Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Friday, 19 April 2024

Filem Terbaik Oscar 2024 - Oppenheimer

 Yaa..berjaya juga menghabiskan filem berdurasi 3 jam ni..

Filem US bertajuk Oppenheimer...


Filem orang bercakap dari awal hingga akhir, genre biography thriller. Walaupun asyik bercakap je, tapi plot dia interesting..kisah nak buat bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.
 
Filem mengisahkan male lead, J. Robert Oppenheimer, seorang ahli fizik teori, yang sedang dalam pembicaraan (Security Hearing) oleh US Senator pada tahun 1954. Oppenheimer ialah mastermind dalam Manhattan Project yang terlibat dengan pembuatan bom nuklear pada perang dunia ke2 iaitu pada tahun 1942. Timeline filem ni bergerak serentak - tahun 1942 dan 1954. Kisah pembicaraan dan kronologi penciptaan bom atom.
 
Cillian Murphy as Oppenheimer
 

Oppenheimer dengan wife, Kitty
 
Interesting plot filem ni....bagaimana depa nak buat bom atom, siap bina satu bandar - Los Alamos dan kumpul semua think-tank, industrial experts & keluarga di bandar tersebut, istilah-istilah fizik, formula²...bagaimana Lewis Strauss dengki dengan Oppenheimer sebab tak setuju dengan pendapat dia..
 
dua tonggak utama - Oppenheimer & General Groves
lakonan Matt Damon
 
Dalam filem ni, ada scene Oppenheimer dengan Albert Einstein, depa diskus teori fizik di tepi tasik.

Bila tengok Oppenheimer kena soal-siasat oleh US Senator, teringat congressional hearing CEO TikTok, Shou Zi Chew oleh US lawmakers..lebih kurang sama..

Highly recommended filem ni..sungguh epik..lakonan mantap, interesting intellectual discussion..tapi the aftermath caused by these atomic bombs is something that cannot be accepted by humankind...too cruel, inhumane...
 
Peace, no war...xoxo..

Tuesday, 23 May 2023

Movie Review : Where the Crawdads Sing (2022)

Filem US ni ditayang di Netflix. Layan masa tengah bosan, picked secara random.  Menarik juga filem ni, yang paling best cinematografi yang sangat cantik..kawasan marshland (paya) di North Carolina state...

Berdasarkan novel oleh Delia Owens, seorang zoologist
durasi - 2 jam 5 minit

Filem genre 'coming-of-age and murder mystery' ni berlatarbelakang tahun 1969. Filem dimulai dengan naratif oleh female lead yang bernama Catherine "Kya" Clark.

Marshland is not swamp. Marsh is a space of light...where grass grows in water. Then within the marsh, here and there..true swamp..


Kisah bermula dengan penemuan satu mayat lelaki muda di kawasan marshland berhampiran dengan menara tinjau yang tidak digunakan (abandoned). Polis tidak menemui sebarang kesan-kesan bukti, tiada kesan jari, cuma menjumpai beberapa helai benang bulu kambing berwarna merah.

Masyarakat setempat semuanya menuduh Kya sebagai suspek sebab lelaki yang mati tu ialah bekas teman lelaki Kya dan cuma Kya seorang saja yang tinggal di marshland. Mereka menggelar Kya sebagai 'Marsh Girl'. Polis jumpa sweater berwarna merah di rumah Kya. Kya ditangkap dan dipenjara sementara menunggu perbicaraan di mahkamah. Kya bercerita kisah hidup dia kepada peguam dia dan flashback ke tahun 1953..

Kisah Kya ni sangat kasihan. Mulanya seluruh keluarga dia tinggal di kawasan marshland. Keluarga Kya miskin dan mereka cuma ada bot sebagai medium pengangkutan. Kya tidak bersekolah, ibu dia yang mengajar dia di rumah, subjek lukisan dan geografi di sekitar marshland.


Bapa Kya seorang kaki botol dan sering memukul isteri dan anak-anak menyebabkan ibu Kya mengalami kemurungan dan pergi meninggalkan keluarga, kemudian dituruti oleh 2 orang kakak Kya dan abang dia, Jodie. Tinggallah Kya dengan bapa dia. Kya masa ni masih kecil, umur sekitar 10 tahun. Tak lama kemudian, bapa Kya pula meninggalkan dia seorang diri.

