Wednesday 31 May 2023

Lorong Haji Taib : Syurga Kedai Borong

Banyaknya kedai borong di Lorong Haji Taib. Jadi tumpuan peniaga-peniaga membuat belian barang jualan..

Lorong Haji Taib 5, jalan masuk utama ke kawasan Lorong Haji Taib 
dari Jalan Raja Laut. 
Disini terletaknya Plaza GM dan Plaza Haji Taib
dua gedung yang menempatkan pelbagai kedai borong 
 
Plaza Haji Taib
 
kebanyakan kedai borong di tingkat bawah rumah kedai 4-tingkat
 
Rata-rata kedai borong disini menjual beg, perhiasan wanita (costume jewellery), kerongsang, tuala, gadget, permainan kanak-kanak, jam tangan
 
permainan dan jam tangan kanak-kanak
comel je, jam hello kitty
 
kedai beg
 
ada yang jual borong sahaja
ada kedai yang jual 'loose item', yang boleh beli sikit-sikit
 
tertarik dengan kedai jam ni, banyak betul
 
bergantungan jam tangan, bertingkat-tingkat
 
Tapi jenama-jenama nya baru pertama kali dengar. Mungkin kawan-kawan pernah nampak jenama-jenama ni..
 
set jam tangan, rantai tangan dan rantai leher
jenama 'IEKE', first time dengar 
 
lawa, warna rose gold, sesuai untuk dijadikan hadiah
 
his & her watch, jenama Snille
 
jam comel, tali kain 
 
Dah masuk dalam list kedai borong ni kalau nak cari hadiah atau cenderahati
juga untuk pakai sendiri, dah tanya, boleh beli 'loose' setakat 1-2 barang..yeayy..
jenama tak glemer, takpe, asalkan cantik mata memandang...ahaks..
 
ok, kita jalan lagi, lalu depan balai polis Chow Kit ni, 
di bangunan rumah kedai 2-tingkat
 
neighbourhood police station
 
Menghampiri Jalan Sri Amar, dihujung kawasan Lorong Haji Taib, kebanyakannya kedai borong buah-buahan. 
 
keranjang buah-buahan
 

 
Kedai-kedai borong letaknya di Lorong Haji Taib 1 & 2 dan juga di Jalan Raja Laut. Memang meriah kalau hari cuti, ramai yang datang memborong/membeli. 
 
Boleh cari idea kalau nak jual barang online/offline..

Tuesday 30 May 2023

Pak Jen Gulai Panas Langkawi

Gulai panas! gulai panas!...makan-makan di restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi, di Sunway Putra Mall, tapi tak makan gulai panas..hehe..

Restorannya luas, ada bahagian open-air juga..
 
hiasan dinding 
gambar-gambar di Langkawi zaman dulu-dulu in black & white
 
 
cuma order nasi goreng kampung
 
sedap juga, harga RM17, ada ayam
 
kali kedua ke sini, ambik set minum petang - set cucur sayur & teh tarik
 
cucurnya saiz kecik
harga RM9.90
 
order juga sagu gula melaka
 
kurenggg...santan baru keluar dari peti es, berketul-ketul
gula melaka sikit je, pelik lak rasanya sebab santan rasa tak best 
 
 
 Bolehlah, kalau nak makan masakan Melayu di Sunway Putra Mall
next time, kita try gulai panas pula..

Saturday 27 May 2023

ABC & cendol yang sedap

 Salam hari Sabtu

Cuaca panas ni sedap sungguh dapat minuman sejuk

Look no more, rain or shine

gerobak mamak ni tetap setia penunggu pelanggan

menjual pelbagai jenis minuman cendol dan ABC

 disamping variasi menu rojak

masih menggunakan mesin air batu tradisional ni

pelbagai condiment untuk cendol dan ABC

tapau ABC
pekat & likat, berbaloi-baloi

cendol biasa yg sedap

makan time cuaca panas, memang nikmat
Alhamdulillah
 
Selamat berhujung minggu semua!

