Alhamdulillah, dapat jejak kaki di menara Jambatan Angkat (Drawbridge)..landmark ikonik di Kuala Terengganu...
view daripada tapak lawatan
Tujuan utama naik menara sebab nak shoot gambar site, sambil menyelam minum air. Pergi masa hari bekerja, takde orang, we have the menara to ourselves..yuhuu..
berfoto-fotoan di tepi jalan
tour guide dari KT branch office..hihi..
Jom masuk, beli tiket dulu, harga tiket RM8.00
lima orang ahli rombongan
dah sampai diatas, sebelah kiri ni, ada tempat pameran & jualan kita ke kanan dulu, ada ruangan kecik
tiba-tiba terdengar suara riuh, orang menjerit...siapakah yang menjerit?
rupa-rupanya ada lantai bercermin (glass floor)
semua seriau nak lalu lantai ni...gayat sihh
khemah-khemah putih tu ialah tempat mamam
tour guide cakap sedap2 makanan di situ
Bangunan MBKT dan Mayang Mall (gambar tapak lawatan)
Jom tengok kawasan pameran dan jualan pula
pameran dan jualan barangan kraf tangan
Projek Kraf Komuniti Ku (KKK)
Menarik juga barang-barang yang dipamerkan
barangan tembaga kaligrafi
Teringin nak tengok jambatan ni terbuka macam ni, macam London Bridge kena tengok timetable
Alhamdulillah, tercapai sudah impian naik menara jambatan..