Saturday 30 July 2022

Salam Ma'al Hijrah 1444H

 Hijrah itu permulaan, Hijrah itu persaudaraan

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1444H 

Salam Awal Muharram

Tahun baru, azam baru

Semoga hari-hari yang mendatang ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya

Thursday 28 July 2022

'Stranger Things' di Chinatown KL

Kisah ronda-ronda di kawasan Chinatown KL, cari bidai buluh bercorak dalam entri Di KL pun ada juga. Kawasan rondaan merangkumi Jalan Panggong, Lorong Panggong, Jalan Balai Polis dan Jalan Petaling.

Semasa di Lorong Panggong, dekat kawasan Kwai Chai Hong, ternampak mural ni...diilhamkan dari drama Netflix 'Stranger Things'..

dilukis oleh artis Amir Andhar dari Melaka
kalau waktu malam, cantikk..bila lampu-lampu dinyalakan

Teman tak tengok citer 'Stranger Things' tu..blogger Nur (blog Kait dan Lari) ada buat entry tentang drama ni, katanya best..sekarang ni dah Season 4..genre misteri, seram, super-natural..

Dah terlanjur citer di kawasan Chinatown, meh lah tengok bangunan-bangunan antik lagi menarik di kawasan ni..kedai 3 sederet..teman suka gaya vintage dan klasik...

cafe Luckin' Kopi
beratur pelanggan nak masuk cafe ni

Kaffe16

Kedai coklat Beryls
 
 kaki lima
 
daun pintu yang klasik
 
bahagian belakang kedai Beryls
 
port gantung padlock 
 
Malaya Garden - kafe menarik untuk dicuba..
 
tengok dari luar macam dipenuhi rimbunan hijau
budak pompuan 2 orang tu tengah menunggu giliran 
untuk masuk dalam cafe ni
 
Bila lalu di sini, ternampak cafe Mary Jane, satu lagi cafe hipster yang menarik di Chinatown..
 
Entry lain di Chinatown:
Suasana Lorong Panggung di tahun 2014 : Jejak Warisan KL - Chinatown

Monday 25 July 2022

Drama Jepun yang best di Netflix

 Koniciwa, moshi-moshi....meh layan drama Jepun ni di Netflix...

 Perfect World (2019)

Jumlah episod : 10

Drama mengisahkan hero bernama Ayukawa Itsuki, seorang arkitek yang berkerusi roda kerana lumpuh disebabkan kemalangan yang dialaminya pada tahun akhir pengajian. Itsuki semasa di sekolah ialah seorang yang popular sebab dia pelajar cemerlang yang aktif bermain bola keranjang. Heroinnya bernama Tsugumi Kawana ialah rakan sekelas Ayukawa. Tsugumi dalam diam jatuh cinta dengan Ayukawa tapi cuma admire dari jauh. 
 
Mereka bertemu semula setelah 10 tahun di sebuah restoran semasa Tsugumi hantar dokumen kepada bos dia. Tsugumi tegur Ayukawa tak main bola keranjang lagi ke? Dia sebenarnya tak tahu Ayukawa berkerusi roda sebab masa tu mereka semua duduk diatas lantai, makan di meja rendah..
 

Esoknya Tsugumi jumpa Ayukawa untuk minta maaf dan bermulalah hubungan mereka, mulanya sebagai kawan dan kemudian, sebagai kekasih. Ayukawa sebenarnya sudah putus asa untuk bercinta bila kena tinggal kena girlfriend bila dia lumpuh.
 
Second couple ialah adik Tsugumi, Shiori yang berkawan dengan Haruto, seorang OKU juga. Haruto guna kaki palsu.
 
Percintaan Tsugumi dan Ayukawa mendapat tentangan dari keluarga Tsugumi terutama dari bapa Tsugumi. Mereka bertahan tapi disebabkan satu kemalangan, mereka berpisah dan kemudian sambung semula hubungan.

Drama ni banyak memaparkan masalah yang dihadapi oleh OKU berkerusi roda serta sikap dan penerimaan masyarakat terhadap OKU. Drama yang banyak beri motivasi dan life lesson.

Atelier (2015)
 
  Jumlah episod: 12

Drama Atelier ni tajuk lainnya bila riki-riki di internet ialah 'Underwear'. Ya ampun, kok namanya gitu..ya bener..drama berkisar industri buat baju dalam dan seluar dalam wanita. Bukan yang ready made tapi custom made, yang high-end lingerie. Siap ada runway show, tunjuk rekaan set baju dan seluar dalam. Kita yang nengok pun rasa segan tengok model-model separa naked..tapi cantik-cantik rekaannya..drama yang kena tengok sorang-sorang, takleh tengok dengan parents or budak kecik..haha...

Drama mengisahkan Mayuko, seorang pelajar bidang textile (fabrik) dapat kerja di sebuah butik-cum-studio lingerie bernama Emotion di Ginza, kawasan komersil high-class di Tokyo.
 
Mayuko seorang yang naif (mula-mula tu rasa annoying je karakter dia ni). Kerja dalam bidang fesyen, tapi pakai suit office attire. Boss Emotion bernama Nanjo, seorang yang sangat mementingkan kualiti dan penampilan. Fesyen dia memang high-class...

Mayuko & Nanjo

Plot drama drama ni memang menarik. Suka tsundere (character development) dan the business part dalam drama ni. Bukan saja untuk Emotion tapi juga fashion magazine, Conscious, yang banyak buat coverage untuk fashion lingerie. 
 
Bagaimana niche business seperti Emotion bertahan dalam persaingan dengan mass-production lingerie yang ada di pasaran. Drama ni juga memaparkan 'generation gap' diantara Mayuko dan Nanjo mengenai konsep kecantikan lingerie (pakaian dalam).
 