Kya membesar sendirian dan kerja mengutip kepah untuk dijual. Dia berkawan baik dengan Tate, kawan abang dia, daripada kecik sampai remaja. Tate ajar Kya membaca, menulis dan mengira. Tate dapat tawaran belajar di luar daerah. Mereka berjanji untuk bertemu semula selepas Tate habis belajar di kolej. Tate mungkir janji. Kya kecewa. 
 
Kya & Tate
 
Kemudian muncul pula Chase Andrew, lelaki popular rebutan ramai gadis setempat. Masa ni dah tahun 1969. Chase dan Kya berkawan rapat tapi sebenarnya Chase sudah bertunang. Tate kembali menetap dan bekerja di tempat mereka. Dia suruh Kya hubungi publisher untuk terbitkan buku mengenai flora dan fauna di marshland.
 
Kya dengan lukisan flora & fauna di marshland
 

Kya putus dengan Chase tapi Chase seringkali mengganggu Kya. Kya bersetuju untuk bertemu dengan publisher dan menaiki bas ke bandar. Dia ada meeting dengan publisher pada keesokan harinya. Ramai penduduk melihat Kya menaiki bas. Pada keesokan paginya, mayat Chase ditemui di marshland.

Hujah peguam Kya diterima oleh para juri dan Kya dibebaskan. Siapakah yang bunuh Chase? Adakah dia terjatuh dengan sendiri? Ada plot twist di akhir filem..

Menarik filem ni, seronok tengok kawasan marshland yang cantik, dengan flora dan fauna di kawasan paya. Mereka banyak bergerak menggunakan bot, dah macam drama Thai, Love Destiny...hehe..
 
Recommended for viewing..

Tuesday, 23 August 2022

Filem review: Pad Man (2018)

Namaste..calling all women, jom tengok filem hindustan ni di Netflix..

Filem tentang benda yang sangat dekat dengan kaum wanita. Filem yang memecah 'taboo' dalam masyarakat seantero dunia atau mungkin dunia ketiga je kot, tentang sesuatu yang jarang dibincang secara terbuka...malu wehh..tapi kita orang Islam, ada je ustaz-ustaz yang bagi kuliah tentang hal ini, satu cabang ilmu yang orang lelaki juga patut tahu..

Filem ni berdasarkan kisah benar yang berlaku di negara India. Kisah bagaimana seorang lelaki mencipta tuala wanita yang berkualiti untuk dijual dengan harga murah supaya ramai wanita dapat menggunakannya. Lelaki ni namanya Arunachalam Muruganantham. Dalam filem ni, hero guna nama lain. Diakhir filem, ada penampilan Arunachalam.


Di awal filem, hero bernama Lakshmikant Chauhan (lakonan Akshay Kumar) berkahwin dengan Gayatri (lakonan Radhika Apte). Lakshmi seorang suami yang penyayang, bekerja di kilang besi. Mereka suami isteri tinggal bersama ibu dan dua orang adik perempuan Lakshmi. Mereka semua rakyat marhaen, orang biasa-biasa je..
 
Pada satu hari, isteri dia datang bulan (datang haid). Zaman dulu-dulu kan, kebanyakan guna kain, samalah juga dengan isteri dan adik perempuan Lakshmi. Tuala wanita ada dijual tapi dengan harga yang mahal, tak mampu mereka nak membeli. Duit yang ada lebih baik digunakan untuk keperluan lain. Masa ni kita nampak mereka jemur kain tersebut dilapik dengan kain sari yang jarang, supaya orang lain tak nampak..menggamit kenangan betul, very relatable..

Tapi Lakshmi berkeras nak beli juga tuala wanita untuk wife dia. Kelakar betul masa dia nak beli pad tu, biasalahkan nak cakap kat pekedai pun malu...haha..dengan duit tak cukup, siap pinjam dengan kawan...hehe...bila bagi kat wife dia, tengok harga, wife dia suruh Lakshmi pulangkan semula tuala wanita ke kedai.
 
Tuan kedai pula tak nak beli balik tuala wanita tu. Terpaksalah Lakshmi simpan dalam poket, bawa pergi kerja. Tiba-tiba ada kemalangan di tempat kerja Lakshmi, kawan dia tercedera. Disebabkan takde plaster, Lakshmi ambik tuala wanita tutup tempat luka....kelakar giler scene ni....sakit perut gelak..

