Monday 24 February 2014

Ke KLIA..

Assalamualaikum..

Cerita hari Isnin lepas. Ke KLIA, hantar kakak terbang ke Saudi Arabia untuk mengerjakan umrah. Small entourage, lima orang saja - dua makcik, seorang pakcik, seorang sepupu dan my sister.  Ambil package Andalusia dan terbang dengan Saudia.  Memang best naik Saudia ni, direct flight terus ke Madinah. Hassle-free, compared to turun di Jeddah, kena naik bas ke Madinah..

tagline - penyucian jiwa di tanah suci
get ready for group check-in
  

 Ramai sungguh yang nak pergi umrah..mari kita buat survey..

Rayhar Travel - beg ungu
Utas Travel - beg kuning hitam
Yiros Travel  dari Chini, Pahang - beg hijau
Andalusia lagi

last shot before departing
berkumpul mendengar taklimat
taklimat dan doa dari muktawif
bon voyage
InsyaAllah, dijadualkan balik pada hari Jumaat 28 Februari 2014.

Tuesday 18 February 2014

Baru dan Lama

Assalamualaikum..

Sambungan kisah perjalanan secara ad-hoc ke Taiping. Tidur semalam di Kuala Kangsar, pagi Ahad bergerak balik KL. Selepas tol Jalan Duta, akan ternampaklah nun diatas bukit, tersergam indah Istana Negara yang baru..terus melencong naik flyover yg bersimpang-siur itu. Dah banyak kali lalu Jalan Duta ni sejak istana tu siap, tapi entah tak terfikir nak gi naik atas. Bila Supemeng Malaya buat entri ke sini, baru terfikir nak check it out..the viral effect..Kesetiaan pada Raja dan Negara..

Tapi ambik gambar ala-kadar je sebab cuaca panas sangat, nak buka mata pun payah, dah pukul 12.00 tengahari..ramai juga pelancong..mostly dari Indonesia..bapak2, ibu2..








Ada pengawal berkuda..tapi macam geli je nak gi dekat, sebab bau busuk, kuda tu kencing kat situ juga..yelah mana tahan kan..

Istana baru ni boleh tengok dari jauh sajalah. Nak zoom dekat2 pun, kamera compact sajo. Tapi istana yang lama, pernah masuk. Pada hari pertabalan Agong dlm tahun 2012, adalah pegi ambik gambar di luar Istana Negara lama dalam entri ini. Nampak 'bunting' pameran Raja Kita, minggu depannya pergi terjah masuk istana, tapi cuma boleh masuk balai rongseri ni saja. Rasanya pameran ni masih lagi on sampai sekarang..


at the compound
Untuk kenangan..kena naik bukit juga. Kebanyakan istana dibina atas bukit kan..

Friday 14 February 2014

The Journey: Satu Changkat, Satu Kota, Dua Kuala

Assalamualaikum..

Kisah perjalanan ke utara, secara ad-hoc, sebab utama nak ziarah bapa saudara di Hospital Taiping. Kena 'mild stroke', ada darah beku dalam otak...huhu..masa tu mak ada di KL, bila  dengar nak kena operate kat Ipoh, kemudian tak jadi pulak, mulalah risau..terus ajak gi Taiping esok pagi, nak ziarah..bagi moral support pada mak saudara..

Arakian, keesokan harinya, dengan membawa baju barang sehelai dua, kami pun bertolaklah ke Taiping. Ikut NSE, banyak trafik. Sampai Gopeng, lalu melencong masuk ke RTC. Dalam risau2 tu, sempat lagi melencong..asyik gi UTC je, jom survey apa yg ada kat RTC pulak. Moh le kite singgoh..
 
RTC Gopeng

gerai buah-buahan - limau tambun mesti ada
medan selera - Anjung Singgah
ada laksa segera - jual kat Mydin RTC

bundle dari Korea - takyah gi Korea
Lepas makan2, sambung perjalanan ke Taiping, keluar tol Changkat Jering, terus ke Hospital Taiping. Tengok bapa saudara, dia nampak OK, Alhamdulillah. Boleh duduk, bersembang-sembang.

