Showing posts with label Sikap. Show all posts
Showing posts with label Sikap. Show all posts

Friday, 9 September 2016

Satu usaha yang bagus

Assalamualaikum...

Hospital Mesra Ibadah. Hospital Sungai Buloh. 

Kali kedua ayah dimasukkan ke sini, baru perasan, ada bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk pesakit mengerjakan solat. Yang bagusnya semua bahan-bahan tersebut diletakkan di dinding berdekatan dengan katil pesakit. Memudahkan ahli keluarga/penjaga menolong pesakit untuk bersolat.


dua pilihan - debu untuk tayamum & botol spray air untuk berwuduk
siwak juga disediakan

Disertakan sekali buku panduan solat untuk pesakit

 panduan solat pesakit

“Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga, hendaklah dalam keadaan berbaring.” (Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah, satu usaha yang baik oleh hospital kerajaan. Semoga jadi ikutan hospital-hospital yang lain juga.

Dikesempatan ini,  kepada muslimin muslimat, selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha 1437H pada hari Isnin ni...hati-hati di jalan raya..

Jom puasa sunat Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah) 
Hari Sabtu & Ahad, 10 & 11 September 2016 

Selamat bercuti.... 

Tuesday, 5 May 2015

Motivasi Mei: Jom Jual Sikat

Assalamualaikum, salam bulan Mei. Masih lagi di bulan Rejab. Nak bagi motivasi sikit, to stay motivated.

 "Believe the unbelievable. Dream the impossible"

Siapa tak kenal lelaki ni? kaki travel mesti kenalnya.. Bagaimana Allah mengilhamkan idea yang bernas, the brainchild of this man, mewarnai hidup kita. Alhamdulillah. 'Now everyone can fly'..beyond imagination.

Majalah the Time, Vol 185 No. 15-16 (April 27 2015), memilih Founder and Group CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, diantara 100 individu paling berpengaruh didunia dalam tahun 2015. TIME 100. Dibawah kategori 'the Titans'. The right choice. You deserved it.  

*Time magazine ni majalah mingguan di US dan menurut wikipedia, majalah ni mempunyai sirkulasi terbesar di dunia dan pembacanya mencecah 25 juta. Majalah yang 'powerful' selain Forbes magazine.   
------------------------------------------------------------------

Believe the unbelievable. Dimana first time saya baca contoh peristiwa sebegini?. Oh, ya, peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad SAW. Tanggal 27 Rejab, kita akan menyambut peristiwa besar ni. Hari Sabtu depan je.

Selepas peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW berdiri di atas bukit di belakang Masjidil Haram dan menceritakan peristiwa ni kepada penduduk Mekah.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini. 

Sebagaimana kita lihat reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ﷺ lalu beliau dengan tegas menyatakan:

“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah . Jika baginda mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.” 

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar (sumber: shafiqolbu)
------------------------------------------------------------------
Believe the unbelievable. Teringat e-mail yang dikirim oleh seorang sahabat. Original emel dalam Bahasa Inggeris 'How to sell combs to the monk?' atau terjemahannya 'bagaimana menjual sikat kepada sami Buddha?'. Kita semua tahu para sami kena botakkan kepala mereka untuk tinggal di dalam kuil. Anggaplah ni satu kisah motivasi, bukan niat dihati nak menyentuh sensitiviti agama lain.

Nak menjual sikat kepada orang botak adalah sesuatu yang sukar juga. Ada ke yang nak beli? Sikat gunanya untuk menyikat rambut. Tapi kalau rambut pun nan hado, nak buek apo. Tiga calon interview menyahut cabaran ni - A, B dan C. Mereka kena jual sikat kayu kepada sami Buddha dalam masa 10 hari. Selepas 10 hari, mereka melapor diri kepada HR Manager.

