Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Monday, 1 June 2020

Bacaan Surah Al-Fath di dalam Hagia Sophia, Istanbul

Hello, Juni..dah masuk bulan Jun 2020...

dah start musim panas, suasana pun panas - panas dengan isu politik Malaysia, panas dengan isu global..

Dua tiga hari ni, bila on internet di handphone, di antara news feed yang selalu muncul ialah bantahan negara Greece kepada Turki mengenai bacaan Al-Quran di dalam Hagia Sophia (Aya Sofya), pada hari Jumaat lepas, 29 Mei 2020.

  Hagia Sophia

Hagia Sophia dibina pada tahun 537 diatas arahan Justinian I, Emperor of the Eastern Roman (Byzantine) Empire. Selama 900 tahun, Hagia Sophia menjadi pusat kepada Kristian Orthodox sehingga tahun 1453 apabila Constantinople (Istanbul) jatuh kepada Kerajaan Uthmaniyyah yang diketuai oleh Sultan Mehmed II (Mehmed Al-Fatih). Selepas jatuhnya Byzantine Empire, Hagia Sophia ditukar menjadi masjid selama 500 tahun lamanya sebelum dijadikan muzium pada 1935 oleh Presiden pertama negara Turki, Mustafa Kemal Atarturk.
 
Hagia Sophia dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 1985. Hagia Sophia dianggap sebagai satu monumen penting bukan sahaja di negara Turki tapi di dunia berdasarkan kehebatan senibinanya dan kekayaan sejarahnya.

Pada hari Jumaat, 29 Mei 2020, acara memperingati 567 tahun kejayaan Sultan Mehmed II menakluk kota Constantinople, diadakan di Hagia Sophia. Seorang pegawai agama membaca dua ayat dari Surah Al-Fath (Pembukaan), iaitu ayat 8 dan 9.

 Pegawai agama mengalunkan Surah Al-Fath 
di dalam Hagia Sophia di Istanbul, Turki

Ayat 8


Ayat 9

Acara ini dihadiri juga oleh Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan melalui video conferencing. Selepas membaca dua ayat dari Surah Al-Fath, pegawai agama tersebut membaca doa.  tekan disini untuk melihat acara berkenaan.

Acara di Hagia Sophia (sumber: Iqna)
 
Penaklukan Kota Constantinople ialah satu peristiwa penting kepada umat Islam kerana peristiwa ini membenarkan sabda Nabi Muhammad saw,

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit semasa peperangan Khandaq: "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kenapa Greece membantah? 
 
Kita sedia maklum kenapa Greece membantah, sebab hubungan Greece-Turki tidak pernah baik semenjak jatuhnya kota Constantinople (Istanbul) ke tangan orang Islam. Kota Constantinople ialah ibunegara kepada Empire Byzantine. Kejatuhan Kota Constantinople merupakan sejarah pahit kepada Empire Byzantine.
  
Apa kaitan Greece dan Byzantine Empire? 

The Byzantine Empire was the predominantly Greek-speaking eastern half continuation and remainder of the Roman Empire during Late Antiquity and the Middle Ages. Its capital city was Constantinople, originally founded as Byzantium (hence the term Byzantine). Under the reign of Heraclius (610-641 AD), the Empire’s military and administration were restructured and adopted Greek for official use instead of Latin. Historians distinguish Byzantium from ancient Rome so far as it was oriented towards Greek rather than Latin culture, and characterized by Orthodox Christianity rather than Roman polytheism.
 
Greece menuduh Turki tidak patuh kepada UNESCO Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage.

Turki menganggap ketidakpuasan hati Greece sebagai “intolerant psychology”.

“The fact that Greece, the only remaining European country without a mosque in its capital, is disturbed by the recital of the Holy Quran in Hagia Sophia is a case in point illustrating the intolerant psychology of this country, especially at a time when calls to prayer can be heard from minarets in Europe and the importance of principle of mutual respect is increasingly valued,” said the written online statement by Turkish Foreign Ministry spokesman, Hami Aksoy.

"Turkey has acted neither against the monumental status of Hagia Sophia, nor the 1972 UNESCO Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage. On the contrary, thanks to Turkey's care and attention to the Historical Sites of Istanbul, these sites have survived for present generations as cultural heritages," Aksoy underlined.

source: Daily Sabah

Baru ku tahu, Athens, satu-satunya ibunegara di Eropah yang tidak mempunyai masjid. Barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain.

Wednesday, 4 December 2013

Nak beli tanah?

Tanah tapak Highland Towers untuk dijual secara tender. Tapi maklumat mengenai tanah ni takde, yang berminat boleh beli 'Information Memorandum' daripada AmBank berharga RM200.  Sesiapa yang nak beli, kena lantik sendiri consultants untuk evaluate keadaan tanah.

