Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, 19 June 2025

3 hari warded di KPJ Tawakal

Assalamualaikum...muncul kembali..

Baru discharged dari hospital semalam..3 hari duduk hospital KPJ Tawakal..hari Isnin haritu, tak sihat, muntah2, sweating teruk, muka pucat..pergi klinik, doktor refer ke hospital..

Selesai prosedur di emergency department, ambil darah & masuk air, keputusannya masuk wad. guna insurance company, entitled to a one-bedded medical ward, tapi tiada wad kosong, depa upgrade ke premier ward...Camelia premier ward di tkt 9..

Alhamdulillah..with the same bayaran..

besar wadnya, siap ada sofa bed untuk peneman
yang bermalam.. 
 
puas hati
 
ada peti ais
 
ex-boss datang ziarah
 
view dari bilik 
 

 Alhamdulillah, dah semakin sihat..serik dah nak makan oyster, scallop..

siap kena test hepatitis..sib baik negative.. 

--------------------------------- 

 kawan2, nanti ya teman datang blogwalking...banyak yg tertunggak..

 till then, sama2lah kita jaga kesihatan fizikal & mental.. 

Tuesday, 6 May 2025

Lifesaver Defibrilator

 Suka tengok bangunan yang ada benda ni...
maknanya Building/Property Manager peka 
tentang pentingnya ada alat ni dalam bangunan
kalau perasan, tak semua bangunan ada benda ni...
 
Defibrilator Luaran Automatik 
Automated External Defibrilator (AED)

alat untuk merawat jantung berhenti berfungsi
 
bila ada orang jatuh pengsan, tak boleh bernafas (cardiac arrest)
selain pemulihan pernafasan (CPR), menggunakan alat ini juga
membantu memulihkan jantung berhenti

ini di Sunway Putra Mall

ada video

Cara-cara menggunakan AED...
alat ini menganalisa keadaan pesakit secara automatik 
kita kena ikut arahan AED

di Menara Bank Islam, ikut warna tema Bank Islam

Block E, The Five @ Damansara Heights
 
Jagalah kesihatan jantung, semoga sihat sampai ke akhir hayat..

Tuesday, 29 April 2025

Teh Putik Bunga Mawar (Rosebud Tea)

 Viral di tik tok, teh putik bunga mawar (rose bud)..

pewangi badan semula jadi

 

yang kiri, dibeli di kedai arab Mehnaz
yang dalam plastik, dibeli di kedai ubat tradisional cina
 
rosebud tea..wangi bau bunga mawar
 
 banyak khasiatnya..salah satunya mengurangkan stress
dan mengawal mood, untuk detoks juga..

Tuesday, 28 November 2023

Beriadah di Taman Metropolitan Batu

Assalamualaikum..

Hari Ahad baru ni kawan ajak beriadah di Taman Metropolitan Batu dekat Batu Muda. Selama duduk KL, tak pernah jejak taman rekreasi ni...best rupanya...hujan pada Sabtu malam, Alhamdulillah, pagi Ahadnya suasana sangat segar..

pepohon hijau
 
indah sungguh panorama
 
 dahan dan dedaunan
 
the don'ts

pejabat kecil jabatan landskap & taman DBKL
teringat kdrama 'Destined With You', heroine bekerja
di jabatan landskap & taman city council
 
kumpulan taichi qiqong
 
 
tasik dia kecil je, tapi nice
 
takleh memancing
 
Naik ke atas, ke kawasan pentas, ooo..ada yang buat program solidariti untuk Palestin...bagusnya..
 
deklamasi sajak...terharu dengar sajaknya..
 
bagus adik ni..pimpin baca doa 'Qunut Nazilah'
 
Kemudian ada cop tangan, tanda solidariti
 
 
ramai yang join
 
yeayy...dah penuh
 
edaran buah tembikai potong
 
Palestine will be free, we will not go down

 
Doa berterusan untuk saudara-saudara kita di Palestin..
 

Thursday, 2 February 2023

Sukan pertama di tahun 2023

Majulah sukan untuk negara!!...*tiberr..

Pada 15 Januari lepas, teman join bowling competition...haha..test power, kawan yang ajak untuk cukupkan kuorum...tak pernah-pernah main bowling...oklah, mencuba yang baru di tahun baru...

Competition ni anjuran NGO Ameerah Batu. The venue at Gurney Bowl di Gurney Mall dekat UTM Jalan Semarak.

The venue

 Semuanya ada 10 kumpulan, setiap kumpulan 5 orang. Main 2 game, satu game 10x, 2x giliran, so semuanya 40x lah lontar bola..kecuali dapat strike untuk first try..

 
bersiap siaga 
 
Fuhh...gegak gempita Gurney Bowl..
 
in action
 
kita main santai-santai je, hilangkan stress..ahli group semuanya amateur..
main pun bola jingga je, yang paling ringan, dapatlah 2x strike, masuk longkang yang banyak...haha..
 
group photo urusetia & peserta
 
walaupun dapat tempat tercorot, medal tetap ada 
untuk peserta sebagai kenangan..
 