Calon A: "Saya dapat jual satu sikat saja. Semua sami-sami di dalam kuil marahkan saya bila saya tunjuk sikat-sikat ni. Tapi, semasa berjalan balik menuruni bukit, saya bertembung dengan seorang sami muda, dia beli satu sikat untuk menggaru kepalanya yang ada kelemumur"

Calon B: "Saya dapat jual 10 sikat. Semasa di dalam kuil, saya lihat rambut para pengunjung kuil (devotees) berserabut disebabkan angin kuat diluar kuil. Sami-sami mendengar nasihat saya dan membeli 10 sikat untuk kegunaan devotees."

Calon C: "Saya dapat jual 1,000 sikat"

Semua terperanjat. HR Manager bertanya "bagaimana awak lakukannya?". 

Jawapan Calon C
Saya pergi ke satu kuil yang popular di sini. Selepas buat pemerhatian selama beberapa hari, saya dapati ramai pelancong yang datang ke kuil tersebut. Saya pun berjumpa dengan Ketua Sami dan beritahu dia mengenai pengunjung yang datang ke kuil ni adalah mereka yang sangat kuat beribadat. Saya beri cadangan kalau pihak kuil beri satu hadiah kepada mereka, sudah tentu devotees ni akan merasa gembira. Saya beritahu Ketua Sami yang saya ada stok sikat kayu yang sesuai dijadikan hadiah kepada devotees. Saya juga memberi cadangan supaya Ketua Sami menandatangani sikat-sikat tersebut sebagai tanda kenangan. Ketua Sami sangat gembira dan terus order 1,000 sikat" 

Moral of the story:
Berfikir "diluar kotak".."think out of box"..success is 90% inspiration, 10% perspiration..sikap menentukan kejayaan kita..believe the unbelievable, dream the impossible.

Thursday, 16 April 2015

Liverpool FC and Zayn Malik

Assalamualaikum...salam malam Jumaat, penghulu segala hari...

source: dailymail online
Respect. 

Melihat gambar diatas. Gambar dua orang lelaki sedang bersolat. Bersolat di mana? di kawasan tangga di Stadium Liverpool di Anfield, semasa break utk 2nd half, semasa game Liverpool vs Blackburn Rovers.

Asif Bodi dan Abubakar Bhula, peminat tegar Liverpool, tidak lupa untuk  solat, sementara menunggu perlawanan separuh masa kedua, tetapi yang sedihnya, Stephen Dodd, yang snap gambar ni, telah tweet gambar ni dan letak caption 'Muslims praying at half time #DISGRACE'.

"Disgrace" disini bolehlah dimaksudkan "memalukan". Apa yang nak dimalukan. Islam itu mudah, bumi Allah ni, luas, dimana saja, solat boleh didirikan asalkan bersih tempatnya. Untuk dua orang yg bersolat tu, usah gentar, pertahankan hak anda! enjoy good games and at the same time, tunaikan hak Allah. 
Tetapi Mr Asif Bodi tidak melenting, sebaliknya menganggap Mr Dodd tak tahu tentang pentingnya solat dalam Islam dan ingin berjumpa untuk menerangkan hal ni..good, dakwah bil lisan dan dakwah bil hal..semoga Mr Dodd mendapat hidayah, ameen..or at least, tidak buat onar lagi..

Dan Liverpool FC akan mengambil tindakan penyokong mereka yang tweet gambar ni.

In a statement, Liverpool said discrimination would not be tolerated at the club and it would ‘take appropriate action against the individual involved’

Mr Asif Bodi and Abubakar Bhula, you'll never walk alone..this is Anfield. I can't see why we mustn't support Liverpool FC...lalala...I rest my case.
--------------------------------------
Satu lagi kes. Kat UK juga. Zayn Malik. Ahli kumpulan One Direction.

 source: www.express.co.uk

Entahlah, selama ni tak pernah ambil tahu pun tentang kumpulan ni, walaupun suka juga dengar lagu 'Night Changes' tu...tapi bila Zayn Malik keluar dari kumpulan One Direction, heboh di alam maya..barulah saya tahu sebab Zayn Malik ni orang Islam..

