Friday 31 December 2021

Terakhir 2021 : Kalau kalian tak temui diriku

di Syurga bersama kalian..tanyalah tentangku..

...............................

Salam Jumaat..sayyidul ayyam...

Perkongsian di hari terakhir 2021..semoga bermanfaat..

 

 إن لم تجدوني في الجنة بينكم ، فاسألوا عني فقولوا : يا ربنا عبدك فلان كان يذكرنا بك

"Seandainya kalian tidak menemui aku di syurga bersama kalian, tanyalah tentang ku. Sebutlah: Wahai tuhan kami. Hamba mu si fulan pernah mengingatkan kami tentang mu"

Perkataan ini selari dengan sebuah hadis sahih yang sangat panjang berkaitan hari kiamat.

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:

Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya. Manusia-manusia beriman akan memohon dengan bersungguh-sungguh kepada Allah untuk memperjuangkan hak saudara mereka yang berada di neraka.

Mereka berkata: Tuhan kami, mereka berpuasa, solat dan mengerjakan haji bersama kami. Lalu dijawab kepada mereka: Keluarkan dari neraka sesiapa yang kalian kenal. Lalu diharamkan mereka daripada neraka. Orang beriman itu pun mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai, yang mana mereka telah dimakan neraka sedalam separuh betis hingga ke lutut.

Kemudian orang beriman akan berkata: Tuhan kami, sudah tiada seorang pun lagi yang kalian suruh kami keluarkan. Lalu Allah menjawab: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian dapati pada hatinya terdapat sebesar dinar kebaikan, keluarkan dia.

Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai, kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian Allah berkata: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya terdapat separuh dinar kebaikan, keluarkanlah dia.

Lalu mereka mengeluarkan sejumlah ramai manusia, kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian Allah berkata: Kembalilah, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya ada sebesar zarah kebaikan, keluarkanlah dia.

Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai. Kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan langsung sesiapa yang ada kebaikan di sana.

[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 183]

 

Oleh kerana itu, Al-Imam Al-Hasan Al-Basri berkata:

 اسْتَكْثِرُوا مِنَ الأَصْدِقَاءِ الْمُؤْمِنِينَ ، فَإِنَّ لَهُمْ شَفَاعَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Perbanyakkanlah rakan-rakan yang beriman, sesungguhnya mereka memiliki syafaat di hari kiamat. [al-Baghawi]

 

Jazakallah kepada penulis (MMMR), sumber dari whatsapp...

Wednesday 29 December 2021

#1010 : Menara 118

Site visit @ Menara 118

bangunan kedua tertinggi di dunia


Dah hampir siap. Kali terakhir pergi pada tahun 2019. 
 
Alhamdulillah, lif dalam bangunan dah berfungsi, naik ke tingkat 116 
 the observation deck
 

kenangan di akhir tahun 2021

Tuesday 28 December 2021

No more Saman

Alhamdulillah..dah bayar saman trafik guna portal MyBayar Saman..

 

Ada satu je saman, tahun 2014, sebab pandu laju di Klang..kes lambat nak gi inspection..huhu..had laju dibenarkan ialah 80km/j...bawa 91km/j.

Sib baik peram selama 7 tahun..haha..cuma bayar RM60 je, kalau tidak, kena bayar RM300..banyak tu..

yeayy..no more saman
 

Semoga selepas ni jadi pemandu berhemah..bersopan-santun di jalan raya and law-abiding citizen..InshaaAllah..

Monday 27 December 2021

Dinner di malam yang hujan

Sekarang ni musim hujan..petang selalu hujan turun, membawa ke malam hari..

Bila hujan, foodpanda, grab, tak beroperasi. Selalunya teman beli siap2 dinner sebab stay back..tapi haritu terlupa. Keluar pejabat pukul 10 lebih, teringat member ofis selalu beli burger crispy di kawasan rumah teman. 

Teman pun teringin nak rasa macamana crispy burger tu..jom pi beli, meredah hujan...

gerai burger...RM2.20? murah tu..
maybe guna daging burger yg nipis

berteduh dari hujan
 
order crispy biasa
 
gerai sebelah jual spaghetti, order juga spaghetti kat sini..
 
Myspaghetti
 
#kompomrepeat
#1 best gravy in the world
 
Ok, dua-dua dah siap, jom balik, kita makannn..
 
spicy burger - rasa mcm colonel burger KFC
pedas, patty dia ayam bersalut tepung
 
Spaghetti chick balls
 
kuah dia olahan mak penjual
kuah dia masam, pedas, oklah rasanya
nak repeat tu, rasanya tidak kot

Alhamdulillah, dinner di malam hari yang dingin, support local business

Thursday 23 December 2021

Kuih-muih Melayu dan Luar Negara

Salam malam Jumaat..

