Tuesday 31 May 2022

Lunch di Tazza Cafe, Hotel Prescott

Sesekali tukar selera, bila dah jemu makan ditempat biasa..

makan tengahari di cafe hotel tapi bukanlah hotel 5 bintang..

lunch di Tazza Cafe, Hotel Prescott di kawasan Medan Tuanku..

 
Hotel Presscot di Lorong Medan Tuanku 1
 
Di tingkat bawah hotel ni ada Tazza Cafe. 
 

Pertama kali makan disini semasa JJCM lepas renew roadtax 
di pejabat pos Medan Tuanku
 
Hotel ni di belakang pejabat pos Medan Tuanku

setiap hari ada set lunch

set lunch dengan minuman = RM11.90
 
set lunch yang pernah dimakan

 

yee mee claypot with air mata kucing

 

ayam lada hitam & gulai nangka

spagetti meatball with ABC dalam cawan
 

 Yang ni ala-carte, sedap-sedap semuanya

kuey tiaw goreng

mee goreng mamak

mee bandung muar
 
Overall, sedap masakannya, harga pun oklah, reasonable..

Sunday 29 May 2022

Spa Urutan Thai Terbaik di KL/Selangor

Terbaik mengikut pandangan teman, bukanlah official survey....

Sawadikap!

Apa khabar semua? Sihat? badan sakit2 sebab penat beraya kesana kesini?

Jom pi urut badan. Urutan tradisional thai selalu jadi pilihan teman, urut yang tak pakai minyak, urut lipat-melipat.......

4 spa ni yang menjadi pilihan..random listings..

1. Thai Odyssey
 
Pertama kali pergi outlet di Berjaya Times Square. Kali kedua, outlet di Empire Shopping Gallery.
 
 
 Hiasan spa yang menarik
 
 Thai Odyssey ada banyak outlet di Lembah Klang.

2. Erawan Wellness Centre

Pertama kali pergi outlet di MyTown, khabarnya dah tutup. Second time, di NU Sentral.

 Outlet di NU Sentral

Outlet di MyTown
 
Trademark hiasan di Erawan ialah benda bulat-bulat ni

cantik pulak

3. Siam Oasis

Spa ketiga ialah Siam Oasis di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.


4. Arokaya House

Arokaya House ni di tingkat 5, Sunway Putra Mall. Walaupun dah banyak kali pergi mall ni, tak pernah ronda di tingkat 5. Haritu pergi sebab di tingkat 5, ada kedai-kedai jual baju kurung, tudung, ala-ala arked kat Jalan TAR..

Spa Arokaya
 
harga reasonable for body massage, foot reflexology agak mahal
tukang urut takdelah berkemban mcm dlm gambar tu..huhu..
 

Harga urutan tradisional Thai lebih kurang sama, antara RM70 hingga RM120 untuk satu jam..

Selamat berhujung minggu.

Saturday 28 May 2022

Teringat Sebastian

 Bila tengok ketam warna merah dalam tomyam ni

teringat kat Sebastian

siapakah Sebastian?

yang pernah tengok filem Disney 'the Little Mermaid' mesti tahu kan...

filem tahun 1989

karakter kartun ketam berwarna merah bernama Sebastian ni

cute sangat Sebastian ni, penasihat kepada Little Mermaid
 dia juga yang nyanyi lagu power 'Under the Sea' 
 
karakter yang malar segar
 
 
tomyam seafood
 

Happy weekend semua

Thursday 26 May 2022

Tuesday 24 May 2022

Lontong 2 Versi

teringin nak makan lontong

teman pun minta resepi dengan office mate

resepi masak lodeh Singapore katanya

ambik dari sepupu dia disana

versi kuning . rasa manis sikit
terlebih santan..
 
improvise bagi pedas sikit 
ni baru nampak mcm masak lodeh singapore
warna merah-merah 

Bahan2nya:

Bawang putih, bawang besar, bawang kecil, cili padi/cili merah, sedikit halia, segenggam ikan bilis (resepi asal sepatutnya udang kering-terlupa beli) - dikisar halus

Lain2 bahan : udang fresh, buah keras, su'un, fucuk, santan

serai & lengkuas diketuk

sayuran : kobis, lobak merah, kacang buncis

tauhu dipotong 2, tempe digoreng kilas 

Cara-caranya:

Tumis bahan kisar dengan serai & lengkuas

Masuk udang fresh, masak sekejap, tambah air sedikit

masuk santan cair, masuk sayuran, tempe, buah keras, masuk santan pekat

dan last, masuk su'un, fucuk & tauhu 

perasakan garam 

 

 betul kot macam ni, teman pun belajar x habis, main campak-campak je

kawan saya masuk macam2 - cauliflower le, cendawan le, ada juga yang masuk sengkuang, I don't like..huhu..

