bangunan putih biru di simpang Jalan Hang Kasturi dan Jalan Kampung Kuli
mural di belakang bangunan biru putih
hei si gadis yang ayu
Di Jalan Kampung Kuli, ada makam Hang Jebat. Hang Jebat yang mati dibunuh oleh Hang Tuah.
Sebab? Mengikut riwayat, Hang Jebat mengamuk sambil menghunus keris. Nak bela Hang Tuah kerana Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah, menitahkan Hang Tuah dibunuh (Hang Tuah difitnah berzina dgn gundik sultan). Tapi dia akhirnya dibunuh oleh sahabat baiknya itu...isk, isk..
"Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"
Siapa hero? Hang Tuah ke Hang Jebat? Terpulang, jom ziarah makam..Al-fatihah..

Makam Hang Jebat
Ada satu famili mat saleh tengah duduk-duduk kat kawasan makam ni, gembira je depa semua, bergelak ketawa lagi. Jangan buat onar udahlah.
Sambung berjalan, sampai di simpang empat. Arah mana harus dituju?
sebelah kiri Jalan Tukang Besi, sebelah kanan Jalan Tukang Emas
Ke kanan kita, ikut Jalan Tukang Emas untuk ke Masjid Kampung Keling, sebuah lagi masjid lama di Bandar Melaka.
jubin tiang
verandah masjid
pancuran air di dalam kolah
Dah habis ziarah masjid, perjalanan diteruskan ke Jalan Hang Jebat (Jonker Street) yang femes tu. Ikut Jalan Hang Lekiu di tepi masjid.
Singgah di sebuah restoran Melayu di Jalan Hang Lekiu. Noah Art Cafe namanya.
Lunch di sini - masakan Melayu & Western
lukisan & photo yang ada di restoran ni juga untuk jualan
#supportlocalartists
lukisan & photo yang ada di restoran ni juga untuk jualan
#supportlocalartists
Kenyang perut, senang hati. Jom sambung berjalan, di akhir Jalan Hang Lekiu ialah Jalan Hang Jebat, yang lebih dikenali sebagai Jonker Street.
suasana di Jonker Street - penuh dengan pelancong
banyak kedai, cafe & restoran
banyak kedai, cafe & restoran
hari Jumaat, Sabtu & Ahad ada pasar malam
Makam Hang Kasturi di Jonker Street
roundabout kecik di hujung Jonker Street
Corner kanan, kita ukur Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) pula.
Bersambung di next entry..