Bila gi hospital, doktor cakap memang betul tindakan Lakshmi letak tuala wanita di tempat luka sebab tuala wanita adalah benda yang bersih untuk menyerap darah. Kendian doktor tu pun cakap tentang kebaikan guna tuala wanita untuk wanita yang sedang haid dan keburukan guna benda-benda lain. Sejak tu Lakshmi bersemangat untuk cipta tuala wanita yang murah untuk kegunaan wanita golongan marhaen...semangat waja..
 
Macam-macam cara Lakshmi guna, trial and error. Pada mulanya dia suruh wife dia try tapi gagal teruk sebab first day kan heavy flow, habis sari kena darah haid. Wife dia bengang, semua orang perempuan dalam rumah Lakshmi bengang dan malu dengan tindakan Lakshmi sampaikan nak pindah rumah. Jiran-jiran kata dia seorang 'pervert'..
 
  Lakshmi minta tolong pelajar-pelajar perubatan 
untuk cuba pad yang dia cipta

Akhirnya, dia sendiri yang test, guna darah kambing. menjerit tengok darah membasahi seluar Lakshmi...heboh sekampung..kata dia dirasuk syaitan..akhirnya kena halau dari kampung..wife dia pun tinggalkan dia, kena paksa dengan ahli keluarga.
 
Lakshmi semasa diadili oleh orang-orang kampung dia sebelum kena halau
 
Walaupun kena halau dari kampung, hidup seorang diri, Lakshmi tetap tidak berputus asa. Semangat tidak luntur. Duduk di bandar, tak berjaya juga tapi dapat ilmu tentang bahan-bahan untuk buat pad. 
 
Kemudian pindah ke kampung lain, dapat ilham untuk cipta mesin. Akhirnya Lakshmi berjaya cipta mesin buat pad yang berkualiti, yang sama seperti dipasaran tapi tak tahu nak cari sapa nak suruh try...haha.. 
 
  yeayy!! pad yang praktikal berjaya dicipta
 
Satu hari, ada konsert tradisional di kampung tempat dia tinggal. Seorang pemuzk wanita, bernama Pari Walia (lakonan Sonam Kapoor) cari pad malam-malam, tapi semua kedai dah tutup. Dia terjumpa Lakshmi di jalanan. Lakshmi pun bagi pad yang dia cipta. And the rest is history.
 
Pari Walia mula-mula tak percaya tapi akhirnya dia yang banyak tolong Lakshmi sampai dapat anugerah, Amitach Bachan yang bagi hadiah, masuk suratkhabar. Orang kampung tempat dia tinggal semua seronok, Laskhmi dah mengharum nama kampung mereka. Mereka pun beramai-ramai, lelaki perempuan gi jumpa Lakshmi di kilang dia. 
 
Tapi orang kampung cuma tengok gambar muka depan je, gambar Lakshmi dengan Amitach Bachan, tak baca berita penuh kat mukasurat belakang, tak tau pun apa produk yang dia buat. 
 
Masa Lakshmi tunjuk produk tuala wanita dan bagi percuma pada anak perempuan ketua kampung, terkedu budak tu, terus lari keluar..yelahh benda 'taboo', bagi lak depan orang ramai, depan orang lelaki...haha..habis kena hentam dengan orang kampung...hehe..
 
promosi pad di sekolah

Memang best filem..highly recommended, silalah tonton ya. Bagaimana dengan mencipta mesin, dia memberi peluang pekerjaan pada wanita-wanita kampung untuk menjana pendapatan..yang juga jadi jurujual...women to women...
 
wanita kampung pulang ke kilang selepas sesi jualan

Tapi kesian dekat Pari Walia yang banyak bantu dia disaat dia tiada apa-apa, yang sanggup bersusah-payah bersama...well, cinta tak semestinya bersatu...

Wednesday, 11 May 2022

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society (2018)

 Pelik tajuk filem British ni...panjang and 'quite a mouthful'

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society

streaming di Netflix

 sebab tajuk dia pelik, teruja pulak nak nonton dan walla..best filem ni..

cerita selepas perang dunia ke2..cantik giler cinematografi dalam movie ni..

