Thursday 29 April 2021

Salam Nuzul Quran 2021

 Salam Nuzul Al-Quran 1442H


Definisi Al-Qur’an

Al-Qur’an dari sudut bahasa adalah bacaan atau sesuatu yang dibaca berulang-ulang. Menurut Imam al-Ghazali mendefinisikan al-Qur’an sebagai: “Kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah iaitu Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa ada sebarang keraguan.” [Lihat al-Mustasfa Min Ilm al-Usul, 1/65]

Para ulama’ juga memberikan definisi al-Qur’an sebagai: “Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya adalah satu ibadah.” [Lihat: Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, 17]

sumber : Bayan Linnas Siri ke 116 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Semoga kita istiqomah membaca Al-Quran dengan tartil dan bertajwid, mentadabbur dan beramal dengannya..

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran, moga Allah S.W.T memberikan keringanan dan keikhlasan kepada kita dalam beribadah kepadaNya dan juga memberkati segala amal perbuatan kita.

Monday 26 April 2021

Gotong-royong siapkan juadah berbuka & moreh

Assalamulaikum semua..

Semoga sihat walafiat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain di bulan Ramadhan yang penuh berkat..

Hari Sabtu baru ni, pagi2 lepas solat Subuh, bergerak ke rumah kakak di Kota Kemuning, Shah Alam. Hari ni giliran my sister jadi host untuk jamuan berbuka puasa dan moreh di surau dekat rumah dia.

Menu untuk berbuka - nasi putih, paprik ayam, telur dadar, sambal belacan & kek coklat. Menu moreh pula sandwich telur dan kuih apam kampung.

Sampai di rumah kakak, dia takde, pergi ke pasar, beli barang-barang basah - ayam, sayur, telur.

potong-memotong sayur untuk paprik ayam

lagi sayur untuk paprik

 bahan utama - ayam

paprik ayam seperiuk

telur dadar in the making
 
AJK surau masak nasi putih dan depa packing dalam bekas, campur telur dadar dan sambal belacan. Kami bungkus paprik ayam.

kek coklat dah dibuat awal
 
and the moreh..
 
apam kampung
 
gotong-royong buat sandwich

Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan on time.
About 60 bungkus. Moreh pun siap awal, anak saudara bawa terus ke surau lepas solat maghrib

Friday 23 April 2021

Melayan Ramadhan

Assalamualaikum, salam Jumaat..

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-11 bulan Ramadhan. Dah 11 hari kita berpuasa. Bagaimanakah kita melayan Ramadhan?

Artikel dibawah ni ditulis oleh saudara Hilal Asyraf. Saya baca entry ni dalam blog beliau, Langit Ilahi. Tak ingat tahun bila, rasanya tahun 2010-2011. Sebab artikel ni menarik, saya copy dan simpan dalam word untuk bacaan di masa depan.

Siapakah Hilal Asyraf? beliau ialah penulis terkenal. Masa dia tulis entry ni, beliau masih lagi pelajar di Universiti Yarmouk, Jordan.

Sudah 10 tahun dalam simpanan, hari ni saya terbitkan semula, harap dihalalkan. 

Semoga bermanfaat.

---------------------------------------------

Ramadhan sudah mula masuk ke belasan.

Rasa sekejap waktu berpapasan.

Atas kepantasan waktu ini saya teringat akan satu ucapan. Ucapan Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari, pakar bidang Hadith di Yarmouk yang menjadi khatib pada hari ke-7 Ramadhan tahun lepas.

Saya masih ingat bagaimana bulu roma saya menegak ketika itu memikirkan ucapannya.

Seakan-akan bicaranya adalah jarum-jarum yang ditembak menusuk jiwa.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

 

 Apakah yang telah kamu lakukan dengan harta?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:

“Allah telah memberikan kamu harta. Harta kamu adalah milik Allah SWT. Bukan kepunyaan kamu, bukan kepunyaan bapa kamu atau datuk kamu. Maka wahai hamba Allah, apakah yang kamu telah lakukan terhadap harta kamu dalam Ramadhan kamu ini?”

Apakah yang telah kita lakukan dengannya?