Tapi yang tak bestnya..sebab dia tweet #FreePalestine tahun lepas, dia terima ugutan bunuh..dan macam-macam remarks dilemparkan kepada dia..'boyband jihad', 'pimping Islam' dan compare Zayn dengan Boston marathon bomber, Dzhokhar Tsarnaev..memang benar, puak-puak ni takkan senang dengan Islam..selamanya..

 Semak fikiran, letih..di tanahair juga, hal-hal berkaitan Islam heboh diperkatakan, dipersoalkan..

Islam is a way of life, not just a ritual practice..#supporthudud...

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah: 3)

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah :208)

Make peace, no war..

Thursday, 28 March 2013

Anak Muda Malaysia: Mengembaralah!



2013/03/07 - 08:25:20 am oleh Johan Jaafar (sumber: bhonline)

Amat kurang anak muda kita yang mengembara. Saya tidak bermaksud mengembara ke luar negara sahaja tetapi juga di dalam negara sendiri. Satu tinjauan yang dibuat oleh sebuah syarikat pembekal peralatan pengembaraan mendapati kurang daripada lima peratus anak-anak muda Malaysia yang ‘berhasrat untuk mengembara’. Lebih malang lagi hanya satu pertiga daripada jumlah itu yang benar-benar keluar dari rumah dan mengembara.

Tidak banyak anak-anak muda kita yang mengetahui negara sendiri melainkan hanya daripada apa yang dipelajari dalam mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Mungkin hal ini ada kaitannya dengan persaingan hidup. Anak-anak muda mengejar kerjaya dan dengan terbabit dalam adventure atau pengembaraan akan menjejaskan haluan kerjaya mereka.

Ambil cuti panjang


Di Barat, anak-anak muda mengambil cuti panjang selalunya pada musim panas untuk mengembara ke negara lain. Mereka tidak bergerak dalam kumpulan pelancong yang dipimpin oleh pemandu pelancong dan tinggal di hotel-hotel pelancong. Anak-anak muda ini berada di pantai-pantai terkenal di Thailand, sebahagiannya berada di Pulau Pinang atau di Bali. Ada yang mengejar ombak untuk tujuan surfing, ada yang mencari pengalaman merantau ke negara orang bagi menambah ilmu.

Sebahagian daripada mereka menaiki motosikal atau basikal atau bergerak menggunakan kemudahan awam seperti bas dan tinggal di hotel murah atau homestay. 


Catatan perjalanan anak-anak muda ini ada yang dirakamkan di dalam blog atau media sosial seperti Facebook dan kemudian dibukukan. Buku-buku ini banyak yang laris di pasaran. Sayang sekali anak-anak muda Malaysia tidak tertarik dengan adventure dan pengembaraan. Banyak yang tidak pernah keluar daripada tempat tinggal mereka. Kalau adapun hanya pulang ke kampung ke rumah nenek atau menghadiri majlis-majlis perkahwinan di tempat-tempat tertentu. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari perjalanan dalam negara sendiri. Bayangkan pergi ke pekan-pekan yang pelik namanya, atau tempat yang kedudukan geografinya unik seperi Tajung Piai di Johor atau Simpang Mengayau di Sabah.

Rakyat Malaysia sendiri tidak banyak yang tahu wujudnya Kampung Tanduo di Lahad Datu atau Kampung Seri Jaya, Simunul di Semporna atau bandar Kunak sehingga peristiwa berdarah membabitkan pencerobohan di Sabah. Tidak banyak rakyat kita yang tahu nama tempat Bunohan sehingga Dain Iskandar Sid mengarahkan filem bernama sama dan menggondol hadiah utama Festival Filem Malaysia baru-baru ini.


Banyak di antara anak-anak muda kita yang mengambil mudah keistimewaan negara sendiri. Apa yang tidak ada di Phuket atau Koh Samui yang tidak ada di Malaysia? Apakah pantai Bali lebih istimewa daripada Pantai Timur Semenanjung atau Langkawi. Berapa ramaikah di antara anak-anak muda kita yang telah bergerak ke semua bandar dan kampung seluruh Malaysia?