Thursday 25 May 2023

Hotpot : The Khan Mongolian Restaurant

Teringin nak makan bakar2, soupy2..jom ke The Khan Mongolian Restaurant di Platinum Mondrian (PV128), Jalan Genting Klang, Setapak. Halal BBQ dan steamboat buffet..

 

Kedainya di tingkat satu, naik escalator di bahagian tengah bangunan, terus ke restoran ni. Parking banyak disekeliling bangunan PV128 ni, tapi masih menggunakan tiket, murah je parking rate, sejam RM1.00..

 Council member

kerusi meja kayu
 
Luas restorannya..mungkin cater untuk pelancong daripada negara China. Ada ruang makan di kawasan balkoni, open air..
 

ruang makan di dalam restoran
 
Menu hotspot/steamboat ni sama je, ada daging perap, ayam perap, seafood, sayur-mayur, bebola, nasi goreng cina, dumpling, itu yang selalu ada
 
daging perap, seafood, sayur-mayur
 
pelbagai pencicah 
 
candies dan telur ayam & mi kering
 
daging lembu goreng jintan
menu yang selalu ada di restoran cina muslim
 
dumpling digoreng guna air
pernah tengok cara memasak dumpling
dalam drama Jepun Izakaya Bottakuri

isi ikan masam manis

permulaan makan
 
Makan steamboat ni mula-mula tu laju je, macam nak makan semua..
lama-kelamaan, pace jadi slow..rasa kenyang yakamat..

ada yang target makan udang je, ada yang non-stop ambik kambing perap menggunung tinggi dalam bekas..ambik yang mahal baru berbaloi..hehe..

Harga per pax tak ingat berapa, rasanya less than RM50 
tapi kuah sup charge lain - RM10 untuk satu pot...boleh refill..

Overall, oklah..first time makan steamboat Chinese style..

Tuesday 23 May 2023

Movie Review : Where the Crawdads Sing (2022)

Filem US ni ditayang di Netflix. Layan masa tengah bosan, picked secara random.  Menarik juga filem ni, yang paling best cinematografi yang sangat cantik..kawasan marshland (paya) di North Carolina state...

Berdasarkan novel oleh Delia Owens, seorang zoologist
durasi - 2 jam 5 minit

Filem genre 'coming-of-age and murder mystery' ni berlatarbelakang tahun 1969. Filem dimulai dengan naratif oleh female lead yang bernama Catherine "Kya" Clark.

Marshland is not swamp. Marsh is a space of light...where grass grows in water. Then within the marsh, here and there..true swamp..


Kisah bermula dengan penemuan satu mayat lelaki muda di kawasan marshland berhampiran dengan menara tinjau yang tidak digunakan (abandoned). Polis tidak menemui sebarang kesan-kesan bukti, tiada kesan jari, cuma menjumpai beberapa helai benang bulu kambing berwarna merah.

Masyarakat setempat semuanya menuduh Kya sebagai suspek sebab lelaki yang mati tu ialah bekas teman lelaki Kya dan cuma Kya seorang saja yang tinggal di marshland. Mereka menggelar Kya sebagai 'Marsh Girl'. Polis jumpa sweater berwarna merah di rumah Kya. Kya ditangkap dan dipenjara sementara menunggu perbicaraan di mahkamah. Kya bercerita kisah hidup dia kepada peguam dia dan flashback ke tahun 1953..

Kisah Kya ni sangat kasihan. Mulanya seluruh keluarga dia tinggal di kawasan marshland. Keluarga Kya miskin dan mereka cuma ada bot sebagai medium pengangkutan. Kya tidak bersekolah, ibu dia yang mengajar dia di rumah, subjek lukisan dan geografi di sekitar marshland.


Bapa Kya seorang kaki botol dan sering memukul isteri dan anak-anak menyebabkan ibu Kya mengalami kemurungan dan pergi meninggalkan keluarga, kemudian dituruti oleh 2 orang kakak Kya dan abang dia, Jodie. Tinggallah Kya dengan bapa dia. Kya masa ni masih kecil, umur sekitar 10 tahun. Tak lama kemudian, bapa Kya pula meninggalkan dia seorang diri.

