid dan sempurna kerana tiada kecacatan atau silap yang mampu dikesan. Negara yang berlokasi di utara China itu berjaya digambarkan sepertimana keadaan sebenar – indah dan penuh dengan budaya
.

Sememangnya setiap manusia ada sisi cerah dan gelapnya. Sisi hitam dan putihnya. Namun, bagi manusia ini, tidak mahu mengetahui sisi cerahnya kerana sisi gelapnya tersangat kelam. Mungkin saya seorang yang ‘bias’, biarlah…

Mongol bagi orang Islam tetap hitam warnanya. Terlalu dalam lukanya, tidak tergambar dengan perkataan. Terlalu..terlalu…Siapakah yang bisa melupakan sejarah itu? Sejarah yang terkubur, tidak mampu dikembalikan ke asalnya, kegemilangannya…menurut pakar sejarah, niat untuk menjatuhkan kerajaan Abbasiah memang telah wujud di dalam hati Genghis Khan sejak sekian lama.

Oleh kerana jarak yang jauh dari bumi China ke bumi Iraq, Genghis Khan menumpukan serangan pertamanya ke atas bumi Afghanistan dan Uzbekistan. Bumi ini dipilih kerana ia mempunyai sumber asli yang banyak dan amat sesuai untuk dijadikan pengkalan tentera Tatar (Mongol) untuk siri-siri serangan yang seterusnya.

Serangan pertama ini berjaya. Tatar berjaya bertapak di bumi tersebut dan bumi sekitarnya (Turkimenistan, Kazakhastan, Tajikistan, Pakistan dan sebahagian dari Iran). Kesemua negara-negara ini dahulunya dikenali sebagai Daulah Khawarizmiah. Hasil dari kejayaan ini, pemerintahan Tatar mula kukuh di kawasan tersebut. Mereka mempunyai pengkalan dan pusat pentadbiran mereka di tengah-tengah kerajaan Islam.

Namun, yang paling tragis ialah kejatuhan Kota Baghdad. Kota Baghdad di bawah kerajaan Bani Abbasiyyah pernah menjadi kota ilmu yang hebat. Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Makmun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong ahli sejarah menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.

Sayangnya pada awal abad ke-13, kota besar itu diserang tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan, cucu Genghis Khan 'Sang Penakluk Dunia'. Kota Baghdad jatuh ke tangan mereka tahun 1258. Terlalu banyak kemusnahan dan kematian yang menggambarkan kekejaman dan keganasan juga ketidaktamadunan tentera Mongol.

1. Baitul Hikmah, perpustakaan utama Baghdad yang mengandungi beberapa dokumen sejarah yang berharga dan buku-buku pelbagai cabang ilmu, dari perubatan hingga ke astronomi, telah dimusnahkan sehinggakan ada yang mengatakan air Sungai Tigris menjadi hitam kerana dakwat dari buku-buku yang dicampakkan ke dalam sungai.

2. Pembunuhan beramai-ramai secara kejam khalifah Al-Mu’tasim, pembesar dan penduduk Baghdad dan mayat mereka dicampakkan kedalam Sungai Tigris

3. Masjid, istana, perpustakaan dan hospital telah dimusnahkan. Monumen-monumen dan bangunan-bangunan hasil kerja beberapa generasi dibakar.

Mengapa hati seakan tidak teruja mahu menonton filem ini. Ya, mungkin sisi gelapnya menghijabnya…Islam sendiri ada panglima-panglima perang yang hebat lagi berhemah dan bertamadun..

Wednesday, 1 April 2009

Ini ada satu cerita (2)

Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan perkataan `Mosque'.

Suatu hari, saya membaca buku berjudul 'THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM' ('PETUNJUK YANG LENGKAP KEPADA IDIOT (SI JAHIL) UNTUK MENGERTI ISLAM)

'I've checked this book in yahoosearch, and it's true it's there'. Dan buku itu berisi fakta-fakta yang lucu. Salah satunya adalah mengenai kata ‘Mosque’. Banyak dari kita yang berfikir bahwa ini adalah terjemahan bahasa Inggris untuk Masjid. Saya yakin tak ada seorang pun dari kita yang mengetahui dengan tepat bagaimana kata ini ada dan kemudian mempunyai kemiripan bunyi dengan 'Masjid'.
Kita masih sangat muda ketika kita berfikir bahwa ini hanyalah sebuah kata dalam Bahasa Inggeris. Saat itu kita belum berfikir kritis dan analitis, jadi tak ada keberanian untuk menanyakan sesungguhnya asal usul perkataan itu kepada guru, benarkan? Bagaimanapun, buku ini menunjukkan bahwa kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam bahasa Sepanyol, iaitu 'Mosquito' ('Nyamuk'). Dinamakan seperti itu karena saat Perang Salib terjadi, Raja Ferdinand berkata bahwa mereka akan berangkat dan membasmi Muslim 'like mosquitoes' ('seperti nyamuk -nyamuk'). Dia merujuk kepada kata-kata itu kerana di mana lagi mereka dapat temukan muslim dalam jumlah yang cukup besar untuk dibasmi jika bukan di Masjid? Muslim itu umpama nyamuk dan menemukan mereka di sarangnya. Lalu tanpa rasa ragu mereka menyebut ‘Masjid' sebagai 'Mosque'.