Selepas solat jamak, bergerak pulang. Waktu melawat pun dah habis. Nak cari jalan keluar ke Simpang 4, berpusing-pusing bandar warisan ni..tak berapa familiar jalan-jalan di bandar ni. Taiping, bandar lama. Sejak zaman British dah ada..

Masjid jamek berlatarbelakang Bukit Maxwell




Taiping old town
bangunan pasar yang unik
 
bandar warisan
Dah sampai di Simpang 4, apalagi jalan terus, jangan belok2, terjah ke Kuala Sepetang pulak..dah terbayang mee udang..lunch pulak..hehe..

jalan lengang

Tapi kat gerai Mak Jah Mee Udang, punyalah ramai manusia..hebak sungguh..gerai-gerai hiliran pun tumbuh macam cendawan..

full house
dibawah pokok kelapak
Makan apa? Udang lerr..nasi goreng udang, laksa udang berasap (panas or pedas le kot) and the signature dish = mee udang.  Disebabkan semuanya dah kelaparan, order tiga nasi goreng udang dan satu je pinggan mee udang.

gerai laksa udang special berasap..
laksa udang berasap..biasa je..kuah laksa perisa udang





nasi goreng udang
cucur udang, cucur sotong pun ada
Dah habis makan..berjalan ke depan sikit..ada pulak gerai Mee Udang Anak Mak Jah..apa kes? Mak Jah yang sama ke? entahlah..malas nak edisi siasat..

next time singgah sini pula..
Alang-alang dah sampai di Kuala Sepetang, jom ronda-ronda pekannya pula..kawasan nelayan..di tepi Sungai Perak/Selat Melaka..nampak ramai juga tourist yang berjalan-jalan bawa kamera DSLR..nak photo shoot agaknya..

trademark pekan Kuala Sepetang - replika helang laut atas bumbung bangunan ni
Meneruskan perjalanan balik kampung ke Kuala Kangsar, sebelum masuk highway, singgah dulu di pasar minggu Changkat Jering. Famous pasar ni, tapi nilah first time saya singgah disini..huhu. Nama je orang Perak..hihi..atas permintaan mak saya, nak beli kuih kat pasar ni..memang banyak orang jual kuih-muih..

Suasana pasar minggu Changkat Jering
beli kuih ni..tatau nama..cuma panggil cucur jawa je

ketupat palas - hari-hari Hari Raya
Terbil @ lastik - dah lama tak nampok
Selepas membeli kuih-muih segala, masuk highway, shoot terus ke KK..dari kuala ke kuala..the journey ends here.

Friday 7 February 2014

Motivasi Bilik Tidur...

Assalamualaikum...entry lewat petang Jumaat. Seorang sahabat letak ini dalam group whatsApp..dalam Bahasa Inggeris, saja translate untuk exercise minda...(susah juga nak cari perkataan yg sesuai...). Untuk renungan bersama di petang-petang begini..

"Saya bangun dari tidur. Lantas berfikir, lalu bertanya pada diri sendiri: Apakah rahsia untuk berjaya di dalam hidup?  Tiba-tiba saya dapat jawapannya dari dalam bilik. 

Kipas berkata: Tenangkan diri anda..

Atap berkata : Letakkan cita-citamu setinggi mungkin..

Tingkap berkata : Lihatlah dunia..(secara maya atau fizikal..pergilah mengembara..)..

Jam berkata : Setiap minit itu berharga (masa itu emas..)

Cemin berkata : Fikir sebelum bertindak..

Pintu berkata : Bekerja keras untuk mencapai cita-citamu..

dan jangan lupa, Permaidani (Lantai) berkata: Rendahkanlah hatimu, bersujud dan bersolatlah..

tambahan..
Komputer/smartphone berkata: Gunakanlah aku semaximum mungkin untuk mencari ilmu, networking, marketing, internet business..

Berjaya itu subjektif...semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat..

The original version..
When I woke up this morning I asked myself: What are some of the secrets of success in life? I found the answer right there in my room.  The Fan said: Be cool.  The Roof said: Aim high, The Window said: See the world, The Clock said: Every minute is precious, The Mirror said: Reflect before you act, The Door said : Push hard for your goals, And don't forget, the Carpet said: Kneel down and Pray...

Have a nice weekend...