Thursday 26 February 2009

Hijrahku, Hijrahmu

Bercuti, mengembara, berehlah ke luar negara memanglah menyeronokkan. Tetapi, berhijrah dan menukar kewarganegaraan ke negara lain, adakah ada dalam agenda hidup anda? Tak pernah terfikir pun, rasanya Malaysia ni dah OK… Tugasan kali ini ialah menilai harta-harta kepunyaan seorang professional ini yang memohon untuk berhijrah dan menukar kewarganegaraan. Hartanya yang hendak dinilai termasuklah tiga kondominium and satu rumah kedai. Bukan sahaja hartanah, nilai kekayaan individu (personal net worth) merangkumi wang ringgit, simpanan, saham,dll. Yelah, mana ada negara nak orang luar yang miskin jadi rakyatnya, kan...melainkan pendatang haram & pelarian sahaja.. Dan di satu pagi, saya ke kondominiumnya untuk sesi lawatperiksa. Dia sedang bersenam di atas ‘treadmill’ sambil menonton siaran Astro movie. Alangkah, seronoknya hidup… Sambil-sambil melihat-lihat dalam rumah, saya ber`small talk’ dengan klien ni: s: u nak migrate ke mana? j: Australia s: kenapa nak migrate? j: I’m tired with this country, the politics, the mismanagement, many things happened lately in this country, I’m fed up lah. Furthermore, my children are studying there.. s: will you apply for the citizenship? j: yup. I have been thinking of this many, many years ago and now is the right time to realize it. s: don’t you feel sad leaving this country? j: hmmm…I can always come here, my relatives are still here..life has to go on..opportunity doesn’t know twice on your door..remember that.. s: ok, good luck to u j: thanks. pray for me.. Begitulah, alasannya. Sedang Malaysia berkempen MM2H (Malaysia My Second Home) program kepada warga asing, ada juga rakyatnya yang nak migrate. Brain drain. Malaysia ni tak cukup baguskah?? Mungkin rumput di seberang lautan lebih hijau, lebih mekar, lebih rimbun, lebat…. Kita juga semua mesti berhijrah, akhirnya ..dari alam fana’ ke alam akhirat, transit di alam barzakh (alam kubur)… 1) Bilakah masanya? Telah ditetapkan, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. 2) Maklumat tempat berhijrah? Tercatat di dalam Al-Quran and Al-Hadis 3) Bekalan & persiapan? Amal soleh, kebajikan & taqwa 4) Destinasi mendarat? Tanah perkuburan 5) Pakaiannya? Minyak wanginya? Kain kapan, kapur barus, cendana 6) Siapakah pegawai imigresennya? Malaikat Munkar & Naqir 7) Kapal terbangnya? Keranda Bersediakah kita??? [89.27] Hai jiwa yang tenang. [89.28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. [89.29] Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, [89.30] dan masuklah ke dalam surga-Ku.

Tuesday 17 February 2009

To err

Diam.

Membisu.

Sepi.

Tanpa suara. Tanpa berita.

Aku tahu dirimu ada di sana. Diammu seribu bahasa.

Lantas, aku menghulur berita. Bertamu di ambang pintu rumahmu.

Jawapanmu, layananmu sungguh mendukacitakan.

Kita sudah dewasa, teman. Bisa merasai perbedaannya. Bisa mengesan dari sinar matamu, dari butir ucapanmu, dari diammu..

Aku sedih. Membungkam. Diamku melayan perasaan.

Diam ini sangat merimaskan. Sangat menyesakkan jiwa. Sangat membebankan perasaan. Kerana engkau jauh walaupun dirimu dekat. Diammu memberi makna. Diammu mengungkap seribu rasa.

Aku rindukan ukhwah sesama kita, teman. Aku rindukan mutiara kata yang keluar dari ulas bibirmu. Bisa mententeramkan jiwa yang gundah gulana…

Dalam diam, aku bertafakur. Bermuhasabah diri. Hikmah dalam bicara Allah s.w.t. ini ingin ku cari dan hayati. Puas sudah membelek diri, kekhilafan, kesalahan, kekurangan adalah fitrah manusia..

Maafkanlah dan terimalah kekurangan diri ini, teman kerana kita manusia biasa…


“To err is human, to forgive divine”

And I know, you knew better, my friends... and I must admit that this silence is louder than words..


Wednesday 11 February 2009

Air mata umat Islam di Tel Aviv


oleh Ainol Amriz Ismail, Mingguan Malaysia, 5 October 2007

Umat Islam yang melihat Masjid Bahar yang terletak di lokasi strategik berhadapan Laut Mediterranean di Kota Jaffa Lama di sini pastinya mengalirkan air mata apabila ia kini dijadikan restoran dan tempat meneguk arak.



Inilah angkara jahat rejim Israel yang secara terang-terangan menghina umat Islam apabila bahagian atas bumbung masjid yang masih tersergam kubahnya itu diubah menjadi pub dan restoran dengan rakyatnya menikmati arak tanpa memikirkan sentimen minoriti umat Islam yang masih menetap di ibu negara Israel itu.

Ia adalah senario tiga masjid yang masih kekal di kawasan Tel-Aviv, kira-kira sejam perjalanan dari Jerusalem dalam misi menjejak kependudukan Palestin yang terus menerima penindasan rejim Israel serta keangkuhan tanpa batasan.