Biasanya kesenangan membuatkan kita lupa. Wang hanya kita lihat sebagai untuk menyeronokkan diri kita sahaja. Menyedekahkannya kelihatan satu kerugian, memberikannya kepada yang memerlukan dilihat seakan satu kekurangan.

Sedang bulan Ramadhan yang mulia ini Allah janjikan pelbagai ganjaran bagi mereka yang beramal. Dan salah satu amal yang boleh diusahakan adalah sedekah.

Apakah kita telah bersedekah sepanjang 11 hari yang telah berlalu ini?

 

Apakah yang telah kamu lakukan terhadap makanan?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu makanan. Kamu makan. Tapi adakah kamu berkongsikan makanan kamu itu dengan orang lain? Apakah yang telah kamu lakukan dengan makanan kamu pada bulan ini?”

Sepanjang dua tahun saya belajar di Jordan, saya tidak pernah dapat menikmati bazar Ramadhan. Terbiasa dengan keadaan itu, Ramadhan di Malaysia kali ini, tidak pernah sekali saya menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Bukan kerana membenci, tetapi takut saya zalim terhadap makanan dan terkeluar pula saya daripada tujuan sebenar Ramadhan.

Kita beli itu ini, berdasarkan kelaparan yang menguji, tetapi tidak habis makanan-makanan yang kita beli. Atau jika habis pun, makanan-makanan itu tidak menjana kekuatan untuk bangkit berdiri solat beramal ibadat. Bahkan melemahkan.

Jangan cerita berkenaan memberikannya kepada orang lain.

Jauh sekali.

Apa yang telah kita lakukan terhadap makanan-makanan kita di bulan Ramadhan ini?

 

Apakah yang telah kamu lakukan terhadap masa?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalam bulan ini?”

Kita kelaparan, keletihan, dan merasakan kita sudah mati akal hendak melakukan apa lagi. Lantas kita memilih untuk menghabiskan masa dengan tidur. Lebih teruk lagi, ada kalangan kita mengisi masa dengan bermaksiat walaupun di tengah Ramadhan.

Masa habis dengan bersembang, masa habis di hadapan permainan komputer/video, masa habis menonton drama dan movie, dan begitulah masa-masa berlalu.

Sedangkan Ramadhan ini rahmat Allah mencurah-curah setiap saat.

Apakah yang telah kita lakukan terhadap masa kita di bulan Ramadhan ini sepanjang 11 hari ini?

Apakah kita mengisinya dengan baik?

 

Apakah yang telah kamu lakukan dengan amal ibadat?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:

“Wahai hamba Allah, Allah telah memfardhukan kamu solat, maka apakah yang telah kamu lakukan terhadap solat-solat fardhu kamu? Ketahuilah bahawa Tarawih itu sunnah, sedang Isya’ dan Fajar itu adalah wajib. Apakah pantas untuk kamu mendirikan tarawih tetapi melewatkan isya’ dan mengakhirkan fajar? Ketahuilah bahawa Isya’ dan Fajr itu datang dahulu sebelum tarawih”

Kadangkala, ada sebahagian kita terlalu teruja melaksanakan ibadah sunat di bulan Ramadhan hingga mengenepikan kualiti ibadah fardhu. Kita tersilap kerana memandang Ramadhan sebagai adat. Sebagaimana orang yang berhenti merokok di waktu siang tetapi merokok pula di waktu malam. Sedang rokok adalah haram 24 jam.

Kita nampak, kalau tak tarawih, maka sama macam tak puasa. Sedangkan kalau meninggalkan solat fardhu dengan sengaja, kita merasa tidak mengapa.

Inilah dia celupan yang silap dan kefahaman yang bengkok.

11 hari telah berlalu, apakah kita menjaga dan mempercantikkan amalan kita?

 

Apakah yang telah kamu lakukan terhadap Al-Quran?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi:

“Ramadhan adalah bulan Al-Quran wahai hamba Allah. Wahai hamba Allah, maka apakah yang telah kamu lakukan kepada kitab RABB kamu ini? Adakah kamu mempercantikkan bacaan kamu? Adakah kamu menghayati isinya dalam kehidupan kamu?”

Bagaimana 11 hari yang lepas ini? Bagaimana kita melayan Al-Quran? Adakah sekadar berusaha mengkhatamkannya, tetapi tidak memperdulikan tajwidnya?