Sinopsis

Plot movie berkisar tentang ahli-ahli 'the Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society'. Pelik kan nama persatuan ni. Nama yang muncul secara tetiba bagi menyelamatkan nyawa semasa ditahan oleh tentera Jerman kerana melanggar perintah berkurung (curfew).

 
tentera Jerman semasa masuk ke Pulau Guernsey
 

Guernsey ialah sebuah pulau British di Selat Inggeris. Pada masa perang dunia ke2, tentera Jerman menjajah pulau ni. Hero ialah seorang penternak khinzir (babi). Tentera Jerman merampas semua khinzir dan suruh penduduk makan kentang je.

Tetiba seorang jiran wanita panggil hero untuk sembelih seekor khinzir yang dia sorok dari tentera Jerman. Anak angkat jiran wanita itu cadang mereka buat kenduri (small gathering), panggil beberapa orang jiran lain secara rahsia untuk berkumpul di rumah mereka. Ada seorang datuk datang bawa pai kentang, bubuh sekali dengan kulit-kulit kentang.

Masa nak balik, mereka kena tahan dengan tentera Jerman. Disebabkan takut rahsia terpecah (sebab berkumpul ramai-ramai), mereka beritahu yang mereka berkumpul untuk membaca dan diskus buku..Guernsey Literary Society..kendian datuk yang tengah mabuk, meracau cakap..Potato Peel Pie...maka wujudlah Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society..

ahli persatuan - 5 orang pada mulanya

Bagi mengaburi mata tentera Jerman, mereka mula mengumpul buku-buku dan berkumpul untuk berdiskusi buku. Selepas perang dan tentera Jerman pun dah keluar dari pulau Guernsey, persatuan ni masih aktif dan aktiviti diskus buku masih dijalankan. 

Hero mengutus surat kepada heroin minta heroin belikan dia satu buku. Dia dapat alamat heroin dari dalam sebuah buku.

Heroin ialah seorang penulis buku yang popular di London. Bila diberitau tentang persatuan ni, heroin berminat nak tahu lebih lanjut. Dia pergi ke Pulau Guernsey dan walla..

heroin tiba di Guernsey

 
heroin bertemu dengan ahli persatuan
 
sesi bedah buku yang meriah


Heroin berjaya membongkar kisah yang berlaku kepada seorang ahli persatuan yang kena tangkap oleh tentera Jerman dan juga perkara yang berlaku semasa penjajahan tentera Jerman.

tetiba tunang heroin datang ke Guernsey
 
heroin berat hati nak balik London ikut tunang dia
 

Movie ni oklah, tak heavy sangat, 'feel good' movie..kisah persahabatan, kisah kehidupan semasa dan selepas perang, kisah masyarakat..

Recommended for viewing..

Saturday, 9 April 2022

Bollywood Movie : Kai Po Che (2013)

Filem Bollywood streaming di netflix..Kay Po Che!..

  Based on Chetan Bhagat’s novel, “The 3 Mistakes of My Life,” 
Abhishek Kapoor’s drama won a Best Screenplay Filmfare Award
 

Bila tengok tajuk filem ni, tertarik nak nonton. Ingatkan filem Bollywood, tajuk bahasa cina..haha. Tajuk lebihkurang sama dengan perkataan bahasa Kantonis 'Kay-Poh-Chee' yang bermaksud 'busybody'..tukang menyibuk, tukang kepoh...rupanya bukan, hihi...

Kai Po Che in English simply means ‘I have cut’. The phrase ‘Kai Po Che’, a Gujarati word, is commonly used while flying kites. It’s a victory shot, implying that he has just cut the string of the other kite and he is the winner- source: indicine

oo..sorakan kemenangan..lebih kurang maksudnya 'aku dah pangkah kau'..bila tali layang-layang menyimpul tali layang-layang kawan/pesaing..ada pulak main layang² style mcm ni..

Sinopsis (spoiler alert)

Lokasi movie di Ahmedabad, Gujerat, India. Kisah tiga sahabat - Govind, Omi dan Ishaan yang bercita-cita untuk buka akademi kriket dan kedai peralatan sukan.

Ishaan, Omi dan Govind

Ishaan dan Omi peminat tegar sukan kriket. Ishaan bekas pemain kriket, takde kerja, asyik kena bambu je dengan bapa dia. Omi tolong business family, Govind je yang  nampak educated dan business-minded..jadi cikgu tuition..