Saya percaya semangat adventurisme ini perlu digalakkan sejak di bangku sekolah lagi. Memang mengembara tidak selesa dan menyulitkan malah ada bahayanya sendiri. Tetapi pengalaman dan pengajaran daripada perjalanan itu amat istimewa sekali.

Saya pernah menulis tentang seorang pengembara muda wanita dari Indonesia yang menamakan dirinya Trinity. Beliau telah menghasilkan tiga siri buku Naked Traveler. Beliau kini berada di negara Amerika Latin sejak beberapa bulan yang lalu. Kita memerlukan Trinity dalam kalangan kita yang dapat memacakkan bendera Malaysia di mana-mana di dunia.

Kita sepatutnya berbangga dengan dua pendaki Malaysia yang menjejakkan kaki di puncak Everest pada tahun 1997 – M. Naggapan dan M Munisamy. Muhammad Muqharabbin Mokhtharuddin (Qobin) pula bukan sahaja telah mendaki Everest tetapi kesemua puncak tertinggi di semua benua di dunia. Beliau sedang menghabiskan pendakian semua gunung dan bukit yang disebutkan dalam al-Quran.

Kita juga berbangga dengan Mohd Noor Mat Amin, jurufoto Utusan Melayu yang sehingga kini telah mendaki Gunung Kinabalu 200 kali. Sewaktu Malaysia mencecah usia 50 tahun beliau cuba mendaki gunung itu 50 kali dalam masa 50 hari. Pada tahun 2009/2010, Mohd Noor telah mendaki Kinabalu 111 kali dalam masa 111 hari!

Contohi Adnan Osman, Wahab Hamzah

Ramai di antara kita yang mengagumi Adnan Osman yang kini hampir mencecah 70 tahun tetapi berbasikal ke Sukan Olimpik Beijing (2008) dan London (2012).
Pengkritik filem terkenal, Wahab Hamzah menghabiskan masa 113 hari melalui 21 buah negara untuk sampai ke Sepanyol. Beliau melalui tempat-tempat di mana terdapat sejarah para ilmuwan dan pemikir Islam tersohor.

Banyak sebenarnya pengembara kita yang melalui jalan darat dengan kereta pacuan empat roda, motosikal, basikal atau berjalan kaki. Tetapi kebanyakan mereka bukan anak-anak muda lagi.

Pada masa mudalah, anda patut mengembara! 

p/s : Never too old to discover the world..

Thursday, 24 December 2009

Hutang Oh Hutang


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
 
Begitu indah sekali seloka pantun ciptaan cerdik pandai dahulu. Tapi realitinya belum tentu seindah butir bicara.
 
Hutang emas mungkin terkandas dipajak gadai. Hutang emas mungkin dibayar 10 kali. Hutang budi dibalas budi juga..seperti kes minta sponsor hadiah untuk company annual dinner..terpaksalah please the client.
 
Kunci kata dalam pantun yang famous itu ialah hutang. Manusia berhutang mengikut tingkatan keperluan dalam hidup. Tingkatan keperluan dalam kehidupan seseorang itu berkisar kepada perkara dharuriyyat (sangat perlu), perkara hajiyyat (memudahkan) dan perkara tahsiniyyat (aksesori). 
 
Perkara dharuriyyat merangkumi perkara-perkara asas seperti membeli makanan, pakaian, perubatan untuk menyelamatkan nyawa. Perkara hajiyyat seperti membeli kereta dan rumah. Manakala, perkara tahsiniyyat yang banyak dilakukan oleh manusia, iaitu bermewah-mewah dalam menghias diri, rumah, kereta, dll. Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki. 
 
Artikel berikut yang diambil dari e-mail boleh dijadikan pedoman. Hadith: Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi ] 
 
Pengajaran daripada hadis tersebut: 
 
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”. 
 
ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan. 
 
iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya. 
 
iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.
 
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.

Hidup bahagia tanpa HUTANG...

Thursday, 3 December 2009

Pensil

Saya suka frasa ini, diambil dari blog alqasam yang lama. Hmm...dah lama juga tak mengasah pensil.

