Showing posts with label Kedah - Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Kedah - Alor Setar. Show all posts

Sunday, 16 September 2018

Sarapan Pagi di tepi Bendang

Assalamualaikum...

Cerita masa cuti 4 hari weekend lepas. Hari Ahadnya, teman ke Alor Setar. Pergi pagi, balik malam. Pergi ambik emak balik KL dan juga jumpa adik yang baru balik dari Mekah. Adik bongsu sekeluarga dah ada di Alor Setar sejak pagi Sabtu, drive dari Shah Alam.

Adik ambik di airport. Keluar airport, di kiri kanan bendang (sawah padi). Terbentang luas. Yelahhh, Kedah kan negeri jelapang padi Malaysia. 

Adik bawa pi sarapan di Restoran Pokok Pisang, Jalan Suka Menanti. Di tepi bendang juga..hehe..pemandangan biasa di Kedah. Sekolah, pejabat kerajaan, taman perumahan, banyak gak ditepi bendang.

 
specialty - gulai semilang dan gulai temenung (ikan kembung)

Disebabkan masih awal, baru pukul 7.45 pagi, yang ada cuma pek nga nyok (lempeng kelapa) dengan gulai temenung. Nasi putih tengah masak. Pek nga pun pek nga lah, semuanya tengah lapar. 

tempat buat pek nga
tempat makan bersila

sawah padi terbentang luas

set pek nga dengan ikan sekoq (gulai temenung)

Pek nga dia rasa manis, gulai temenung cair sedap gak. Satu set ni harga RM3.00. Pek nga dia nipis je, memang tak kenyang. Orang utara cakap, tak kejap perut. 

Alhamdulillah, nasi putih dah masak. Makan nasi pulak, berasap-asap lagi nasinya. Ada ikan pekasam goreng, pajeri nenas dan ulam-ulam je, jadik lah. Adik bongsu tak makan nasi, order dua keping lagi pek nga.


sementara tunggu yang lain habis makan, jom pi ronda-ronda bendang.

bendang dipenuhi lalang

restoran pokok pisang

ada pokok teratai dalam bendang

ingatkan bunga plastik

cantik kaler pink

apalah 5 bersaudara ni buat..nk lompat masuk tali air
semua ada beg mekah bling-bling

okbai..selamat berhujung minggu..

Tuesday, 12 January 2016

Pekan Rabu dan Masjid Albukhary

Assalamualaikum..

Sambung cerita jalan-jalan di Alor Setar. Dari Muzium Padi, singgah di pasar nelayan LKIM Kubang Rotan untuk beli barangan basah.

  
Menariknya pasar ni letaknya di tepi Sungai Kedah. Ada jeti untuk bot-bot nelayan. Kiranya tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan balik dari menangkap ikan di laut lepas. Segar-segar hasil laut.

buah nona
 
Dah beli barang-barang, balik ke rumah adik, masak-masak, makan tengahari dan keluar semula ke bandar. Misi kali ni nak ke Pekan Rabu. Kalau ke Alor Setar, memang tak sah kalau tak jejak kaki di Pekan Rabu ni. Pekan Rabu dah bertukar ke lokasi baru di Ukir Mall dekat Jalan Sultan Badlishah. Lokasi lama saya tak pernah pergi..huhu..

On the way ke Pekan Rabu, lalu depan Masjid Zahir. 


cantik senibina masjid ni

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah, mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam - (sumber: wikipedia)

Dah sampai Pekan Rabu, apa yang best di sini? Shopping kuih-muih tradisional, kudap-kudapan..

ramai pengunjung
outlet kuih bahulu emanis menjadi tumpuan
guna mesin semuanya
nak beli, ada kupon, terpaksa tunggu giliran

macam-macam ada, atas bawah

kerepek, kuih muih, pulut hitam

 gerai bahulu, yang ni manual

Dah selesai memborong, bergerak ke destinasi seterusnya, Masjid Albukhary di Jalan Langgar.

cantik kompleks masjid ni, ala-ala padang pasir

Senibina dataran masjid ni khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

Sekian saja kisah jalan-jalan di Alor Setar, tak sempat nak singgah berlama-lama di dua-dua masjid yang cantik ni, sebab dah nak bergerak pulang ke kampung. In shaa Allah, kalau ada kelapangan boleh ke sini lagi.