Di kawasan mereka, ramai budak-budak bermain guli dan juga main kriket. Ishaan terperasan ada seorang budak ni terer main kriket. Budak tu namanya Ali Hashimi, seorang yang beragama Islam. 

Omi dan Ali

Ali ni giler main guli, puas Ishaan pujuk dia supaya fokus main kriket. Ishaan ajak Omi dan Govind buka pusat latihan kriket..berkobar-kobar Ishaan..tapi mereka semua takde modal..Omi cadang pinjam duit dari bapa saudara dia, Bittu. Bittu ialah seorang ahli politik dan ketua parti.

Bila akademi kriket nampak maju sikit, mereka bertiga bercadang nak buka kedai sukan pula di sebuah kompleks perniagaan yang sedang dibina. Nak posisi kedai yang best, lot tepi, mestilah mahal harganya. Terpaksa pinjam lagi dengan Bittu. Bittu pula letak syarat Omi kena kerja dengan dia, jadi ketua penerangan parti Bittu..Omi tak minat politik tapi terpaksa juga ikut Bittu berkempen..

Ada beberapa kejadian dalam movie ni berdasarkan kejadian sebenar di Gujerat seperti gempa bumi tahun 2001, kebakaran keretapi Godhra tahun 2002 dan rusuhan kaum pada tahun 2002. Kisah movie ni dari tahun 2001 hingga 2012. Flashback dari tahun 2001.

Gempa bumi berlaku meranapkan impian mereka memiliki kedai sukan bila bangunan kompleks runtuh. Gempa bumi juga membuat hubungan Ishaan dan Omi menjadi tegang bila parti Bittu tak mau tolong orang Islam. Bapa Ali dan Bittu bermusuhan. Ishaan mengamuk di kawasan penempatan mangsa gempa bumi kelolaan parti Bittu. Hubungan Ishaan dan Omi menjadi tegang.

Kemudian, ada pilihanraya untuk melantik datuk bandar kot..tak ingat...parti Bittu bertanding melawan parti orang Islam. Parti orang Islam menang..Bittu terus bitter..menelan kekalahan..

Kemudian kejadian keretapi terbakar yang mengakibatkan mak bapak dan beberapa ahli keluarga Omi terbunuh. Bittu tuduh orang Islam yang menjadi dalang kejadian tersebut. Bittu dan pengikutnya pergi menyerang kawasan perumahan Ali dan membuat rusuhan disana.

Omi pada mulanya tak nak terlibat dengan rusuhan
tapi bila Bittu mati, dia meroyan, naik 'sheikh'
terus pi bunuh orang

Ishaan dapat selamatkan Ali tapi dia terbunuh. Omi kena tangkap dan dipenjara. Di awal movie ditunjukkan Govind jemput Omi yang keluar dari penjara. Diakhir movie, ditunjukkan Ali menjadi pemain kriket negara India.

Menahan hati je tengok drama ni, tengok treatment orang Islam di sana. Alhamdulillah di negara kita, walaupun berlainan bangsa dan agama, kerukunan tu tetap terjalin.. 

Ali dan Ishaan menjerit Kai Po Che! semasa main layang-layang

Tuesday, 6 October 2020

Enola Holmes di Netflix

'tis I enjoying this movie..Enola Holmes..
 
Cute and entertaining movie ni, tapi ada serius topik underlying. Dah lama tak layan citer klasik English, era zaman Victoria, the lords, the lady, the manor, the estate and thick British accent. Last tengok drama klasik English ialah drama Downton Abbey...


Filem ni berdasarkan buku karangan Nancy Springer, The Case of Missing Marquess (2006). Mengisahkan kisah penyiasatan Enola Holmes, adik perempuan kepada penyiasat British yang terkenal, Sherlock Holmes. Cerita-cerita Sherlock Holmes dikarang oleh Sir Arthur Conan Doyle.
 
Kisah dimulai dengan naratif oleh Enola Holmes mengenai kisah keluarga Holmes, kisah dua orang abang dia, Mycroft dan Sherlock dan juga kisah dia dan ibu mereka, Eudoria. 
 