Sedang menghabiskan bacaan 30 juzu’ Al-Quran di dalam bulan Ramadhan hanyalah sunat, manakala membacanya dengan bertajwid adalah wajib. Yang manakah kita dahulukan?

Persoalan yang lebih menarik, apakah kita menyentuh Al-Quran sepanjang Ramadhan ini telah berjalan? Atau kita langsung tidak pernah membacanya?

Adakah kita sekadar hendak membacanya hingga habis, tetapi tidak mahu mengambil pengajaran darinya walau secebis?

Perhatikan, perhatikan.

Apakah yang telah kita lakukan terhadap Al-Quran?

 

Penutup: Apakah kita bermuhasabah untuk melayani Ramadhan kita?

MasyaAllah.

Bagaimanakah kita melayan Ramadhan?

Sambil lewa?

Jika benar teliti, maka kita akan bermuhasabah akannya. Melihat kembali layanan kita kepadanya. Dan berusaha agar esok lebih baik daripada hari ini.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

Aaaah… masih terngiang-ngiang.

Moga Allah membenarkan kita melayani Ramadhan sebaiknya.

Tuesday 20 April 2021

Mesyuarat & Makan Tengahari di Tamu Hotel & Suites

Assalamualaikum semua..

Cerita hari Sabtu, 10/4, sebelum bulan Ramadan. Menghadiri mesyuarat agong PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan di Tamu Hotel & Suites, di Kampung Baru.

Alhamdulillah, dah 12 tahun bersama PERKIM. PERKIM ialah singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. Ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, PERKIM menekankan tiga aspek utama iaitu dakwah, pelajaran (pendidikan) dan kebajikan, terutamanya kepada golongan asnaf Mualaf.

Antara projek PERKIM untuk asnaf Mualaf ialah Kelas Pemantapan Aqidah, Kursus Intensif Fardhu Ain, Klinik bacaan Al-Quran, dakwah orang asli, Misi syahadah (Pengislaman), bantuan perniagaan Mualaf, Bantuan Sara Hidup.

Ahli-ahli PERKIM bergerak dibawah PERKIM cawangan. Setakat ini ada 25 cawangan PERKIM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
 

Sama seperti pertubuhan yang lain, setiap tahun, mesyuarat agung mesti diadakan. KL masih dibawah PKPB, tapi perhimpunan dibenarkan dengan SOP yang ketat. Perwakilan setiap cawangan pun dikurangkan daripada 5 orang kepada 3 orang sahaja.

Pertama kali jejak kaki di hotel ni. Milik bumiputera sepenuhnya. Lokasinya berhadapan Kampung Baru Medical Centre dan Masjid Jamek Kampung Baru yang femes dengan bubur lambuk di bulan Ramadhan.

lobby Hotel Tamu

Dewan mesyuarat di tingkat 13. Sarapan pagi disediakan di ruang legar depan dewan. Alhamdulillah, makan ketiau goreng dan karipap bersama kopi dan teh.

ruang legar yang luas
 
dewan mesyuarat yang luas
bolehlah buat social-distancing
 
Alhamdulillah, door gift - kurma ajwa
 
 
Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan jayanya, tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Beberapa aktiviti PERKIM Bahagian WP sepanjang tahun 2020 dipetik dari makalah Berita PERKIM.


Program Ihya' Ramadhan & sambutan hari raya bersama Mualaf
 
 
Dah habis mesyuarat, jamuan makan tengahari di cafe hotel, Suasana @ 27. Ramai juga, ada event kat sini, gathering sekolah rasanya, sempena habis SPM kot. Dengar budak-budak panggil cikgu.

Suasana @ 27
 
main dish - nasi & lauk pauk
 
dekorasi hidangan
 
rojak buah
 
yong tau fu
 
western
 
pelbagai jenis kek

Best jugalah hotel ni. Lokasi di kampung Melayu. Keluar dari parking, nampak rumah orang, rumah papan di Lorong Raja Alang.
 
Jom sokong ekonomi Bumiputera.

Friday 16 April 2021

Juadah berbuka

Salam Jumaat...