Kya membesar sendirian dan kerja mengutip kepah untuk dijual. Dia berkawan baik dengan Tate, kawan abang dia, daripada kecik sampai remaja. Tate ajar Kya membaca, menulis dan mengira. Tate dapat tawaran belajar di luar daerah. Mereka berjanji untuk bertemu semula selepas Tate habis belajar di kolej. Tate mungkir janji. Kya kecewa. 
 
Kya & Tate
 
Kemudian muncul pula Chase Andrew, lelaki popular rebutan ramai gadis setempat. Masa ni dah tahun 1969. Chase dan Kya berkawan rapat tapi sebenarnya Chase sudah bertunang. Tate kembali menetap dan bekerja di tempat mereka. Dia suruh Kya hubungi publisher untuk terbitkan buku mengenai flora dan fauna di marshland.
 
Kya dengan lukisan flora & fauna di marshland
 

Kya putus dengan Chase tapi Chase seringkali mengganggu Kya. Kya bersetuju untuk bertemu dengan publisher dan menaiki bas ke bandar. Dia ada meeting dengan publisher pada keesokan harinya. Ramai penduduk melihat Kya menaiki bas. Pada keesokan paginya, mayat Chase ditemui di marshland.

Hujah peguam Kya diterima oleh para juri dan Kya dibebaskan. Siapakah yang bunuh Chase? Adakah dia terjatuh dengan sendiri? Ada plot twist di akhir filem..

Menarik filem ni, seronok tengok kawasan marshland yang cantik, dengan flora dan fauna di kawasan paya. Mereka banyak bergerak menggunakan bot, dah macam drama Thai, Love Destiny...hehe..
 
Recommended for viewing..

Two Weddings & One Jamuan Raya

Assalamualaikum..

Kisah makan² di hari minggu yang lepas. Dua kenduri di hari Sabtu dan satu jamuan raya di hari Ahad.

Two Weddings

Kenduri pertama, officemate kahwin. Dia buat majlis akad nikah dan jamuan di Masjid Zaid bin Harisah, masjid berwarna jingga di Jalan Gombak, dekat Kampung Sungai Mulia. 

entrance masjid
 
Jamuan makan di tingkat bawah, Alhamdulillah, sejuk dewannya

 
Selain jamuan nasi, ada mee kari dan bubur pulut hitam. Makan nasi dan mee kari.

flower girl

Lepas makan dan bergambar dengan pengantin, off to kenduri yang kedua pula di Kampung Sungai Tua Baru. Mengharungi MRR 2, merempit dengan bas2 persiaran yang nak ke gua Batu Caves.

Kenduri di Laman Pengantin Ummi Farsha yang cantik dekorasinya..

cantik dekorasi laman pengantin
 

Masa kami sampai, pengantin dah ada diatas pelamin.
 
ramai yang nak bergambar dengan pasangan pengantin
 
Kami tak bergambar dengan pengantin, segan pula, tinggi pelaminnya, satu dewan boleh nampak..hihi..
 
Jamuan raya 
 
Walaupun bulan Syawal dah habis hari semalamnya iaitu hari Sabtu, namun pada hari Ahad, masih ramai mengadakan jamuan raya sempena cuti hujung minggu. Kami hadiri jamuan raya di rumah makcik di Bukit Rahman Putra. Jamuan untuk adik-beradik, anak saudara, besan² dan kenalan rapat makcik saja.
 
Banyak juadah yang disediakan - nasi beriani dengan ayam masak merah, dalca & acar buah, mee rebus, bihun sup, lemang, ketupat palas, nasi impit, rendang, roti jala & kari ayam, satay. Besan makcik bawa puding caramel gula hangus.

Menu utama



Dessert - tart keju buncit, brownies, kek, rojak buah, jeli kelapa dan kuih raya. 
Alhamdulillah, puas makan.


Meriah dengan kunjungan sepupu², anak² saudara, makcik & pakcik

Alhamdulillah, Syawal berlabuh menutup tirai
semoga ada rezeki bertemu lagi di tahun hadapan