Sherlock, Mycroft & Enola

Eudoria ialah ibu yang berfikiran moden di zaman Victoria. Suka decipher, nama Enola, kalau dibaca backward bermaksud 'alone'. Eudoria mengajar sendiri Enola di rumah agam mereka, Ferndell Hall, macam 'home-schooling'. Daripada subjek sains, sports, reading all books, Eudoria juga ajar martial art - jiujitsu. Memang menyimpang habis daripada kebiasaan lady-lady di zaman tu - yang selalu diajar menyulam dan mempersiapkan diri untuk menjadi isteri dan ibu.
 
Pada birthday Enola ke 16 tahun, Eudoria menghilangkan diri dari rumah. Abang-abang Enola balik kampung dari London. Disebabkan mak mereka dah hilang, Enola diletakkan dibawah penjagaan abang sulung, Mycroft yang berfikiran tradisional, nak hantar Enola ke finishing school. Enola bantah, dia merancang lari dari rumah, dengan misi nak mencari mak mereka. Enola ni pemikiran dia macam Sherlock juga, penuh muslihat.

Semasa melarikan diri, dalam keretapi ke London, Enola berselingkuh dengan Viscount Tewkesbury Marquee of Basilwether, yang juga melarikan diri dari keluarga sebab tak nak masuk askar dan pergi oversea. Enola tolong Tewkesbury daripada kena bunuh, mereka berdua melompat keluar daripada keretapi.
 
Mula-mula Enola anggap Tewkesbury ni penghalang misi dia. Tapi bila Tewkesbury tunjuk yang dia bukanlah anak lord yang spoilt-brat dan dia minat outdoor, tahu semua jenis tanaman dan herba, mereka berdua terus clicked dan jadi partner-in-crime, cari jalan untuk ke London.
 
Tewkesbury & Enola

Semasa Enola mencari clue berdasarkan maklumat yang dia ingat sebelum mak dia hilangkan diri, lelaki yang nak bunuh Tewkesbury dalam keretapi, serang Enola dengan ganasnya. Enola terselamat sebab dia pandai martial art. Bermulalah kisah penyiasatan Enola Holmes untuk menyelamatkan Tewkesbury pula. Misi dah bertukar, misi pertama, selamatkan Tewkesbury. Misi kedua, cari mak dia.

Tewkesbury & Enola melompat keluar daripada keretapi bergerak 
untuk menyelamatkan diri dari pembunuh
CGI effect yang sangat awesome! it's so real

Rupanya kehilangan mak Enola dan percubaan membunuh Tewkesbury lebih 'intrigue', bukan kes biasa-biasa. Ada kaitan dengan undian untuk meluluskan Reform Bill di House of Lords.
 
"Without this Reform, this country isn't ours, it's theirs (referring to the Lords). We must petition the Lords. And we've not only got to do it for ourselves, but for the children. Vote for change".
 
Dan juga pergerakan rahsia perkumpulan wanita (women's suffrage). Perjuangan wanita untuk menuntut hak mengundi. Ia adalah sejarah benar negara Britain dimana the Third Reform Bill diluluskan pada tahun 1832.

Filem ni ibarat refreshing tonic, segar dan menyegarkan. Fast-paced, memang tak boring menonton. Scene lawan-lawan diantara Enola dan pembunuh tu pun menarik tapi nampak sungguh ganas. Suka tengok Enola dan Tewkesbury...cute couple..good chemistry..

Mesej penting dalam filem ni mengenai 'self-empowerment' - mencari tujuan dalam hidup. - 'You must find your own path. being alone  doesn't mean you have to be lonely. You have to find your freedom, your future, your purpose. My life is my own and the future is up to us".

Pelakon utama:
Enola Holmes : Millie Bobby Brown
Tewkesbury : Louis Partridge
Sherlock Holmes : Henry Cavill
Mycroft Holmes : Sam Claflin
Eudoria Holmes : Helen Bonham Carter

Berjayakah Enola mencari ibu dia? Siapakah yang nak bunuh Viscount Tewkesbury? 
 
Recommended for viewing and enjoy!!

Saturday, 24 August 2019

Mongol

Dari Greek ke Mongol pula..
 
Akhirnya, selesai menonton filem Mongol di youtube.  Filem keluaran tahun 2007. Opening muziknya menyeramkan, zikir para pendita kaum Mongol.


