Nihao.......
Dah lama tak buat review drama. Tahun 2023 ni banyak juga menonton historical drama dari negara China. Ada yang layan sampai habis, ada yang kecundang ditengah jalan..
Jom review historical drama China yang best dan kurang best......
Till the End of the Moon
Walaupun kurang minat genre xianxia yang ada demon, god, immortal, cultivator, kuasa sakti, tapi plot yang menarik, bolehlah layan drama n. Cuma layan main lead sahaja, kisah second lead tak berapa follow, banyak skip. Tapi scene di episod-episod akhir tak berapa nak faham, yang tahu..hero mati, self-sacrifice untuk selamatkan dunia..hehe..
Drama bermula dengan demon god memusnahkan kaum-kerabat heroin menyebabkan bapa heroine hantar heroine time-travel 500 tahun kebelakang untuk menghalang wujudnya demon god. Demon god ketika itu ialah seorang putera raja bernama Tantai Jin (hero). Dia disisihkan oleh bapanya, dihantar menjadi tebusan di negeri musuh dan berkahwin dengan heroine. Macam-macam cara heroin nak halang hero jadi demon god.
Back from the Brink
Drama mengisahkan hero yang ada spirit ancient dragon telah diperdaya oleh wife dia dihari pernikahan mereka. Hero telah dismembered dan bahagian badan dragon dia disembunyikan di lima tempat. Hero bertemu dengan heroin dan mereka mengembara untuk mencari bahagian dragon yang disembunyikan. Tengok 3 episod, kemudian drop..terasa bosan dengan plot drama ni.
Destined
Drama mengisahkan kehidupan carefree Gu Jiu Si, anak lelaki ahli perniagaan yang paling kaya di Yangzhou mula berubah bila berkahwin dengan Liu Yu Ru, anak perempuan saudagar kain. Yu Ru belajar buat business dengan ibu mertua dia. Ibu bapa Jiu Si suruh Jiu Si sambung belajar untuk keep up dengan wife dia. Satu kejadian berlaku di Yangzhou menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa melarikan diri ke Youzhou dan memulakan kehidupan baru di sana.
Belum habis menonton, tengok pelan-pelan..
The Legend of Anle
Layan satu episod je, lepas tu drop drama ni. Walaupun gandingan hero dan heroin yang best, pelakon Dilraba & Gong Jun tapi plot drama kurang menarik..baru pertama kali jumpa, heroine dah ugut2 hero..suruh kahwin dengan dia..apooo...bosan..
The Starry Love
Drama berkisar alam manusia, heaven dan demon. Dua adik-beradik kembar tertukar kereta kuda di hari perkahwinan mereka dan terpaksa berkahwin dengan pasangan di alam yang berbeza. Si kakak yang bertunang dengan putera dari alam heaven terpaksa tinggal di alam demon, manakala adik dia yang rebelious berkahwin dengan putera di alam heaven. Kurang minat genre macam ni...langsung stop nonton..
Lost You Forever
Kisah seorang puteri raja yang terpisah dengan keluarga selama 300 tahun dan terpaksa hidup dalam kesusahan. Semasa kecil, heroine sangat rapat dengan sepupu lelaki dia. Sepupu dia ni berusaha cari heroine dan mereka bertemu di satu tempat tetapi masing-masing tak kenal. Sepupu dia buat bisnes wine dan heroine pula ada klinik dan kerja ala-ala doktor yang merawat wanita mandul. Heroine terjumpa seorang lelaki yang luka teruk dan merawat dia hingga pulih. Rupanya lelaki itu ialah anak ahli perniagaan yang kaya-raya. Semasa mencari herba di hutan, heroine telah dikidnap oleh seorang demon yang bekerja sebagai ketua tentera.
Selepas heroine kembali ke pangkuan keluarga, plot dah tak berapa best...dah malas nak sambung tengok, walaupun ada Tan Jianci yang berlakon jadi hero demon..
Tengok drama ni sebab Xiao Zhan jadi hero. Tapi jalan cerita boring sikit, bertahan juga beberapa episod, layan sambil makan tengahari, tak tahan, drop juga akhirnya..