Dah petang, bolehlah up gambar makanan...hehe..takde idea nak update blog.. 

popia Vietnam
 
menu berbuka hari ke-2
pasta sup & popia vietnam
 
Yang ni beli kat kawan pejabat
 
dalam balang - peria goreng rangup
dalam plastik - sambal jawa goreng kicap

- Selamat berbuka -

Tuesday 13 April 2021

Salam Ramadhan 1442H / 2021M

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun lalu.

Semoga diberi kesihatan yang baik
Dipermudahkan segala urusan dengan redha dan rahmat Allah hendaknya 

Ramadhan adalah bulan berkah, pengampunan, belas kasihan, dan kebebasan dari api neraka. Di bulan suci ini, banyaklah berdoa dan perbanyak sedekah dan perbuatan baik yang lain..

Mohon maaf zahir dan Batin

Marhaban Ya Ramadhan 

Ramadhan Kareem..Allahu Akram..

Thursday 8 April 2021

Gerai makan 'Cun'

Lagi entry kenangan sebelum pindah pejabat..

Kali ni port beli makan tengahari. Nama rasmi kedai ni ialah Gerai Mak Usu tapi kami panggil kedai cun..

Kenapa cun? 

Sebabnya abam yang cedok nasi tu akan tanya..cun? cun? maknanya ok ke nasi banyak ni...hehe..

Lokasi gerai ni di antara dua bangunan, dekat Wisma FGV, di Jalan Tiong Nam, off Jalan Raja Laut..

Gerai yang humble, jual nasi campur, lauk-pauk yang sedap, macam makan di rumah..



Pelbagai jenis lauk yang dijual tapi kuantiti tak banyak. Kalau pergi lambat, banyak dah habis.
 
sebekas ni sahaja
 
gulai pisang hari ni
kekadang masak lemak jantung pisang, masak lemak rebung

lauk pauk yang sedap - takde MSG, aji-no-moto
 harga pun tak mahal, reasonable
 
sayur yang banyak - kerabu daun selom, bayam, terung berlada
pajeri nenas
 
Gerai ni dah lama berniaga disini..semoga terus bertahan.

Wednesday 7 April 2021

Hadiah Top Commentators Blog Ako Tetap Ako

Assalamualaikum..

Lepas lunch tadi, dapat panggilan dari DHL, suruh ambik parcel dekat pak guard..tengok alamat pengirimnya dari Johor..

Alhamdulillah, dapat kurma Ajwa..diimport terus dari tanah haram Madinah..

Walaupun tiada nama pengirim, sudah dapat diteka pengirimnya..hehe..sebab ramai blogger dah up entry hadiah kurma..

 

Terimakasih, Nina @ Ako Retna, tuanpunya blog Ako Tetap Ako. Syukran jazilan, jazakallahu khairan..

Alhamdulillah, kurma untuk berbuka puasa minggu depan..

Tuesday 6 April 2021

Ada apa di Jalan Raja Laut?

Assalamualaikum, semua..

Tak lama lagi, company akan berpindah ke premis baru, InshaaAllah. Tak bestnya..sebab lokasi pejabat sekarang sangat strategik..dekat dengan rumah, jalan pun tak jem, banyak pilihan tempat makan murah, dekat dengan banyak bank...dekat dengan stesen LRT..apakan daya, ikut je lah..

Entry kenang-kenangan kawasan sekitar pejabat. Lokasi pejabat sekarang disimpang Jalan Sultan Ismail/Jalan Raja Laut. Jalan Raja Laut ni berhantu...terutama bagi kanak-kanak...haha!..

Sebabnya? 

Banyak sangat kedai borong jual barang mainan kanak-kanak di sepanjang jalan ni, start dari jejantas depan Hong Leong Bank, sampai simpang Jalan Chow Kit.

Berderet kedai borong. Disepanjang jalan, dua-dua belah, dari jauh dah nampak basikal, kereta..bisa buntang mata nengoknya..

 

hari cuti, hari minggu, berderet kereta parking tepi jalan
ramai yang borong barang mainan

kiri kanan kedai borong

 dulu teruk keadaan kedai ni, run down, ramai gelandangan tidur di kaki lima
sekarang dah jadi kedai mainan

 

dulunya kedai coklat, dah tukar kedai mainan
 
good business
 
banyak jual basikal

basikal lagi
 
motosikal kecik
 
kereta kecik
 


The more, the merrier. Persaingan hebat.