Like a pencil I am…

A pencil maker told the pencils 5 important lessons.

1st: Everything you do will always leave a mark.

2nd: You can always correct the mistakes you make.

3rd: What is important is what’s inside you.

4th: In life, you will undergo some painful sharpening which will make you a better pencil.

And lastly, the MOST IMPORTANTLY is; in order to be the pencil you can be, you must allow yourself to be held and guided by the Hand that holds.

Begitu relevan dengan keHIDUPan kita sebagai MUSLIM..

Thursday, 8 October 2009

Yang Zahir, Yang Batin


Suasana Aidil Fitri masih meriah lagi terasa di negara ini. Jemputan jamuan Aidil Fitri bertalu-talu ditampal di papan kenyataan (old skool style) di pejabat. Walaupun negara jiran dan beberapa negara lain di dunia ini dilanda musibah, gempa bumi, ribut-taufan, tsunami, sambutan Syawal dan jamuan AidilFitri di negara ini masih lagi berterusan.

Walau dimana kita tinggal, di rumah pangsa, apartment, rumah teres, banglo, masing-masing ingin mengadakan ‘open house’ dengan cara tersendiri. Rumah ‘flat’ dengan cara rumah flatnya, susun kerusi meja di koridor (ini common property la, bukan harta persendirian, huh). Tetamu yang datang ambil makanan ikut giliran sebab ruang sempit…jiran-jiran yang tak kenal tak dijemputnya, walaupun tinggal di tingkat yang sama, pandang dari jauh jelah. Rumah teres, rumah banglo lagi gah..ada yang pasang khemah, guna khidmat ‘caterer’, ada entertainment…

Jamuan Aidil Fitri, ‘open-house’, apakah hala tujunya? Selain mengeratkan silaturrahim, ia juga medan untuk berkenal-kenalan, beramah-mesra, bertukar-tukar fikiran. Ia sebenarnya ‘testing our socialising skill’. Baik untuk hos (tuan rumah) dan juga untuk tetamu yang hadir.

Ramai dari kita merasa sedikit gentar/cuak untuk hadir di majlis keramaian mereka yang tidak dikenali. Macam-macam pertanyaan berlegar di minda, apakah tuan rumah itu peramah? atau dia buat tak tahu sahaja? apa topik perbualan? ada ke orang yang kenal? yang boleh diajak bersembang? sebagai satu escapism? Manusia sebenarnya tidak suka dilihat seperti ‘kera sumbang’. Makan sorang-sorang atau anak-beranak di satu sudut, tuan rumah entah ke mana, tidak dipedulikan, tidak diendahkan, tiada sapaan.. Dah ramai, pandai-pandailah bawa diri.

Hos yang baik ialah tuan rumah yang boleh membuat tetamu (tak kira yang kenal ataupun yang baru dikenali) merasa selesa, merasa diterima (bukannya tetamu tak diundang), ‘feel at home’, macam dah lama kenal. Walaupun sekadar bersalaman dan bertanya nama (bagi tetamu yang tidak dikenali). Kebanyakan kita kurang gemar bertanya nama, nak tanya ‘siapa nama’ terasa macam formal le pulak. Kadang-kadang bersembang macam nak rak, bila berpisah namapun tak tahu, lupa nak tanya. Hmmm…masuklah kita dalam orang-orang yang zalim.

Tetamu yang hadir juga sepatutnya berusaha berkenal-kenalan di antara tetamu-tetamu. Walau sekadar berbasa-basi. Bukannya hanya bersembang dengan group masing-masing. Kawan pejabat satu group, saudara-mara bersembang satu group, jiran-jiran satu group. Inilah masanya untuk test the act of small talk, the conversation starter dan keupayaan mengembangkan topik perbualan, bukannya asyik mengomel, komplen, takde cawan, makanan lambat, makanan tak sedap…the conversation killer…oh so politically incorrect..

Teringat-ingat ‘home-made pumpkin soup’ yang sedap masa ‘open-house’ lama dulu, terkenang kebaikan tuan rumah walaupun saya, a total stranger..

