Assalamualaikum..
Sambung citer Penang. Jom ikut cek ronda-ronda Tanjong.
Tanjong mana? Tanjong Tokong? Tanjong Bungah?
George Town.
Dulu sebelum British sampai, George Town dipanggil Tanjong. Butterworth dikenali sebagai Bagan. British dah merubah segalanya, nampaknya kekal sampai sekarang, walaupun ada ura-ura nak tukar balik dua nama ni.
"Nama Tanjong ditukar kepada George Town oleh
pengasas penempatan British di Pulau Pinang, Kapten Francis Light pada
1786 dan nama Bagan ditukar kepada Butterworth oleh gabenor pertama
Pulau Pinang, Sir George Alexander William Leith"
Nama George Town berasal dari nama raja British, King George III. Nama Butterworth dari nama gabenor pertama Negeri-Negeri Selat iaitu William John Butterworth, yang bertugas dari 1843 hingga 1855.
OK je kan, kalau nak tukar ke nama Tanjung, Bagan, semula. Ke tak best? takde commercial value? tak international? Di Myanmar, ada tempat nama Bagan. Popular juga...
---------------------------
Letakkan ketepi isu kontroversi ni, jom, kita start ukur jalan. Dulu masa pergi tahun 2012, dah ronda-ronda, tapi kali ni ikut jalan lain pulak.
Mula dari Jalan Penang. Keluar hotel, pusing kiri, cepatt jalan. Jumpa mural penarik beca.
sedang bersantai menunggu pelanggan
Masjid Benggali
tempat wajib singgah di Penang
Jeruk Madu Pak Ali
Masuk Lebuh Campbell. Ni laluan ke Upside Down Museum.
mural buah berangan
Jalan ni dinamakan sempena aktiviti membuat tali
apakah nama jalan ini? cer teka, cer teka..
Jalan Pintal Tali..pandai adik-adik
Jom kita jalan lagi. Cari mural-mural besi yang menceritakan sejarah lorong-lorong yang ada di sini.
dim sum di Lorong Cintra
Amazing race - mencari Camera Museum di Lebuh Muntri.
The Southern Hotel
jubin lantai yang cantik
Lebuh Muntri mengambil nama dari Orang Kaya Menteri of Larut, Perak
iaitu Ngah Ibrahim. Pedagang bijih timah berniaga dengan Ngah Ibrahim
sebab Larut merupakan pengeluar bijih timah terbesar masa tu
Dah sampai depan Camera Museum, tutuplah pulak. Takde rezeki. Jom lah balik. Ingatkan nak masuk Love Lane, dah tak larat. Berpatah balik, masuk Jalan Leith menuju ke Jalan Sultan Ahmad Shah.
Di Lebuh Muntri juga, tempat pereka kasut antarabangsa,
Jimmy Choo mula apprenticeship buat kasut
menarik bangunan ni
Jalan-jalan lagi, menyusuri Jalan Sultan Ahmad Shah sampai jumpa Friendship Park, ada tulisan
I love Penang
Bersambung..entry terakhir Penang.