Jadi saudara-saudaraku seiman, hindarilah penggunaan kata yang dengan jelas menunjukkan tamparan ke muka ke wajah umat Islam. Beritahukanlah saudara-saudara kita yang lain tentang sejarah dan etimologi (ilmu asal kata) tentang kata yang nista ini. Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata yang memiliki makna yang seharusnya:

Masjid = Tempat untuk Bersujud!! Bukan Mosque = Tempat Pembasmian!

Jika ada diantara saudara-saudara yang masih ragu tentang hal ini, silakan mencari buku tersebut dan kemudian membacanya. Saudara-saudara juga bisa bertanya kepada ustadz-ustadz kita. Wasallam. ..
source: e-mail

Friday, 27 March 2009

Ini ada satu cerita (1)

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. 

Setiap kali menjelang 1hb April, gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. 

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. 

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. 

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah "Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu"  

Sangat sedih membaca cerita di atas. Lagi sedih bila melihat umat Islam yang gembira menyambut April Fool ni. Just for fun, ahh alasan. Membodoh-bodohkan diri sendiri.

Penyelidikan seterusnya dan terjumpa fakta ini: Penduduk-penduduk Islam dan juga bangsa Yahudi dipaksa supaya menukar agama mereka ke agama Kristian (Katolik) atau meninggalkan Sepanyol di dalam episod yang dipanggil Reconquista ini. Jika tidak, mereka akan dibunuh, diseksa atau dipenjarakan. Umat Islam yang menukar agama di panggil morisco. Mereka yang menukar agama Islam tetapi secara rahsia masih menjalani hidup sebagai Muslim di panggil crypto-Muslim. 
"Ternyata, hampir semua buku tentang Sejarah Eropah yang ada di pasaran menyembunyikan sejarah Andalus kerana ia terlalu buruk, keji, jelek mengatasi binatang, pada imej kaum Kristian yang sangat hina pada masa itu. Pope hari ini sudah memohon maaf kepada Yahudi atas perlakuan kuasa Kristian kepada Yahudi ketika itu, tetapi hingga kini, beliau masih sombong untuk memohon maaf atas kematian umat Islam yang mencecah ratusan ribu malah jutaan orang. - Saifulislam.com

Wednesday, 11 February 2009

Air mata umat Islam di Tel Aviv


oleh Ainol Amriz Ismail, Mingguan Malaysia, 5 October 2007

Umat Islam yang melihat Masjid Bahar yang terletak di lokasi strategik berhadapan Laut Mediterranean di Kota Jaffa Lama di sini pastinya mengalirkan air mata apabila ia kini dijadikan restoran dan tempat meneguk arak.



Inilah angkara jahat rejim Israel yang secara terang-terangan menghina umat Islam apabila bahagian atas bumbung masjid yang masih tersergam kubahnya itu diubah menjadi pub dan restoran dengan rakyatnya menikmati arak tanpa memikirkan sentimen minoriti umat Islam yang masih menetap di ibu negara Israel itu.

Ia adalah senario tiga masjid yang masih kekal di kawasan Tel-Aviv, kira-kira sejam perjalanan dari Jerusalem dalam misi menjejak kependudukan Palestin yang terus menerima penindasan rejim Israel serta keangkuhan tanpa batasan.

Masjid Bahar yang dibina pada abad semasa zaman Empayar Uthmaniah sering kali digunakan oleh nelayan untuk beribadah kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Laut Mediterranean. Bahar itu sendiri bermaksud laut, kini merupakan masjid yang ditinggalkan dan diarah tutup oleh pentadbiran Israel kerana bimbang penguasaan berterusan rakyat Palestin di kawasan yang mereka sifatkan sebagai lombong bagi industri pelancongan itu.

Kami melihat sendiri, dengan kalimah 'LailahaillAllah Muhammadurasulullah' yang masih utuh di pintu masuk masjid berkenaan tidak langsung dihormati oleh penduduk Israel yang dianggarkan 99 peratus di kawasan ini, sebaliknya dengan rasa angkuh bahagian bumbung masjid berkenaan dijadikan restoran dan pub untuk meneguk arak.
 
