Showing posts with label Haji dan umrah. Show all posts
Showing posts with label Haji dan umrah. Show all posts

Tuesday, 17 April 2018

KAH 2018 : Teringin pula untuk kali kedua

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, hari Sabtu lepas, selesai Kursus Asas Haji (KAH) di Masjid As-Syakirin Gombak. Sebenarnya menemani mak. Kami cuma sempat dua kali berkursus di sini, sebelum ni mak mengikuti kursus di masjid di pekan Kuala Kangsar. 

Untuk yang terakhir ni, ada amali ibadat haji..ramai jemaah berpakaian putih. Replika kaabah pun ada.


Pengkhursus - Tuan Hj Nazri, bagus penerangannya
masa ni penerangan cara-cara mengambil wuduk dengan sebotol air
dan juga bertayammum dengan debu tanah

Persoalannya: Bolehkah kita bertayammum dengan menepuk dinding kapal terbang untuk mengambil debu? Mazhab Syafie tidak dibenarkan, Mazhab Hanafi boleh

suasana di ruang masjid


OK, nak mula amali tawaf. Jemaah lelaki sudah memakai pakaian ihram. Jemaah dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut jenis haji - haji tamattu', haji ifrad dan haji qiran.

Apakah beza haji-haji tersebut? 

Haji Tamattu' - mengerjakan umrah dahulu di musim-musim haji sebelum mengerjakan haji. Kebanyakan jemaah haji muasasah Tabung Haji yang pergi penerbangan awal, mengerjakan haji tamattu'. Dikenakan dam sebab mengerjakan umrah di musim-musim haji.

Haji Ifrad - terus niat haji. Haji yang terbaik. Jemaah yang pergi hampir dengan waktu wukuf di Arafah selalunya mengerjakan haji ni. Tidak dikenakan dam.

Haji Qiran - niat haji dan umrah serentak. Dikenakan dam.

mula bertawaf haji

jemaah muslimat 

pelik pulak fesyen ni, dari sehelai kain pelikat, nampak betis


Lepas snap2 gambar, teman pun join sama bertawaf. Tetiba rasa teringin pulak nak pergi sekali lagi. Alhamdulillah, dah menunaikan haji 17 tahun yang lalu.

Dulu mudah je nak buat haji ikut muasasah Tabung Haji, daftar tahun 1997, tahun 2001, dah dapat panggilan. Sekarang ni tak taulah bila dapat giliran kalau baru nak mendaftar melainkan pergi ikut pakej. Lagipun harga untuk buat haji kali kedua ikut muasasah Tabung Haji dah dekat nak hampir sama dengan harga pakej.

Ok, sambung balik, lepas habis tawaf, pengkursus suruh pergi sa'ie, habis semua jemaah pergi saie....tiba-tiba, pengkursus panggil kumpulan Haji Ifrad dan Haji Qiran. Hangpa jangan pergi sa'ie haji sekali lagi sebab dah buat sa'ie haji selepas tawaf qudum. Cuma yang buat haji tamattu' saja yang buat sa'ei haji lepas tawaf haji. Tapi ada juga yang buat haji ifrad dan haji qiran yang belum buat sa'éi haji selepas tawaf qudum.

Yang buat haji ifrad dan haji qiran, lepas tawaf qudum (tawaf selamat datang), mereka dah boleh buat sa'ie haji sebab mereka dah berniat haji.

Sambung wukuf di Arafah. Pengkursus baca khutbah. Kemudian dia panggil sorang jemaah untuk melaungkan azan dan iqamat. Lelaki yang berbaju kain pelikat tadi bangun untuk melaungkan azan. Sedap suaranya. Pengkursus kemudian baca khutbah kedua pula.

 amali wukuf di Arafah

amali melontar di tiga jamrah - Sughro, Wusta, Kubro
pihak masjid siap sediakan batu-batu untuk melontar


Alhamdulillah, selesai penutup Kursus Asas Haji selama 17 siri

Sangat berharap kawan-kawan dan pembaca semua supaya mendoakan mak saya dapat mengerjakan haji tahun ni bersama adik dan suaminya. Adik dah dapat tawaran dari Tabung Haji. Mak dah buat rayuan, masih menunggu surat jawapan.

Bagi yang belum, semoga dipanggil menjadi tetamu Allah satu hari nanti..

Labbaikallaahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda wanni'mata laka wal mulka, laa syariika laka

"Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat hanyalah milik-Mu, juga semua kerajaan, tidak ada sekutu bagi-Mu"