Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Wednesday, 4 July 2018

Ronda-ronda Bandar Melaka - finale

Assalamualaikum...

Masih di Bandar Melaka. Sesi ronda-ronda dah habis. Sambung sesi jalan-jalan cari makan pula. Dari Jalan Tun Tan Cheng Lock, bergerak ke Sungai Melaka. Nak mencari Restoran Lineclear di Kampung Jawa, katanya ada sate sedap di situ.

Restoran Lineclear Kampung Jawa depan bangunan warna biru
Alhamdulillah, nampak ramai pelanggan

 melintas sungai di Jambatan Kpg Jawa

 pemandangan di sebelah timur

 pemandangan di sebelah barat

 di hujung jambatan, dah sampai di Kampung Jawa
jom ke Lineclear

dah pukul 5.30 petang, dah nak tutup, order minuman saja di sini 

Meneruskan perjalanan ke Restoran Seri Erra di Jalan Tun Sri Lanang, nak mamam roti john. Moh bergerak..

 ada yang bawa kura-kura bersiar-siar di waktu petang


lorong yang sempit ni pun ada 2-3 guesthouse

 Madrasah Assayid Abdul Aziz Al-Makhdum di Jalan Bunga Raya

 CIMB Bank di bangunan antik di Jalan Bendahara

Bergerak ke Jalan Tun Sri Lanang, tapi hampa kedai Seri Erra tutup. Berakhir sudah sesi jalan-jalan di Bandar Melaka. Ambik Grabcar, balik hotel, kemudian drive cari dinner di kawasan rumah kedai di Taman Tasik Utama.

 Masjid Al-Alami MITC

Hotel Mudzaffar MITC

Hasrat hati nak dinner di Ikan Bakar Malim, tapi dah nak tutup. Cuma beroperasi di waktu siang..huhu..Takde rezeki hari ni, semuanya hampa, tak dapat rasa - sate, roti john & ikan bakar..

------------------------------------------------

Keesokan harinya, lepas site visit, pergi balik ke kawasan MITC, solat di Masjid Al-Alami.

Senibina masjid-masjid di Melaka memang macam ni

 Kendian ke Restoran Ikan Bakar Malim, lunch di sana.

    Ikan kembong je, sedap sambal kicap limau

Then ke pusat komersil Mudzaffar di sebelah Hotel Mudzaffar, nak beli barangan buatan Melaka. Masa lalu petang semalam, ternampak kain rentang 'Fatimah product', tapi hampa, takde dijual di sini.
 
kapal besar di belakang Hotel Mudzaffar
katanya nak buat restoran terapung

Bergerak pulang, tapi singgah di Taman Botanikal. Ternampak ada gerai jual produk Melaka - biasalah kan datang Melaka, beli cencaluk, belacan, dodol dan gula melaka. 

Usha Galeri Lebah Melaka sebab parking depan sini, cuma snap-snap gambar je. Masuk adalah percuma.

 Galeri Lebah Melaka


Lebah pekerja

Ratu Lebah

Surah An-Nahl yang menceritakan hal lebah dalam Al-Quran

 ada pertunjukan orang lebah

Tak berlama-lama di sini, meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
  
bye-bye Melaka Bandaraya Bersejarah

Monday, 2 July 2018

Ronda-ronda Bandar Melaka - Part 3

Assalamualaikum,

Sesi ronda-ronda di Bandar Melaka diteruskan ke Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street). Heeren Street asalnya Heerenstraat, dulu femes sebagai 'Kampung Belanda', ialah 'Millionaire Row' pada abad ke-18.

Jalan ni tak se-havoc Jonker Street. Nyaman je jalan-jalan di sini, pelancong pun tak ramai. Disini banyak rumah-rumah kedai lama yang masih terpelihara dan dijadikan muzium dan hotel.

Jalan Tun Tan Cheng Lock
Nun dikejauhan kelihatan Menara Taming Sari

Baba & Nyonya Heritage Museum
Entrance fee - RM15, guided tour tambah RM4.00

di hujung ada restoran nyonya - Cafe 1511

The house is a combination of three terrace lots that were acquired by the Chan family in 1861. Four generations lived in the house before it was opened as a museum in March 1985. The name of the museum is derived from the term Baba, an honorific manner of addressing a Straits-born gentleman and Nyonya which addresses a Straits-born lady.