OKlah rasanya, cuma takde sambal tumis 

dah siap, frozenkan separuh

seminggu baru habis makan lontong ni

Monday 23 May 2022

Ghee Podi Thosai @ Chutneys Snack Bar

Sappede..tukar selera..... 

Kisah sebelum puasa haritu, 2-3 kali pi Empire Shopping Gallery di Subang Jaya sebab ada kerja..

Time lunch, lalu-lalang depan kedai ni..tetiba owner bagi rasa pakkora..sedap le pulak, kita pun onzz..

Chutneys Snack Bar di Lower Ground

tempat display & order & bayar
 
tempat makan...kecik je kedai dia

Snack bar yang jual makanan dan kuih-muih kaum India..vegetarian food..
 
dua jenis pakkora
 
vadai...kuih India yang popular
 
vadai-vadai
 
thosai & idly
 
Ok jom order. Atas rekomendasi owner, order ghee podi thosai dan depa punya special ground coffee..jom cari tempat duduk..

ada sijil halal
 
hiasan dalam kedai
 
Makanan yang dipesan sudah tiba..yeayy..
 
ghee podi thosai dengan 3 jenis sambar (pencicah)
coconut sambar, vegetable sambar,  satu lagi sambar coconut pedas
 harga set ni - RM8.50

The verdict : Sedapnya...thosai & sambar
harus dicobain..yummy..
 
 
 Kali kedua, order butter thosai pula, pun sedap..
 
butter thosai - RM6.50
 
Selain ni, ada jual marukku, idly set

Recommended...kalau nak coba makanan India yang sedap..

Sunday 22 May 2022

Preloved to Monki

Masa untuk organise wardrobe..mana² pakaian yang dah out-of-fashion, yang dah tak muat tu, bolehlah dilipat, masuk dalam beg dan bagi pada Monki..

Siapakah Monki? kedai pakaian wanita..

Monki ada buat iklan boleh bagi baju² lama kat depa, 'Monki Cares' tagline nya..dulu², sebelum PKP..H & M ada juga buat program macam ni..Monki ni anak syarikat H & M..

Kekadang tak tahu nak bagi pada sapa baju² 'preloved' ni kan..so inilah peluang untuk dispose baju² lama..

 Papan notis di luar kedai
 
 
outlet Monki di Sunway Putra Mall

Teman pun menggugah gerobok baju, dapatlah 2 beg...baju² zaman kurus, baju yang dah boring nak pakai, yang dah berkurun lama..
 
yang dalam beg kertas tu nak hantar ke kakak, nak bagi pada jiran² dia
yang dalam beg plastik nak bagi pada Monki 

Jom ke Monki. Dah hantar, dapatlah kupon diskaun

dapat 10% diskaun kalau beli pakaian di Monki
 
kupon ni valid dalam masa 6 bulan
not applicable time promosi yang dah ada diskaun..

So, baju-baju lama tu depa buat apa? 
 
depa proses, recycle (or upcycle), buat pakaian baru dan depa jual..
harga mahal pulak tu.. 

aci tak macam ni? hehe...dah jadi hak depa kan.

contohnya..blouse ni..

diperbuat daripada recycled polyester 
 
100% diperbuat daripada recycle material
 
omputih ni telus, depa inform awal² kat customer
terpulang pada customer nak beli ke idok pakaian daripada recycle material
 
Tapi bukanlah semua baju yang dijual dikedai ni dari recycle material
adalah 2 -3 helai
 
Pakaian kat Monki ni ok jugalah, ada yang syariah-compliant
bolehlah beli, guna diskaun kupon tu..