Matured love story. Drama mengisahkan Zhuohua, anak seorang pembesar melarikan diri dari berkahwin dengan lelaki tua pilihan bapa dia. Zhuohua ada kemahiran kedoktoran yang diwarisi dari ibunya dan datuknya. Dia datang ke kota untuk mengambil periksa untuk menjadi pegawai kerajaan. Dia menyewa di kawasan yang ada rumah pelacuran. Di satu malam, dia telah menyelamatkan seorang lelaki yang cedera. Lelaki tersebut ialah Liu Yan/Lord Deng, abang dan penasihat kepada King.
Plot drama ni menarik dan suka tengok heroine yang cerdik. Masih lagi menonton, tengok pelan-pelan..
My Journey To You
Plot drama yang best tapi sangat slow-pace. Drama mengisahkan dua orang perisik/pembunuh wanita dari kumpulan Wufeng masuk ke dalam keluarga Dong dengan menyamar jadi bakal pengantin. Dua mereka berjaya terpilih menjadi isteri dua orang putera keluarga Dong. Disebabkan ketua keluarga Dong yang digelar Sword Wielder telah dibunuh, perkahwinan mereka ditangguh selama 3 tahun disebabkan tempoh berkabung.
Drama ni memang suspens..bagaimana dua orang spy Wufeng ni menjalankan misi mereka dan bila Sword Wielder dibunuh, baru mereka tahu yang ada lagi spy Wufeng dalam keluarga Dong. Spy yang digelar 'Anynomous'..ada beberapa lagi siri pembunuhan dalam keluarga Dong..Cinematografi dan colour pallete drama ni sangat cantik...colour pallete mostly black, white, grey...masih menonton, belum habis lagi..
Mysterious Lotus Casebook
Drama penyiasatan yang sangat best. Suka tengok bromance mereka bertiga ni...ada serius, kelakar, sedih..Drama mengisahkan dua orang paling kuat di alam martial art, Li Xiang Yi dari Sigu Sect dan Di Fei Sheng dari Jinyuan Alliance, telah berlawan di Laut Timur dan kemudian, kedua-duanya hilang dari radar.
10 tahun kemudian, Li Xiang Yi muncul kembali tetapi dah tukar nama jadi Li Lian Hua. Dia menjadi doktor kampung dan bergerak membawa rumah yang dipanggil 'Lotus Tower'. Dia dah hilang upaya untuk berlawan disebabkan terkena racun semasa berlawan 10 tahun yang lalu. Dia bertemu dengan seorang anak muda yang bercita-cita jadi penyiasat yang bernama Fang Duo Bing.
Di Fei Sheng juga muncul kembali dan tahu yang Li Lian Hua ialah Li Xiang Yi. Mereka berdua menyiasat apa yang berlaku 10 tahun yang lalu, siapa yang bunuh senior Xiang Yi dan bersama-sama dengan Duo Bing, mereka menyiasat beberapa siri pembunuhan yang mana saling berkait antara satu sama lain.
Story of Kunning Palace
Plot drama yang sangat best, lakonan mantap, dah habis nonton. Drama mengisahkan heroine yang diberi peluang kedua untuk hidup semula, berusaha menjadi wanita yang baik disebabkan dimasa lampau, dia seorang yang tamak, jahat dan scheming, yang sanggup buat apa saja untuk mencapai impian menjadi queen.
Hero pula seorang putera raja yang semasa kecil, 20 tahun yang lalu, terpaksa berkorban untuk sepupunya (King) apabila bapa saudara King merusuh untuk merebut takhta. Semua menyangka hero mati tapi dia kembali sebagai scholar dan penasihat King. Heroine merasa takut dengan hero disebabkan di kehidupan lampau semasa heroine jadi queen, hero telah melakukan rusuhan dan menyerang istana serta memaksa heroine bunuh diri.
Plot drama berkisar pada perancangan jahat bapa hero dan keluarga serta Queen Dowager untuk mengekalkan keluarga mereka menjadi King, percaturan hero sebagai scholar serta menyelamat keluarga belah ibunya yang menjadi mangsa fitnah bapa dia sendiri dan bagaimana heroine cuba menghalang perkara buruk yang berlaku di masa kehidupan dia yang dulu.
Sekarang tengah layan drama A Journey to Love (historical drama) dan Love Me, Love My Voice (modern drama)....love,love these two dramas..
Sekian, review penutup tahun 2023..