Sunday 29 June 2014

Singapore - Day 1 : Chinatown, Masjid Jamae (Chulia) & Merlion

Assalamualaikum..Salam Ramadhan Al-Mubarak..jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik...

Sambung kisah perjalanan ke Singapore..dari Arab Street terus ke Chinatown..keluar saja dari station MRT Chinatown, dah sampai ke Pagoda Street. Yang best di sini...Chinatown Singapore masih mengekalkan bangunan-bangunan lama seperti juga di Arab Street..


Menarik..bangunan-bangunan dicat dengan pelbagai warna..Di sini cuma jalan-jalan dan beli souvenir..murah dijual disini..


Di akhir Pagoda Street simpang dengan South Bridge Road, belok kiri akan berjumpa dengan Masjid Jamae (Chulia) atau the Green Mosque..


Masjid ini diantara yang tertua di Singapore, dibina dalam tahun 1827 oleh masyarakat kaum Chulia yang berasal dari selatan India. Dipanggil juga Masjid Kling atau Masjid Chulia.

source: John Lee
Gate depannya tipikal senibina dari Southern India..dua minaret hijau..

sejarah Masjid Jamae
Destinasi seterusnya..ke Singapore River untuk melihat icon Singapura yang popular..Merlion..kepala singa yang keluar air pancut tu..

Dari Chinatown stn ke Outram Park dan naik green line ke Raffles Place stn..keluar ikut signboard Battery Road...nampak ada CIMB, Maybank dan Standard Chartered..

Maybank tower
 Lalu depan the Fullerton Hotel..


Lintas jalan, turun bawah ke Singapore River and walla..the Merlion Park..



Marina Bay Sands and the Singapore flyer
river cruise boat, Mandarin Oriental hotel and the flyer

Ramai yang menunggu laser show..start pukul 8.00 malam..
laser show at Marina Bay Sands
Laser show..so-so saja..bolehlah..free entertainment..

End of Day 1

Friday 27 June 2014

Singapore - Day 1 : Arab Street

Assalamualaikum..

Dah setengah tahun, baru nak start travel..huhu..better late than never!..trip pun dekat je..less than 40 minit dah sampai ke Singapura/Singapore/Temasek..pergi 4 hari dari hari Jumaat, 20/6 hingga Isnin, 23/6. Bertepatan pulak dengan the Great Singapore Sale..memang best..

Last pergi Singapore lebih 20 tahun dulu, dalam tahun 1990..rombongan kelas..more on educational trip..pergi HDB..tengok town planning..balik kena buat report, studentlah katakan..

Pertama kali take-off dari KLIA2...stunning and I'm stunned and also impressed..LCCT ke ni? no more LCCT lah, now KLIA2..the spanking new airport-cum-shopping complex..banyaknya retail outlets..
 

First time naik Tiger Airways..puas hati..good service..


Alhamdulillah, dah sampai Singapore Changi Airport...the world's best airport 2014, mengalahkan Incheon International Airport yang dapat no. 2...


but Singapore was developed in less than 50 years (makna yang tersirat)
Sebelum naik MRT, beli Tourist Pass for 3 days dekat Ticket Office..harga $30 dengan stored valued $20 and deposit $10..unlimited rides for MRT, LRT and buses..sangat senang..just touch and go..


Kami booking Hotel Fragrance Ruby di Lorong Geylang 20..selesai check-in dan menunaikan kewajipan, menapak ke stesen MRT Aljunied untuk memulakan musafir kelana ke downtown..tempat pertama yang dituju..Arab Street..jalan-jalan cari makan...turun di Bugis station..



Lunch di Restoran Zam-Zam, makan nasi briyani dan murtabaknya yang famous tu..briyani so-so saja, murtabak..OK..lagi sedap dari yg kat Zam-Zam KL..


Singapore Zam-Zam
highly recommended
Selesai lunch, kami ke Masjid Sultan..trademark kawasan Arab St ni..depan Zam-Zam Restoran saja..


bhg belakang mengadap North Bridge Rd

bhg depan mengadap Muscat St
Masjid Sultan, Muscat Street, Bussorah Street ni termasuk dalam Kampung Glam Heritage Trail..




Dua view Bussorah Street
zaman dahulukala
kedai-kedai di Bussorah Street
Terletak tidak jauh dari sini ialah Istana Kampung Glam atau sekarang dah dijadikan Malay Heritage Centre. Juga dipanggil Rumah Kuning sebab bangunannya yang berwana kuning.



Tak dapat masuk Istana ni sebab sampai di sini dah lebih pukul 5.30 petang. Yang ada pameran Laaobe: Warisan dan Budaya Masyarakat Bawean di Singapura..jom lah tengok apa ada..


macam-macam acara ada
 
salah satu kumpulan muzik dari orang Bawaen
ingatkan ada dalam filem saja Kassim Selamat ni..
yang mana satukah Kassim Selamat?
Tiada hadiah bagi siapa yang dapat meneka dengan betul, sebab...saya pun tak tahu..hehe..

bersambung..