Mayuko mewakili generasi muda yang lebih mementing keselesaan. Nanjo pula more towards lingerie yang cantik dan berkualiti (work of art) walaupun orang lain tak nampak apa yang dipakai.

Kisah hidup Nanjo sebelum dia berjaya juga menarik. Scene masa anak lelaki dia nak jumpa sebelum dia berkahwin dan pergi ke London, memang sangat mengharukan. Si anak nak berkongsi perasaan bahagia dengan ibu kandungnya tapi ibunya suruh mereka act as strangers. What lah! hati kering..

Recommended for viewing.

Thursday 21 July 2022

Coklat yang sesuai untuk pesakit kencing manis

Assalamualaikum..

Berita baik untuk pesakit diabetes, sudah kutemui coklat yang tak manis, yang sesuai diambil oleh pesakit kencing manis...yang teringin makan coklat..

TADAA!! inilah coklatnya...

coklat jenama Benns, no sugar, 99.9% koko
dark chocolate, harga RM5.00

coklat ni ada dijual di outlet Noko di Sunway Putra Mall

outlet Noko di Sunway Putra Mall
 
dapat award - Superior Taste Award
 
ada tanda Halal JAKIM, produk Malaysia
 
dibungkus per piece
 
beginilah rupa parasnya
 
My verdict : pahit giler, pahitnya melekat kat tekak, baiklah tak payah makan..haha..jenuh nak perabihkan sebungkus ni..ada lebih kurang 10 bungkus kecik..
 
Tapi kalau nak rasa, boleh je makan..hihi...

Wednesday 20 July 2022

WW #18 : Sampai 3 kuncinya

 

Tandas awam @ RTC Gopeng
 
sebenarnya, dua kunci yg dibawah tu dah rosak, dah tak berfungsi
ganaskah pompuan-pompuan yang guna tandas ni?
atau kunci berkualiti rendah?

entahlah, bila dah ramai yang guna, ginilah jadinya..
 
sayangi harta awam
 
#ingatkan nak buat 'wordless', terbanyak tulis pulak...hehe..

Monday 18 July 2022

Arab + Thai + Chinese cuisine..

Salam semua..koleksi makan-makan di Sunway Putra Mall...

 Hadramot Village

Dah lama tak makan nasi arab, tetiba teringin..brunch di sini.. 

Tempat makannya di depan kedai.

luas kawasannya


 Order nasi mandy dan falafel

nasi mandy & falafel

nasi mandy with 1/4 chicken

falafel..tapau bawa balik, makan di rumah
 

Sawatdee

Restoran Thai ni di Selera Street di tingkat 4

interior

nasi goreng pattaya & somtam


Dolly Dimsum

Haritu baca entry Mama Tisya makan di Dolly Dimsum

teringin pulak, order menu yang sama

Crispy shrimp cheong fun dan Szechuan dumpling
 
 
Banyak pilihan restoran di mall ni...semua makanan diatas tu, sedap-sedap belaka..Alhamdulillah..till then, take care..

Thursday 14 July 2022

What's The Story, Morning Glory?

 Bunga-bunga warna ungu berkembang mekar di waktu pagi

 

bunga kembang pagi @ seri pagi (morning glory)

Sunday 10 July 2022

Salam Aidil Adha 2022

 

 Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1443H

"Pengorbanan Lambang Ketakwaan"

Semoga bergembira di samping keluarga tercinta

Thursday 7 July 2022

MoMo's the Hotel

Ada satu haritu, on the way ke CIMB bank di Bangunan SunLife, Jalan Tuanku Abdul Rahman, ternampak iklan ni di tengah-tengah jalan..'Lapar? kami ada jual burger disini'..


 Teman pun teringin nak makan burger, belum lunch lagi, nak makan ringkas2...jom kita singgah..nama restorannya MoMo's..di sebelah Hotel The Chow Kit..
 

 kalau dari Jalan TAR, memang tak nampak sebab terlindung oleh rimbunan pokok-pokok hijau
 
beginilah view nya dari jalan besar, depan tiang monorel lagi, MoMo's bangunan kaler hijau lembut tu..
 
view dari arah bank

outdoor seating
 
ingatkan burger biashe-biashe je, rupanya harga kayangan...terkedu tengok harga, hentam sajalah labu..
 
ada jual kopi & teh juga
 
toiletries untuk dijual..brand MoMo's
 
Rupa-rupanya MoMo's ni ada bilik hotel juga, social hotel katanya dalam website..ada 99 minimalist room, katil bunkies dan crashpads..
 
sementara menunggu food siap
 
harga RM25++
sib baik sedap, both burger & french fries..
 
 
menarik juga hotelnya, bolehlah consider check-in di sini kalau ke KL

Saturday 2 July 2022

Istanbul...Aku Datang...

Beli kebab !!

haha...jauhnya beli kebab...yok! dekat jer..di Bandar Baru Sentul je..

Ada outlet jual kebab nama Istanbul... 

 Istanbul ambik tempat Chatime

 

 Outlet jual shawarma kebab - ayam & daging, nasi mandy dan kuih manisan Turki - baklava & kunefe

harga kebab shawarma

ada pelbagai pilihan kebab, nak campur pun ada

kunefe dan baklava

baklava

nasi mandy & lauk ayam, dibelakangnya daging kebab sedang dibakar
 
Sebagai permulaan, teman beli kebab ayam saiz medium, harga RM8.00..
 
beginilah rupa parasnya
isinya tak padat, ada rongga2 udara 
rasanya - sedap..secukup rasa intinya..
 
Bolehlah repeat lepas ni..InshaaAllah..

Selamat berhujung minggu semua