Meander through the home of Baba Chan Cheng Siew (1865-1919) whose eclectic taste offers a glimpse into the richness of the culture and the opulence that was  fashionable in many pre-World War II Peranakan homes.


Jalan lagi, jumpa Malaqa House, masuk percuma. Masuk sekejap, ada jual kraftangan, fridge magnets, handmade pouch...


pelan rumah

 interior

Ok, jalan lagi, singgah Straits Chinese Jewellery Museum - muzium barang kemas Peranakan..

 Muzium ni sama tuan dengan Pinang Peranakan Mansion di Penang
entrance fee - RM15.00

 tripadvisor bagi 4.5 bintang

tipikal hiasan dan perabut Peranakan Cina (Baba & Nyonya)

old school, legend, antique

Pameran barang kemas di tingkat atas, kena tanggal kasut

 rantai leher dan tas tangan comel


 banyak betul koleksi barang kemas yang besar, padu, classic design
kalah Kak Ros macam ni, ke Kak Ros yang lagi hebat..huhu..

ke bilik sebelah pula, pameran seni tenunan untuk buat kasut nyonya


kasut nyonya yang comel

----------------------------------

Meneruskan perjalanan menelusuri Jalan Tun Tan Cheng Lock

 design dinding di kaki lima

 
Chee Ancestral Home
dibina oleh pengerusi pertama OCBC Bank, Chee Swee Cheng
untuk bapanya Chee Yam Chuan

Dah habis cover Jalan Tun Tan Cheng Lock, berjalan balik ke arah Sungai Melaka, nak ke Kampung Jawa, dengar khabar, ada sate sedap di sana. Masuk balik Jonker Street, Jalan Hang Lekiu, Jalan Hang Kasturi dan terus ke Kampung Jawa.


Bersambung next entry ya..part akhir..

Thursday, 28 June 2018

Ronda-ronda Bandar Melaka - Part 2

Masih lagi di Jalan Hang Kasturi di Bandar Melaka...

 bangunan klasik putih biru di simpang Jalan Hang Kasturi dan Jalan Kampung Kuli

 mural di belakang bangunan biru putih

 hei si gadis yang ayu

Di Jalan Kampung Kuli, ada makam Hang Jebat. Hang Jebat yang mati dibunuh oleh Hang Tuah. 

Sebabnya?  Mengikut riwayat, Hang Jebat mengamuk di istana sambil menghunus keris ke Sultan Melaka. Sebab nak bela Hang Tuah kerana Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah, menitahkan Hang Tuah dibunuh (Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik sultan). Tapi Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh sahabat baiknya itu...isk, isk..

"Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"

Siapa hero? Hang Tuah ke Hang Jebat? Terpulang pada pendapat masing-masing, jom ziarah makam..Al-fatihah..

 Makam Hang Jebat

Ada satu famili mat saleh tengah duduk-duduk di kawasan makam ni, gembira je depa semua, bergelak ketawa lagi. Jangan buat onar udahlah.

Sambung berjalan, sampai di simpang empat. Arah mana harus dituju?

sebelah kiri Jalan Tukang Besi, sebelah kanan Jalan Tukang Emas

Ke kanan kita, ikut Jalan Tukang Emas untuk ke Masjid Kampung Keling, sebuah lagi masjid lama di Bandar Melaka.


Masjid Kampung Keling adalah antara masjid paling tua di Malaysia. Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga).


 jubin di tiang masjid

ruang solat utama

verandah masjid

pancuran air di dalam kolah

Dah habis ziarah masjid, perjalanan diteruskan ke Jalan Hang Jebat (Jonker Street) yang femes itu. Ikut Jalan Hang Lekiu di tepi masjid.


Singgah di sebuah restoran Melayu di Jalan Hang Lekiu. Noah Art Cafe namanya.

Lunch di sini - masakan Melayu  & Western 
lukisan & photo yang ada di restoran ni juga untuk jualan
#supportlocalartists

Kenyang perut, senang hati. Jom sambung berjalan, di akhir Jalan Hang Lekiu ialah Jalan Hang Jebat, yang lebih dikenali sebagai Jonker Street.

suasana di Jonker Street - penuh dengan pelancong
banyak kedai, cafe & restoran
hari Jumaat, Sabtu & Ahad ada pasar malam

 Makam Hang Kasturi di Jonker Street

roundabout kecik di hujung Jonker Street

Corner kanan, kita ukur Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) pula.

Bersambung di next entry..