Seorang qari di Masjid Hamidiah di sini - salah satu masjid yang masih berfungsi dan menerima kehadiran umat Islam, Abbas Muhammad berkata, sepatutnya tempat beribadah tidak dicemari kerana umat Islam tidak pernah tergamak melakukan sedemikian kepada agama lain.

Masjid Hamidiah
"Kami minoriti di sini. Israel terlalu angkuh. Mereka mahu masjid itu ditutup. Hari ini tiada lagi jemaah di situ. Bahagian atasnya dijadikan pub. Perasaan sakit hati ini, sepatutnya bukan hanya kami yang menanggungnya tetapi seluruh umat Islam di dunia," katanya.

Di Tel Aviv terdapat tiga masjid - Masjid Hasan Bik (dibina pada tahun 1916), Masjid Hamidiah (dibina pada tahun 1850an oleh Sultan Abdul Hamid ke-2) dan Masjid Bahar (dibina pada abad ke-17, kini berusia lebih 300 tahun).

Masjid Hasan Bik kini digunakan oleh golongan musafir dan tidak lagi digunakan secara terbuka di kawasan pelancongan berhampiran pantai ini.



Masjid Hasan Bik (source: google)

Hanya Masjid Hamidiah yang kini menempatkan 500 jemaah pada solat Jumaat berikutan kedudukannya dalam minoriti kecil penduduk Palestin di ibu negara Israel ini.

"Kami tetap berusaha mempertahankan Islam di sini biarpun berhadapan kesukaran kerana letaknya masjid ini dalam lingkungan aktiviti keseronokan dunia. Bagi saya, umat Islam adalah bersaudara di seluruh dunia. Ia ibarat satu badan manusia. Kalau satu anggota terasa sakit, yang lainnya akan berasa sakitnya. Begitulah di Palestin, jika kami sedang ditimpa kesakitan, umat Islam di seluruh dunia harus berasa sakitnya." kata Abbas.

Sukar untuk menterjemahkan isi hati Abbas - salah seorang penduduk Islam minoriti di Tel Aviv ini, apabila dia meminta supaya 'diambil' semula Masjid Bahar dari jajahan Israel. Namun begitu, satu resolusi sebenarnya perlu dibuat oleh orang Palestin sendiri. Kembalikan perpaduan di kalangan puak bertelagah - Hamas dan Fatah, wujudkan perbincangan secara damai bukan dalam konteks peperangan dan kembali menuntut hak umat Islam dengan cara paling terhormat.
 
Mungkin di Masjid Hamidiah, nadinya masih berdenyut, tetapi Masjid Hasan Bik di tengah kota ini, semakin tinggal nyawa-nyawa ikan. Adalah malang Masjid Bahar terus tumbang, dicurah dengan arak sedangkan kalimah Allah terus kekal utuh tanpa ada cacat dan celanya. 
 
Bagi umat Islam dunia, dimana sekalipun kaki ini berpijak di bumi Palestin,ia adalah tanah suci dan ia pernah diduduki, dilalui dan disinggah oleh Nabi Yaakob, Nabi Yusof, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam juga percaya Palestin ini merupakan bumi para anbia di mana telah menjadi tempat para Nabi menyampaikan ajaran mereka, wafat di bumi ini dan mereka termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ishak, Nabi Syuib, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya.
Oleh yang demikian adalah satu penghinaan yang sukar dimaafkan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas kependudukan rakyat Palestin, khususnya apa yang telah berlaku ke atas masjid di Tel Aviv ini.
 
Masjid Bahar akan begitulah sampai bila-bila. Kalimah Allah akan terus dihina. Wahai umat Islam dunia, bangkitlah. Ayuh kita membantu Palestin, bebas dari kekejaman dan penindasan rejim Israel.

Fakta:
Tel Aviv merupakan sebuah kota pesisir dan kota metropolitan di Israel. Dalam tempoh lapan bulan - Mei hingga Disember 1948, di mana Jerusalem menjadi rebutan sebahagian penduduk Israel untuk menamakan wilayah itu sebagai ibu negara, namun hanya dua negara - El Salvador dan Costa Rica memperakuinya. Selain daripada itu, negara luar masih menganggap Tel-Aviv merupakan ibu kota de facto Israel dan menempatkan kedutaan mereka di sana. Nama "Tel Aviv" (Tel Abib) dalam bahasa Ibrani bererti 'bukit semi', sebuah nama yang diberikan melalui terjemahan buku Theodor Herzl's Altneuland (Negara Lama Baru). Nama "Tel Aviv" diambil oleh penterjemah, Nahnum Sokolov, dari buku Yehezkiel dari Alkitab.