Monday, 28 September 2009

Makan, makan & makan..

Salam Aidil Fitri dan selamat kembali bertugas. Hari ini memang betul alami sindrom 'Monday blues'. Minda masih belum pulih sepenuhnya dari bercuti selama 10 hari. Inilah namanya manusia, bila takde kerja, nak kerja, bila dah ada kerja, asyik fikir cuti.

Selama seminggu Hari Raya, aktiviti makan-makan berlangsung dengan jayanya. Apa yang kita makan dalam masa seminggu yang lepas? Dari 20-09-2009 hingga 27-09-2009? 


Ya, sudah tentu jawapannya..lemang, ketupat, rendang, pulut, lontong, nasi impit, kuah kacang, sate, pelbagai jenis sajian nasi, mee dan mihun, pelbagai sajian daging, ayam, kambing, kuih-muih, kek, biskut raya and the list goes on...and on..

Kalau dikumpul-kumpul apa kita makan selama seminggu yang lepas, rasa-rasanya melebihi gambar-gambar dibawah ni yang menunjukkan makanan yang dimakan selama seminggu oleh dua keluarga di dua negara yang berbeza, negara maju dan negara mundur.


USA
Mali
Gambar2 dari buku 'Hungry Planet' oleh Peter Menzel & Faith D'Alusio

Bersyukurlah, kerana di Malaysia ni kita mewah dengan pelbagai jenis makanan berbanding dengan Mali. Lebih berkhasiat dari di USA.

Hmm...tengok pizza, rasa nak makan pizza pulak. Bilalah marathon 'open-house' nak bermula? On the mark...

Tuesday, 23 June 2009

Wakaf Sementara

oleh: Prof Dr Barjoyai Bardai Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Abdul Razak  

Konsep wakaf ialah urusan menyerahkan kekayaan peribadi untuk dimanfaatkan masyarakat. Wakaf selalu dikaitkan dengan tanah perkuburan dan pondok teduhan yang biasa disediakan oleh mereka berkemampuan untuk faedah penduduk setempat. Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia, memberi wakaf bermakna menyerahkan harta yang biasanya dalam bentuk tanah atau hartanah kepada Baitulmal atau Jabatan Agama Islam Negeri sebagai amanah untuk diuruskan bagi kebajikan seluruh umat. Konsep wakaf boleh dikembangkan dengan menjadikannya institusi amanah bagi pihak umat Islam untuk memastikan kekayaan diperuntukkan kepada mereka dapat diuruskan lebih sempurna. 

 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar: "Saidina Umar membeli sekeping tanah. Beliau berjumpa Rasulullah SAW untuk meminta nasihat berkaitan dengannya. Beliau berkata: Ya Rasulullah, saya sudah membeli sekeping tanah di Khaibar. Saya belum pernah memiliki tanah yang begitu bernilai seperti ini. Jadi apakah yang patut saya lakukan ke atas tanah ini? Rasulullah SAW menjawab: Jika kamu suka, kamu boleh menyimpan hak milik tanah itu kekal di tangan kamu dan berikan hasilnya sebagai sedekah.

 

