Showing posts with label Indonesia - Surabaya. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Surabaya. Show all posts

Thursday, 15 August 2019

Wisata ke Surabaya: Sate Klopo | The End

Ahad, 21 Julai 2019
 
Alhamdulillah, selamat sampai di Hotel Sahid, Surabaya dari Kota Malang. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Tanpa berlengah, panggil grab untuk keluar berkulineran, untuk mencicipi kuliner legendaris Jawa Timur. Ke Restoran Sate Klopo Ondomohen Bu Asih di Jalan Walikota Mustajab. Dekat je sebenarnya.

Tambang grab IDR 23,000. Driver grab ni terlebih peramah, siap nak datang ambik kami pagi esok untuk ke airport. Kami dah janji dengan teksi bandara ambik kat Grand Hotel. Tapi sebab dah tukar hotel dan takde pulak nombor handphone teksi bandara tu, terus on jer dengan grab ni. Tapi risau juga kalau teksi bandara tu datang ke Hotel Sahid..huhu. Tawakkal je lah...
 
Restoran Sate Klopo Bu Asih

Full house, terpaksa tunggu meja kosong, nak share-share meja 
segan le pulak
 
 tukang bakar sate

sate klopo - sate dibakar dengan kelapa parut
enak banget, gurih & lezat, recommended

kuah sate yang enak, kalau nak pedas, gigit je cili tu

Order 10 sate sapi = IDR 29,000 dan 10 sate ayam = IDR 22,000. Boleh juga minta nasi putih dan lontong. Orang local makan sate dengan nasi putih. Kalau travel ke Surabaya, harus mencoba sate klopo ni.

Dah makan, menyeberang jalan, nak beli teh botol di kedai serbaneka, Indo Maret. Tengok mie segera IndoMie ada macam-macam perisa yang takde kat Malaysia. Beli 4 peket IndoMie.
 
 rasanya perisa ni takde kt Malaysia, ke ada?..haha..jarang beli indomie

Hari dah gelap. Langkah harus dilajukan. Berjalan menyeberang sungai menuju ke Jalan Genteng Besar, pusat camilan dan oleh-oleh khas Surabaya. Shopping time!! Di kedua-dua belah Jalan Genteng Besar ni ada beberapa pusat oleh-oleh. Kalau waktu siang, ditambah lagi dengan Pasar Genteng. Rambang mata, pilih dua tiga je.


Jalan Genteng Besar ni di waktu malam bertukar jadi port gerai makan. Meriah, ramai sungguh pelanggan.


Halal Chinese food

siap ada lesehan lagi, makan bersila atas jalan
 
Jom hunting oleh-oleh khas Surabaya. Beli kek lapis Surabaya, Livana Spikoe, kripik, krupuk udang, krupuk ikan tenggiri, macam-macam makanan ada, jubung, bandreng ikan (ikan salai).

Jubung - jajanan khas Gresik
dibuat dari pulut hitam + bijan

bandreng ikan - ikan salai

suka pulak tengok kripik yang pelbagai ni


suka tengok biskut di susun dalam balang macam ni

Dah beli makanan & jajan, kita hunting kaos (t-shirt) Surabaya pula di toko the Java. Menarik t-shirtnya.


the Java menjual t-shirt berkualiti


Dah selesai beli souvenirs, berjalan balik ke hotel. Menyusuri Jalan Tunjungan.

 manhole Surabaya

Hotel Majapahit - hotel kolonial legasi Belanda


peristiwa perobekan bendera Belanda pada 19 September 1945
di Hotel Majapahit (dulunya Hotel Oranje)

Hasrat hati mau berjimba di Tunjungan Plaza, tapi malas nak melintas jalan. Perjalanan diteruskan ke Jalan Pemuda.


Tunjungan Plaza - shopping complex yang grand di Surabaya

kediaman gabenur Surabaya
di waktu siang - snap on first day
Balai Pemuda

Balai Pemuda di siang hari, ada Tourism Information Centre di sini


Ada Jalan Pemuda, ada Balai Pemuda. Apakah maknanya? Pemuda Surabaya atau arek-arek Suroboyo (dalam bahasa Jowo) berperanan penting dalam peristiwa Pertempuran Surabaya pada 10 November 1945, melawan kedatangan tentera British selepas Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945. Dari peristiwa itu, Surabaya digelar sebagai Kota Pahlawan.

OK, sejarah kita tinggalkan. Berjalan lagi, ala-ala merentas desa di malam hari, sampai di Jalan Yos Sudarso. Kena menyeberang jalan ni untuk ke Plaza Surabaya dan seterusnya balik ke hotel. Yang femes di jalan ni sudah tentulah toko Zangrandi, salah satu kedai es krim legendaris di Surabaya, yang sudah ada sejak zaman Belanda di tahun 1930an.

toko Zangrandi..menggamit perasaan..
kena melintas depan kedai ni sebab disini je ada traffic light..huhu..
nak singgah ke tak nak? saya tanya kakak, kakak tanya saya
malaslah pulak, dah makan aiskrim di toko Oen, cukuplah


Jom berjalan lagi, lalu depan Hotel Grand Surabaya..huhu..bengkek je hati..hehe..jom merawat hati di Plaza Surabaya. 
 

