Showing posts with label Harapan. Show all posts
Showing posts with label Harapan. Show all posts

Tuesday, 28 December 2021

No more Saman

Alhamdulillah..dah bayar saman trafik guna portal MyBayar Saman..

 

Ada satu je saman, tahun 2014, sebab pandu laju di Klang..kes lambat nak gi inspection..huhu..had laju dibenarkan ialah 80km/j...bawa 91km/j.

Sib baik peram selama 7 tahun..haha..cuma bayar RM60 je, kalau tidak, kena bayar RM300..banyak tu..

yeayy..no more saman
 

Semoga selepas ni jadi pemandu berhemah..bersopan-santun di jalan raya and law-abiding citizen..InshaaAllah..

Saturday, 2 January 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 

Selamat Tahun Baru Masehi 2021
 
Alhamdulillah, masih diberi peluang menghirup udara tahun 2021. Alhamdulillah, berjaya mengharungi tahun 2020 yang penuh ujian, pandemik, virus..
 
Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan walaupun PKPB dilanjutkan sampai 31 Mac 2021...
...untuk kebaikan semua..
 
#staysafe #kitajagakita 
 

Tuesday, 19 March 2013

Dua yang telah berlalu

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Dua Matta Fair telah berlalu..September 2012 dan Mac 2013. Tiada concrete deal yang dibuat kali ni sebab perancangan Matta Fair tahun lepas masih lagi tertunggak, kali ni to firm up the planning with the travel agent, InsyaAllah.

Collect brochures untuk planning own trip for travel wishlists..ontahbilonokpoei..

Travel wishlists


Indonesia? dah pergi a few places, stop dulu for a while, intai yang dibelakang..Be Inspired

Turkey
Iran

Japan



 .................................

 Brochure negara Iran yang masih dalam simpanan dari tahun lepas. Buat bacaan ringan dan juga general knowledge mengenai sejarah dunia Islam Memang menarik..

brochures mengenai Iran - the Persian history

Info mengenai negara Iran
.............................................................................. 
 Cultural Performance
Untuk menimbulkan minat pelancong-pelancong, beberapa pertunjukan kebudayaan dari pelbagai negara juga diadakan di Matta Fair ini. Ini semasa Matta Fair September 2012..

Cultural dance performance from Iran
Pertunjukan gendang dari Iran - gendangnya sebesar talam
Sangat best performance ini - first time tengok live










Yang dibawah ini tarian dari negara Jepun

Nenek dan cucu in action
Tarian kipas

Walaupun mereka berusia 80an, tetapi tetap cergas..

Tuesday, 23 June 2009

Wakaf Sementara

oleh: Prof Dr Barjoyai Bardai Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Abdul Razak  

Konsep wakaf ialah urusan menyerahkan kekayaan peribadi untuk dimanfaatkan masyarakat. Wakaf selalu dikaitkan dengan tanah perkuburan dan pondok teduhan yang biasa disediakan oleh mereka berkemampuan untuk faedah penduduk setempat. Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia, memberi wakaf bermakna menyerahkan harta yang biasanya dalam bentuk tanah atau hartanah kepada Baitulmal atau Jabatan Agama Islam Negeri sebagai amanah untuk diuruskan bagi kebajikan seluruh umat. Konsep wakaf boleh dikembangkan dengan menjadikannya institusi amanah bagi pihak umat Islam untuk memastikan kekayaan diperuntukkan kepada mereka dapat diuruskan lebih sempurna. 

 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar: "Saidina Umar membeli sekeping tanah. Beliau berjumpa Rasulullah SAW untuk meminta nasihat berkaitan dengannya. Beliau berkata: Ya Rasulullah, saya sudah membeli sekeping tanah di Khaibar. Saya belum pernah memiliki tanah yang begitu bernilai seperti ini. Jadi apakah yang patut saya lakukan ke atas tanah ini? Rasulullah SAW menjawab: Jika kamu suka, kamu boleh menyimpan hak milik tanah itu kekal di tangan kamu dan berikan hasilnya sebagai sedekah.

 

" Saidina Umar memberikan hasilnya sebagai sedekah dengan mengisytiharkan tanah itu tidak boleh dijual atau dipindah milik. Hasil pendapatannya diagihkan kepada kumpulan fakir miskin, sanak saudara terdekat, usaha pembebasan abdi dan apa juga program ke jalan Allah. Menurut Ibnu Aun, dalam prinsip wakaf apa yang penting ialah tidak menyimpannya dengan niat untuk menjadi kaya. Harta kekayaan boleh diserahkan kepada Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk diwakafkan secara kekal atau sementara. Mesir yang ada kepakaran dalam pelaksanaan sistem kehidupan Islam, menubuhkan kementerian khusus iaitu Kementerian Wakaf. Di Mesir, semua wakaf dihadkan tidak melebihi 30 tahun tetapi boleh diperbaharui. Disebabkan tanah perkuburan adalah kawasan luas di tengah bandar raya, maka berjuta penduduk yang tidak mempunyai tempat tinggal memilih untuk tinggal atas tanah perkuburan yang diwakafkan keluarga kaya di Kaherah. Hartanah ini secara beransur-ansur berubah kegunaan apabila tempoh wakaf berakhir. Kementerian wakaf mempunyai tanggungjawab besar untuk menguruskan harta wakaf bagi faedah kesejahteraan seluruh umat Islam khususnya yang berada di sekitar lokasi harta itu. Banyak hartanah diwakafkan kepada masjid dan kemudian tidak diurus pengurus wakaf. Masalahnya ialah saiz dan had kegunaan hartanah ditetapkan pewakaf iaitu untuk tapak masjid dan kubur. Ramai umat Islam berasa mereka tidak mampu untuk mewakafkan harta kerana ingin mewariskan harta mereka kepada anak. Jika konsep wakaf sementara boleh diperkenalkan, pasti lebih ramai umat Islam tampil ke depan. Harta dalam bentuk tanah, wang, rumah dan lain-lain boleh diwakafkan untuk 20 hingga 30 tahun sementara menunggu diperlukan oleh pemiliknya. 

Harta wakaf itu boleh diuruskan secara berkesan oleh badan korporat sebagai pemegang amanah bagi memastikan ia mendatangkan hasil yang boleh dimanfaatkan untuk membangun umat Islam. Yang penting, hasil atau faedah disalurkan kepada kumpulan yang berhak. Pemberi wakaf tidak terhad kepada individu Muslim, termasuk institusi, badan korporat dan badan kerajaan dengan andaian bahawa permodalan wakaf adalah badan professional pengurus dana yang akan menjadi pemegang amanah kepada harta milik pemberi wakaf untuk manfaat kumpulan sasar ditetapkan. - Berita Harian, 6 Mei 2009 

Thursday, 31 July 2008

Salam Perkenalan

Bismillah & Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah sekian lama ingin menyertai this blogworld, termakbul jua niat di hati. Namun, bentuk pengisian blog ini masih belum diputuskan.. semoga Allah s.w.t memberikan saya idea & buah fikiran yang bernas untuk dikongsi bersama di alam cyber ini..Amin. Setiap yang baik datang daripadaNya dan segala kealpaan & kesilapan datang dari kekurangan dan kelemahan diri saya sendiri..