Menurut the Star, tawaran jualan ini termasuk 50 lot banglo seluas 60,224 meter persegi (15 ekar) berstatus pegangan bebas bersebelahan tapak Highland Towers.

source: the star online 
Lokasinya
Lokasi HT ni memang di tepi bukit. Selepas tragedi robohnya Blok 1 HT ni, ada dua lagi kejadian tanah runtuh di kawasan ini.

11 December ni, genaplah 20 tahun tragedi Highland Towers ni. Masih ada dua blok lagi, itu yang dibuat shooting filem 'Highland Towers'.  Baru berkira-kira nak subscribe cerita ni kat Astro First this weekend..dengar khabar ada yang pening, muntah tengok cerita ni.....tengok trailernya pun dah sakit kepala..

Highland Towers the movie

OKlah, kita nantikan selepas 17 December ni, berapa harga tanah ni..tapi kalau pemaju beli, nak buat apa ek, perumahan? ada ke pembeli? kawasan berisiko tinggi, rasanya bina kem bina semangat pun OK juga..tepi sungai, tepi bukit, tepi hutan...

Saturday, 1 August 2009

Sabtu Yang Merah

Gambar-gambar demonstrasi pemansuhan ISA di Kuala Lumpur



Di depan SOGO















Berkumpul sebelum bergerak


Lari selepas disembur oleh tanker merah














Dia dari jauh, sudah semakin dekat












Sudah dekat dan semakin hampir...








 





Human Right Watch Group

Menjaga Jalan Raja Laut














Semasa saya sedang mengambil gambar-gambar ni di depan Hotel Plaza, beberapa orang yang juga sedang mengambil gambar telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam demonstrasi. Ya, ditangkap sesuka hati. Pakai tuduh-tuduh saja. "Tangkap dia" "Tangkap dia" pakai tunjuk-tunjuk je. Memang bertepatan dengan slogan ISA..Ikut Suka Aku. Ingat ni kuih raya ke, pakai tunjuk-tunjuk je..hahaha...


Semasa saya balik dari pejabat pada pukul 5.00 petang, trak-trak merah dan lembaga-lembaga hitam itu masih lagi berkawal di depan bangunan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Terpaksalah ikut lorong tikus..hehe..lorong-lorong belakang sebab jalan besar ditutup sementara. Tak tau lah sampai bila. Habis terkejut semua nyah-nyah kat lorong belakang tu...dahlah tadi tank FRU dok kejar sampai ke belakang hotel, biarlah semua kena sembur...semoga mati nyamuk-nyamuk aedes kat KL ni...

Friday, 31 July 2009

Lebih Bijak

source: Flickr 284/88

Pelbagai pihak tidak berpuashati dan bimbang mendengar berita 31 peratus saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dikuasai oleh firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Bernas telah memeterai perjanjian konsesi dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.

Diantara banyak-banyak komentar yang terdapat di dada akhbar, antara yang saya rasa lebih bijak dan relevan kepada rakyat umum ialah komentar oleh Datuk Muhammad Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang juga Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia.



Komentar beliau di dalam Berita Harian, 3o Julai 2009:


Beliau menggesa kerajaan mengkaji semula dasar penyenaraian syarikat strategik khususnya berkaitan barangan makanan dan utiliti di Bursa Malaysia bagi mengelak konflik antara keuntungan dan kepentingan awam. Katanya lagi ia bagi mengelakkan saham syarikat itu dikuasai pelabur asing.



Kita sudah lihat konflik antara keuntungan dan kepentingan awam berlaku pada syarikat bekalan elektrik, bekalan air dan konsesi tol. Adalah wajar syarikat sedemikian dijadikan syarikat persendirian milik kerajaan.



Selain itu, beliau juga bimbang konflik antara pemegang saham dengan kerajaan mungkin berlaku seperti yang terjadi pada Pantai Holdings Bhd.

Bekalan makanan utama, air, elektrik dan jalanraya begitu juga pendidikan/ persekolahan dan hospital tidak sepatutnya diniagakan dan meraut keuntungan berganda-ganda. Yang mengeluh adalah rakyat jelata, the end user, yang terpaksa menyerap peningkatan kos. Kami tiada pilihan lain.



Biarlah Bernas seperti asalnya iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara, tidak usah dikorporatkan, diswastakan, disenaraikan di bursa saham. Ia membabitkan keselamatan makanan dalam negara, makanan ruji bangsa utama di Malaysia.



"Sebiji nasi adalah hasil keringat para petani yang tumpah ke bumi"