Belek-belek galeri gambar, tengok ada lagi gambar tahun lepas. Snap gambar dalam majalah travel360 masa pergi Kuala Terengganu, kali terakhir naik flight sebelum pandemik melanda. Lamanya tak naik flight Air Asia..rindu kerusi sempit kaler merah..

Gambar makanan. Satu gambar dah selamat buat entry. Pulut Tai-Tai..tekan sini untuk baca my post.

Yang tinggal gambar kuih-muih overseas. Jom kenali kuih menarik dari 4 negara.

Khanom Chan - Thailand
daripada beras, ubi kayu, tepung arrowroot
dua lapisan ada dua perisa - jasmin dan pandan
 
Muhallebi - Turki
puding susu -  makanan popular di zaman Empayar Othmaniyyah
 
Ube Halaya - Filipina
daripada keladi, santan dan gula
 
Peda - India
daripada kekacang, herba dan susu
 
kuih-muih tradisional juga tidak kurang sedapnya..
 
pulut inti & pulut serunding
 
ngences nih..kuih dangai pun ada
 
Yang ni semua snap gambar di bazaar Ramadan..

Tuesday 21 December 2021

Kafeteria Pondok @ Baitussaadah

Assalamualaikum..

Sambung cerita makan-makan di Kota Damansara. Sebenarnya sebelum makan mee goreng sotong, teman makan nasi kukus di Kafeteria Pondok, di bangunan sebelah restoran mee sotong. Ni lunch, mee sotong tu tea time...uhuks, penat meronda gi inspection..hahaha..

 

Bangunan Baitussaadah 
pondok pengajian kitab turath & asrama
 
Sejuk hati tengok ada sekolah pondok di tengah-tengah bangunan konkrit. Baitussaadah = Rumah Ketenangan, semoga ada sinar ketenangan dan barakah di kawasan sekitar nya..
 
tingkat bawah ada kedai runcit

Masa parking kereta depan bangunan ni, nampaklah budak-budak lelaki berkain pelikat keluar masuk kedai runcit..pelik juga..rupanya ada asrama di tingkat atas. 
 
Masa ni dah start pengajian bersemuka

nampak menyelerakan semuanya
 
terus nak makan kat sini tapi order kat kedai runcit sebelah
 
nasi kukus ayam berempah
sedap..sambal dia terbaik
 
check out kedai runcit pula, ternampak notis ni, bagus peringatan macam ni kadang-kadang kita terlupa
 
semoga sentiasa ingat

Recommended cafe ni, makanan sedap, sambil-sambil infaq kepada sekolah pengajian ni.

Monday 20 December 2021

Khabar Dari Kampung

Salam semua...

Siapkan entry tertangguh..cerita hal kampung halaman tercinta..

Dah dekat 2 bulan, mak dan kakak balik kampung, seronok benor deme duduk, meronda di kampung, tahun depan baru nak balik KL..teman je tak balik2 lagi...

Kampung teman di Kuala Kangsor, kat atas kayangan Bukit Kerajaan, lalu ikut rest house. Ada tak orang kuale kat sini...sep sikit!

bilalah dapat merentas sempadan ni
 
Lebih 10 bulan tak balik, sejak bulan Disember tahun lepas, rindunya..curik gambar adik-beradik up dalam whatsapp group..
 
pintu gerbang menyambut kehadiran para perantau

dah ada McDonald outlet

dah sampai di rumah, jom tengok, apa yang terjadi dalam masa 10 bulan..semuanya meliar..

pokok rambutan nan sebatang
daun-daun kering berlonggok

baiki water tank
 
gotong-royong potong dahan pokok rambutan
 
setel..dah gondol
dahan dah dipotong..
 
sesi mengecat pagar pula
 
adik tengah mengecat
 
bahagian yg dah siap 
 
Minggu ni, kakak no. 2 akan balik kampung, dah war-war nak sambung kerja-kerja mengecat...tapi cuaca pula tak menentu..selalu hujan, semoga siap kerja mengecat pagar..

busy like a bee..nantilah kita jalan2 rumah kawan2..

Friday 17 December 2021

Drama Korea : Monthly Magazine Home (2021)

Annyeonghaseyo...

Review drama Korea genre hartanah dan office romance. Isu yang relatable dengan kehidupan, isu pemilikan rumah di kota metropolitan, strategi/impian anak muda untuk memiliki rumah, mismatch diantara gaji dan harga rumah.

Walaupun menampilkan isu yang dikira berat juga tapi drama ni berjaya mengolah masalah pemilikan rumah dalam bentuk yang ringan dan santai. Tak kering gusi menonton drama ni.

Sinopsis

Yoo Ja Sung, a self-made millionaire, rag-to-riches, lelaki yang berjaya dalam  pelaburan hartanah dengan kaedah jual-beli rumah dan bangunan komersil. Di awal drama, Ja Sung beli rumah lelong yang disewa oleh heroin, Na Young Won.