Cuma jalan-jalan, orang ramai, maklumlah hari cuti. Naik ke atas ke food court. Ada kuliner Surabaya yang belum dirasai..huh..makan lagi. 

Pempek Farina dari Palembang
ada forumer recommend makanan ni, macam yong tau fu je
 kureng2..ada mi, penkek ikan, timun, kuah kicap, harga IDR 22,000,

Kuliner kedua ni dari Malaysia lagi dah memang target nak makan, nak sangat rasa macamana, by hook or by crook. Rujak cingur. Cingur tu hidung sapi (lembu). Tanya kat kedai Pempek Farina, gerai mana ada jual Rujak Cingur.

 beli di kedai S.Mbak nih


perghh..ada menu mie mampus ibu tiri..hihi..


perghh..this is gross, kena bawa patung tinggi ni
tanda makanan belum sampai..haha..
 
buah2an + lontong + sayur + cingur (idung sapi) + kuih kacang petis
the verdict = so-so, kuahnya terlebih masin..Alhamdulillah, habis juga
 
Makan dah, decided balik hotel. Tapi rupanya Plaza Surabaya ni ada dua, satu lagi Delta Plaza. Masuk pula pintu Delta Plaza, nak cari Holland Bakery. Tanya kat adik jual baju di ruang legar, tetiba tersangkut lama kat kedai adik ni. Tengok ada yang berkenan, blouse batik dan skirt labuh. Dah lupa nak cari Holland Bakery, sibuk mengirai kain pulak. Siap keluar duit kat ATM CIMB sebab adik tu tak terima kad kredit. Mula-mula cakap ok, lepas tu tak ok pulak. Communication breakdown. Melilau cari ATM sebab hati dah berkenan.

Cukuplah hasil tangkapan untuk malam ni. Mohlah teruskan perjalanan ke hotel. Tengok Monkasel (Monumen Kapal Selam), dah malam, tak sempat nak pi. Yang kat Melaka pun tak pi lagi..huhu..sampai hotel, packing beg, esok dah nak balik ke Malaya.

----------------------------
Isnin, 22 Julai 2019

Pukul 6 pagi dah check out hotel. Flight pukul 10 pagi. Orang hotel tu tanya ada ambil mobil ke, tadi ada orang tanya. Hati dah dup dap, dup dap..tanya balik kat receptionist, teksi bandara ke? Rasa bersalah, mestilah rasa takut..huhu. Sebenarnya, takut dua-dua teksi bandara dan grab datang serentak nak hantar ke airport, kang bergaduh tak pasai. Tapi teksi bandara tu kurang pasti dia datang ke tak sebab dah tukar hotel, nak contact dia pun tak tahu, takde nombor telefon. Uncertainty merengsakan daku. Tengok driver grab tu datang tersengih. Masuk mobil terus off to airport. Yang teksi bandara tu didoakan semoga dapat rezeki yang lebih baik..amiin..

Sampai di bandara Juanda, tengok ada outlet Surabaya patata, kek oleh Oki Setiana Dewi dan adik dia, Ria Ricis, yang kena kecam dengan netizen Malaysia dulu tu.

 toko Surabaya patata di terminal 2

 pelbagai perisa kek patata
harga kek antara IDR 92,000 - 95,000

perisa tiramisu

selalu orang ke Indonesia beli kek Kartikasari, Amanda 
datang ke Surabaya, kita beli kek patata pula
oleh-oleh kebanggaan Surabaya
The verdict : pelik sikit rasanya, kek ada breadcrumbs
 
Kaunter dah dibuka, jom check in.
 

Keluar semula di ruang legar, ronda-ronda kedai souvenir.  Banyak betul coklat khas Indonesia yang boleh dibeli sebagai ole-ole.


brand Krakakao

Coklat brand Monggo & Pod
Monggo dalam bahasa Jawa maknanya "please" 
 
pelbagai coklat brand monggo

Coklat Monggo khas Malang

Dah selamat mendarat di KLIA, sambung shopping di sini pula. My sister lah, dari malam Khamis dah aim nak tengok outlet ni bila balik dari Surabaya.


Tudung Dubai

------------------------------------------------------------------------

OK, meh kita tengok jumlah perbelanjaan saya untuk trip ni.

Tiket kapal terbang : RM503
Hotel : RM172.00
Bromo tours : RM206
Transport/makan/shopping : RM500
Airport bas (pergi/balik) : RM30.00
Grab ke/dari KL Sentral : RM15.00
Jumlah : RM1,426

Ole-ole, kek dan jajan yang sempat dibeli di Malang dan Surabaya. Kripik epal lupa nak snap gambar.

T-shirt

keropok ikan dan bawang

keripik tempe, bakso dan tembikai


Bakpao Telo (keledek ungu) dan Bakpao kacang hijau
bakpao ni takyah beli le, tak sedap

keripik keledek ungu ni sedap

Lapis Surabaya dan Livinna Spikoe tu lebih kurang sama je rasanya

Sekian, kisah wisata kami di Surabaya. Ada beberapa lagi tempat menarik di kota Surabaya yang boleh dikunjungi seperti Masjid & makam Sunan Ampel, House of Sampoerna (katakan tidak kepada rokok), Jambatan Suramadu, Pantai Kenjeran, North Quay dan tempat-tempat belanja seperti Pasar Turi, Pusat Grosir dan Jambatan Merah Plaza.

Thank you for reading.