Faisal Tehrani (FT) diantara penulis yang saya suka cara penulisan. Berilmiah, thought provoking dan very engaging. Pertama kali baca tulisan beliau ialah cerpen Senja Haram dalam Mingguan Malaysia pada tahun 1997.
Ada buat entry cerpen ni. Boleh baca disini.
Diharamkan? meh baca Senja Haram
Senja Haram: The Debate
Entry kali ni nak review buku Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Tuhan Manusia. Dua-dua buku ni dah lama saya beli, tapi nak menghabiskannya memanglah bercinta...
Sebabnya?..
Cinta Hari-Hari Rusuhan tu separa berat, Tuhan Manusia tu memang berat..itu yang ambik masa yang agak lama nak menghabiskan..hehe..
Cinta Hari-Hari Rusuhan
cover buku yang sungguh 'over'..
ini cetakan pertama pada tahun 2000,
cetakan terbaru lain gambar covernya
ada 288 mukasurat
Novel tentang kisah hidup Basri pada dua zaman iaitu pada tahun 70an dan 90an. Basri ialah seorang pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1973 dan seorang yang aktif dalam gerakan pelajar.
Dia berasal dari keluarga susah di Kedah. Dia bercinta dengan Tengku Valizah, anak seorang ahli perniagaan yang kaya. Tengku Valizah juga pelajar di Universiti Malaya. Walaupun berketurunan bangsawan, Tengku Valizah berjiwa rakyat dan menyokong perjuangan Basri.
Pada tahun 70an, novel ni banyak mengisahkan aktiviti-aktiviti gerakan pelajar yang memperjuangkan pelbagai isu nasional dan antarabangsa seperti isu Palestin dan Zionis Israel, isu setinggan, isu petani.
Gerakan pelajar dalam novel ini sangat aktif dalam mendesak kerajaan dengan demonstrasi jalanan, edaran risalah, rapat umum, pementasan drama, ucapan-ucapan panas pemimpin pelajar, perjumpaan dan perbincangan dengan Menteri. Banyaklah adegan kena kejar dengan FRU dan polis dan gambaran keadaan rusuhan.
Bila pihak berkuasa menggempur, ramai kawan-kawan Basri yang kena tangkap tapi Basri dapat melarikan diri ke luar negara, sebagai pelarian politik, mulanya di Sydney, kemudian di Paris dan akhirnya di London.
Kisah di tahun 90an pula berkisar kepada kisah hidup Basri di Scud Cafe, London. Scud Cafe ialah tempat berkumpul pelbagai manusia yang jadi pelarian. Ada yang lari dari serangan bom atom di Jepun, lari dari perang di Palestin. Scud Cafe juga tempat berkumpul pelajar-pelajar Malaysia di London, terutamanya kawan-kawan Basariah.
Basri mengenali Basariah apabila dia menyelamatkan Basariah dalam letupan bom di London. Basariah kemudiannya jatuh cinta dengan Basri.
Siapakah Basariah? Bagaimana pula kisah cinta Basri dan Tengku Valizah yang ditinggalkan tanpa khabar berita? Apa yang terjadi kepada Tengku Valizah selepas pemergian Basri?
Novel yang menarik..kisah gerakan pelajar di tahun 70an dan kisah-kisah kemanusiaan..
Tuhan Manusia
340 muka surat
pertama kali diterbitkan pada September 2007
Novel ini mengangkat tema yang berat iaitu isu murtad, pluralisme dan liberalisme. Hampir separuh novel ni berbentuk naratif iaitu himpunan kenangan, peristiwa dan dialog yang berlaku kepada watak utama, Ali Taqi, seorang pelajar sekolah menengah.
Ali Taqi dalam perjalanan dengan teksi daripada lapangan terbang ke kampungnya yang jauh di utara. Dalam perjalanan tersebut, dia banyak memikirkan isu murtad serta pluralisme agama setelah abangnya, Talha menjadi murtad.
"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama".
"Pluralisme adalah produk liberalisme dan liberalisme itu pula adalah produk sekularisme. Sekularisme ini dari awal lagi, mahu menjadikan manusia Islam murtad secara konsepnya."
"Sekularisme, istilah yang dicipta George Jacob Holyoake pada pertengahan abad ke 19, bermula sebagai satu sistem etika sosial yang bersikap neutral terhadap sistem kepercayaan agama. Faham ini berkembang dan menjadi antagonistik dan dengan jelas menidakkan peranan dan kepercayaan agama dalam apa jua bidang kehidupan"
Novel ni memang sarat dengan ilmu, sarat dengan penerangan, diskusi ilmiah dan perdebatan mengenai kenapa Islam menolak pluralisme dan liberalisme dan bahaya fahaman pluralisme.
Menarik dibaca, untuk diskusi intelek.