Masjid Bahar yang dibina pada abad semasa zaman Empayar Uthmaniah sering kali digunakan oleh nelayan untuk beribadah kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Laut Mediterranean. Bahar itu sendiri bermaksud laut, kini merupakan masjid yang ditinggalkan dan diarah tutup oleh pentadbiran Israel kerana bimbang penguasaan berterusan rakyat Palestin di kawasan yang mereka sifatkan sebagai lombong bagi industri pelancongan itu.

Kami melihat sendiri, dengan kalimah 'LailahaillAllah Muhammadurasulullah' yang masih utuh di pintu masuk masjid berkenaan tidak langsung dihormati oleh penduduk Israel yang dianggarkan 99 peratus di kawasan ini, sebaliknya dengan rasa angkuh bahagian bumbung masjid berkenaan dijadikan restoran dan pub untuk meneguk arak.
 
Seorang qari di Masjid Hamidiah di sini - salah satu masjid yang masih berfungsi dan menerima kehadiran umat Islam, Abbas Muhammad berkata, sepatutnya tempat beribadah tidak dicemari kerana umat Islam tidak pernah tergamak melakukan sedemikian kepada agama lain.

Masjid Hamidiah
"Kami minoriti di sini. Israel terlalu angkuh. Mereka mahu masjid itu ditutup. Hari ini tiada lagi jemaah di situ. Bahagian atasnya dijadikan pub. Perasaan sakit hati ini, sepatutnya bukan hanya kami yang menanggungnya tetapi seluruh umat Islam di dunia," katanya.

Di Tel Aviv terdapat tiga masjid - Masjid Hasan Bik (dibina pada tahun 1916), Masjid Hamidiah (dibina pada tahun 1850an oleh Sultan Abdul Hamid ke-2) dan Masjid Bahar (dibina pada abad ke-17, kini berusia lebih 300 tahun).

Masjid Hasan Bik kini digunakan oleh golongan musafir dan tidak lagi digunakan secara terbuka di kawasan pelancongan berhampiran pantai ini.



Masjid Hasan Bik (source: google)

Hanya Masjid Hamidiah yang kini menempatkan 500 jemaah pada solat Jumaat berikutan kedudukannya dalam minoriti kecil penduduk Palestin di ibu negara Israel ini.

"Kami tetap berusaha mempertahankan Islam di sini biarpun berhadapan kesukaran kerana letaknya masjid ini dalam lingkungan aktiviti keseronokan dunia. Bagi saya, umat Islam adalah bersaudara di seluruh dunia. Ia ibarat satu badan manusia. Kalau satu anggota terasa sakit, yang lainnya akan berasa sakitnya. Begitulah di Palestin, jika kami sedang ditimpa kesakitan, umat Islam di seluruh dunia harus berasa sakitnya." kata Abbas.

Sukar untuk menterjemahkan isi hati Abbas - salah seorang penduduk Islam minoriti di Tel Aviv ini, apabila dia meminta supaya 'diambil' semula Masjid Bahar dari jajahan Israel. Namun begitu, satu resolusi sebenarnya perlu dibuat oleh orang Palestin sendiri. Kembalikan perpaduan di kalangan puak bertelagah - Hamas dan Fatah, wujudkan perbincangan secara damai bukan dalam konteks peperangan dan kembali menuntut hak umat Islam dengan cara paling terhormat.
 
Mungkin di Masjid Hamidiah, nadinya masih berdenyut, tetapi Masjid Hasan Bik di tengah kota ini, semakin tinggal nyawa-nyawa ikan. Adalah malang Masjid Bahar terus tumbang, dicurah dengan arak sedangkan kalimah Allah terus kekal utuh tanpa ada cacat dan celanya. 
 
Bagi umat Islam dunia, dimana sekalipun kaki ini berpijak di bumi Palestin,ia adalah tanah suci dan ia pernah diduduki, dilalui dan disinggah oleh Nabi Yaakob, Nabi Yusof, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam juga percaya Palestin ini merupakan bumi para anbia di mana telah menjadi tempat para Nabi menyampaikan ajaran mereka, wafat di bumi ini dan mereka termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ishak, Nabi Syuib, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya.
Oleh yang demikian adalah satu penghinaan yang sukar dimaafkan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas kependudukan rakyat Palestin, khususnya apa yang telah berlaku ke atas masjid di Tel Aviv ini.
 
Masjid Bahar akan begitulah sampai bila-bila. Kalimah Allah akan terus dihina. Wahai umat Islam dunia, bangkitlah. Ayuh kita membantu Palestin, bebas dari kekejaman dan penindasan rejim Israel.

Fakta:
Tel Aviv merupakan sebuah kota pesisir dan kota metropolitan di Israel. Dalam tempoh lapan bulan - Mei hingga Disember 1948, di mana Jerusalem menjadi rebutan sebahagian penduduk Israel untuk menamakan wilayah itu sebagai ibu negara, namun hanya dua negara - El Salvador dan Costa Rica memperakuinya. Selain daripada itu, negara luar masih menganggap Tel-Aviv merupakan ibu kota de facto Israel dan menempatkan kedutaan mereka di sana. Nama "Tel Aviv" (Tel Abib) dalam bahasa Ibrani bererti 'bukit semi', sebuah nama yang diberikan melalui terjemahan buku Theodor Herzl's Altneuland (Negara Lama Baru). Nama "Tel Aviv" diambil oleh penterjemah, Nahnum Sokolov, dari buku Yehezkiel dari Alkitab.