Lepas ni kena banyakkan training...hehe..
best juga main bowling ni..

Friday, 9 September 2022

Himalaya Vajomba

Salam Jumaat...dah hampir Maghrib..

Sapa suka gula-gula Himalaya Salt ni..rasanya masam-masam manis..

Orang kata fungsi dia sama macam air isotonic, macam air 100plus, boleh ganti garam mineral dalam badan..yelahh, namapun sports candy kan..

Sekarang ni ada gula-gula Himalaya Vajomba pula...untuk sakit tekak (sore throat).


comel je dua-dua ni..warna packaging pun menarik
 
Beli dua sekali sebab cute..gula-gula mint..
 
 actiwhoosh mints
 
perghh..efek dia...boom pow wow zap zing Yasssss!
 
honey lime mints..sedap ni..
 
perghh...dapat bayangkan efek dia...nyaman sekali

 

sekarang ni tengah batuk2 dan sakit tekak, semoga mujarab gula-gula ni
 
Happy weekend semua!!

Thursday, 4 August 2022

Tempat Urut Badan & Refleksologi OKU Penglihatan

 Assalamualaikum..Salam Keluarga Malaysia..

 Mencari tempat urut badan dan kaki di kotaraya Kuala Lumpur?

Apakata, cuba di pusat urut milik mereka yang istimewa, 
golongan OKU penglihatan (orang buta), orang kita

jom bantu mereka. Semua outlet dekat area Medan MARA. Sambil-sambil shopping di Sogo & Jalan TAR, bolehlah singgah di sini, urut-urut kaki..


 1) Maju Therapy Zone di Tingkat 5, Busana MARA

dalam bangunan Hotel Primera 

 

Banyak kali juga datang sini, lebih baik buat appointment dulu supaya tak keciwa
boleh juga walk-in 
 
 
2) Nuri Wellness Centre, di tingkat 2, Medan MARA

pernah sekali datang sini, lama dulu

 

c) Suria Wellness Centre di Tingkat 1, Medan MARA
sebelah Pasar Rakyat

Belum pernah gi sini. Dulu tempat ni ialah restoran.

 
Tempat urut orang buta yang lain banyak di kawasan Brickfields, ada pusat latihan untuk mereka di Brickfields, bolehlah mereka berdikari, buat bisnes..

Selamat mencuba.

Monday, 1 August 2022

Booster Kedua and Cafe 7 Eleven

Assalamualaikum..salam tahun baru hijrah..salam hari Isnin..

Tahun baru hijrah kita sambut di pejabat. Pukul 9 malam, gerak balik ke rumah, singgah di pasar malam. Pasar malam di sini pada hari Jumaat. Baru beroperasi semula di pertengahan bulan Jun.. suasana dah tak macam dulu..banyak yang lompong sebab dah tak ramai peniaga..

Di antara makanan wajib beli di pasar malam..Yong Tau Fu...

Feveret nih

Sebelum PKP dulu, ada 3 orang yang berniaga YTF, sekarang tinggal satu ni je. Sampai sini dah pukul 9.30, peniaga pun dah nak berkemas, hajat hati nak beli pecal, pecal dah habis...huhu..

tinggal mee goreng je
 
dinner - YTF
 
---------------------------------------------------
 
Hari Sabtu - 30 Julai 2022
 
Ada appointment untuk cucuk booster kedua di klinik dekat Sentul Boulevard
 

Alhamdulillah, untuk booster kedua, boleh pilih nak vaksin jenis apa. So kita pilih sama dengan yang pertama iaitu vaksin Comirnaty (Pfizer). Klinik pun KKM bagi yang dekat rumah, boleh pilih klinik juga.
 
Dah selesai, nak pi check out 7 Eleven di sini. Baru buka selepas renovation, ada tambahan Cafe..jom tengok apa yang menarik 7-E yang ada cafe ni..
 

Banyak juga barang-barang baru di 7-E ni, yang tak pernah nampak dijual di outlet lain..Ada produk Boots..exclusive di 7-Eleven. Boots ni macam Guardian..jual produk kesihatan, kecantikan...


di sini cuma jual skincare jenama Boots


Menarik juga 7-Eleven berwajah baru ni, ralit tengok barang-barang..
 
susu dari Hokkaido
 
protein smoothie dari Starbucks
 
biskut HobNob coklat..suka-suka..

vegan coklat dari Belanda
 
pelbagai perisa kekacang..perisa kari..
 
Nama pun ada cafe, so macam-macam makanan dan minuman ada dijual
 
Ada ais krim, pau, siew mai, croffle, pulut ayam pun ada
croffle ni marshmallow bubuh mcm2 topping, belum dicuba
 
pelbagai jenis minuman
 
Menarik outlet 7-eleven ni, bolehlah singgah kalau ada di Sentul Boulevard

tajuk tahun baru hijrah, citer 7-eleven...hentam sajalah labu..hehe..

Good day to you all