" Saidina Umar memberikan hasilnya sebagai sedekah dengan mengisytiharkan tanah itu tidak boleh dijual atau dipindah milik. Hasil pendapatannya diagihkan kepada kumpulan fakir miskin, sanak saudara terdekat, usaha pembebasan abdi dan apa juga program ke jalan Allah. Menurut Ibnu Aun, dalam prinsip wakaf apa yang penting ialah tidak menyimpannya dengan niat untuk menjadi kaya. Harta kekayaan boleh diserahkan kepada Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk diwakafkan secara kekal atau sementara. Mesir yang ada kepakaran dalam pelaksanaan sistem kehidupan Islam, menubuhkan kementerian khusus iaitu Kementerian Wakaf. Di Mesir, semua wakaf dihadkan tidak melebihi 30 tahun tetapi boleh diperbaharui. Disebabkan tanah perkuburan adalah kawasan luas di tengah bandar raya, maka berjuta penduduk yang tidak mempunyai tempat tinggal memilih untuk tinggal atas tanah perkuburan yang diwakafkan keluarga kaya di Kaherah. Hartanah ini secara beransur-ansur berubah kegunaan apabila tempoh wakaf berakhir. Kementerian wakaf mempunyai tanggungjawab besar untuk menguruskan harta wakaf bagi faedah kesejahteraan seluruh umat Islam khususnya yang berada di sekitar lokasi harta itu. Banyak hartanah diwakafkan kepada masjid dan kemudian tidak diurus pengurus wakaf. Masalahnya ialah saiz dan had kegunaan hartanah ditetapkan pewakaf iaitu untuk tapak masjid dan kubur. Ramai umat Islam berasa mereka tidak mampu untuk mewakafkan harta kerana ingin mewariskan harta mereka kepada anak. Jika konsep wakaf sementara boleh diperkenalkan, pasti lebih ramai umat Islam tampil ke depan. Harta dalam bentuk tanah, wang, rumah dan lain-lain boleh diwakafkan untuk 20 hingga 30 tahun sementara menunggu diperlukan oleh pemiliknya. 

Harta wakaf itu boleh diuruskan secara berkesan oleh badan korporat sebagai pemegang amanah bagi memastikan ia mendatangkan hasil yang boleh dimanfaatkan untuk membangun umat Islam. Yang penting, hasil atau faedah disalurkan kepada kumpulan yang berhak. Pemberi wakaf tidak terhad kepada individu Muslim, termasuk institusi, badan korporat dan badan kerajaan dengan andaian bahawa permodalan wakaf adalah badan professional pengurus dana yang akan menjadi pemegang amanah kepada harta milik pemberi wakaf untuk manfaat kumpulan sasar ditetapkan. - Berita Harian, 6 Mei 2009 

Tuesday, 17 February 2009

To err

Diam.

Membisu.

Sepi.

Tanpa suara. Tanpa berita.

Aku tahu dirimu ada di sana. Diammu seribu bahasa.

Lantas, aku menghulur berita. Bertamu di ambang pintu rumahmu.

Jawapanmu, layananmu sungguh mendukacitakan.

Kita sudah dewasa, teman. Bisa merasai perbedaannya. Bisa mengesan dari sinar matamu, dari butir ucapanmu, dari diammu..

Aku sedih. Membungkam. Diamku melayan perasaan.

Diam ini sangat merimaskan. Sangat menyesakkan jiwa. Sangat membebankan perasaan. Kerana engkau jauh walaupun dirimu dekat. Diammu memberi makna. Diammu mengungkap seribu rasa.

Aku rindukan ukhwah sesama kita, teman. Aku rindukan mutiara kata yang keluar dari ulas bibirmu. Bisa mententeramkan jiwa yang gundah gulana…

Dalam diam, aku bertafakur. Bermuhasabah diri. Hikmah dalam bicara Allah s.w.t. ini ingin ku cari dan hayati. Puas sudah membelek diri, kekhilafan, kesalahan, kekurangan adalah fitrah manusia..

Maafkanlah dan terimalah kekurangan diri ini, teman kerana kita manusia biasa…


“To err is human, to forgive divine”

And I know, you knew better, my friends... and I must admit that this silence is louder than words..


Tuesday, 13 January 2009

Dengki



Perasaan dengki yang dibenarkan:

Pertama, ketika melihat orang berilmu dan gemar mengamalkan ilmunya, giat berdakwah dengan penuh keikhlasan, dan kita pun menginginkan untuk berbuat sedemikian.

Kedua, ketika melihat orang kaya yang sering membelanjakan hartanya di jalan Allah dan berbuat kebajikan, lantas kita menginginkan berbuat hal serupa.

Wednesday, 6 August 2008

Human's Character


METAL: Epitomizes strength and solidity. It’s both enduring and able to withstand pressure
FIRE : Hot and active by nature, it characterizes eagerness and industriousness

WATER: Fluid and profound in character, it symbolizes flexibility and persistence.