Anda semua ada buat pelaburan tak? mesti ada kan, tak kiralah sikit ke banyak, dalam unit amanah ke saham atau hartanah, pelaburan ialah satu cara nak dapat extra income, passive income..money makes money, kata omputih..
Dari kecik lagi, kita didedahkan dengan unit amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) dengan iklan 'merahnya Mak Ngah', kemudian unit Amanah Saham Bumiputra (ASB). Sekarang ni ada pilihan, unit amanah hartanah atau Real Estate Investment Trust (REIT).
Nak beli secara fizikal bangunan pejabat, kilang, hospital, tak semua yang mampu..berjuta-juta harganya. So, kita beli je saham amanah di syarikat yang mengendali aset-aset hartanah dan sebagai pelabur, akan dapat pulangan dalam bentuk dividen.
Tahukah anda di Malaysia ni ada dua jenis REIT? ada public dan private REIT.
Public REIT
Public REIT ialah unit amanah hartanah yang berdaftar dan diperdagangkan di Bursa Malaysia. Terdapat 18 syarikat pengendali REIT yang mempunyai hartanah seperti bangunan pejabat, kompleks perniagaan, hotel, kilang, gudang, hospital dan juga outlet KFC.

REIT yang tersenarai di Bursa Malaysia
Pilihan di tangan anda, nak beli saham syarikat REIT yang mana -
Axis - kilang, gudang, bangunan pejabat
Al-Aqar - hospital KPJ
KLCC - semua bangunan di KLCC
Hektar - shopping complex - Subang Parade, Mahkota Parade, Segamat Central
Al-Salam - outlet KFC, bangunan pejabat, gudang.
Cara beli dan jual:
Sama seperti belian saham Bursa Malaysia, kena ada CDS account dan trading account di syarikat securities.
Kelebihan public REIT:
Al-Salam - outlet KFC, bangunan pejabat, gudang.
Cara beli dan jual:
Sama seperti belian saham Bursa Malaysia, kena ada CDS account dan trading account di syarikat securities.
Kelebihan public REIT:
- sebab berdaftar dengan Bursa Malaysia, maklumat mengenai aktiviti REIT sentiasa dimaklumkan kepada umum dan pelabur boleh buat perbandingan mengenai prestasi tahunan bagi setiap REIT
- tertakluk kepada REIT guidelines yang dikeluarkan oleh Securities Commission.
- liquidity - mudah untuk membeli dan menjual saham.
Private REIT
Private REIT ialah unit amanah hartanah yang tidak disenarai di Bursa Malaysia. contoh yang ada di Malaysia ialah:
- Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) milik Pelaburan Hartanah Bumiputera (PHB) dan dikendalikan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Portfolio hartanah terdiri daripada bangunan pejabat, gudang, hospital dan kompleks perniagaan. Dibuka kepada umum, cara membeli dengan buka akaun di Maybank. Boleh baca disini entry Abam Kie - Melabur di dalam Amanah Hartanah Bumiputera
- Alpha REIT dikendali oleh Alpha REIT Managers Sdn Bhd, fokus kepada sektor pendidikan - portfolio hartanah terdiri daripada sekolah-sekolah antarabangsa dan swasta. Tak dibuka untuk umum, hanya untuk pelabur institusi.
Samada public atau private REIT, bagi pelabur Muslim, yang penting, kena check samada REIT tersebut syariah-compliant (patuh syariah) ke tidak, mencari yang halal itu adalah fardu..