Saturday 28 November 2015

Ho Chi Minh : Mekong River Tour

Assalamualaikum..

Hari kedua di HCM. Selepas breakfast di hotel, ada panggilan untuk turun, bas dah sampai. Hari ni tour ke Sungai Mekong. Kali kedua bertemu sungai ni, dulu nampak dari atas je di Golden Triangle, Chiang Rai.

Dari hotel, bas menuju ke Restoran Amin di Nguyen An Ninh, ambik satu group orang Malaysia dari Johor. Sakinah datang hantar dua bungkus makanan dan air mineral, bekalan untuk lunch. Kemudian ambik lain-lain peserta, dah cukup korum, off to Mekong River. Jauh juga perjalanan walaupun ikut highway.

Singgah di Mekong Rest Stop area, macam RnR tapi cantik tempat ni. Rasanya semua yang nak ke Sungai Mekong, akan singgah di sini.

 Mekong Rest Stop area

 outlet menjual roti dan buns

 cafe

Dibahagian belakang, ada banyak restoran dengan landskap yang sangat cantik, resort style..



French restaurant

 music room

Kemudian sambung balik journey, singgah di temple ni. Tour guide tu cakap temple ni famous. Masa ni panas bebenor, matahari memancor-mancor.

 temple and the happy Buddha

Tak lama disini, off to Mekong River..sampai di jeti, ada gerai jualan di sepanjang laluan ke bot.

Sungai Mekong
panjang botnya..group tak ramai
banyak tempat kosong

 bot mula bergerak meninggalkan jeti
yuhuu..meluncur di Sungai Mekong

 tour guide 


dah sampai, menyeberang Sungai Mekong

Tempat pertama yang disinggah ialah pusat menternak lebah, dari lebah dapatlah madunya..

 ahli group memegang sarang lebah
lebah yang manja, tak gigit 

 diberi minum teh madu limau dan ada kudapan 
halwa halia, pisang sira dan kuih bepang kacang
biasalah untuk promosi, lepas tu tunjuk pula peket2 untuk dijual

  jalan-jalan di bawah pokok

 yang ni takde dlm itinerari, jalan-jalan, nampak
industri kampung buat gula-gula kelapa
masuk snap gambar, takde orang pun

Jalan lagi, masuk kebun pula, dari jauh dah dengar orang menyanyi. Sampai di dua pondok, dalam pondok pertama tu tengok ramai orang tengah makan buah-buahan, ada ramai orang Malaysia..ada amoi-amoi Vietnam tengah menyanyi dengan suara terpenyek...hihi..nyanyi lagu rakyat kot..lagu-lagu lama, zaman 60an..

 pondok jual durian

Group kami terpaksa tunggu tour guide yang tak sampai-sampai, dok melayan ahli group yang tertinggal dibelakang sebab membeli barang-barang di gerai di tengah jalan tadi..group Malaysian tu la..

Tiba-tiba dari pondok pertama tu, terdengar irama yang sangat familiar, irama catchy..lirik lagu pun macam pernah dengar je..rupa-rupanya depa nyanyi lagu 'Si Jantung Hati'..huhu..berdiri di tepi meja group orang Malaysia..

"Badanku kurus, bukannya kurang makan, mataku layu bukannya kurang tidur,sedih hatiku kerna si jantung hati..oo..oii..si jantung hati"

Suara dahlah terpenyek..macam kelakarlah pulak..group orang Malaysia tu pun sporting habis..siap menyahut, oo..ooi si jantung hati..hehe..meriah suasana..

Ok, tour guide dah sampai. Kami pun masuk duduk di pondok kedua. Dihidang dengan pelbagai jenis buah-buahan potong..

 ada lima jenis buah

 dua orang tengah menyanyi, lepas nyanyi depa bawa bakul
letak kat meja, kot ada sapa-sapa nak bagi sumbangan
kat kami, takde pulak nyanyi lagu 'Si Jantung Hati'
sebab tak ramai org Melayu, group M'sia satu lagi tu org Cina Johor 

Lepas makan buah, jom naik sampan untuk pergi ke bot besar. Naik bot di terusan kecik ni, air keruh dan cetek.


  banyak sungguh bot, sesak di terusan
berselisih dengan bot yang balik dari menghantar penumpang


masa disini, makcik pengayuh sampan tu tunjuk kat atas tebing
sambil cakap 'my house', rumah yg sangat buruk, hampir roboh
malas nak layan, sbb dah tahu, rasanya semua pendayung akan tunjuk
rumah yang sama, nak minta simpati 

 dah sampai di bot besar di Sungai Mekong

Masa ni dah hampir pukul satu, masing-masing dah kelaparan. Ahli kumpulan yang bawa bekal lunch dari Restoran Amin dah buka bekalan dan makan dalam bot. Segan le pulok nak makan, lagipun tour guide cakap nak pergi satu tempat untuk makan. 

Bot meluncur laju, entah ke mana, tak tahu nama tempat yang dituju. Ada dua tiga restoran di tepi sungai tapi tak halal. Kami makan bekalan lunch di sini. Bekal nasi putih, lauk ayam masak sambal dan telur dadar.

Sedap masakannya, mungkin sebab lapar ditambah pula makan ditepi sungai, disapa angin sepoi-sepoi bahasa, menambah selera makan.

 bot berlabuh

Lepas makan, jalan-jalan melawat kawasan. Suasana sungguh redup, banyak pokok-pokok..ada pulak buaian 'hammock'..perghh..memang best layan tido waktu-waktu panas macam ni..take a nap, siesta, qailulah..

Nak baring, baru lepas makan, so kita jalan-jalan dulu. Tengok ramai orang menjerit-jerit di jambatan..ingatkan apa, rupanya depa beri makan buaya..

 banyak buayanya, ada buaya asyik ternganga je, tak bergerak-gerak
ingatkan patung, rupanya buaya hidup..hihi.
memang suspens, tengok buaya ni melompat makan ikan  

 buaya-buaya berendam

Jalan lagi, ada kedai-kedai souvenirs di bahagian belakang. Cantik landskapnya..  

 kedai souvenir

 teratai

Tak minat nak membeli, berpatah balik, tak tahan nak juga berbaring, jom kita berbuai di 'hammock'..what a bliss...

 bestnya

Time's up..kena balik ke bot untuk destinasi terakhir - kilang gula-gula kelapa. Industri kecil & sederhana, kilang dalam kebun kelapa....best pulak environment..sejuk je..

proses secara manual

OK, tamatlah sudah, tour di Sungai Mekong yang mengalir merentasi enam negara - Myanmmar, Laos, Cambodia, Vietnam, China dan Thailand. 

Masuk dalam bas, semua keletihan, tidur di sepanjang perjalanan balik ke bandar. Dah hantar ahli yang lain, tinggal orang Malaysia je, kami semua turun di Malaysian Street, di depan Restoran Amin. Terus dinner di sini.

Order pho ayam dan Vietnamese roll..

Vietnamese roll..sedap, makan dgn sos cili
sos yang kiri tu, kureng sikit..

Lepas makan, pergi ke Kedai Rohani untuk beli tudung, orang kirim..susah ada whatsapp ni, ada je message masuk, order barang...huhu...

Tengok riuh-rendah di jalanraya, penjaja pasar malam, depa ramai-ramai tolak khemah beroda menyeberang jalan..ada yang naik motor, ada yang jalan kaki..pasar malam dah nak start..sekejapan je depa set-up khemah..


  Balik hotel, dah tak keluar, letih bebenor..end of Day 2.