Blogger Izni Hafiz komen entri lama saya tentang filem epik ni. Entry Mongol.Mongolia. Buat entry ni tahun 2009. Bila baca balik entry lama ni, terasa nak tengok filem ni. Masa buat entry tu, tak tengok pun movie ni. Sepuluh tahun lamanya baru tengok..hihi. Dulu tunjuk perasaan diam-diam, tak nak tengok filem ni sebab tak suka kisah manusia yang kejam ni....

Beberapa tahun dulu, perkataan Mongolia ni jadi 'buzzword' kat Malaysia. Setiap hari keluar dalam suratkhabar, dalam berita, dalam internet, heboh seantero dunia. Sekarang ni timbul balik. Hmm..sapa yang faham tu, fahamlah kan, yang tak faham tu, silalah google..huhu..
 
Ok, berbalik kepada filem ni, ianya menceritakan kisah hidup seorang manusia yang bergelar Genghis Khan. Dilahirkan dengan nama Temujin, Genghis Khan ialah pengasas Empayar Mongol  yang sangat terkenal dengan bala tentera yang kuat dan kejam. Wilayah jajahan nya luas dari timur ke barat Eurasia, dari China ke Mesir. Pernah memerintah negara China dengan nama Dinasti Yuan.

Tengok movie ni memang rasa sakit hati je, macamana dia khianat kawan baik dia sendiri, yang dianggap sebagai 'brother', yang tolong semasa dia kena tangkap, hampir nak mati.  Yang sama-sama berperang untuk selamatkan isteri dia. Betul-betul, hati kering !!

Jamukha, kawan yang dipanggil brother, tapi khianat. Langsung jadi musuh

Bila Temujin kalah dengan Jamukha, dia dijual untuk jadi hamba kepada ketua Tangut Kingdom tapi sami ni dapat petunjuk yang Temujin akan musnahkan Tangut Kingdom, langung Temujin kena penjara. Sami tu awal-awal lagi dah buat perjanjian dengan Temujin.

Sami minta Temujin supaya jangan musnahkan tempat ibadat
sebab dalam tu banyak buku agama depa lah tu

Permintaan sami ni Temujin ikut, tapi anak cucu dia tak ikut, habis buku-buku di Baghdad dihapuskan, sungai menjadi warna biru hitam dengan dakwat buku. Huh!

Sinematografi filem ni memang awesome. Pemandangan grassland, steppe, gurun. Layan scenery yang cantik.


Yang berlakon jadi Genghis Khan nama dia Tadanobu Asano, orang Jepun. Yang jadi Jamukha, aktor China, cuma heroin (isteri Genghis Khan) je orang Mongolia. Filem ni keluaran bersama Soviet Union, Jerman dan Kazakhstan dan pengarahnya Sergei Bodrov.

Overall, menarik juga citer Genghis Khan dalam fliem ni. Recommended bagi peminat filem epik.

Selamat berhujung minggu.

Monday, 25 January 2016

Myn Bala : Warriors of the Steppe

Good movies are hard to forget. Myn Bala is one of them. Pertama kali menonton filem Kazakhstan, terus hooked dengan cerita ni.


Filem ni pernah ditayangkan di Astro A-List pada tahun 2014, sama masa dengan cerita Blissful Sunflower. Tak sempat nak fokus tengok, dah habis siaran. Cari-cari di youtube, baru jumpa yang ada English subtitles, teruja habis, menonton dengan sepenuh hati..

Myn bala : Warriors of the Steppe. Myn Bala maksudnya the thousand boys - beribu anak muda. Steppe ialah a large area of flat unforested grassland in southeastern Europe or Siberia. Lebih kurang padang rumput yg luas..

Kisah persahabatan, pengorbanan dan perjuangan anak muda Kazakh menentang penjajahan kaum Dzungar yang kejam, yang berasal dari Mongolia, suku-sakat Genghis Khan. Filem sempena menyambut 20 tahun Kazakhstan merdeka dari Soviet Union Rusia.

 Dua hero - Sartai dan Taimas
 mula-mula satu geng, lepas tu ada konflik sebab jealous
Sartai dapat nama dan lebih popular..huhu..

