Wednesday 24 December 2008

Belajarlah



Belajarlah dari MATAHARI:
Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam, kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.

Belajarlah dari BUNGA:
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah dari LEBAH:
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.

Belajarlah dari POKOK:
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

Belajarlah dari BULAN:
Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.

Belajarlah dari SUNGAI:
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang kemaraanya.

Belajarlah dari DAUN yang luruh:
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tabah menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

Belajarlah dari HUJAN:
Kehadirannya dinanti-nantikan buat penyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuhan.


Lihatlah ke dalam diri, pelajarilah sifat-sifat alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Kita juga sebahagian daripadanya.

Tuesday 9 December 2008

Parlimen P067 DUN N29

Demi menyahut cabaran my dearest friend aka my officemate, fzyfuzzy, entry kali ni is a tribute to my hometown - Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak Darul Ridzuan.


Di sinilah bermulanya, pertemuan dua sungai yang di panggil kuala, sungai kecil Sungai Kangsar dan sungai besar Sungai Perak. Al-kisah, perkataan 'kangsar' berasal dari 'kurang-sar' iaitu kurang satu ke seratus. '

Al-kisahnya, pada zaman dahulukala, seorang anak raja yang rajin telah mengira jumlah sungai dari hulu Sungai Perak dan bila tiba di Sungai Kangsar, jumlah sungai yang ada cuma 99 sungai, kurang satu untuk menggenapkan ke seratus, begitulah riwayatnya.









 
Gambar kiri menunjukkan jeti bot penambang. Bot penambang masih lagi beroperasi untuk membawa penumpang menyeberangi Sungai Perak untuk ke Sayong. Di tepi Sungai Perak ni, terletak taman rekreasi dan padang permainan kanak-kanak. Gambar kanan pula papan peringatan untuk mereka yang terlalai.











Pusat Bandar Kuala Kangsar dengan menara jam sebagai 'focal point

Secara amnya, town planning di Kuala Kangsar adalah secara linear, di mana rumah-rumah kedai di bina secara berderet, berlapis-lapis. Kebanyakannya pre-war shophouses.

Kesesakan luarbiasa di Central Business District of Kuala Kangsar, menjelang Hari Raya Kurban.







 











Pokok getah tertua di Malaysia, berusia 100 tahun pada tahun 1977, sekarang dah berumur sekitar 120 tahun.

Maktab Melayu Kuala Kangsar atau nama glamornya MCKK dengan motonya "Fiat Sapienta Virtus" - Kebijaksanaan Mutu Manusia.












Masjid Ridzuaniah, antara masjid di Malaysia yang mempunyai bilik-bilik penginapan untuk disewa. Disebelahnya ada empat lot kedai untuk menjana dana pengurusan masjid.













Kuala Kangsar bandar diraja, tempat bersemayam paduka tuanku.













Istana Iskandariah



Muzium Diraja Perak/Istana Kenangan/Istana Lembah/Istana Tepas


Istana Kenangan ini dibina pada tahun 1926 tanpa menggunakan sebatang paku. Rekabentuk berkonsepkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian hulu pedang diibaratkan terletaknya bilik peraduan Sultan manakala bahagian sarungnya terletak balai Rongseri istana. Bumbungnya gabungan gaya perabung lima dan perabung pisang sesikat manakala dindingnya adalah anyaman kelarai.













Masjid Ubudiah, Bukit Chandan berkonsepkan "Moorish architectural' dan dihadapannya, Madrasah Idrisiah, sekolah agama wakaf dari Al-Marhum Sultan Idris Shah.


Galeri Sultan Azlan Shah juga di Bukit Chandan
  
 Bersebelahan dengan Bukit Chandan, terletaknya Bukit Kerajaan, tempat di mana kampungku berada. Landmarknya ialah Kuala Kangsar rest house.


Jalan menuju ke puncak bukit


Di sini terletaknya arca keris taming sari seperti gambar dibawah.


Al-kisah, Bukit Kerajaan dulu namanya Bukit Residen kerana disini terletaknya kediaman British Resident iaitu Hugh Clifford. Rumah kediamannya menghadap Sungai Perak, sekarang telah dijadikan Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom.
 
Di Bukit Kerajaan ni terletaknya banglo-banglo lama untuk kediaman upper echelon of government servants seperti kediaman pegawai daerah, ketua polis daerah, pengetua MCKK, YDP MPKK dan lain-lain.

Kolej Islam Darul Ridzuan juga terletak di Bukit Kerajaan, masih belum beroperasi sepenuhnya.









Signboard ke kampungku. Ada pulak orang interframe letak iklan 'massage service', urut oleh lelaki untuk lelaki sahaja ya..







Sekian..semoga kuale terus aman sentosa..

Friday 5 December 2008

Disinilah..


Disinilah...1/2 masa jagaku, 5 hari seminggu
Disinilah...separuh dari kehidupanku, setiap hari..5 hari seminggu
Disinilah...RMxxxx sebulan..
Disinilah...ku melihat dunia tanpa sempadan..
Disinilah...networking..
Boss, bila nak tukar ke LCD monitor???