Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Sunday, 14 June 2020

Memorabilia - Fridge Magnet

Salam semua..

Saya rasa mesti ramai yang suka kumpul pelekat peti ais - Fridge Magnet. Souvenir popular yang selalu dibeli sebagai kenangan bercuti di dalam atau di luar negara..untuk koleksi sendiri dan juga sebagai ole-ole untuk saudara-mara dan teman-teman..

Koleksi pelekat peti ais di rumah..
hampir penuh, masih ada ruang lagi
kebanyakannya beli sendiri, ada juga yang orang bagi

bahagian atas dah penuh 

 FM negara sendiri mesti kena ada..hihi..

Arab Saudi pun ada FM - kakak beli masa buat umrah 
koleksi terbaru (tahun 2019) - FM Surabaya (warna biru)

 beli di Mekah Al-Mukarramah

dulu suka juga susun-susun, FM yg baru letak bahagian atas, yg lama letak kat bawah, sekarang ni dah malas, dah tak kisah..bior je lah..

Happy weekend semua..

Thursday, 7 May 2020

Memorabilia...rantai kunci..

Salam 14 Ramadan..sudah nak masuk fasa ke-2 bulan puasa..semoga kita semua terus memburu pahala berganda di bulan barakah ini..

Siapa rindu nak travel?..hehe..sekarang ni  akhir musim bunga di negara 4 musim, bunga-bunga sakura memutih sudahpun berlalu...bye-bye semuanya, entah bila akan bersua. OK, tak dapat travel ke mana-mana, jom lah lihat-lihat ole-ole kenangan travel. Kenangan dalam bentuk keychains atau rantai kunci (Melayu), gantungan kunci (Indonesia). 

Keychains ni sikit je yang saya beli, cuma satu dua je kot, yang lain souvenir dari kawan-kawan dan juga bos. Tak tahu nak simpan kat mana, gantung di partition pejabat. Sekali-sekala, belek-belek keychain ni sambil cuba ingat siapa yang bagi..terima kasihlah yang sudi bagi souvenirs kat saya...

keychain Ranah Minang je yang saya beli, yang lain orang kasi
ada pulak angkor wat..tak perasan, huhu..
kena buang nih..tak elok gantung mcm ni..

keychain rumah minangkabau yang saya beli di Bukit Tinggi

siapa yang bagi Sydney Opera House tu? tak ingattt..

Yang terbaru

Itu saja koleksi keychains yang ada. Mungkin akan buat makeover partition ni, rasa macam serabut pulak. Ada keychain yang diguna untuk rantai kunci rumah.

yang ni souvenir lain pula

pemberat tu souvenir dari rakan pejabat yang dah meninggal dunia
bunga kaca warna ungu souvenir dari Vietnam from boss
pokok hijau beli di Kaison 

Sekian saja, santai-santai di hari cuti.

Wednesday, 29 February 2012

Tahun Baru, Hobi Lama

Setelah hampir dua bulan on 'silent mode', baru nak bermula dengan first entry di tahun 2012. Biar lambat, asal ada..

February, March..bulan yang sibuk dengan mesyuarat agong persatuan2. Sebagai 'setia' berusaha, macam-macam tugas menanti, nak update laporan aktiviti tahunan, nak update senarai AJK, prepare dokumen for submission to Registrar of Society, nak kejar pengerusi & pemeriksa kira-kira for their signatures..huh..

Tapi yang paling best, hantar notis mesyuarat pada ahli2..hantar guna tradisional postage..pergi pejabat pos Medan Tuanku, beli setem..ada setem terbaru..kempen anti-dadah..


Setem bentuk tiga segi, terbaru di pasaran....Ya Kepada Kehidupan, Tidak Kepada Dadah


surat kepada ahli


Sentiasa teruja tengok setem yang pelik-pelik ni.. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, hobi mengumpul setem..hobi yang sungguh pasif, bila dapat setem oversea, rasa gembira sangat..tiap-tiap hari tengok album, susun ikut negeri, negara..ikut design..



Album setem yang dah banyak berjasa

Setem-setem negeriku



Setem tigasegi sebelum merdeka - masih lagi Tanah Melayu




Dalam kenangan, not happily ever after but till death do us apart (yang ni benar)

Masa dapat setem ni, rasa best sangat, maklumlah the late Lady D sangat popular masa tu sebab nak kahwin dengan anak raja..fashion rambut dia menjadi ikutan ramai..


Membuka album setem, melihat-lihat setem-setem lama umpama satu terapi minda sambil hati bertanya siapakah designer setem-setem ini..an unanswered question..