Cerita bermula dengan kaum Dzungar membunuh ibu bapa Sartai dan memusnahkan kampung mereka.

 kaum Dzungar menyerang kampung Sartai

Mereka yang terselamat lari ke kawasan pergunungan. Di sini mereka berlatih dibawah ketua Uncle Nazar. Sartai, Taimas dan Khorlan, secara diam-diam, membuat serang hendap stail gerila terhadap askar Dzungar di kawasan steppe.
 
Sartai, Taimas dan Khorlan membuat perjanjian rahsia untuk
menyerang hendap askar Dzungar

Yang paling best cerita ni ialah cinematografi yang menarik dan budaya kaum nomad Kazakhstan, yang tinggal di kawasan steppe. Memang sangat cantik Kazakhstan dalam filem ni, teruja, terpegun..wow..wow..and wow..

 captivating, visually pleasing

Kebanyakan watak-watak dalam cerita ni ialah watak orang Islam. Kita dibawa melawat kampung nomad Kazakh. Ketua kampungnya ialah Rakhymzhan dan anak-anaknya, Kassym dan Zere.

khemah (yurt) di perkampungan nomad 

 Zere - buah hati Sartai

Sartai dan Taimas tak suka Rakhymzhan sebab berbaik dengan askar Dzungar, yang ketuanya bernama Zhonon dan anaknya Ayur. Tapi seorang pekerja Rakhymzhan yang bernama Ilyas berminat untuk menyertai Sartai dan Taimas.

 ketibaan Sultan Abul Khar untuk mesyuarat ketua-ketua kampung

 
 ketua-ketua kampung bermesyuarat bincang tentang keganasan 
kaum Dzungar, depa cakap sultan dan khans mesti buat keputusan segera

Wahh..ada sultan, ada khan..

 yang ni pula masa mesyuarat sultans dan khans

 Ahli mesyuarat berdoa pada Allah untuk kemenangan
ada yang setuju berkongsi negara dengan Dzungar, ada yang suruh lawan

 
The trio - Sartai, Taimas dan Khorlan + Ilyas, meneruskan agenda mereka - menyerang hendap kaum Dzungar, menyelamat dan melindungi kaum nomad Kazakhs di kawasan steppe, membunuh Ayur anak ketua Dzungar, menyelinap masuk ke kubu askar Dzungar dan membakar kubu tersebut.

Disebabkan hal ni, nama Sartai menjadi popular dan askar Dzungar mencari Sartai untuk membalas dendam. Bapa kepada Ayur, ketua askar Dzungar, berjumpa dengan Rakhymzhan meminta dia menyerahkan Sartai pada mereka.

sangat cantik - view of the steppe

 dating diatas bukit

Disebabkan rasa dengki pada Sartai, Taimas telah memanah Sartai dari belakang. Kassym dan kawan-kawan terjumpa Sartai terbaring di kawasan steppe dan membawa pulang Sartai ke kampung mereka dan merawat Sartai sehingga pulih.

Rakhymzhan dan Kassym melawat Sartai

Dapat mengesan bahaya serangan dari askar Dzungar, Rakhymzhan bercadang untuk pindah ke tempat lain. Semasa di kawasan steppe, askar Dzungar menyerang Rakhymzhan dan Zere tapi Zere dapat diselamatkan oleh Khorlan. Adegan lawan-lawan sambil menunggang kuda memang sangat superb.


 Zere berkahwin dgn Sartai atas restu abang dia, Kassym

semua hero mati dalam filem ni..huhu..tapi menang dalam perang

Bagi yang suka 'action-packed', 'fast-paced' filem, sangat recommended Myn Bala untuk tontonan semua. Aksi-aksi ganas dalam filem ni, bolehlah, still tolerable..
 
Filem ni pernah tercalon untuk 'Best Foreign Language Film' pada 85th Academy Awards serta mendapat positif review di IMDb.

"This film was beautifully done in every way. good cast, good directing, good screenplay, good camera, good editing, beautiful locations and settings, good costumes and, very good music. i've never thought a movie out of a small central Asia country would be this good. the script was so well crafted that allowed the young heroes and heroines to freely perform with their hearts and spirits. this is a film that once you've watched it would always stay with you, the beautiful prairie, the remote snowy mountains, the horses, the galloping. the first viewer was right, this film is indeed much better than 'nomad', the fight scenes were especially good too.- rightwingisevil from United States, 6 July 2013"

Boleh tonton di youtube, under Turk Bitig, ada English subtitle.