Young Won ialah editor majalah yang sedang cari kerja. Terjadi insiden kelakar bila Ja Sung bawa gangster dan paksa Young Won keluar dari rumah. Young Won kemudiannya dapat kerja di syarikat penerbitan yang buat majalah berkaitan hartanah - Monthly Home Magazine. Rupanya Ja Sung ialah owner baru syarikat tersebut.

Selepas keluar dari rumah kena lelong tu, berlaku beberapa insiden yang menyebabkan Young Won terpaksa menyewa apartment milik Ja Sung. Young Won bercita-cita nak beli rumah sendiri dan subscribe youtube channel Ja Sung. Walaupun Ja-sung ni bos yang kerek dan kedekut, tapi ada jugalah sisi positif, manusia kan..

belajar real estate guna youtube

Staff yang lain juga ada masalah rumah: ada yang menyewa rumah bapa sendiri sebab nak dapat perhatian bapa, ada yang tunggu rumah murah sebelum  kahwin, ada yang tunggu redevelopment..

Yang best dalam drama ni bila Ja Sung bawa Young Won dan photographer ke pelbagai jenis rumah dan bangunan komersil milik Ja Sung untuk dijual. Young Won kena jadi editor merangkap ejen hartanah untuk bos dia. 

Ada macam-macam jenis rumah - bungalow, rumah tradisional, multi-unit for pet owners, tiny house, suka tengok interior rumah-rumah ni. Rumah pertama yang Young-won kena tulis artikel ialah rumah banglo. Cantik sungguh interior banglo ni..

Ja-sung suruh Young-won convert luas tanah dari meter persegi ke 'pyeong'
pyeong ni orang Korea je yang guna, macam ekar lah kot
 
Ja-sung confront Young-won sebab guna kalkulator 
untuk convert meter persegi ke pyeong
bengap punye bos, dia dah lama dalam bidang hartanah
mestilah benda2 mcm ni dah kat dalam kepala je
 

 Dalam episod 3, Young-won dah hafal real estate terms, good girl!
you are a fast learner

Bagi saya ending drama ni ok, reasonable tapi ramai yang tak berpuas hati. Siapa yang tak malu bila bapa sendiri tipu dan songlap duit boyfriend. 

Ja Sung dan Young Won bertemu semula selepas 2 tahun Young Won menghilangkan diri. Dalam masa 2 tahun tu, Young-won berjaya capai impian bina rumah sendiri. 

rumah Young-won, rasa macam tak proportionate 
bumbung dengan bahagian bawah, nampak heavy

  Ending nya depa cuma bercakap tentang rumah.

What is a good home? 

Recommended, memang enjoy layan drama ni, office romance, slice of life and  general knowledge tentang hartanah.

Thursday 16 December 2021

Faizal Mee Sotong

Assalamualaikum, muncul kembali..

Life as usual, so kita update kisah makan-makan je lah...hehe..terjumpa kedai ni masa pergi site inspection..

Pergi inspection hari Ahad, cuma ambik gambar site je, takyah jumpa client. Hari minggu, tak banyak kereta, tambahan pula Jalan Sungai Buloh tu tengah havoc dengan construction DASH Highway..sakit kepala kalau pergi hari kerja..

Singgah Kota Damansara ni sebab nak shoot view dari dalam MRT. Kiranya aerial view lah kan..hehe. Nak ambik MRT di stesen Kota Damansara ke stesen Kwasa Sentral.

perhentian terakhir utk MRT Kajang Line
(sebelum Putrajaya Line beroperasi)

Site ni dekat dengan Subang Airport, so No Fly Zone (NFZ)..takleh nak fly drone. Kalau nak fly juga, kena hantar details ke DCA, tunggu permission dari depa, itupun cuma boleh naik 100meter je. Kena hantar info sehari sebelum hari kejadian, kendian standby on drone, tunggu depa bagi permission kat drone, client cakap depa tunggu berjam-jam baru dapat permission..hissh, idokle teman nak nunggu..

Panjang pulak intro nya, oklah, berbalik ke cerita makan-makan.

Makan mee goreng sotong di Faizal Mee Sotong. Lokasinya di Jalan Teknologi 2/1D, Taman Sains Selangor, Kota Damansara. 

Dah sedia maklum, mee sotong yang femes seantero Malaya ialah yang kat Padang Kota, Penang tapi tak pernah makan yang tu..takleh le nak buat comparison..

The restaurant
 
baguihh letak banner macam ni, dari jauh dah nampak
 
konsep gerai dalam kedai  

hiasan dinding dalam kedai, Penang zaman dulu kot
 
Ada dua menu sotong - mee goreng dan mee rebus. Kita try mee goreng dulu. 
 
mee goreng sotong dan cendol
harga dah lupa, kisah di bulan November
 
sedap..suka mee goreng mamak macam ni

Recommended, dua-dua sedap..mee goreng & cendol.
Next time, kita try mee rebus pula, Inshaa Allah..