Tuesday 28 February 2023

Sedap ke vegetarian foods?

Kisah bulan di Disember 2022..

Ada kerja di area Jalan Riong, Bangsar. So, sajelah nak mencuba vegetarian foods di restoran vegetarian yang femes di Lembah Klang ni iaitu Restoran Ganga di Jalan Kurau.

Terletak di kawasan perumahan, ada sederet rumah kedai. Nice ambience.

just a small neighbourhood commercial area

semua restoran & cafe

resto yang cozy


total vegetarian - no eggs

Oder cendawan tikka, roti garlic naan dan air lemonade 

cendawan tikka

Garlic Naan

Not bad, sedap juga cendawan tikka tu. Just nice, terasa rempah ratusnya. 
Garlic naan just ok sebab ada lagi yg lagi sedap..

 total damage : RM37.95..fuhh..

cukuplah sekali..hihi..

diantara gambar yang ada didinding - celebrity chef David Rocco..

Mostly menu disini menggunakan kentang, cendawan, sayur-sayuran

bayam, kentang dan cendawan
 
cauliflower, kentang, cendawan, chili, capsicum, chutney
 
overall, sedap juga vegetarian foods, mengenyangkan, rasa organik
tapi tang harga tu kena fikir 2-3 kali, hehe..nak mencuba, silakan...

Monday 27 February 2023

Paris Fashion Week : Saint Laurent - Men's Winter 2023

Bonjour, bonjour!

Kisah high fashion - haute couture..

Haute couture is not my things, not my cup of tea tapi bila muncul dalam reel youtube, teman pun terminat nak tengok macamanalah fashion show jenama-jenama terkenal dunia di event terkemuka - Paris Fashion Week..

Mengikut wikipedia - haute couture is the creation of exclusive custom-fitted high-end fashion design that is constructed by hand from start-to-finish.

Yang teman paling suka ialah fashon show oleh Yves Saint Laurent untuk koleksi Men's Fall/Winter 2023. Bukanlah suka tengok baju, tapi suka tengok venue, tempat fashon show dan keseluruhan show, nampak elegan dan klasik..

 

Fashion show Saint Laurent ni diadakan di Parisian Art Museum di bangunan Bourse de Commerce, a historical building in Paris, yang diberi nafas baru (revamp) oleh Japanese architect, Tadao Ando.
 
 exhibition hall yang berbentuk circular, rotunda
 
Model-model kena berjalan-jalan kucing (catwalks) dalam bulatan, bukan dalam barisan, rasa macam lama pulak nak sampai ke pintu masuk / keluar

nice..the 19th-century mural menghiasi siling the glass-oculus rotunda.
hasil kerja jurugambar professional, the whole show nampak sangat wow..
 
background music dimainkan oleh pianist, grand piano diletak off-centre 

saja suka-suka tengok grand event, sekarang ke Itali pula..Milan Fashion Week..bila nak mai KL..

#gambar-gambar dari youtube / info on building from www.dezeen.com

Sunday 26 February 2023

Live update from Hospital KL

Assalamualaikum..

Menunggu kawan-kawan yang lain untuk aktiviti ziarah sahabat yang sakit..

Ada kolam kecil, ada seekor kura-kura

 berenang-renang di tepian

posing atas batu

suka tengok aksi kura-kura ni, macam satu terapi..

Ziarah sahabat yang sakit..semoga cepat sembuh..

Saturday 25 February 2023

Family Mart : Oden & Hazelnut Latte

Lamanya tak makan oden Family Mart. Oden best makan on the spot, nak tapau rasa leceh..

Kebetulan, tak ramai orang di Family Mart di One Maxim Sentul, teman pun orderlah oden, dine in...

Oden & lemonade

di hari yang lain order Hazelnut Latte
not bad, sedap juga

makin banyak pilihan makanan di Family Mart
 
 
 wahh...banyak-banyak..
cheese corn sosej tu nak cuba
 
sesekali makan fast food FM...hehe..

Thursday 23 February 2023

Wang Tak Dituntut (WTD) Yang Tertunggak

Assalamualaikum..semoga sihat semuanya..

Sibuk sikit semenjak dua menjak ni, nanti kita blog walking ye..ziarah kawan-kawan..

Nak cerita kisah claim Wang Tak Dituntut (WTD)..ingatkan takde, rupanya ada. Ada 4 WTD, Alhamdulillah, tiga dah selesai pada bulan Julai 2022. Submit online di portal e-gumis, Kementerian Kewangan.


Satu lagi WTD yang masih belum selesai. Penat teman memikio, tak tahu nak buat macamana. Duit dari Reader's Digest, jumlahnya RM100, tertunggak sejak tahun 2011. Sapa suka baca Reader's Digest? bestkan Reader's Digest..

Disebabkan portal tu suruh upload Banker's cheque/bank draft/cashier's order yang ASAL, teman pun telefonlah Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut. Pegawai tu beritahu kena minta surat rasmi dari CIMB Bank, sebagai entiti pembayar, lepas tu kena pergi Pejabat Pendaftar WTD pula, kena tanya pegawai apa tindakan seterusnya.  

Bila bank tanya ni duit apa, teman pun hentam je lah cakap duit menang peraduan. Sebenarnya tak tahu duit apa, seingat teman dulu ada masuk peraduan reader's digest..duit tu lah kot..