Saturday, 2 January 2016

Muzium Padi, Alor Setar

Assalamualaikum..

Hola! Selamat Tahun Baru 2016.

Entry pertama tahun ni. Tahun baru tapi cerita lama. Trip singkat ke Alor Setar di awal Disember 2015. Bawa ibubapa ziarah adik di sana, sambil-sambil tu jalan-jalan ke tempat menarik. Adik pula cuti lama sebab cuti sekolah, dia cikgu. Dialah yang jadi driver-cum-tour guide.

Tempat pertama yang dilawati ialah Muzium Padi. Padi dan negeri Kedah memang berpisah tiada. Nama pun negeri Jelapang Padi Malaysia. Padi diproses menjadi beras, beras dimasak menjadi nasi - makanan ruji rakyat Malaysia.


Dua kali pergi sini, pertama kali pergi dah pukul 4.45 petang, muzium tutup pukul 5.00, tak jadi masuk, datang semula esok pagi. Muzium ni lokasinya di kawasan Gunung Keriang. Kat bahagian mana Alor Setar, entahlah..nak ke sini, kena lalu sawah padi yang terbentang luas.

 Muzium Padi Alor Setar

Menarik bangunan muzium ni, bentuk seberkas padi berwarna keemasan. Di persekitaran ada pelbagai arca yang ada kaitan dengan sawah padi.

arca burung-burung bangau

membajak sawah
 
Bayaran masuk untuk orang dewasa ialah RM5.00, kanak-kanak pun dikenakan bayaran, tak ingat berapa. 
 
 harga dah naik dari RM3.00 ke RM5.00
 
Jom kita masuk. Mula-mula masuk sini - ke Puncak Gunung Keriang.
 

Kena naik tangga sampai ke atas (tingkat 3)..semput den.




Sampai diatas, perghh..terbentang luas pemandangan sawah padi dan suasana desa. Tapi jangan tertipu, jangan terpedaya..ini semua lukisan saja.
 
 

Boleh duduk di bangku-bangku yang disediakan sambil menikmati pemandangan lukisan ni, lantai akan berpusing. Tapi lambat sangat pergerakan lantai tu, lebih baik berjalan sendiri. Takde apa di atas ni, cuma lihat lukisan ni saja.

 damainya suasana

Dah habis, jom turun untuk sesi lawatan seterusnya. Mengenali padi dengan lebih dekat lagi. Setiap hari makan nasi, jom kenali apa yang kita makan. You are what you eat...hihi..

struktur padi 
ada embryo, endosperm

kisah dalam Sejarah Melayu
kisah Wan Empuk, Wan Mailini

 emping beras

dari padi dibuat tepung, dari tepung dibuat kuih
kuih sepit/kapit, peneram, kuih bulat2 tu ntah panggil apa

Ada pameran jenis-jenis padi dari negara-negara seluruh dunia - di semua benua - Asia, Afrika, America, Eropah. Dahsyat padi ni, majoriti seluruh negara di dunia ada tanam padi.

 kita makan nasi dari padi apa ya??

Kemudian turun ke tingkat basement, ada A-Z mengenai padi - dari proses menanam hinggalah penyimpanan padi. Memang menarik, berinformasi. Di sini ada kedai souvenir.

 jenis-jenis padi

 bahasa kerbau


 tempat simpan padi

 Gurindam

Memang menarik muzium ni, sila masukkan ke dalam itinerari anda jika berkunjung ke Alor Setar. Highly recommended.

 selamat tinggal

ini Gunung Keriang yang sebenarnya
betul-betul berhadapan dengan Muzium Padi

Bila tengok padi, tengok nasi, teringat pada perit jerih keringat seorang petani, bergelumang dengan tanah demi sebutir beras yang kita makan. 

Teringat pada tema teater 'the Mist' yang ditonton di Ho Chi Minh - "Inside each humble rice is an invincible power bursting into life that has permeated Vietnamese souls. Rice is life, the essence, the devotion, the predestined love ties in the culture of Vietnam." Samalah juga di sini - di negeri Jelapang Padi.