Tuesday 24 June 2014

Jade Museum & Jadi Batek Gallery

Assalamualaikum..salam ceria..

Sambung kisah ronda-ronda di kawasan Jalan Kampung..kali ni kita ke Jalan Inai dan Jalan Delima pula..

Di Jalan Inai ada Jadi Batek Gallery..namanya saja galeri batik, tapi sebenarnya tempat ni ialah one-stop centre untuk souvenirs..kalau siapa yang pernah pergi tempat belanja Krishna di Bali..lebih kurang macam tulah Jadi Batik Gallery ni..macam-macam ada..dari FM, keychain, barangan batik, pewter, snacks dan banyak lagilah..semuanya made in Malaysia..harganya mahal sikit dari di luar..harga tourists..


Ada kilang kecil tempat demonstrasi mencanting batik untuk pengunjung..



Dah habis ronda-ronda gallery ni, moh kita ke Jade Museum pula. Lokasinya di Jalan Delima...



Jade..batu permata yang popular di kalangan kaum Tionghua..jade di muzium ni mostly berasal dari Burma..batu hidup..macam-macam warna ada dan macam-macam bentuk..

Dari website the Jade Museum KL:
 
"This gemstone has a variety of different colours comprising of green, black, white, lavender, red, yellow, orange, gray and brown. Green jade being the traditional jade associated with ancient civilizations still retain its esteemed position of being the most desirable and valued among jade connoisseurs"


the Chinese calculator
all that jades
the museum 
 
Sekian, tour of Jalan Kampung area...lots of surprises..well, don't judge the area by the road name..

Wednesday 18 June 2014

Chocolate Kingdom @ Jalan Kampung

Assalamualaikum..all readers..

Pernah dengar nama Jalan Kampung di KL? jangan tak tahu, ada jalan ni di KL...minggu lepas, kena pergi ke jalan ni atas urusan kerja. Lokasinya strategik habiss..dekat Golden Triangle...sepelaung saja dari Pavillion, Starhill, off Jalan Bukit Bintang...

Lokasi Jalan Kampung

Suasana di sini macam ala-ala kampung juga..ada banyak banglo-banglo lama...walaupun nama jalan kurang glamour sikit, kawasan ni sebenarnya popular di kalangan pelancong sebab ada dua tiga butik coklat, galeri batik..nak habaq mai..kat galeri batik ni ada kilang tempat mencanting batik (demo specially untuk pelancong)..ada muzium jade..maka banyaklah bas, coach, van, teksi pelancong lalu-lalang di jalan-jalan di sini..

Mari ronda-ronda Jalan Kampung..kita lihat apa yang ada..


Ini Chocolate Gallery..the gallery for good chocolates.."discover chocolates that taste so good and special, unlike the ones you have at home. Created by our chefs, our chocolates are always fresh and made from the highest quality ingredients, bringing an exciting sensation to your taste buds"

Belum masuk dah drooling tengok wall deco..menyelera sungguh..di sini jual coklat-coklat dari brand Harriston, Vezzo, Vintage..coklat Cadbury takde ye..

nyum.nyum...biru mata hitamku..
Yang ni pula Chocolate Kingdom..jual coklat Beryl's..


Depan Coklat Kingdom, ada banglo ni...jual cookies..


Ada juga ni..Ceylon Tea Kingdom..


Siap ada promosi dalam Arabic..memang ramai pelancong Arab di sini..


Depan Ceylon Tea Kingdom, ada pusat borong Creative Fair..

Ini rumah berkembar..rumah lama..dibawahnya kedai mamak..tingkat atas masih mengekalkan ciri-ciri rumah dulu-dulu..


Yang ni pula hasil rampokan di Chocolate Gallery..tiga jenis coklat..perisa kari, perisa cili dan jugaaa..green tea coklat (yang dalam kotak)..


Nak try perisa yang lain..boleh masak kari coklat macam ni..cili pun ada..not bad..rasa pedas-pedas sikit..tapi manisnya tetap ada..


Mula-mula tengok coklat ni...*menjerit dalam hati*..green teaaa..nampaknya takyah lah tunggu gi Jepun, baru dapat beli green tea KitKat..gumbira, gumbira..
ada tanda halal Jakim
sangat yummy..coklat putih dgn almond
For durian lovers di luar sana, ada juga coklat durian..yeayy..entahlah macamana rasanya..macam lempok durian kot tapi versi coklat..hehe..truly exotic..
will try it..someday
OK, bersambung di next entry..In shaa Allah..