Dah dapat surat dari bank, teman pun pergi lah ke pejabat WTD di UTC Pudu.

pejabat yang ada di UTC Pudu
 
ooo..dah pindah dari Menara Maybank
 
Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
 
 
Pegawai tu suruh telefon pejabat Reader's Digest untuk tanya mengenai bank draf. Benda dah 10 tahun berlalu, entah ada ke lagi...ke dah dilupuskan.
 
Tapi bagus pegawai tu, siap print address Reader's Digest daripada search di Google. Ada tiga alamat - di Shah Alam, Petaling Jaya dan Setapak, KL. Ketiga-tiga teman call, yang kat Setapak tu rumah orang. Dah takde kot Reader's Disgest kat Malaysia. Cari di Suruhanjaya Syarikat, tak muncul Reader's Digest. Cari di google, Reader's Digest ada di Singapore.

Lagi satu, kena pula isi borang Bon Tanggung Rugi sebab melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Kos mati setem RM10, tak tahu lagi kena bayar gantirugi ke tidak, nak claim cuma RM100 je...huhu..

Konklusi nya, rasa malas nak teruskan claim, tak berbaloi. Biarlah namaku terus tercatat di WTD, seratus tahun, seribu tahun, tak boleh nak dilupus selagi tak selesai claim...

I rest my case..

Thursday 16 February 2023

Thai Chicken Chop @ In Colonial

Kisah makan-makan...

Dah banyak kali datang ke retail mall The Intermark, asyik lalu-lalang, intai-intai je restoran In Colonial ni...restoran milik suami-isteri orang Melayu, ada gambar depa berdua di dinding sebelum pintu masuk...restoran yg menghidangkan halal chinese cuisine..

 

deko krismas sebab gi bulan Disember
 
ucapan selamat datang dan pengenalan restoran
 
perkenalkan menu
 
Oklah jom masuk, lunch disini. Tengok menu, ada dim sum juga tapi harga macam sedikit mahal..
 
kalau makan ramai-ramai, boleh order dimsum
takpe, next time lah

order lunch set - Thai chicken chop with rice and drinks
 
deko dalam resto

makan sambil nonton kdrama Doctor Lawyer
sedap juga cc thai style
 
Nak try juga dimsum di sini...kena datang weekend or hari cuti..
baru best, makan santai-santai..

Tuesday 14 February 2023

Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM

Kisah di hari cuti CNY. 

Pada hari Sabtu, 21 Januari mendapat berita pakcik masuk hospital di Puncak Alam. Petang Ahadnya, beliau sudah tenat...kami pun bergegas ke hospital, ikut highway baru, Damansara-Shah Alam Highway (DASH) dari Penchala Link..meliuk-lentok melayan sharp corners, KL drift...

Pertama kali jejak kaki di hospital UiTM, nama hospitalnya Hospital Al-Sultan Abdullah..

Terletak di kampus UiTM Puncak Alam
 
Hospital Al-Sultan Abdullah, Puncak Alam
 
Kelihatan baru hospitalnya..
 
main entrance Anjung Zam-Zam
 
masih berkilat
 
Di petang itu, bapa saudara menghembus nafas terakhir di hospital ni..
 
dikebumikan di sini di Kampung Merbau Sempak

Bacaan Al-fatihah dihadiahkan untuk Pak Njang Hj Abu Bakar bin Hj Ahmad
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin...
aamiin..

Monday 13 February 2023

Melawat muzium di luar negara 2

 
Sambung entry lepas...jalan-jalan melawat muzium..
 
  
1) Hilltribe Museum - Chiang Rai, Thailand

Muzium kecil yang memaparkan kehidupan dan kebudayaan etnik hilltribe di Chiang Rai seperti kaum Akha, Karen, Lahu, Lisu, Palong dan Mien (Yao).

perhiasan kepala kaum hilltribe
 
 
program lawatan ke kampung hilltribe kaum Akha


 2) Opium Museum - Golden Triangle, Thailand

Semasa travel di Chiang Rai, berkesempatan pergi ke Golden Triangle, kawasan yang bersempadan tiga negara - Thailand, Myanmar dan Laos. Kawasan ni femes dengan kegiatan dadah, dari dulu sampai sekarang. Maka, wujudlah muzium opium ni...

bunga popi kering
 
 
3) Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang, Sumatera, Indonesia

Hajat hati nak melawat Istana Pagar Ruyung tapi ditutup untuk renovasi. Pemandu pelancong bawa ke sini, ok juga. Muzium yang memaparkan adat istiadat dan budaya orang Minangkabau.


 

4) Noritake Museum - Nagoya, Jepun

Muzium pinggan mangkuk brand Noritake.

Di Jepun, banyak muzium tapi tak pergi..

 

5) Museum of Korea Culture - Incheon Airport, Seoul, South Korea 

Muzium kecik di airport Incheon, South Korea.

 Muzium yang mostly dalam bentuk digital, touch screen. Ada juga artifak yang dipamerkan.

loceng
 
6) Baan Nakhon Nai Museum - Songkhla, Thailand
 
Muzium kecil di kawasan old town di Songkhla. Banyak koleksi raja Thai, King Bhumipol IX dan pasu-pasu seramik.

gambar-gambar King Bhumipol IX


Itulah saja muzium yang sempat dilawati ketika travel ke negara luar. Semoga dapat melawat lebih banyak muzium di masa depan.